Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 31 Mei 2010

Pertandingan Tarian Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010









Assalamualaikum...
Salam Perpaduan Salam 1 Malaysia..

Pada 29 Mei lepas bertempat di SMK seri Jengka , Maran Pahang... telah berlangsungnya Pertandingan Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Pahang. Pertandingan dwi tahunan ini merupakan pertandingan persembahan pentas seperti Pidato, Bercerita, Teater, Tarian... dan rekacipta.. tahun lepas pertandingan sukan dan olahraga...
So saya ditawarkan menjadi hakim tarian. Buat pertama kali saya jadi hakim untuk pertandingan peringkat negeri. Banyak kisahnya yang saya nak kongsi juga. termasuk beberapa kecelaruan dari penganjur dan peserta - dalam bab tarian sahaja yea.. - .
Saya bersama 2 orang lagi hakim dari Taman Budaya Kuantan, En Aznan dan En Shahrulnizam (nama je lebih kurang sama) telah memilih secara average pemenang pada tahun ini jatuh kepada Pasukan Maran dari Tadika Kemas Jengka 2 sebagai wakil negeri ke Peringkat Kebangsaan. Memang tuan rumah, malah 2 tahun lepas juga mereka merupakan johan kebangsaan..(jurutari sama, pengurus sama... penari je lain)..
Sebagai hakim, saya tak nak jadi 'bayes' (tak tau nak eja) jadi saya buat sedikit revision bagi semua pasukan puas hati... kenapa mereka kurang menang.
Review Pertandingan Tarian.
"Kami dapat syarat 1 Malaysia sebelum ni, 2 minggu lepas kata joget saja, minggu lepas baru tau kena ada 2 jenis tarian"
"Tak dan nak tukar syarat tarian"
"Kat peringkat DUN dan Parlimen, hakimnya ntah apa-apa, tak pandai pilih"
"Penyelia kawasan tak bagitau syarat baru pun"
"..................."dan banyak lagi sungutan kecil yang aku dengar..
Walau apa pun perkara telah berlalu... buat iktibar... go for next competition.
Kekurangan secara keseluruhan pada setiap pasukan :
1. Totaly out dari syarat terbaru, masih mengekalkan tema 1 malaysia sama ada dari segi pakaian, muzik iringan dan bunga tari.
2. Kurang persediaan (mungkin pasukan tersebut terpilih secara ad-hoc tanpa pertandingan peringkat rendah), langsung bukan standard pertandingan peringkat negeri.
3. Bunga tari -
-Bunga tarinya bukan bunga tari asal atau yang mirip kepada jenis muzik. Contohnya muzik "zapin hanuman" tapi tarian... ntah aku pun tak tahu tarian apa.
- Bunga tari zapin masih mengekalkan zapin budak tadika (kecuali pasukan rompin je yang zapin melayu asli dan campur zapin lain tapi agak mirip)
- Lain lalu dari tariannya.
4. Pola lantai (spacing)
- Rata-rata tidak seimbang, berat sebelah, senget sebelah dan tidak menyeluruh.
- Nampak sangat peserta tidak mencuba pentas pada malam sebelum itu. (kita tau masalah budak umur 4 / 5 tahun ni, kena ada mak bapak d situ). lain kali atasi masalah ini.
- Kurangnya pola lantai. 1 lagu hanya ada 1 pola lantai. boringlah. sepatutnya kreatif pola lantai akan berubah paling kurang setiap 6 x 8 beat.
- Elakkan sebaris ke belakang, kerana jika tidak seragam nampak jelas.
- Penari di belakang berada tepat di belakang penari di depan. Covering, maka kurang markah di situ. Pastikan semua penari atau pasangan kelihatan jelas.
- Penguasaan pentas kurang... pentas sebesar pentas dewan sekolah menengah, hanya ada 4 pasangan (8 orang) penari cilik memang tidak sesuai. nampak luas pentasnya dan nampak kecil budaknya.
