Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 1 Julai 2024

IDEA DATANG MENCURAH : CELIK AKAL DI USIA 40an

 Salam Khalayak.


Setlah 3 pos berturutan kemarin, tetiber sangat banyak idea mencurah untuk dilepaskan. Meronta meminta dan merayu. Malangnya keterikatan pada waktu dan cemburunya masa menghalang daku dari terus menerus membuka khabar bicara baru.

Antara idea yang mencurah untuk dilepaskan dari empangan pemikiranku ini adalah: 

Idea Pertama.
Teknik Menghasilkan skrip dengan plot dramatik , gangguan dan rintangan mendebarkan, klimaks yang mengujakan dan menarik hati dan pemikiran audien mengikut genre realisme, nonrealis, tradisional atau muzikal melodrama wateva ...peeergh...

Idea Kedua.
Penerangan , pencerahan dan mendetailisasi tentang elemen-elemen lakon. Detailisasi ini termasuk meneliti makna dan maksud setiap elemen, cara menampal kepada diri pelakon dan seterusnya meneliti peratus penjelmaan watak pada diri pelakon.
 
Idea Ketiga.
Membuat Pendetailan tentang genre-genre teater , ciri-ciri dan pelbagai aspek menarik keterujaan, keterujian dan pemikiran dalam genre tersebut.

Ketiga-tiga idea ini datang seperti kepala air di jeram berliku menerkam menerobos didalam benakku sehingga hangat kepala hotak dan jiwaku demi ketidaksabaran melempiaskan ilmu itu kepada khalayak.

Ada kata , tidak sepatutnya sa-orang guru PSV SPM meladeni hal-hal sebegini, sementelahan hanya seorang guru sahaja melayani kesemua murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sekolah ini. Apalagi di kala ini, meronta-ronta kerja kursus PSV SPM meminta untuk disiapkan secepat mungkin dengan akal anak-anak calon belum sampai setaraf Leonardo da Vinci atau paling kurang seniman Redza Piyadasa.

Namun oleh kerana celik akal membuak-buak dengan ilmu berkurun tersimpan rapi bagai gelegak menunggu limpah, bagai gelas nan penuh dituangi air, umpama kopi ditubir teko dituang ais sebelangga, maka tidak boleh tidak harusnya dilepaskan dilempiaskan dialirkan agar tak pecah empangan mental, tak koyak penahan sukma, tak carik penampan batu geliga dijemala hamba.

Rupanya ini adalah permulaan suatu zaman yang tertangguh.
akan diusai disusun disampaikan ilmu ini agar sama rata memahami, mengandali dan menyertai seirng berpimpin tangan pengetahuan teater di negeri nan bawah bayu ini. InshaAllah.

idea sudah ada , maka kita akan bermula pada sepekan lagi.

mohon mengundur buat ketika ini agar tugas lain akan menuntun mengikut turutan kepentingan terdahulu.

see u alls then.

Salam.