Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Sabtu, 26 Februari 2011

Dah Lama Dah

Dah lama dah sejak kali terakhir ku menulis entry entire ni.. kut-kut tak de cite laie dek bizi dgn keje kata ngko... ghosak bahasa..

Adalah topik-topik hangat hangat basah yang sentiasa terngiang-ngiang dibenakku.. antaranya tentang teks SN Shahrom Hussain "INTERLOK", yang aku baca kira2 3 tahun lepas. Kisah yang original realnya tentang 3 keluarga Melayu, Cina dan India. Hanya kerana perkataan -PARIAH-, buku ini menjadi amat sensitif kini. Masa buku ini mula-mula terbit tiada seorang pun dari bangsa India berkata apa-apa, adakah mungkin pada zaman itu mereka kurang membaca karya sastera Melayu. Atau tidak membaca langsung??? Dan sekarang mmm...bagi saya semua orang Malaysia terutamanya berbangsa India itu biasa sahaja, sama taraf, kerana di sini tiada taraf menaraf seperti itu (sistem Kasta). Orang2 HINDRAF la PARIAH yang sebenarnya, kerana mereka merasakan mereka PARIAH maka mereka cuba menggangugugat keamanan Malaysia dengan memusingkan cerita ini. Memang benar sejak dari Merdeka, kebajikan semua bangsa telah dijaga sebaik mungkin namun bukan semuanya boleh dilaksana dalam suatu masa.. berdikit-dikit. KPM terpaksa (mungkin akan) pula tunduk kepada desakan ini, sedangkan bila saya tanya tentang perkara ini pada orang2 india sekeliling, mereka berkata... 'itu dulu masa datuk nenek moyang datang ke sini, sekarang tak lagi, mana ada sistem kasta lagi'. So What?

Hal kedua ialah tentang kemerosotan subjek SEJARAH dalam STPM.. mungkin bukan semua sekolah. setelah beborak secawan kopi dengan yang terlibat, adalah bunyi-bunyi tentang sistem pendidikan negara ini. Antaranya..;- yang belajar dan yang menjawab soalan ialah PELAJAR umurnya belasan tahun, Yang mengajar ialah cikgu, yang membuat soalan ialah guru pakar, yang membuat syllabus ialah guru pakar dan para professor, yang membuat dasar ialah kementerian... cuba bayang berapa jauh yang belajar nak mengejar yang hendak dipelajari..?
Tapi ada sekolah yang boleh menghasilkan pelajar cemerlang Sejarah dengan banyaknya.. bagaimana? Ntah lah.. Orang yang terbabit mengutaraka sesuatu yang saya tak pernah fikir.. Dalam sejarah masa belajar dulu, ada topik mengenai kongsi gelap GEE HIN dan HAI SAN. yang mana masuk DAP, yang mana pulak masuk MCA. Susur galur ini tidaklah diterangkan dalam kelas secara detail. Yang mana masuk komunis pula? Yang mana memisahkan Singapura dari Tanah Melayu. Yang mana cuba memisahkan Pulau Pinang dengan Malaysia.. Ini bukan sifat perkauman tapi lebih kepada pensejarahan.