- Jika 5 pasang (10 orang) atau 6 pasang (12 orang) memang relevan.
- tapi kalau lebih 12 orang atas pentas akan nampak crowded.. semak mata memandang... tambahan jika pola lantai tidak tersusun.
5. Props
- apa guna props jika di bawa menari? menambah seri tarian.
- so jangan lakukan... bawa props masa opening (mengharap ada markah tambahan), kemudian letak di depan pentas... menari... habis menari angkat bawa masuk. Kalau gitu tak akan ada markah kesian pun.
- Props mesti digunakan semasa menari, sama ada sebahagian tarian atau keseluruhan tarian.. bukan untuk hiasan pentas.
- minta maaf cakap ye.. ada pasukan membawa tarian inang cina, kemudian guna props kipas orang kawin (ada riben ditepi kipas cam bentuk love) dan guna riben gimnastik ada pemegang kayu. Bukan itu propsnya. Inang cina propsnya sapu tangan (handerchief) atau bunga selit kat jari, gerakan inang tapi lebih laju dari inang asli. Saya kesian pada pasukan tersebut.
- ada pasukan ambil songkok sebagai props sementara. pasangan perempuan amik songkok tu kemudian letak balik atas kepala pasangan lelaki di situ. Apa salah dia bawa menari barang sebunga dua, kan cantik dan menarik.
6. Posture tubuh (bentuk badan ketika menari)
- benarnya kita tak harap apa2 posture yang menarik dari budak umur macam tu. tapi saya tahu mereka boleh buat. sebab saya juga mengajar budak macam tu, cuma kalah pada peringkat DUN (sebab jangan ceritalah).
- Yang penting jaga posture tarian Melayu iaitu "Tonggek", "Lentik" dan "Bend (lutut rendahkan)".
- pandangan mata ' eye line' ke mana? Hujung jari, belakang tapak tangan dsbg.
7. senyuman kurang.
8. pergerakan perempuan sepatutnya lebih sopan bukan terover gitu...
9. Tertib - Ada kesantunan semasa masuk dan keluar. bukan masuk suka hati dan keluar senang
hati. Cuba elakkan bersedia di atas pentas sebelum muzik dimainkan. bersedia di tepi / belakang pentas. Minta lalu / sudi/ tebar layar boleh guna.
10. mulut terkumat kamit mengira langkah. kalau nyanyi bersama lagu tak pe.
11. Tarian Rampai - jangan ada muzik putus ditengah-tengah antara lagu. Muzik bersambungan.
12. Busana/kostum/pakaian
- semua ok, kecuali pasukan yang masih kekalkan tema 1 Malaysia, memang out, disqualified.
- Kesopanan pakaian - ada 2 pasukan yang kain penari perempuannya terbelah hingga menampkan peha. so baiki. walaupun mereka kanak-kanak. cari style kain lain.
- Kalau boleh, jangan samakan warna dan corak kain perempuan dengan seluar lelaki, tak sesuai langsung.Pelik.
13. Tatarias / make-up dan aksesori no komen. lebih kurang tak ada lah yang macam opera cina.
14. yg lain tu kira halal-lah..... ops sikit lagi... ada 1 pasukan tu (aku tak nak ngaku parlimen aku), memang tarian rakyat, tapi syarat dah nyatakan joget, inang, zapin dan asli sahaja (bukan tarian orang asli-minta maaf banyak2 = minta jadikan pengajaran oleh penganjur dari peringkat pusat hingga ke akar umbi)
== harap-harap dengan penerangan ini, walau sedikit, dapat diterima oleh semua pasukan yang bertanding. saya tahu banyak yang mereka korbankan -masa, duit, mental dsbg- adat pertandingan, ada kalah dan menang. (kalau pasukan aku layak, kalau tak dapat no 2, mesti dapat no 1.... lorat juga)==
Wassalam....
baru terbaca bab busana / kostum di atas.... "digalakkan memakai pakaian 1 Malaysia".... so????

