Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Jumaat, 30 April 2010

PENTAS PERSEMBAHAN : PERSEMBAHAN PENTAS







Salam ... dah lama tak menulis entry..
2 hari lepas terbaca dan tertengok ttg Dato Rais buat perasmian pentas bergerak... tiba2 datang kenanganku semasa ambil subjek Sejarah Teater Barat. Ya tentang teater zaman pertengahan atau zaman gelap (middle ages). Pada zaman itu pentas bergerak yang di tarik oleh 2 ekor kuda di panggil 'medieval pageant wagon'... jadi setelah beribu tahun berlalu, baru kini Malaysia melancarkan pentas dengan konsep yang sama. Saya amat tertarik. Harap2 tak jadi kambing hitam atau gajah putih.
Ini baru dikatakan seni budaya dekat dengan khalayak. Kalau saya, saya lebih suka kepada 'Poor Theatre' dan 'Street Theatre'... kenapa? kerana saya tak perlu pergi istana budaya, pakai kasut hitam, pakai baju kemeja, kot segala,..untuk menonton teater yang mengasyikkan dan dekat dengan kehidupan harian kita. Soal bayaran masuk aku tak kisah, tapi bab pakaian aku tak berapa, sebab, dahlah kerja pakai kemeja kot segala, masuk menonton pun pakai pakaian sama... bukan akulah.. sebab tu aku tak pernah sekalipun pernah menonton di IB, berniat pun tak ada...
Berbalik kepada pentas zaman pertengahan itu (selepas kejatuhan empayar ROM). Pada zaman itu, cerita pentas atau teater yang dipersembahkan adalah berbentuk fantasi, bukan realis. KENAPA? kerana, semua cerita yang dipentaskan adalah diambil dari kitab Injil sahaja. Kisah Saint, pengorbanan nabi2 dan lain-lain yang berkisarkan kepada agama kristian ortodoks.
malah kerana cerita sedemikian, pentas tersebut juga mempunyai teknologi seperti tiang dan takal untuk menurunkan atau menggantung malaikat. malah kukuhnya pentas kecil itu sehingga boleh memuatkan antara 8 hingga 10 pelakon dalam satu masa (di atas kereta kuda / wagon).
Maka dengan itu, jika kita mengambil konsep yang sama, seharusnya kita mengenengahkan pementasan yang menyedarkan masyarakat terhadap keadaan sosial sekarang. Kita tidak menolak pementasan nyanyian, tarian, wayang kulit, mak yong , awang batil, dan sebagainya yang berkaitan dengan seni budaya masyarakat Malaysia, tetapi kita cuba pula drama2 islamik di 1 2 slot.
Datang idea saya. Apa kata kita buat style Bangsawan. Berkampung dalam 1 daerah selama 1 minggu atau 3 hari. Hari pertama mungkin di isi dengan slot nyanyian, tarian. Hari kedua pementasan teater. Hari ketiga persembahan kumpulan kesenian dan kebudayaan setempat. dan seterusnya... Kerana pentas tersebut adalah milik JKKN, maka milik umum. gunakan seoptimum mungkin. Tapi soal sewa pentas bergerak itu saya kurang pasti.
Cukuplah rasanya sekadar untuk hari jumaat ini. bersembang lain kali pula.
salam.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Ahad, 28 Mac 2010

PERTANDINGAN BAKAT HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2010

RALAT SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL

1. syarat-syarat penyertaan

1.1 peserta : 8 - 14 orang bagi 1 kumpulan

1.2 masa : 10 - 15 minit

1.3 jenis tarian : Tarian tradisional semua bangsa / kaum di Malaysia yang tidak berbentuk pemujaan (1 jenis tarian sahaja)

1.4 Tema : 1 Malaysia

1.5 Muzik / prop : Bawa sendiri

1.6 Muzik iringan : Bebas (minus one)

2. Kriteria kanak-kanak TABIKA KEMAS

2.1 Umur : 5 hingga 6 tahun

2.2 Jantina : Lelaki dan perempuan

3. Corak pertandingan

Corak tarian yang dipertandingkan ialah Tarian Tradisional mengikut pilihan masing-masing yang tidak berbentuk pemujaan.

