Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Jumaat, 27 Julai 2012

I Am Still Alive : Cikgu Masa Kini 2a

Salam... Kali ni nak sambung cerita selepas 2007 ke  tahun seterusnya..........................................................


___________________
Ini Baru Cikgu : Profesion-all
Dan 2007 pun melabuhkan tirai dengan seribu satu kenangan dan persoalan. 2008 datang, dan inilah tugas aku yang sebenarya. Tengok betul-betul. Baca hati-hati..

1. Mengajar
P&P aku averagenya sama, 25 masa seminggu, 40 minit satu masa. Mengajar Pendidikan moral kelas Tingkatan 1-3 masa seminggu, Tingkatan 2- 3 masa seminggu dan Tingkatan 3 - 3 masa seminggu. Jadi dah makan 9 waktu. Pendidikan Seni Visual (PSV) pula aku ajar Tingkatan 5B- 4 masa, 5D- 4 masa , 4B - 4 masa. Campur dengan PMoral tadi dah 21 masa. Mata pelajaran yang bangkit semula zaman Pak Lah iaitu PSK (Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) 2 kelas pulak . Tingkatan 3B- 2 masa dan Tingkatan 1B - 2 masa... jadi campur semua 25 masa.. betul?

Sebelum mengajar kena buat atau kena tulis buku rekod mengajar. siapa tak buat Boleh dikenakan denda RM5000 jika sabit kesalahan. Tetapi agak ramai juga yang membuat Rancangan Mengajar Harian (buat sebelum mengajar) tetapi tak kurang juga yang membuat Sejarah Mengajar Harian (Buat hari jumaat sebelum hantar buku rekod). Kalau orang tanya, kenapa buat macam tu. Kau akan tahu selepas baca habis cerita ini.

Masa KPLI dulu, ada istilah 'Praktikum'. Masa praktikum inilah Buku rekod yang dah tebal tu boleh kembung. Yang lebih advance ialah tambah pulak satu buku lagi. Itu baru praktikal 4 bulan. Termasuklah dengan ABM, BBM, Induksi dan macam-macam istilah dalam pendidikan - jean piagetla, OHPla, main peranan, P&P berpusatla.... segala macamla. Buku rekod tu, untuk 1 mata pelajaran, 1 kelas, boleh mencapai sehingga 5 muka surat. kalau tulisan kecil sikit dapatla 3 muka surat.
Masa mengajar yang sebenarnya di sekolah, buku rekod yang approve ialah - 1 muka surat untuk sehari. 1 muka surat tu kalau sehari ada 5 atau 6 kelas... tulis la RPH untuk 5 ke 6 kelas. Tapi average sehari cikgu sekolah menengah ialah 4 kelas untuk sehari, paling banyak. Malangnya kalau sekolah rendah memang ada yang dapat 6 kelas sehari. 
Itu baru kira kelas. belum kira masa lagi. Kalau sehari ada 5 kelas darab 2 masa, amacam. Itu baru tulis buku rekod, belum mengajar lagi.
Tamat tentang buku rekod........

Mengajar pulak. Aaaada macam-macam jenis cikgu, dan beribu peel pelajar. That is our customer or client. Remaja. Ada 3 kelas pelajar. Yang baik dapat kelas pertama dan kedua - tak payah mengajar beria sangat, kerana mereka ini boleh belajar dan memang nak belajar. Kelas ketiga - potensi dan sederhana - kena push untuk mereka lulus dan nak belajar. Kelas kelima dan keenam - kalau ada dikelas pun mujur. Saya secara jujurnya nak sangat tengok GC atau guru APC mengajar kelas hujung. sekurang-kurangnya lulus pun tak pelah. Setakat GC, JU mengajar kelas A, tak herannya aku. Tapi gua memang salute jika cikgu mengajar kelas belakang. Ada yang lari panjat pokok, masuk ladang, membuat rondaan keliling sekolah. macam-macam hal. nak rotan pun diorang dah kebal. Tapi rotan memang patut la, terutamanya public canning. 

Itu baru pelajar. Kalau cikgu ada macam-macam cara mengajar. Ikut kelas. ada yang baca buku teks. ada yang baca nota. ada yang bagi lembaran nota atau kerja. dan sebagainya. Yang guna multimedia pun ada. Tapi aku lebih suka berlakon dengan pelbagai watak dalam kelas. Satu-satunya cikgu gila dalam sekolah ketika mengajar. 

Lepas mengajar kena bagi latihan. Lepas bagi latihan kena periksa. Thats is P&P. The World Of Teacher. Sebelum-sediakan bahan ikut tahap kelas. Semasa-mengajar ikut tahap pelajar. Selepas - konklusi dan berkata Alhamdulillah. Menoreh kebun sendiri dah abih. Relief kelas - Menoreh kebun orang.