Rabu, 12 Mei 2010

Details Review : Tatacara Permarkahan Pertandingan Tarian


8.0 CARA PEMARKAHAN
Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai - 15
o Kesantunan - 20
o Busana dan tatarias - 20
MARKAH PENUH 100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai – 15
c Kesantunan – 20
o Busana dan tatarias – 20
MARKAH PENUH 100
____________________________________________________________________

Salam semua pencinta seni budaya tempatan Malaysia. Biar diceruk pelosok manapun berada. Anda tetap seorang pencinta. saya menulis entry ini adalah bersabit dek kerana kekalahan pasukan tadika KEMAS saya pada minggu lalu. Maka saya cuba mencari solusi agar pertandingan seumpamanya ini, tidak akan ada lagi pasukan yang tidak berpuas hati dek keputusan pengadil.

Kita semua tahu, mengadili pertandingan secara subjektif ini akan menimbulkan kecelaruan dan perasaan kurang enak bagi semua pihak. WBP 'Keputusan Pengadil adalah Muktamad'. WBP lagi, nak komplen bayarlah paling kurang RM50. yek?

Untuk pengetahuan anda juga, cara permarkahan yang saya tunjuk di atas bukan digunakan bagi pertandingan yang saya sertai baru-baru ini. Cara permarkahan di atas sekadar menjadi 'guide line' kepada topik kita pada hari ini. Saya akan terangkan satu persatu secara detail tentang kandungan instrumen tersebut diadili dan dilihat oleh pengadil (sepatutnya). (Rujuk juga entry saya sebelum ini tentang syarat pertandingan Tadika KEMAS 2010)

Saya cerita cara kampung aaa...

Setiap pasukan yang akan bertanding, mula2 sekali mesti membaca dan mengkaji syarat pertandingan terlebih dahulu. Ada 4 perkara utama yang perlu dituju iaitu
1. Tema/konsep - sama ada Rampaian Tradisional, Rampaian Kontemporari, Etnik Kreatif, Etnik Tradisional, Rampaian berbilang bangsa (1 Malaysia contohnya), opening, finale, sambutan, dsbg..
2. Masa Pertandingan - minit bagi setiap pasukan.
3. Jumlah Peserta dalam satu pasukan
4. Muzik iringan - sama ada minus one, plus one atau lagu nyanyian dsbg

Setelah faham 4 perkara tersebut baru boleh mula melatih budak dancer itu. Nak latih ikut kreativiti dan kepandaian jurulatihla. Nak tips? ok pilih cara mana nak mula melatih seperti berikut..:
1. Memulakan latihan pembelajaran 'bunga tari' dan kiraan 8 /4 (kebiasaannya) tanpa muzik. Habiskan dulu 5 atau 6 bunga tari asas kemudian serasikan dengan muzik iringan dan seterusnya membuat pola lantai, atau;
2. Memulakan latihan dengan pembelajaran 1 'bunga tari' dan kiraan 8 /4 dengan muzik, sehingga habis satu lagu, kemudian baru tambah 1 bunga tari lagi, muzik lagi, dan seterusnya pola lantai, atau;
3. Buat terus 'bunga tari', kiraan, dan pola lantai tanpa muzik sehingga siap satu jenis tarian, kemudian baru pasang muzik, atau;
4. Buat terus 'bunga tari', kiraan dan pola lantai dengan muzik sekali sehingga siap satu jenis tarian (untuk penari profesional sahaja) , atau ;
5. Ikut suka hati koreografila...
___________________________________________________________________

PEMARKAHAN
inilah topik kita sebenarnya pada hari ini. Nak ulas ni. Kepada sesiapa yang pernah jadi pengadil berat sebelah tu jangan marah ya....teruskan.

1. Koreografi Dan Keaslian Tari
- Koreografi dalam konteks ini ialah cara seseorang jurulatih tari itu membawa naik tema tersebut ke atas pentas. Biasanya setiap seorang koreografer itu mempunyai stailnya yang tersendiri. Dan dalam kalangan penggiat seni tari boleh mengenal stail ini siapa punya, stail itu siapa punya gitu. Dalam pertandingan sedemikian rupa, cara untuk menilai koreografi ialah dengan melihat keseluruhan persembahan iaitu cantiknya di mana, kagumnya di mana, keserasiannya di mana, gabungan antara tarian serasi tak, jalan cerita muziknya bagaimana, adakah bermula dengan muzik tempo perlahan ke tempo laju atau sebaliknya. Yang pasti koreografinya sempurna atau tidak cukup latihan.

- Keaslian tari pula ialah merujuk kepada 'bunga tari' secara total. kita ambil contoh tarian joget. Bunga tari joget yang paling asas ialah jogetla... kaki kanan ke depan kemudian kembali di tapak, seterusnya kaki kiri ke belakang kemudian kembali ke tapak, sementara tangan bersilang dengan kaki, bila kaki kanan ke depan, tapak tangan kiri menghadap ke atas dan tapak tangan kanan menghadap ke bawah, tangan berada paras hempedu / abdomen (antara dada dan perut) ke depan, manakala badan dalam keadaan bongkok sedikit ke depan, bend(bengkok lutut sedikit) dan tonggek. Itu joget. Tapi adakah anda tahu berapa jenis joget yang ada di Malaysia. Boleh tak kita katakan semua joget itu sama dan boleh digabungkan ikut suka hati. Tak jadi. Biar saya kata begini. Tidak ada percampuran gerak dalam tarian rampaian tradisional. Kalau kontem atau kreatif pasti boleh. Pengadil mesti tahu bezakan antara Joget Asli, Joget Jawa, Joget Minang, Joget Sarawak dan Joget Lambak kerana secara total bunga tarinya tidak sama, walaupun asasnya sama. Itulah keaslian tari. Tidak boleh campur Zapin Pulau dengan Zapin Parit Mastar, Zapin Bunian, Zapin Pekajang dan sebagainya dalam tari rampai, kecuali rampaian Zapin. Kalau inang pula, Inang Asli, Inang Cina dan Inang renek memang berbeza bunga tarinya. Maka sila lihat betul-betul.

