Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 2 Mac 2010

Contoh Skrip Pendek

Title of Play: “The Puppets of the Puppeters”
No. of Pages including cover: 12
Estimated duration of play: 11 minutes.

Author: Sahirulizan Bin Yusop
Email: Zulian_Shah82@yahoo.com
_________________________________________________________________

Adegan 1
Cahaya shoot kepada DOL, muzik bukan hip-hop atau rap, bukan juga tradisional atau klasik, bukan juga rock. Instrumental.
DOL berpakaian warna putih. Serupa dengan patung Pinochio. Ada tali tersangkut pada setiap sendi yang bersambung dari atas pentas.
DOL beraksi mengikut pengucapan Maya (suara).
MAYA
Nama saya Dol. Saya amat muda, berusia lebih kurang berapa sahaja yang anda mahu. Kerja saya ialah menurut kata orang. Suruh itu buat itu. Suruh ini buat ini. Orang tak suruh saya buat, orang suruh saya buat. Buat-buat saja. Dan dia sama sepertiku.
Masuk Dol 2. Semua sama dengan Dol. Aksi sama seperti Dol. Mengikut kata kata Maya.
MAYA
Dan dia sama sepertiku. Semuanya. Hanya tahu membuat kerja orang. Menurut saja. Mengikut saja. Sepertinya aku. Ahhhh.... aku nak berehat sebentar. Nak melihat Dol – Dol yang lainnya.
__________________________________________________________________
Adegan 2
Bukan MAYA. Dol bergerak bebas.
DOL 1
Dol... awak tak jemu ke asyik membuat, membuat, membuat... Disuruh, dipaksa, ditekan, disemua-semua?.
DOL 2
Aku berjalan, bergerak, berkelip dan berkata-kata atas jalan tuanku. Kau juga. Sama.
DOL 1
Tapi aku dah jemu. Terlalu-lalu jemu. Sejak lama dahulu. Suara yang sama. Bunyi yang sama. Suara, bunyi... lagu...nada..irama... apa... kenapa..sejak bila...aaaa...
DOL 2
Aku berjalan, bergerak, berkelip dan berkata-kata atas kata-kata tuanku. Kau juga samalah. Sama-sama.
DOL 1
Awak ni ada otak ke tak ada? Tak berfikir ke walau sekelumit waktu. Sepanjang-panjang hidup, tak kan tak ada. Berfikir. Waras. Logik. Konkrit. ??
DOL 2
Dengar sana, lihat sini. Maya akan datang. Jaga-jaga, kau jangan-jangan murtad kepada Maya. Tulah. Derhaka. Terpesong. Kita sama. Jangan berbeza.
DOL 1
Kita sama. Serupa. Kembar. Seiras. Apa. Kalau kita sama.. Takkan kau tak pernah ber... tergolak minda. Terkacau jiwa. Tergegar hati. Samakah kita. Dengan engkau pun aku dah bosan. Bosan. Bosannnnn...
DOL 2
Jangan. Murtad. Maya indah. Takkan nak lepaskan. Kau ada perasaan? Aku ada. Kau ada? Jiwa?
DOL 1
Engkau cakap apa ni. Betullah engkau ni. Batu. Tak boleh berfikir. Kayu. Tak mampu merasa. Kenapalah kau hidup di dunia ini?

DOL 2
Apa? Apa soalan mu tadi? Apa?
DOL 1
KENAPA KAU HIDUP DI DUNIA INI ?!
DOL 2
Haa... (senyum) soalan yang baik. Sekejap aku tenung dalam kalbu.
DOL 1
Tahu pun berfikir. Mula berfikir.
Sambil DOL 2 berfikir. DOL 1 mula menyanyi.
DOL 1
Seputar alam berputar
Pusing pusing berpusing
Dunia terus berputar
Pening kepalaku pening

Aku siapa aku dimana kenapa aku
Engkau siapa siapa engkau dimana engkau
Bukan engkau menjadikan aku
Tapi aku jadi milik mu

Kita serupa juga sama
Kami sama belum serupa
Tunggu nanti bukan pasti
Seberang sana apa menanti

Cinta kau kata cinta padaku
Sayang kau kata sayang padaku
Kasih kau kata kasihkan daku
Rindu aku seorang merindu