4. Penilaian markah - (no question)
______________________ulasan terpulas___________________________

Bukanlah aku nak kata aku ni pandai sangat. Dok pun aku nak kata aku ni tak reti bahasa. memang ya aku tak pi mesyuarat KEMAS. sebab aku cuma seorang jurulatih tari yang ada belas ehsan kesian kat TABIKA KEMAS di tempat aku menetap sekarang. Sekadar berbasa basilah katakan.

Dipanjangkan ceritanya, kami berdua suami isteri mendapat sms dari guru tadika tersebut tentang pertandingan tahunan ini pada minggu lepas semasa cuti pertengahan penggal. Kemudian baru pada hari ini, 28 mac 2010 dapat naskhah lengkap syarat-syarat pertandingan tersebut. Baca. Kaji. Strategi.

Perkara pertama yang memeningkan kami ialah JENIS TARIAN yang mensyaratkan bahawa "Tarian Tradisional semua bangsa / kaum di Malaysia yang tidak berbentuk pemujaan (1 jenis tarian sahaja)".
Bukan 'yang tidak berbentuk pemujaan' itu yang menjadi persoalan. Tetapi 'Tarian Tradisional semua bangsa di Malaysia' dan '1 jenis tarian sahaja'. ??? confuse.
Maka sebagai tindakan selanjutnya, walaupun kami ada pengalaman dan sijil cikai, kami cuba telfon rakan-rakan seperjuangan, TABIKA KEMAS negeri lain, kengkawan kat Melaka, Johor dan kawan-kawan cikgu KEMAS tersebut dari merata Parlimen. Rata-rata menyatakan kekonfiusan tersebut. Sama. Tak pelah. Aku pun baca berulang-ulang. Mana tahu boleh dapat idea.

(Kengkadang kami mempersoalkan, siapalah yang buat peraturan ini? orang yang buat ni ada pengalaman dalam seni budaya ker? pernah tak mengajar budak 5 atau 6 tahun dalam kelas formal?, tapi hakikatnya dalam otakku mengatakan bahawa 'jangan persoalkan kerja orang kerana nanti orang akan mempersoalkan kerja kita pulak'.)

Takpelah.
___onlight__________________

Dalam Persembahan seni tari, terdapat 2 pembahagian yang biasa. Pertama tarian mengikut muzik lagu dan kedua muzik lagu mengikut tarian.

Contoh kepada bahagian pertama ialah muzik ghazal maka tariannya ialah zapin, begitu juga jika muzik joget maka tariannnya pasti tari joget. Tak kisahlah, asli ke, kontemporari atau kreatif. Jika muzik overture atau opening atau 1 Malaysia, maka tariannya ada pelbagai gabungan tari ( bunga dan langkahnya). Maka dalam persembahan tersebut, masa persembahan ialah mengikut lagu yang dipasang dengan rentak yang tertentu digabung dengan alat muzik yang tertentu.

Contoh bahagian kedua ialah tarian yang diutamakan, manakala muzik sebagai bahan latarbelakang. Kita ambil tarian Melayu asli, kemudiannya mainkan lagu inang, ya masuk. Cuba pula menari tarian zapin kemudian pasang lagu cina, masuk tak? sudah tentu tak boleh. Ini kerana kebanyakkan daripada jenis ini hanya boleh dibuat untuk tarian moden kontemporari seperti hip-hop, rap atau shuffle dan sebagainya.Tarian Tradisional hanya spesifiknya kepada 1 atau 2 jenis lagu muzik dan rentak sahaja.