- Jika pengadil berpengalaman, mereka akan tahu dan boleh menyebut setiap nama bunga tari yang ditarikan oleh peserta.

2. Koordinasi Muzik Dan Pergerakan
- Koordinasi muzik dan pergerakan ialah keserasian antara muzik dan pergerakan bunga tari dan pola lantai. Kebiasaannya kita dengar ada bunyi gong pada setiap beat kelapan lagu melayu tradisional spt contoh : tak tak - tung tung tung - tak- tung - (tung) gong. Bilamana gong itu berbunyi, di manakah point kaki dan tangan penari. betul tak tempatnya. kiri atau kanan. itu jika dilihat secara detail. tapi takkan ada pengadil buat begitu kerana muzik iringan adalah terlalu laju. Cuma perlu lihat secara keseluruhannnya sahaja. Kalau saya, saya lihat begitulah.

- dan lagi, sesuai tak muzik tersebut dengan gerakan bunga tari. Kita ambil contoh lagu ghazal dengan tarian zapin. Kita boleh trace, pada permulaan lagu ghazal ada petikan gambus sahaja, maka penari masuk secara 'sudi' (macam nak melintas depan nenek tu). Kemudian muzik rolling (tak tau apa namanya), maka penari membuat bunga tari 'kopak'. seterusnya muzik nyanyian biasanya pantun, maka penari membuat tarian asas dan ragam / bunga tari - asas, belanak, ayam patah, titi batang dsbg. Jika pada masa muzik rolling, penari membuat asas, memang tak patut kerana masa itu hanya kopak boleh digunakan. Begitu juga jika pada waktu muzik permulaan gambus itu penari terus membuat langkah asas atau titi batang, memang tak padan. Potong markah.

- koordinasi muzik biasanya bermula dengan lagu yang perlahan temponya, di ikuti yang sederhana kemudiannya laju. markah kemenangan pasti ada di situ. Boleh cuba tempo sederhana-perlahan-laju. Jangan pula buat laju-sederhana-perlahan, memang boring. Markah jangan katalah kalau gitu.


- Keseragaman pergerakan adalah perkara utama dalam sesuatu pertandingan tarian ini.

3. Pecahan Tari dan Pola Lantai
- Pecahan tari ialah kesinambungan bunga tari dan ragam (ini saya pun kurang pasti). Gabungan atau perubahan gerak dari satu bunga tari atau ragam ke satu bunga tari yang lain. Kena/sesuai tak dengan muzik iringan ketika itu. Ada ketikanya kita lihat pasangan lelaki dan perempuan menarikan bunga tari yang berbeza dalam satu masa, ada masanya mereka menarikan serentak bunga tari itu. Itu mengikut kreativiti jurulatih tari.


- Pola Lantai (spacing) bermaksud 'kedudukan dan pergerakan' penari di atas pentas. Pola lantai ini ada bermacam-macam bentuk mengikut jumlah pasangan penari. Perkara yang perlu diambil kira ialah keseimbangan kedudukan peserta di atas pentas dan keseragaman kedudukan peserta di atas pentas. Sila Lihat Gambar rajah di bawah :


- Maka bila dah lihat gambar tersebut, kiranya kita tahu apa itu pola lantai. Perlu dilihat juga, bunga tari apa dan ke mana penari itu bergerak, pola lantai apa. Bagaimana mereka menukar pola lantai tersebut dengan ragam tari bagaimana. so stay tuned..