Lepaskan aku
Aku..... ingin...... beradu
Aku nak jadi aku....
Kau pergi jauh-jauh...
DOL 2
Haaaa... dah habis putaran batu jemala sakti
DOL 1
Apa katamu? Apa keputusannya?
DOL 2
Pada hemat aku ... Kita patut...
DOL 1
Memang patut... Dah lama dah.. memang sepatutnya..
DOL 2
(terpinga-pinga). Patut apa? Aku tak kata apa lagi. Coba kau bawak bertenang. Sabar. Tarik nafas dalam-dalam. (menyambung).
Dalam pemikiran aku yang tidak seberapa ini. Seharusnya kita bertanya dan berterus terang kepada Maya. Serta mendapat sokongan daripada persatuan Dol Seluruh Dunia berserta rakyat jelata Dol Utama.
DOL 1
Betul. Aku tersangat setuju. Tapi... Siapa Dol Utama?
DOL 2
Katamu kamu berfikir selama ini. Kamu tahu segala. Kan kamu dan aku sama? Kenapa kamu tak kenal kepada Dol Utama.
DOL 1
Aku tak pernah dengar nama Dol Utama? Siapa dia? Apa dia? Kenapa dia? Bila dia?
DOL 2
Dol utama lebih tampan dari sekelian Dol yang ada
Kata Dol yang tua-tua
Rambutnya sudah putih
Wajahnya juga sudah putih
Bajunya memang putih
Seluarnya tiada lain selain putih
Sepatunya putih selalu
Dan hatinya juga dah lama putih
Kata Dol yang sebaya
Kekasih hati Maya
Cinta tak pernah pudar
Putih nan senantiasa
DOL 1
Ingin sekali aku menemui dia.. Rasa seperti ingin jadi seperti dia. Tapi kenapa dia?
DOL 2
Kerana selain Maya..semua Dol-Dol seperti kita, mengikut telunjuk ajarannya. Kamu tak boleh jadi seperti dia. Malah kamu memang pasti tak mampu menjadi seperti dia.
DOL 1
Kenapa?
DOL 2
Kerana... lihat saja tampang mu. Dengar saja suaramu. Hidu saja baumu. Sangat...sangat jauh. Kebebasan yang kau cari bukan? Tetapi dia Dol Utama sebaliknya mencari pengurungan. Dari Maya...
DOL 1
Kenapa?
___________________________________________________________________
Adegan 3
Lampu bergegar. Perlahan malap kemudian terang semula. DOL beraksi mengikut pengucapan MAYA (suara).
MAYA
Nama saya Dol. Saya amat muda, berusia lebih kurang berapa sahaja yang anda mahu. Kerja saya ialah menurut kata orang. Suruh itu buat itu. Suruh ini buat ini. Orang tak suruh saya buat, orang suruh saya buat. Buat-buat saja. Dan dia sama sepertiku.
DOL 2. Semua sama dengan DOL. Aksi sama seperti DOL. Mengikut kata kata MAYA.

MAYA
Dan dia sama sepertiku. Semuanya. Hanya tahu membuat kerja orang. Menurut saja. Mengikut saja. Sepertinya aku.
Aksi bebas tetapi masih bersangkut dengan pengucapan MAYA.
MAYA
Dalam ramai-ramai Dol di dalam Dunia Dol ini. Kamu mulai engkar dengan kata-kataku. Kamu... yang disana (audiens). Kenapa kamu berfikir dan bertanya berlebih-lebihan? Tidakkah kecukupan semua kesempurnaan yang telah kuberi? Ku pasangkan kamu dengan kepala batu sungai mengalir lesu. Ku gabungkan dengan badan kekar kelapa nan sebatang. Malah tangan mu daripada kayu –kayu api yang bermutu dengan pengesahan ISO. Dan kaki-kaki mu daripada tulang belulang singa-sana bermahkota idaman. Maka aku tiupkan ubun mu dengan angin kering, supaya tidak longlai permainanmu. Tetapi kamu masih tidak mahu menurutiku. Nyah.. nyah kamu dari dunia Dol ku ini. Pergi jauh. Ke tempat asalmu. Jangan tanya aku dimana....

Masuk DOL UTAMA. Semua sama dengan DOL 1 dan DOL 2. Pakaian serta rambut serba putih. Ada sebiji mentol lampu yang menyala didadanya (sepertinya sebuah loket)
DOL UTAMA
Kasih ku, sayang ku dan rindu utama ku. Apakah gerangan yang membuatkan sayangku murka ibarat petir berdentuman? Cubalah perkhabarkan kisah misah yang sebenar-benarnya.. Boleh apa kiranya hambamu ini mendengar dan mengambil kisah mu sayangku.
(DOL 1 dan DOL 2 masih beraksi mengikut kata-kata MAYA)

