Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Rabu, 11 Ogos 2010

PERSEDIAAN MEMBUAT PROJEK TEATER

Sebagei orang baru dalam bidang teater, dan masih sedikit ilmu tentang seni persembahan pentas ini, adalah lebih baik anda mengkaji serba sedikit lunas-lunas tatacara yang harus difikirkan semula apabila ingin berhajat membuat sesuatu pementasan pemula. Saya menjangkakan bahawa anda adalah golongan berikut ; Pelajar sekolah menengah yang ingin membuat pentomin / pelajar sekolah menengah yang ingin mementaskan teks komsas / mahasiswa yang pertama kali mengarah drama pentas / ahli persatuan belia yang tiada latar belakang persembahan pentas yang begitu kuat / dan orang yang minat sangat kepada persembahan pentas tetapi belum ada peluang untuk belajar tentangnya.

Adapun perkara utama yang harus dibimbangkan ialah "PERBELANJAAN : kewangan / duit . Berapakah bajet kita? 300?500?1k?2k? and so on... setelah melihat bajet kita, barulah kita beralih kepadaperkara lain seperti skrip, genre, pelakon, costum dan lain-lain.

Saya membahagikan rancangan pementasan anda kepada 4 jenis iaitu:
a) Produksi percuma/tanpa bajet/tajaan awam (RM0 - 300)
b) Produksi bajet rendah (RM300 - 500)
c) Produksi bajet sederhana (RM500 - 2k)
d) Produksi bajet tinggi / tajaan swasta / tajaan kerajaan (2k - ke atas)

Ini adalah sekadar nasihat semata. nak ikut tidak terpulanglah yek. Begini:

a)Produksi percuma / tanpa bajet/ tajaan awam (RM0 - 300)
- apabila anda telah melihat bajet sedemikian, maka barulah anda fikirkan tentang skrip yang akan anda pentaskan. Sebaik2nya anda mencari skrip drama yang mempunyai antara 1 hingga 3 watak sahaja. Genre drama pula terpulanglah sama ada genre tradisi ke kontemporari. Ambil kira belanja minum, makan pekerja dan pelakon. Setting pentas (latar hias) sebaik-baiknya adalah bahan2 recycle, jadi kreatifkan setting anda. Ambil kira juga masa latihan yang akan digunakan, kerana semakin panjang masa latihan maka semakin tinggi bajet yang akan dikeluarkan. Dari segi kostum dan pakaian, janganlah anda bayangkan pakaian yang vogue2. Walaupun anda pandai dan ada masa menjahit sendiri, tetapi harga kain perlu diambil kira.
- Jika produksi seperti ini bajetnya, anda hanya perlu tumpukan kepada unsur lakonan 100%. Biarlah apa yang ingin anda utarakan itu tercapai melalui lakonan si pelakon. Begitulah antaranya.

b)Produksi bajet rendah (RM300 - 500)
- Jika bajet sedemikian sederhana maka samalah seperti di atas, cuma perlulah kontrol serba sedikit perbelanjaan dengan penambahan serba sedikit unsur kekaguman yang agak-agak seperti audio dan lighting effect secara mini. Jumlah pelakon boleh kekalkan antara 1 hingga 3, atau tambah sehingga 5 sahaja. Cuma boleh tambah pekerja balik tabir ramai sedikit daripada produksi a di atas.

c) Produksi Bajet Sederhana (RM500 - 2k)
- Yang pertama dalam golongan bajet ini ialah, nasihat saya janganlah berangan-angan nak buat teater muzikal dengan bajet seperti ini. Dramatari profesional pun jangan. Buatlah pementasan seperti produksi di a dan b di atas. Cuma kali ini agak lega sedikit tentang perbelanjaan. Tambahkan dengan senang hati visual effect, sound effect, jumlah pelakon, kostum, genre skrip yang agak mencabar. Genre realisme, purbawara, sandiwara atau bangsawan boleh dipilih. Masa latihan juga perlu dititikberatkan supaya hasilnya nanti memuaskan hati semua pihak.

d)Produksi Bajet Tinggi / Tajaan Swasta / Tajaan Kerajaan (RM2k ke atas)
- nak buat apa? suka hatilah.. yang penting hasilnya.

****@@@@****

Walaupun kedudukan bajet itu amat penting untuk difikirkan, jangan pula jadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk seniman pemula berkarya kerana bagi saya, walaupun produksi tanpa bajet atau tanpa bajet tinggi, kita masih boleh gunakan genre 'street theatre' dan 'poor theatre' sebagai landasan berkarya. Lagipun percayalah, jika produksi mahasiswa tahun akhir menjadi tumpuan utama, mahasiswa tahun 1 atau 2 akan sanggup menolong tanpa harapan bayaran kerana itu juga salah satu cara mereka mengutip ilmu daripada anda.

Ramai yang kata seniman atau artis yang sebenar adalah 'pelik', 'aneh' dan sukar didekati, malah ada yang kata mereka hanya berada dalam kelompok mereka sahaja, ini bukanlah satu pandangan secara total. Bagi saya, apa salah berkongsi jika tahu. Mungkin kita akan bertemu di dalam pertandingan tahap tinggi, tapi pengkaryaan itu lebih penting. Karya kita diingati dan disebut-sebut orang sebagai karya yang menyedarkan masyarakat, itulah fokus utama kita.

Berbalik kepada produksi pementasan tadi, selepas meneliti tahap bajet produksi, maka barulah kita lihat yang lain2nya seperti :

0. Naskhah lakon
1. genre drama - sama ada skrip sedia ada atau adaptasi
2. Jumlah pelakon
3. jumlah pekerja balik tabir
4. tempat pementasan
5. Peralatan bantuan - sistem audio, sistem pencahayaan
6. busana dan tatarias
7. Masa latihan dan tempat
8. makan minum
dan sebagainya.

Wassallam.......................****

-