-----Masalahnya sekarang----
Tarian tradisional semua bangsa / kaum di Malaysia yang tidak berbentuk pemujaan (1 jenis tarian sahaja)
Tarian tradisional semua bangsa atau kaum, kita faham bahawa tarian tradisi yang boleh kita ambil untuk dipertandingkan ialah tarian mana-mana kaum atau bangsa di Malaysia boleh je. Tak kisah.
Manakala 1 jenis tarian sahaja, 1 jenis maksudnya yang kami faham ialah, kalau tarian masri contohnya, dari mula persembahan akan menggunakan bunga dan langkah tari masri hingga 10 ke 15 minit berlangsung. Masri sahajalah. Ada juga pendapat, oleh kerana temanya 1 Malaysia , maka muziknya muzik overture atau rampaian 1 Malaysia dan tariannya, menarilah joget sahaja. Bila datang rentak joget menari joget, datang rentak ghazal menari joget, datang rentak kipas cina menari joget juga, rentak bharatanatyam menari joget juga, dah dalam kurungan tu syaratnya 1 jenis tarian sahaja. kita fikir-fikirkanlah.

------Onsight--------

Dah. lupakanlah tentang syarat tu. Kita alih topik lain, tetapi masih dalam lingkungan Potensi Tabika KEMAS.
Pengalaman kami (bukan sahaja kami berdua suami isteri, tapi termasuk juga jurulatih mana-mana Tabika mengikut DUN dan PARLIMEN) mengajar dan membimbing anak-anak comel berusia 5 dan 6 tahun ni memang amat seronok dan kadang-kadang lucu dan tidak kurang juga geram. Marah jauh sekalilah.

Anak-anak kecil ini memang amat cergas, namun tumpuan mereka hanya boleh bertahan selama 1 jam paling lama. Yang lain main jelah. Maka tak dapatlah kita nak marah-marah macam budak sekolah menengah. Maka juga, masa yang diambil untuk melatih mereka bukan boleh sehari atau seminggu apatah lagi sebulan. Kami mengesyorkan sekurang-kurangnya 2 bulan setengah. Jika kurang daripada itu, boleh juga, tetapi nikmat kesempurnaan itu tidaklah semaksimum mungkin. Mengapa syarat pertandingan bagi program tahunan seperti ini tidak dapat dikeluarkan pada awal tahun (januari) atau pada bulan disember? Ini syarat keluar bulan mac, bertanding peringkat kebangsaan bulan Jun. Peserta akan mengharungi dari peringkat Zon, DUN, Parlimen dan Negeri. Maka budak umur 5 dan 6 tahun ni, berlatih sebulan lepas tu, bertanding. Jika lepas...lepaslah. Itulah yang dibawa keperingkat negeri.

Melalui peringkat-peringkat pertandingan ini juga menjadi satu dilemma bagi guru-guru tadika ini. Rasa perasaan usaha, komitmen, pengorbanan masa dan wang itu berbaloi atau tidak. jika tidak menyertai maka kita akan disebut sebagai tidak ada semangat berjuang pula. Dilemma kenapa? Inilah hakikatnya, jika anda tidak pernah ambil tahu tentang dibalik tirai Hari Potensi.

Saban tahun, kepengadilan peringkat awal pertandingan (Zon, DUN dan Parlimen) amat dipersoalkan. Menjadi persoalan yang menjadi trauma. Kita bertanya siapa pengadil? Apa kelayakkannya dalam bidang tarian? Pengalamannya? Apa yang beliau tahu tentang rentak dan tarian? Beliau dari mana? Mampukah beliau mengulas kekurangan setiap pasukan bertanding? Inilah antara persoalan yang ingin kita ajukan. Kami faham bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian tidak akan mampu menyediakan pengadil terlatih bagi setiap daerah. Isu bayaran tak perlu tanyalah. Tapi inilah antara Dilemma peserta setiap tahun. Penentunya siapa. Siapa nak jawab?

Ada orang suka sangat nak tuding jari ke jurulatih. Mungkin kami tiada unsur kreatif, tidak bersungguh, tiada ketegasan, komitmen kurang, nak bayaran lebih dan sebagainya. Kita tanya, jurulatih mana yang tak nak pasukannya menang? Bila berdepan situasi begini, alahai alai balai.
Ya, Kami ada keluarga. Ada kerja lain. Kadang-kadang bajet kurang. But we still there.. with those cute little kiddies... so?