MAYA
Mereka (menunjuk beberapa audiens)... mereka dan mereka... mereka cuba untuk mereka-reka kepengetahuan mereka sendiri. Cuba untuk melawan tuannya yang menjadikan mereka Dol. Dol keparat.
DOL UTAMA
Terasa hamba mu ini tuanku. Apakah hamba juga keparat?
MAYA
Tidak.. kamu amat berlainan. Kamu aku cantumkan dengan darjah tertinggi bahan-bahan bersumber asli bukan dari sekitar dunia Dol ini.
DOL UTAMA
Mengapakah tuanku menjadikan aku amat berlainan? Kenapa perlu adanya Dol Utama. Kenapa tidak dari golongan mereka sendiri? Mengapa? Kenapa?
MAYA
Jangan kau bertanya lagi. Aku punyai jawapan ku tersendiri. Hanya Aku saja yang tahu. Kamu... biar kita teruskan berdakapan. Jangan jadi seperti mereka... MEREKA.

Lampu malap. Spot kepada DOL UTAMA. Sedang menari amat stailis. Gayanya seperti sedang berpelukan dengan bayang-bayang.
DOL 1 dan DOL 2, aksi tidak terikat dengan kata-kata MAYA. Bisa berbuat apa saja tetapi di dalam kemalapan lampu.
_________________________________________________________________
Adegan 4
Lampu terang semula. DOL 1 , DOL 2 dan DOL UTAMA menjadi DOL, tidak terikat dengan Maya.
DOL 1
Kenapa?
DOL 2
Kenapa apa?
DOL UTAMA
Ya... Kenapa apanya?
DOL 1
Kenapa kau berlainan dari kami? Kenapa kau datang sini?
DOL UTAMA
Jangan tanya. Maya punyai jawapan tersendiri. Aku datang kemari kerana disuruh. Agar kamu terus menjadi Dol yang kebiasaan.
DOL 2
Benar. Aku mempercayaimu. (memeluk DOL UTAMA)
DOL 1
Kenapa tak boleh ditanya? Kenapa? Adakah aku tidak sepertinya Dol yang biasa? Kenapa? Apakah yang ingin diselindungkan di balik tabir tuan kita?
DOL 2
Dol..oooh...Doool. Samdol. Badigol. Bahalol. Kita yang menurut perintah. Ikut Saja. Jangan tanya. Jangan soal. Jangan fikir. Jangan tanggap. Jangan telaah.

DOL 1
Tapi kenapa.... Sakit ubunku merenungkannya.... kenapa?
DOL UTAMA
Kamu. Sakit Ubunmu. Biarlah aku bercerita padamu. Bukan khutbah atau ceramah. Hanya cerita.
DOL 1
Aku sedia mendengar. Biar kurang sakit kepalaku ini.

Lampu spot pada 2 tempat. Satu-tempat DOL UTAMA bercerita, DOL 1 dan DOL 2 mendengar cerita. Satu lagi- spot kosong. DOL 2 akan masuk spot 2 apabila DOL UTAMA menceritakan kisah
DOL UTAMA
Dulu.... Sangat lama dahulu. Ada seorang Tukang kayu si pembuat patung permainan kanak-kanak. Kerja tangannya sangat halus dan teliti. Suatu hari, dia terjumpa sebatang pokok cendana harum baunya. Dia menebang dan membawa pulang batang kayu itu ke teratak usangnya. Kerana keharuman batang kayu cendana itu, si tukang kayu tidak sedar bahawa dia telah menyiapkan beratus-ratus buah patung yang amat sempurna dalam masa satu malam sahaja, dari sebatang pokok itu. Dan pada keesokkan hari, si tukang itu telah meninggal dunia. Tahu Kenapa? (Dol 1 dan Dol 2 menggeleng sahaja) Kerana dia terlalu banyak berfikir ketika dia menyiapkan patung-patung itu. Dia membuat dengan kemahirannya tetapi di dalam kalbunya mengalir persoalan-persoalan yang seperti engkau tanyakan. Jemu. Bosan. Bebas. Apabila dia mati, maka dia memperoleh kebebasan yang mutlak. Mengerti.

DOL 1
Kini aku dah mengerti. Sangat sangat terlalu. Kau faham Dol?.
DOL 2
Aku dah lama faham. Kerana itu aku setia disini.
DOL 1
(berdiri di depan DOL UTAMA dan DOL 2, mendepangkan tangannya) Maya.... Mayaaaa.... Mayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
________________________________________________________________
Adegan 5
Lampu terang semula di seluruh kawasan lakon. DOL 2 dan DOL UTAMA beraksi mengikut pengucapan MAYA (suara).
MAYA
Nama saya Dol. Saya amat muda, berusia lebih kurang berapa sahaja yang anda mahu. Kerja saya ialah menurut kata orang. Suruh itu buat itu. Suruh ini buat ini. Orang tak suruh saya buat, orang suruh saya buat. Buat-buat saja. Dan dia sama sepertiku.(menunjuk DOL 1)
DOL 2. Semua sama dengan DOL. Aksi sama seperti DOL. Mengikut kata kata MAYA.
MAYA
Dan dia sama sepertiku. Semuanya. Hanya tahu membuat kerja orang. Menurut saja. Mengikut saja. Sepertinya aku.

