Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 9 September 2013

GALAKSI CINTA

Bab 1 : Salah

"Salah...salah... salah... Bukan kau yang sepatutnya ku nikahi" terpacul ayat itu dari mulut Dea. Matanya masih tertutup. Dia masih meronta di atas katilnya.

"Bukan... Bukan kau... " Dea menangis sekuat-kuatnya. Matanya masih tertutup.

Semua pesakit dan petugas hospital itu tergamam. Baru pada hari inilah sekujur tubuh yang telah koma hampir 2 minggu itu bergerak dengan keadaan yang tidak dijangka. Rindu yang turut berada di situ juga agak terperanjat dengan keadaan itu. 

"Apa yang salah? Apa yang salah dalam pernikahan kami? siapa yang sepatutnya dinikahi abang?" Bergegar dalam hati Rindu  dengan soalan-soalan itu.

"Maafkan aku sayang.. maafkan Dea.. Dea tak sengaja." Dea menangis lagi. 

"RHEA......." 

Satu jeritan yang kuat dan menggegarkan wad mawar itu. Dengan jeritan itu juga Dea berhenti menangis dan terkaku dalam keadaan baringnya semula. hanya kelopak matanya sahaja menampakkan ada pergerakan pada bola matanya.. 

Rindu tergamam dengan suasana yang berlaku sekelip mata itu. Doktor  Anuar bersama beberapa misinya baru sampai ke dalam wad itu. Mereka terus memeriksa nadi Dea dan membuat pemeriksaan pada bola matanya. 

"Maaf puan, izinkan kami memeriksa encik Dea. Harap puan boleh tunggu di luar sebentar ya" Doktor Anuar meminta izin.

Rindu terkejut mendengar kata-kata Doktor anuat itu. Gamamnya baru habis. Dengan wajah yang masih konyo itu, Rindu bergerak menuju pintu wad.

________________________________Continue_________________