4. Kesantunan
- Kesantunan atau kesopan-santunan atau adab di atas pentas. Berikut adalah antara syarat dan pantang larang yang harus diikuti oleh peserta;

a) Cara masuk mestilah dalam keadaan lemah lembut dan bersopan bagi tarian tradisional. Bagi Kreatif kontemporari takpe.
b) Senyuman penari mestilah tidak menampakkan gusi atau keseluruhan gigi.
c) Tiada sebarang bunyi suara penari yang dikeluarkan (untuk pertandingan sahaja), sama ada hap, hup, kopak, wainap, hak dsbg.
d) ketiak penari perempuan tidak boleh dibuka luas. 'bayangkan kepit telur di celah ketiak jangan bagi jatuh sepanjang persembahan'. (tradisional sahaja).
e) kaki penari perempuan tidak boleh sama sekali 'terkangkang'. Jika perlu mengangkat kaki, hujung jari kaki mesti tidak terlalu jauh dari lantai pentas (kira2 2 atau 3 inci dari lantai.
f) Penari lelaki, mesti mengepak atau ketiaknya terbuka luas. GAGAH.
g) Tidak boleh sama sekali membelakangi (buntutnya menghadap ke depan pentas) pengadil atau penonton. Di bolehkan jika cuma seorang dua, tetapi bukan sekumpulan ( contohnya ragam tari bulatan). Ambil alternatif secara sisi atau 35 darjah.
h) Tiada sentuhan terus ke badan pasangan. Jika menggunakan props boleh.
i) give & take mesti ada. Pasangan mesti berkomunikasi di atas pentas melalui mimik muka, bukan suara.
j ) Cara keluar yang bersopan dan tertib, mengikut giliran.


5. Busana Dan Tatarias.
- Busana ialah pakaian atau kostum termasuk props, manakala tatarias ialah make-up dan aksesori lain termasuk sanggul, rambut atau tudung.


- Busana dan tatarias adalah sangat penting berserasi dengan tema dan konsep tarian. Jika tarian TRADISIONAL, maka pakaian dan solekan termasuk aksesori adalah sederhana dari segi warnanya dan jumlahnya. tarian seperti joget, inang, zapin, asli, canggung dan sebagainya itu ialah tarian rakyat, maka tiada konsep kepelbagaian warna dan vogue. Betul-betul tradisional - pakaian warna lusuh dan pudar, aksesori cucuk sanggul emas atau silver, atau bunga di kepala sahaja, dengan kain songket bunga tabur atau kain basahan sahaja.


- Jika tarian kreatif atau kontemporari, busana dan tatariasnya dibolehkan vogue gitu, warna yang menyerlah, aksesori yang bertimbun, props yang mega dsbgnya.


- make-up, perlu diambil kira. Adakah make-up seperti opera cina, atau seperti tak pakai make-up. Tipsnya mudah. Memang beza jika kita lihat solekan ke Pasaraya, solekan pentas, solekan persembahan padang, solekan kontemporari. jika tradisional, cukup dimulakan dgn foundation, badak asas, eye shadow, blusher pink cair, bulu mata palsu, gincu pink dan pelembap bibir (untuk lelaki) , pensil kening jika perlu.


6. Muzik
- bukan nak kata. Muzik itu sangat penting. Jika syarat kata audio cd maka jangan bawa pita kaset atau cd karaoke atau mp3. Buat lambat pasukan lain jew. Perkara ini biasa terjadi. Nak guna muzik dah establish bole. kalau kaya boleh guna pemuzik untuk re-arrangement lagu baru atau gubah semula muzik ikut yang koreografi nak. tak salah. tapi jika dalam syarat tu kata "Minus One", tolonglah jangan bagi markah jika mereka pula bawa muzik yang ada orang nyanyi dalamnya. Begitulah sebaliknya.

- Bila mana dalam syarat menyatakan 2 buah lagu sahaja, maka 2 buah lagu sahaja. Tidak boleh sama sekali membuat opening ambil sedikit lagu A, Muzik sebenar Lagu B dan C, kemudian closing lagu D. Jika begitu maka didapati melanggar syarat kerana dah jadi 4 lagu.
-Sekiranya dalam 1 lagu itu ada 2 bahagian (seperti lagu ghazal atau cinta sayang) iaitu bahagian tempo laju dan perlahan, maka itu dianggap masih 1 lagu, jadi tidak ada masalah.

7. Tugas Pengadil.
- Sebelum = Membaca syarat pertandingan dan markahnya
- Semasa = Memberi markah in-situ
- Selepas = Me-review markah. Kesalahan yang dilakukan oleh peserta dan kekurangan dan kelebihan setiap pasukan atau secara keseluruhan.
*** ingat pengadil, jangan lari selepas pertandingan.
___________________________________________________________________

Why Me.?
- kerana saya tiada sijil JSBN. kerana saya tiada tauliah Seni Tari. I M No One. I m just like other. Tak pernah menang mana2 pertandingan pun. Pasukan kami sentiasa kena pukulan politik dalam seni budaya. saya bercerita berdasar pengalaman. Walaupun Prof Ghouse Nasaruddin tak pernah ajar aku teori seni tari sebab aku tak ambil kursus tu dulu.