Tulisan ini bukan untuk mengkritk, tetapi agar kita dapat memberi sedikit penambahbaikkan pada masa akan datang. Kalah dengan cara terhormat adalah lebih baik daripada menang dengan cara politik. Bukan nak kotorkan nama TABIKA KEMAS. Tetapi kerana kita masih belum punya ruang untuk berbincang dengan guru-guru tabika yang setiap hari menghadap anak-anak kecil ini. Akar umbi.

---- at the end-------

Finally, ada dua hal kecik sahaja.
Syarat pertama, perkara 1.5 dan 1.6.
<1.5>
<1.6>
Muzik atau prop, di bawa oleh pasukan yang bertanding. Memanglah takkan penganjur yang sediakan pulak. Manalah penganjur tahu muzik atau prop kita melainkan syaratnya telah ditetapkan.
Muzik iringan, bebas tetapi dalam bentuk minus one. Bebas? tapi minus one? Pertanyaan saya yang tak berapa pandai ini ialah apa maksud minus one? minus one ialah muzik instrumental yang tidak mempunyai sebarang suara atau vokal. Ini bermaksud muzik apa pun boleh, tetapi dalam bentuk instrumental sahaja. Saya pernah berjumpa dengan pasukan yang menang, dan syaratnya juga muzik minus one, tetapi muziknya mempunyai suara orang (mungkin diambil dari cd karaoke), tapi ya mereka menang, sedangkan yang completely instrumental tidak menang. Politik ke ape tu? Minus one berbeza dengan plus one. Kaji balik la syarat tu.

---- Really at end---- fikir dan tindakan selanjutnya---------------

Rabu, 3 Mac 2010

Chemistry i561

siri motivasi yang aku dengar dalam kelas bisnes MLM BWW

"SEBATIAN KECEMERLANGAN, RESEPI KEJAYAAN"


Isi Kandungan
Bab 1 : Cita-cita Vs Impian
Bab 2 : Pengorbanan
Bab 3 : Jatuh lagi dan Motivasi
Bab 4 : Dari bertatih hingga berlari ke langit
Bab 5 : Puncak


Bab 1 : Cita-cita Vs Impian
Pernahkah anda bermimpi? Mimpi itu mainan tidur kata sesetengah orang. Kadang-kadang benar kadang tidak. Pernahkah pula anda berangan-angan? Aku 'boleh' jadi itu dan ini, mampu lakukan itu dan ini, semua orang mengagumi saya. Adakah aku punyai cita-cita? Suatu hari nanti pada masa depan aku akan berkerja sebagai apa? Makan gaji, berniaga, kerja kerajaan, kerja sendiri atau apa sahaja pekerjaan mengikut spesifikasi pendidikan anda dan spesifikasi pengalaman kita.
Adakah itu sahaja yang kita mahu? Bagaimana pula apabila kita menjadi penanggung kepada keluarga kita. Cukupkah harta yang kita akan dapat? Mampukah kita memiliki harta? Cukupkah masa kita bersama keluarga? Persoalan demi persoalan. "Aku mahu menjadi orang yang berjaya" - dunia dan akhirat.
Kita ada impian. Semua orang pun. Impian untuk pergi melancong luar negara. Impian memiliki kereta mewah. Impian mempunyai rumah yang ada kolam renang. Rumah tepi pantai. Impian mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Impian itu dan impian ini. Impian individu atau bersama.
Tanya pada diri... Apa usaha kita untuk mencapai dan memeluk erat impian kita. Apa spesifikasi kita sehingga dapat menggenggam impian kita? Kita ada apa? Ada harta? Ada saudara? Ada masa?
Sekarang... Perkara pertama atau langkah pemula ialah dengan memastikan betul-betul apa impian utama kita. Bukan cita-cita. Apa yang ingin sangat kita miliki. Teguhkan hati diri untuk tidak akan menukar impian itu. Dan visualkan impian itu secara tampak sebesar yang mungkin. Contohnya, saya ingin memiliki sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo 10 (upgrade) yang berharga RM320,000 dalam masa 5 tahun lagi. Tetapkan masa agar kita sentiasa bersemangat kerana dicabar oleh masa yang akan sentiasa bergerak dan mungkin akan meninggalkan kita jauh sekiranya kita kurang peka atau terlalai. Seterusnya kita ambil atau cari gambar kereta tersebut iaitu impian kita itu dan cetak besar sebesar besarnya. Atau beli gambar bersaiz poster. Tampal di tempat yang kita akan toleh, pandang dan tengo setiap hari sama ada sebelum tidur atau setelah bangkit dari tidur, atau sebelum pergi ke tempat kerja. Visualkan dengan menanam kukuh niat dalam hati. Itulah cara orang berjaya.
Bab 2 : Pengorbanan
Ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Siapa tak nak, angkat tangan. Siapa nak, jerit kuat-kuat... Nak.
Terlalu banyak maksud dihati setiap manusia. Setiap hati manusia sedalam mana pun, peringkat ekonomi apa pun, semuanya ada keinginan dan kehendak. 'Aku Mahukan.....'
Bagi mencapai kejayaan dalam hidup sama ada untuk hidup bahagia bersama orang yang tersayang, mendapatkan kekayaan serta ada masa untuk diluangkan demi keseronokan individual ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kerana bukan semua perkara boleh dimiliki dalam satu masa. Kitalah yang harus memilih. 'To be or not to be'.
Terdapat 3 perkara penting yang harus kita korbankan untuk mendapatkan salah satu atau salah dua daripadanya. Kita tidak akan langsung dapat ketiga-tiganya sekali dalam satu-satu masa kecuali kita menjalankan perniagaan francais. Apakah 3 perkara tersebut?
1. Harta - wang atau sebagainya
2. Masa
3. Saudara - hubungan
Jika kita memilih harta atau duit atau kejayaan besar dalam peperiksaan penting, bukankah kita perlu korbankan masa dan hubungan saudara. Masa kita bermain akan menjadi kurang, masa berborak, mungkin masa bersama keluarga pun tidak ada. Korbankan hubungan keluarga bukan bermaksud putus hubungan, tetapi keaktifan kita bersama dengan saudara kita,termasuk rakan-rakan, orang tua dan ahli masyarakat. Kadang-kadang saudara kita meninggal pun kita tak dapat nak jenguk. Kalau ibu bapak meninggal?
Sekiranya kita memilih banyak kepada 'masa', banyak masa yang kita luangkan kepada saudara kita, anak kita, isteri kita, siapa-siapa sahaja. Kita luangkan masa untuk mencapai keseronokan diri. Cuba fikir, adakah pendapatan kita akan bertambah jika kita membuang masa atau bersenang lenang? Apa pula akan terjadi bagi mereka yang berkerja sendiri, seperti workshop, restoran, dan sebagainya. Bagaimana pula jika kita buat alai balai je datang ke tempat kerja jika kita seorang kakitangan kerajaan... Tak masyuklah kalau gitu...
Apakala kita memilih lebih banyak bersama keluarga dan saudara kita. Adakah kita akan menempa kejayaan yang cemerlang? mungkin ya kerana mereka akan memberi tips tips kehidupan. Tapi, adakah mereka akan memberikan kita harta mereka keseluruhannya, atau memberikan jawapan kepada soalan peperiksaan. Fikir.
Yang mana kita nak korbankan. Kita pilih supaya kita tak menyesal kelak.
Bab 3 : Jatuh lagi dan Motivasi .... to be continue

Selasa, 2 Mac 2010

Seni Kata atau Lirik

Tajuk : Takadalagilupikirlahsendiri
Pencipta :Akulahkalaukautaktahulagi

Aku Persembahkan
sebuah lagu
laguku untukmu
yang selalu merindu
Kisah yang berlalu
biarlah berlalu
walaupun dahulu
aku cinta padamu
C/o
Sayang masih sayang
ku sayang pada mu
tapi apa daya
ku sudah berpunya
Rindu masih rindu
rindu kepadamu
hanya kau yang satu
di dalam hatiku
Rela kau merana
mengalir air mata
kesepian di sana
menanti bahagia
Aku mengharapkan
diriku diampunkan
moga kau berjumpa
kekasih yang setia
lyric by UliSuangPodos/10