2. Kokurikulum dan sukan
Jika anda ingat kerja guru hanya mengajar, seperti yang saya ceritakan. harap-harap anda baca berikutnya.

Memang Koko dan sukan bukan setiap hari. sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. setiap guru di berikan sekurang-kurangnya 1 unit sama ada unit beruniform, kelab persatuan atau kelab sukan. Cikgu yang mengajar tadilah. Bukan cikgu unit Kokurikulum. Mana ada kakitangan sekolah macam tu. Unit Kokurikulum ada pegawainya sendiri di sekolah, yang tak mengajar, tapi mengurus KOko je. Tak ada, ok... Cikgu yang mengajar P&P tulah yang pegang kerja Koko. ini kira penegasan ni. Yang ada cuma GPK KoKo je. Mentadbir dan Menyelaras.

Cikgu lain, terutamanya perempuan, akan marah jika diberi relief. Asyik-asyik cikgu ni je yang keluar. Lepas dia, dia lagi. Jangan marahlah kak oiii... Sukan dan KokO ni bukan sepanjang tahun, tapi bermusim. Cer kakak cikgu pergi ganti keluar sekolah nak tak? ingat claim perjalanan cukup ke? Bawa budak nak jaga keselamatan budak lagi. Balik Petang lagi. Berpanas hujan lagi. Kereta kotor dan hapak bau budak lagi. Cer suruh PTD buat kerja tu... maunye dia0rang?.. Nak cerita panjang kang hahhhh.....
Masa tu aku pegang Ketua Penasihat KRS dan Kelab Seni Budaya. Pembantu penasihat kelab catur (walaupun aku haram tahu pasal catur).

Secara logiknya. jika mengurus koko ni, P&P akan tertunda. Cikgu yang keluar ni akan dikehendaki memberi kerja kepada pelajar. Cikgu relief yang akan menguruskannya. Ni cikgu relief pun tak de selera nak masuk.
Diorang ingat setakat ambil dan hantar ke? Nak mengurus lagi. Kalau setakat peringkat sekolah, bolehlah sikit. Nak memikir peringkat zon, daerah....so on... memang bukan semua guru terlibat. 

3. Tugas-tugas lain
Pada tahun itu juga aku pertama kali juga menjadi guru kelas. Ha ha ha.... suka hati. Dapat tahu background budak. TETAPI... MERATAPI. Orang ingat jadi guru kelas setakat tanda kehadiran je ke. Nak isi buku rekod kehadiran itu pun dah jadi masalah. Masa tu ada SMM dah. Data pelajar tahun lepas yang hilang entah ke mana, kena cari. Budak pulak kejap ada, lama tak ada... yang pontengnya. yang tak hadir kena buat surat amaran. Kena buang pun ada caranya, mana boleh buang terus. Aamaran 1. Aamaran 2. Kaunseling. Jumpa mak ayah budak. Aamaran 3. Tanya GPK HEM. Tanya Pengetua. Barulah diberhentikan. ..... pas tu. Merayu sekolah balik. Pergi JPN je. Masuk pulak. ada pulak budak tu balik. datang pulak, tak duduk kelas, pi bejalan ronda sekolah. merokok dalam sekolah. Macam mana lah cikgu nak memantau? cikgu nak mengajar lagi. Kalau kejar budak tak berbaloi nak tinggal yang dalam kelas. Suruh cikgu lain kejar, macam cikgu tu tak ada kerja lain. Dia pun nak mengajar juga. nak tanda kertas budak juga. nak meniaga MLM juga... aitttt PULOK... macam macam hal....


Aku tak dapatlah porfolio bawah ni, tapi aku senaraikan jugalah portfolio ni untuk kamu mengerti tentang teacher at-all. Tugasnya seperti ini kekadang bertindih bagi seorang cikgu. Kekadang ada juga cikgu yang tak de tugas, terutamanya cikgu yang lama, dah veteren. iaitu :
guru disiplin/guru data/guru PSS/guru peperiksaan/guru buku teks/guru koperasi/ guru bangunan/guru harta sekolah/ guru kerusi meja/guru air api/ dan sebagainya. Kalau buka buku panduan tugas tahunan ada banyak lagi....

cukup je lah untuk kali ini. Begitulah hingga tahun 2009. Masa mengajar masih sama. Cuma kelas yang di ajar je berubah. Sementelahan orang rumah pun dah posting kat kawasan ni juga, saya belah utara, dia belah selatan.... begitulah dunia guru... Prestasi sedikit meningkat pada tahun 2008 dengan markah 89 something....2009 turun 88 somethings... Masih belum tertekan jadi seorang guru. Tak tahulah kalau PTD yang baca jadi tertekan. Pensyarah baca jadi tension. ....

See ya next time........___________