Lampu bergegar dan bertukar-tukar warna. Suara menyebut ’DOL dan MAYA’.
DOL 1
Aku dah Bebas kini... (Ketawa)

DOL 1 menari dengan stailis seperti sedang melawan suara-suara dikelilingnya.
Bunyi Gong. DOL 1 rebah. Stailis sekali.
MAYA dan DOL UTAMA
(serentak atau berselang seli) Tafsiran kalbu nyata berbeza rasa dan baunya. Dol ini, rupanya hanyalah sebahagian daripada akar batang cendana yang likat baunya tapi kasar rasanya.

Cahaya shoot kepada DOL 2, .Muzik Instrumental.
DOL 2, berpakaian warna putih. Serupa dengan patung Pinochio.
DOL 2,dengan wajah sedih, beraksi mengikut pengucapan MAYA (suara).
Dol Utama membaca serapah jampi di tepi Dol 1.
MAYA
Nama saya Dol. Saya amat muda, berusia lebih kurang berapa sahaja yang anda mahu. Kerja saya ialah menurut kata orang. Suruh itu buat itu. Suruh ini buat ini. Orang tak suruh saya buat, orang suruh saya buat. Buat-buat saja. Dan dia sama sepertiku.
Menunjuk ke arah DOL 1. Mengikut kata kata MAYA.
MAYA
Dan dia sama sepertiku. Semuanya. Hanya tahu membuat kerja orang. Menurut saja. Mengikut saja. Sepertinya aku. Ahhhh.... aku nak berehat sebentar. Nak mengubur Dol dari ingatan sekalian Dol.

- TAMAT-.

11 ulasan:

  1. mmberi saya satu ilham mmbina satu skrip untuk projek sy..
    tahnks bro

    BalasPadam
  2. mari kita pentaskan puppet ni...tapi mungkin perlukan sedikit olahan dari segi persembahan kerana perlu berlatarkan pentas di mana bakal kita pentaskan ia.contact sy di nurfarhana mohd nor (facebook) atau nurfarhana.mnor@gmail.com (email) atau http://nurfarhanamnor@blogspot.com (blog)

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan daripada Ed Kota
    Bendahari
    Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya
    AKRAB Kedah
    0132895399
    djedkota@gmail.com
    Semoga bertemu suatu hari nanti.
    Teruskan perjuangan seni kita.
    Seni budaya Manifestasi Bangsa
    Penggiat Seni Pendokong Imej Negara

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan daripada Ed Kota
    Bendahari
    Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya
    AKRAB Kedah
    0132895399
    djedkota@gmail.com
    Semoga bertemu suatu hari nanti.
    Teruskan perjuangan seni kita.
    Seni budaya Manifestasi Bangsa
    Penggiat Seni Pendokong Imej Negara

    BalasPadam
  5. hai shah... x sangka rupanya kau seorg seniman... kita sama2 tkrs maran... tahniah shah!.. Enjoy yourlife...
    Roslida

    BalasPadam
  6. saya mohon izin untuk menggunakan skrip ini untuk sekolah saya... mohon izin ya... zihan_hawhaw@yahoo.com

    BalasPadam
  7. izin diberi... sila... jangan lupa upload hasilnya kalau ada rakaman...

    BalasPadam
  8. salam, boleh kami gunakan skrip ini untuk pertandingan di universiti kami ? boleh hubungi saya di talian 017-9185443 ataupun kaun.azwa@gmail.com (berharap sangat keizinan dapat diberi) cerita yang menarik untuk dipentaskan.

    BalasPadam
  9. Amirul...saya tiada kekangan, jika itu merupakan cara kita berjihad. Saya beri Izin kepada sesiapa yang ingin menggunakan skrip yang tak seberapa ini, tanpa minta apa-apa royalti...tq...

    BalasPadam
  10. Salam, maafkan saya jika mengganggu. Boleh kami menggunakan skrip ini untuk dipersembahkan di kolej kami? Berharap encik memberikan keizinan kepada kami. Lagi elok jika saya ingin mendapatkan nombor telefon encik untuk dihubungi. Cerita ini sangat menarik minat kami untuk dipentaskan.

    BalasPadam