- kami penggiat seni amat tidak berpuas hati jika berlaku perkara berikut dalam sesuatu pertandingan Seni Budaya ;

1) Pasukan yang menang itu adalah dari bandar yang terkenal, yang lengkap dengan taman budaya dan jurulatih dari badan kesenian negeri, sedangkan ada pasukan yang lebih hebat tetapi duk jauh di ceruk rantau.

2) Pasukan yang menang itu, ada anak YB atau menteri sebagai salah seorang peserta, yang boleh bagi peruntukan kewangan sedangkan pasukan yang patut menang itu kewangannya terpaksa ditanggung sendiri oleh jurulatih dan pengurus pasukan.

3) Pasukan yang diberi tepukan gemuruh oleh penonton tidak menang kerana tak mengikut syarat, sedangkan pasukan yang menang itu pun sama tidak menepati syarat.

4) Pengadil merupakan orang tempatan di kawasan pasukan yang menang ataupun jurulatih bagi pasukan yang menang (kalau keputusannya profesional takpe).

5) Pengadil lari selepas acara.

6) Pasukan yang menang berturut-turut sebelum ini buat protes, sedangkan pasukan yang menang pada tahun itu memang best gile. Kununnya mereka dari bandar yang ada jurulatih pro dan dekat ngan taman budaya.

lagi....... cukuplah........

Contoh Syarat Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah

From Blog : Anak Dalam Gading
Friday, "February 20", 2009

Syarat-syarat Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Rendah Dan Menengah Peringkat Kebangsaan 2009

Bagi mengetahui Keputusan Tarian Peringkat Kebangsaan 2009, sila klik di sini.

Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan:Tarikh : 18-20 Julai 2009Tempat : Alor Setar, Kedah

Pertandingan Gabungan Kuching (Sekolah Menengah):Tarikh : 11-13 Mei 2009Tempat : Auditorium TAZA, Institut Perguruan Batu Lintang KuchingPengelola : Sekolah Seni Kuching

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

MATLAMAT
Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
2.2 Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang sistematik.
2.3 Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian di kalangan pelajar sekolah.
2.5 Sebagai altenatif mengisi masa lapang pelajar.

3.0 PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH‑SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN.
3.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap ganerasi agar is tidak luput ditelan zaman.
3.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat.
3.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan kebangsaan.

4.0 PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah clan menengah kerajaan dan sekolah rendah clan menengah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 12 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum).

5.0 KONSEP TARIAN
5.1 Konsep persembahan terbahagi kepada 2 kategori:

Kategori A Rampaian TIGA tarian tradisional (Zapin, Joget, Inang, Asli) dan BUKAN gerak tari KONTEMPORARI/KREASI BARU.

Kategori B SATU tarian rakyat negeri-negeri atau SATU tarian etnik di Malaysia.

5.2 Setiap kumpulan wajib, mempersembahkan kedua-dua kategori tarian. (Rampaian Tarian Tradisional dan SATU Tarian Rakyat/Etnik)
5.3 Persembahan kedua-dua kategori tarian tersebut wajib disertai oleh peserta/artis yang sama.
5.4 Persembahan Kategori A hendaklah tidak kurang dari 6 minit dan tidak melebihi 8 minit. Persembahan Kategori B hendaklah tidak kurang dari 4 minit dan tidak melebihi 6 minit.
5.5 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.

6.0 LAGU / MUZIK IRINGAN
6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
6.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan).
6.3 CD hendaklah diserahkan kepada pengelola pertandingan sehari sebelum pertandingan dijalankan.

7.0 PAKAIAN / AKSESORI
Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah bersesuaian dan sopan.

8.0 CARA PEMARKAHAN
Kategori A (Rampaian Tarian Tradisional)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai - 15
o Kesantunan - 20
o Busana dan tatarias - 20
MARKAH PENUH 100

Kategori B (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
o Koreografi atau keaslian tari – 35
o Koordinasi muzik dan gerakan – 10
o Pecahan tari dan pola lantai – 15
c Kesantunan – 20
o Busana dan tatarias – 20
MARKAH PENUH 100

Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.

9.0 HADIAH
9.1 Kategori A (Terbaik)
9.2 Kategori B (Terbaik)
9.3 Keseluruhan (Johan, Naib Johan, Ketiga)

10.0 TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN
Kedah Julai 2009 Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia