Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Jumaat, 29 Mei 2009

Draf ini sebenarnya aku buat selepas tingkatan 6. Masih kuat pengaruh semasa belajar Bahasa Melayu peringkat Pra-Universiti dulu. Dedikasi kepada guru yang posting di Sabah... Belajar jangan kena klentong dek budak....


Bahasa Melayu Sabah .

* Pelajar dinasihatkan supaya mendalami pelajaran Bahasa Melayu sukatan Pra Universiti atau tahap STPM terlebih dahulu untuk memahami tentang linguistik Bahasa Melayu Sabah .

Bahagian Pertama .
- Bahagian pertama membincangkan tentang struktur perkataan dalam Bahasa Melayu Sabah secara luaran sahaja iaitu tentang asimilasinya dari bentuk Bahasa Melayu Baku .
- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan pelbagai dan huruf Vokal ‘ e ’ , dalam perkataan Melayu Baku akan menjadi gabungan Konsonan pelbagai dan Vokal ‘ a ’ atau ‘ i ’ .

contoh ; Konsonan + Vokal ‘ e ’ = Konsonan + Vokal ‘ a ’
‘ Be-sar ’ menjadi ‘ Ba-sar ’
‘ Ce-pat ’ menjadi ‘ Ca-pat ’
‘ Ke-ring ’ menjadi ‘ Ka-ring ’

contoh ; Konsonan + Vokal ‘e’ = Konsonan + Vokal ‘i’
‘ Tem-bak ’ menjadi ‘Tim-bak ’
‘ Ke-cil ’ menjadi ‘ Ki-cil ’ / ‘ Ki-ci ’
‘ Per-gi ’ menjadi ‘ Pi-gi ’

- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan dengan Vokal ‘ o ’ pula akan menjadi ‘ u ’ . Ini terjadi kerana faktor penguguran dan penambahan huruf dalam perkataan untuk lebih mudah difahami dan disebut .
contoh ; Konsonan + Vokal ‘ o ’ = Konsonan + Vokal ‘ u ’
‘ Go-sok ’ menjadi ‘ Gu-suk ’
‘ Bo-leh ’ menjadi ‘ Bu-lih ’
‘Te-ngok ’ menjadi ‘ Ti-ngu ’
‘ O-rang ’ menjadi ‘ U-rang ’

- Konsonan ‘f ’ akan menjelma menjadi Konsonan ‘p’
contoh ; ‘f ’ = ‘p’
‘ Fi-lem ’ menjadi ‘ Pi-lim ’
‘ Fi-kir ’ menjadi ‘ Pi-kir ’
‘Ak-tif ’ menjadi ‘Ak-tip ’

- Konsonan ‘h’ pula akan digugurkan dalam setiap perkatan yang bermula dengan huruf ini .
contoh : ‘ h ’ = ø
‘ Hilang ’ menjadi ‘ Ilang ’
‘ Haram ’ menjadi ‘ Aram ’
‘ Hasut ’ menjadi ‘ Asut ’

- Konsonan ‘ z ’ yang berada di depan perkataan pula akan berubah menjadi ‘ j ’.
contoh : ‘ z…’ = ‘ …j ’
‘ Za – hir ’ menjadi ‘ Ja – hir ’
‘ Za – kat ’ menjadi ‘ Ja – kat ’
‘ Azi – zah ’ menjadi ‘ Aji – Jah ’

Bahagian Kedua .
- Bahagian kedua ini lebih kepada pengenalan perkamusan , iaitu perkataan yang tidak ada dalam dalam kamus DBP tetapi amat popular disebut di Sabah . Juga terbahagi kepada dua unsur iaitu perkataan dan maknanya .


Perkataan - Makna
Acut -Rotan
Asu -Anjing
Aki -Datuk
Ambuyat -Sagu Rumbia
Amput -Bersenggama / hubungan seks
Ampus -Lelah
Ampai -Letak
Ancak -Turun– naik / Lancap
Andang -Memang
Bangas -Basi
Balan – balan Hantu penanggal
Bata -Bekal makanan / batu
Bida -Hodoh / Buruk
Bilang -Kata / Cakap / Ucap
Biut -Senget
Bubut -Kejar
Bubus -Bocor
Budu -Penyakit telinga berair
Bekarih -Mampu / Rajin
Babau -Bisu
Buyuk -Tipu
Buyun -Gila
Dalak -Ikan Haruan
Dugal -Gastrik
Giuk -Ulat
Gerigitan -Geram
Hindik -Himpit
Ina’ -Nenek
Inut( Berinut ) -Ansur / Beransur
Injak -Pijak
Inda -Tidak
Indada -Tiada
Jajal -Nakal
Jakun -Kehairanan
Kanapatan -Didapati / dikesan
Kapisan -Pengsan
Kapsit -Penipuan
Kajap-kajap -Berkelip – kelip
Karuk -Ikan Puyuh
Kasi -Beri / mujarab
Kuntau -Berlawan / bergaduh
Luki -Kedekut
Luagan -Lagoon / Tasik berpaya
Langis -Habis
Licak -Becak / Lembut
Lontong -Santau (murut Tenom)
Lugai-lugai -Sehelai sepinggang / Tergantung-tergantung
Limpas -Lalu
Limpang -Baring
Malar -Tetap / Sentiasa
Marak -Nyala
Matai -Mati
Pugai -Pukau
Palui -Bodoh
Pantat -Punggung
Radu -Redah
Rambat -Jala
Sasah -Cuci
Sasar -Ke tepi / minggir
Sandi -Sengsara / Teruk / perbuatan melampau
Santit -Bitas / Ilmu menghilangkan kemaluan
Sarut -Suara serak
Sia( menyia ) -supaya tak kempunan
Siuk -Seronok
Sikut -Dukung di belakang
Sigup -Rokok / Tembakau
Simbat -Ambil kesempatan
Siring -Tepi
Siruk -Hisap / Menyudu
Sisir -Sikat
Subuk -Intai
Sumandak -Anak dara / Perawan
Sumpak -Sumbing/senget (rambut)
Sulap -Pondok kecil
Tabak -Tikam
Tapuk -Sembunyi
Temaha -Tamak
Tekiding -Raga disikut diperbuat dari rotan (wakid)
Tumbuakar -Hantu air
Tungup -Tertiarap
Tungap -Telan
Tunu -Bakar
Tuyung -Tuang
Teranah -Duduk diam
Tampas -Bertingkat – tingkat
Telagas -Tidak memakai baju
Usai -Kemas


- Peminjaman dari bahasa asing terutamanya dari Bahasa Inggeris biasanya amat terhad pengunaannya tetapi masih juga digunakan .
Contoh :

Perkataan- Makna
Skul / Iskul-School (sekolah )
Buuk-Book ( buku )
E-put-Airport ( lapangan terbang )
Pilta-Filter ( penapis )
Prebet-Private ( swasta )
Kies ( kes )-Cash ( tunai )
Staring-Starring ( Hero dlm sesebuah cerita )
Esbuk / Aisbuk-Ice box (peti ais)
Sinsu-Chain Saw (gergaji berantai)
Sigirit-Cigarette (rokok)


Bahagian Ketiga .
- Bahagian ketiga membincangkan tentang cara penyebutan sesuatu huruf dalam konteks Melayu Sabah .
(masih belum disusun)

** ‘A’ juga disebut dengan cara hentian glottis ( ă )


Bahagian Keempat
** Pengunaan perkataan ‘bah’ , sebenarnya bukanlah digunakan secara sewenang-wenangnya tetapi bertempat dan mengikut situasi . Perhatikan contoh situasi berikut
1 . “ Bah , ke mana kau Awang ? ”
2 . “ Bah ? Kenapa ? ”
3 . “ Bah ! ” – bermaksud ‘ya’ atau untuk menegur seseorang ( salam cara Sabah )
4 . “ Indada bah ! ”
5 . “ Bah , macam mana juga ? ”
6 . “ Bah , Jaga kau . ”
7 . “ Inda juga bah tu . ”

* Perkataan ‘bah’ , mempunyai perbezaan cara penekanan sebutan untuk menunjukkan situasi atau perasaan yang berbeza . Ini bukan bermakna hanya keadaan seperti beberapa contoh di atas sahaja perkataan ini dapat diguna , tetapi terdapat banyak lagi situasi yang boleh menggunakan perkataan ‘bah’ tersebut .



Bahagian Kelima .
** Bahagian ini membincangkan tentang konsep pembinaan ayat dalam perbualan seharian dalam bentuk yang paling asas .

Hukum M-D / D-M ( asas )
** Hukum M-D ( menerangkan – diterangkan ) biasanya digunakan dalam situasi harian para penutur bahasa ini . contoh ayat asas yang menunjukkannya ialah seperti berikut :
Contoh 1 :
Ayat baku ; Ali suka main bola .
Ayat tuturan ; Si Ali suka main bola . ( ucap = Si Ali suka main bula )
Contoh 2 :
Ayat baku ; Pasukan Sabah telah merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut .
Ayat tuturan ; Kejuaraan telah dirangkul oleh Pasukan Sabah dalam pertandingan
tersebut . ( ucap = Jadi juara sudah pasukan Sabah dalam pertandingan itu )


Bahagian Keenam .
( * haraf maaf , bahagian ini masih dalam kajian awal )

Pengimbuhan. ( asas )
** Pengimbuhan dalam Bahasa Melayu Sabah sama seperti yang terdapat dalam pengimbuhan dalam Bahasa Melayu baku ( standard ) .

1 . Imbuhan – “MeN…”
2 . Imbuhan – “PeN…”
3 . Imbuhan – “BeR…”
4 . Imbuhan – “Ter…”
5 . Imbuhan – “Ke…”
6 . Imbuhan – “…An”
7 . Imbuhan – “Di …”

Khamis, 28 Mei 2009

Cerpen : Merantau Dari Sabah

Salam..
Cerpen ini ditulis pada tahun 2002. Tiada penambahan sehingga tahun 2009 ini. Ini adalah koleksi peribadiku, serta pengalaman sebenar aku ketika mula-mula sampai di Tanah Besar ini. Ku dedikasikan kepada kawan-kawanku yang pernah belajar bersama ku di SMK Beaufort dan SMJK St Paul Beaufort dulu. Aku tak menghantar karya ini kerana aku tak tahu nak hantar untuk publish di mana. Maka dengan adanya teknologi blog yang aku baru nak main-main ni, sekurang-kurangnya ada pembaca yang terbuka mindanya tentang bahasa-bahasa baru yang baru diketahui cara komunikasinya. Kepada pengkaji bahasa, semoga terkesima dengan ayat-ayat ku... Terima Kasih kerana membaca..

Tajuk : Merantau Dari Sabah .
Penulis : Sahirulizan Bin Yusop
Nama Pena : Abg Shah82 / Karma Kencana
Alamat : H07 / 338 Desasiswa Fajar Bakti , USM , 11800 , Pulau Pinang .(2002)
E-mail : Zulian _Shah82@ Yahoo.Com

25 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Aku masih terpikir adakah urang yang mau menulis dalam bahasa melayu sabah . Diurang bilang inda bulih pasal nanti Professor bahasa marah . Antah , diurang sudah buat kajian ka balum . . Aku ari ni terima surat tawaran masuk univisti . Barangkali aku bulih buat kajian , supaya urang Semenanjung bulih belajar Bahasa Melayu Sabah yang bukan susah mau belajar , cuma kami capat cakap saja . Ati aku pun berbunga-bunga mau pigi Semenanjung . Ada banyak urusan mau diurus isuk .

26 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni aku panat mengurus kemasukan ka univisti . Lagi tiga ari aku terabang naik kapal terabang . Aku ni gayat , macam manalah tu . Diurang bilang , saudara aku yang parnah pigi semananjung , jangan dipecaya urang di sana , semuanya kapsit . Tapi kapsit lagi yayasan di tampat aku yang inda bagi bantuan untuk urang miskin yang mau belajar macam aku ni . Tapi kalau ada urang dalam , bulih juga sanang- sanang dapat biasiswa atau pinjaman . Ari ni juga aku jumpa Dato Timbalan Ketua Mantri , minta sumbangan ikhlas untuk tambang kapal terabang . AlhamduliLlah , dia bagi RM 300 , save budget sikit . Aku jumpa beliau di KK ( Kota Kinabalu ) , jadi lapas tu tarus mambali tiket kapal terabang – Air Asia – murah . Lapas tu aku tarus balik Buput . Kami panggil Buput pasal sabutan Inggerisnya susah di sabut – Beaufort .

27 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni pun sibuk juga , tapi sibuk di rumah saja pasal Mama aku suruh buat kenduri . Aku bilang inda payahlah , tapi taulah urang tua , sayang anak , lagi pun sekali sekala , dia bilang . Jamputan , semua jiran yang dakat sama saudara mara yang dakat juga . Semua datang bagi nasihat untuk aku balajar rajin – rajin . “ Bawa balik ijazah bukan bawa balik bini kalau sudah abis belajar ” Pakcik aku cakap . Aku Cuma sanyum saja . Malamnya , aku kamas barang yang mau dibawa . Sambil – sambil becerita sama Mama Abah aku . Macam ada rasa kasian mau kasi tinggal diurang . Tapi aku sudah bekaras mau pigi juga . Mama aku bilang , karja dulu , kalau ada rizki barulah pigi sambung balajar . Abah aku pula cakap – selagi ada peluang pigilah belajar , nanti sudah tua susah , banyak yang mau dipikir .

28 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Pagi ini aku bangun awal . Tugas aku yang tarakhir untuk minta sain di Pejabat Daerah . Lapas minta sain , pigi jumpa kawan-kawan . Macam–macam perasaan ada – sadih , gambira , kasian . Bukannya apa , kawan aku yang lain pun ada yang masuk univisti juga, tapi inda jauh , di UMS saja . Aku dapat yang jauh pula . Tapi inda apa . Lagi jauh lagi mencabar . Lagi mencabar lagi banyak pengalaman . Aku sentiasa pikir , semakin kita susah semakin itulah kita akan rasa sadar pasal hidup dan kita akan bersabar dengan dugaan itu . Lapas jumpa kawan , pigi iskul ( school ) lama , pigi jumpa cikgu lama . Cakap selamat jalan dan jumpa lagi .

29 Mei 2002 , Kota Kinabalu , Sabah
Ari ni , paginya aku rasa semacam saja . Macam ada kupu – kupu dalam parut ku . Aku bangun awal . Tulung Mama aku masak . Tengah hari ni kami makan sama – sama . Makan sekeluarga bah . Patangnya kami sekeluarga betulak dari rumah ka KK . Perjalanan dua jam saja dari Buput ka KK . Kami singgah di rumah Macik aku di Luyang , dakat Bukit Padang . Kg Baru , bukannya taman bahagia tu . Pukul 12 tangah malam kami pigi e-put (airport) . Jam dua aku sudah masuk dalam flight , sebelum tu biasalah , besalam – salaman sama keluarga .

30 Mei 2002 , Kuala Lumpur .
Ari ni mimang banyak kejadian yang tarjadi . Dari aku belapas sampai aku sampai di univisti ni . Bukannya kajutan budaya tapi kajutan suasana . Dari dalam kapal terabang banyak perkara baru aku terbelajar . Mula – mula aku eksen macam sudah biasa naik kapal terabang . Tingu dia punya pramugari , indalah telampau lawa batul , mikap macam anak patung . Inda juga aku takut masa dalam kapal terabang , pasal ada samangat bakubar – kubar pigi tanah baru . Di dalam kapal terabang tu juga aku inda dapat tidur , bising bunyi injinnya . Talinga aku pun macam tasumbat dan tarpaksa pula talan liur balik–balik . Sengsara batul . Perjalanan dua jam setangah saja . Selamat juga aku sampai dalam pukul lima labih di Subang .
E-put Subang bukan basar batul juga . Kici saja . Masa tu peralihan masa pun aku inda sadar . Di Sabah jam lima subuh sudah , di sini baru macam pukul ampat . Jadi aku tunggulah sampai subuh . Aku ada nampak cikgu yang aku kanal dari Buput juga , tapi aku inda tagur pasal aku takut dia inda kanal sama aku . Jadi aku pun buat buduh saja . Tunggu sampai tarang – taarang tanah . Aku cuba meninjau di luar pintu utama . Ada limosin e-put , tapi aku rasa mahal . Sebanarnya aku mau pigi Pudu Raya , naik bas pigi Pulau Pinang . Aku ti-ngu ada teksi mirah kuning kasi turun penumpang , bila aku tahan , tiksi tu indalah pula mau beranti . Aku pikir barangkali pasal aku malu–malu mau tahan itu tiksi barangkali . Jadi jam tujuh tu aku nekad tahan sabuah tiksi di dapan pintu utama . Tahan kamudian masuk tarus . Aku minta pemandu tu bawa aku pigi Pudu Raya . Cehhhhh…..macam hebat . Sekali pemandu tu kasi tau aku – “ Encik , sebenarnye di sini tempat untuk turunkan penumpang je . Tempat nak naik teksi kat depan sane ” . Aku pun pura- puralah macam Mr Bean – “ Oh ye ke ? sorry ” – abis cerita .
Dalam perjalanan pigi Pudu Raya !!! Wuiyooooo , dalam ati aku cakap , Kuala Lumpur ni macam New York yang dalam wayang gambar saja . Muka rileks ja tapi dalam ati kagum sekagum kagumnya . E-leleh . Itu barulah dia . Takajut basar . Punya main luas Kuala Lumpur ni . Sampai di Pudu Raya , ramai urang . Mimang ramai tahap dewa . Aku pun cuba cari kaunter bas ka utara . Cari punya cari , indada , abis sudah . Baru aku ingat waktu ni suti iskul pula rupanya . Terpaksa pikir , macam mana mau pigi Pulau Pinang pula ni . Jadi aku buat keputusan , pigi balik ka e-put . Naik kapal terabang pigi Pulau Pinang . Aku pun tahan tiksi pigi e-put .
Sampai di e-put , aku pun tunggulah . Masih awal lagi . Kaunter buka jam sambilan . Bila buka kaunter MAS aku pun bali saja tikit standby pasal murah . Aku pun tunggulah macam urang gila . Mula – mula ada flight jam sablas labih , tapi panuh , tunggu lagi . Tengari tu aku makan di e-put tu . Makanan dia sudahlah sikit , mahal lagi tu . Batul - batul cekik darah , karit , temaha . Lapas tu aku tunggu lagi . Jam tiga ada flight lagi . Panuh lagi . Rasanya macam mau ku amuk saja e-put ni . Tapi sabar saja . Tunggu punya tunggu , jam anam ada flight lagi . Kali ni barulah aku dapat naik . Syukur AlhamduliLlah .

30 Mei 2002 , Pulau Pinang .

Pukul tujuh labih aku sampai di e-put Bayan Lapas , Pulau Pinang . Siwa limosin pasal mau dakat maghrib sudah . Dalam limosin tu ( airport limousine ) , aku ti-ngu keliling kaadaan Pulau ni macam mana . Macam familiar saja . indada bija dangan KK bah . Sampai aku di tampat tujuan , tarus aku pigi talipun upis pasal mau tanya mana upis disasiswa – U lain panggil kolej kediaman . Lapas selasai semuanya , aku pun tinggal di disasiswa yang diurang bagi . Aku dapat bilik semantara yang has untuk ampat urang , tapi aku tinggal di sini satu urang saja . Jadi aku tidur buka lampu . Panat bejalan ari ni .

1 Jun 2002 , USM , Pulau Pinang .
Ari ni aku mendaftar masuk desa . Diurang cakap pakai kamas – kamas . Tapi aku tau identiti univisti ni bibas . Bibas tapi ada hadnya . Tapi bagi aku pula , urang seni macam aku ni , kami memperjuangkan kebibasan dan kebanaran . Dalam seni tiada hipokrit , yang ada cuma metafora saja . Ada lagi yang lain , tapi aku balum belajar lagi . Masa mendaftar tu , ramai urang antar anaknya . Macam – macam rupa , macam macam bahasa . Aku inda telampau kisah . Mimang adat dunia . Lapas mendaftar disa , aku ambil kunci , dapat bilik baru dan pindah . Kamas bilik sikit lapas tu sambung tidur . Isuk aku tau mula minggu suai kanal . Mesti teruk , perasaan ku . Ari ni aku cari makan di Sungai Dua saja pasal kafe balum buka .


* * * *

“ Saye dah bace cerpen jenis diari awak ni . Not bad . Tapi awak sure ke nak hantar kat news paper ? Ade ke orang nak bace , dengan bahase yang macam bahase pasar je ni . ”

“ Aku tak kisahlah tu semua , janji aku dapat perkenalkan bahasa kami untuk semua bangsa melayu di Malaysia ni . Kenapa , kau kurang yakin ? Aku kira ikut nasiblah kalau disiarkan atau tidak . Yang pentingnya aku dah cuba membawa bahasa aku di khalayak umum . ”

“ Wow , how marvelous ? Macam mane awak boleh yakin betul ni , wak . Sebelum ni ade ke orang jadikan bahase pasar untuk news paper . How crazy are you ? ”

“ Sebab tak de orang buatlah aku buat . Orang Kelantan yang memuja negeri dan bahasa diorang , tak de pun buat macam ni . Samalah macam orang Kedah , Perlis , Negeri Sembilan , Perak , Pahang dan Terengganu , yang tiada bahasa mereka dalam bentuk penulisan . Kalau dari Sarawak mungkin ada , sebab aku pernah baca sikit . Ini tak de pun bahasa kenegerian yang publish . Macam mana kita nak faham bahasa diorang . Bayangkan kalau orang Kelantan sebut ‘jeng’ , kau faham ke ? ”

“ ‘Jeng’ tu ape ? Ntah tak faham Saye .”

“ Tu lah kau , sombong bodoh . Kau tanyalah sendiri , aku tak nak bagi tahu .”

“ Tapi pakar bahase Melayu tak marah ke ? Nanti die kate , bukan bahase standad la , bukan baku la . Ntah ape lagi .”

“ Tak de lah macam tu sekali . Sebagai penulis , kita bebas menulis dalam bentuk apa sekalipun . Yang pentingnya ialah , memberikan sesuatu pengetahuan baru untuk pembaca . Betul tak ? ”

“ Suke hati engkolah . Nanti ade orang kate awak merosak bahase Melayu , baru awak tahu .”

“ Hek eleh . Macam lah bahasa dia tu betul sangat . Saye , saye . Bukan saye .. saya – S A Y A – saya .”

“ Jangan kau marah bah , geng . Aramai-ti bah .”

* * * *

Selasa, 26 Mei 2009

Theater Elemen : Living Theater books

Salam...
Bertemu lagi kita. Kali ni aku membawakan satu nota baru, pelajaran baru untuk anda tatapi. Semalam saya membaca semula kolaj kehidupan cikgu Noordin Hassan S.N. 'Saya...Dari Hujung Kota'- aku rasa patut jadi teks wajib untuk pelajar teater IPTA... sekolah seni pun boleh juga.. catatan pengalaman beliau yang menjadi impak kepada drama-drama beliau sebenarnya sama seperti unsur-unsur kajian naskhah lakon yang saya utarakan pada teks sebelum ini. Sangat rapat rasanya.

Setelah berfikir sejenak, saya membaca semula buku rujukan bagi sejarah teater barat iaitu "Living theater-an introduction of (western) theater history" oleh Edwin Wilson dan Alvin Goldfarb. Maka saya kemukakan semula Elemen Teater berdasarkan buku tersebut sebagai bahan kajian para pembaca sekalian...

ELEMEN TEATER

1. Ruang pementasan - sama ada dewan atau panggung di mana orang ramai datang menonton pementasan. Boleh juga terjadi di taman bunga, tepi jalan atau kawasan terbuka bagi persembahan 'teater jalanan'.

2. Penonton - Penonton yang melihat persembahan secara total.

3. Orang yang mempersembahkan - boleh di panggil sebagai pelakon, peran, penyair, penyanyi atau chorus (dlm teater yunani).

4. Elemen Visual - Set pentas, props, pencahayaan dan busana.

5. 'Subject matter : Human concerns' - Cerita tentang apa...? , tema , tentang siapa..?

6. Struktur - Plot perjalanan cerita, unsur kekaguman, dari plot tenang - ke klimaks - ke anti klimaks.


- begitulah antara lain elemen teater yang dinyatakan dalam buku tersebut. dapatlah kiranya para pembaca memikirkan tentangnya dan membuat kajian sebelum mengarah sesebuah pementasan... Terima kasih.. Bertemu Lagi Nanti....

Isnin, 25 Mei 2009

AKAN DATANG

Salam..
Saya tak berapa pandai orang putih ni.. tp jus try and error lah...Ni baru Bahasa Malaysia..Berbilang bahasa dan kaumkan?

Kali ni aku bicara tentang teaterlah pulak...Just pengenalan. Lain kali aku terangkan secara terperinci kerana aku menganggap pelajar seni persembahan membaca nukilanku ini.. ambillah....

Theater As A Life Performance

Sebuah persembahan teater merupakan gabungan pelbagai elemen persembahan. Dan yang paling utama ialah Lakon, kerana lakon atau pelakonlah yang membawakan cerita ke pentas. Dan yang paling penting elemen lakon boleh berdiri sendiri tanpa elemen lain seperti sebuah persembahan monodrama.

Elemen lain adalah sebagai spectacular penarik dan daya tambahan..
Antara elemen lain ialah..

1. Story and actor - an actors bring the story or story bring an actors?
2. spec 1 : costume effects
3. spec 2 : background and stage eff
4. spec 3 : make-up eff
5. spec 4 : sounds eff
6. spec 5 : lighting eff
7. spec 6 : props eff

terjemahlah dalam Bahasa Melayu ...

Baiklah sampai sini saja..Lain kali bertemu lagi...
Salam

Kurikulum Seni Lakon

Salam...
Haaaaa...... nilah kurikulum yang saya buat untuk Kursus Seni Lakon. Baru jumpa kat komputer lama. Nasib baik/mujur tak terbuang dek kerap diformat. Perhati dan kajilah dengan free...ilmu tak perlu bayar malah bertambah power lagi.. itu bahasa muda mudi sekarang. Tak bersastera langsung walaupun ada Komsas sekarang ni.. Jangan marah cikgu BM.

Kursus Asas Seni Lakon (Draf Buku)

Teori
1. Asal-usul Lakon
a) Ritual pemujaan/pengubatan/hiburan
b) Makna - sisi bahasa dan sisi praktikal (peniruan aksi alam)
c) Seni artistik / kreatif (lambang tahap pemikiran masyarakat pada
zaman berkenaan)

2. Sejarah Lakon
a) Lakon Barat (Greek,Rom hingga Post Modern & Alternatif)
b) Lakon Timur (Epik Mahabharata,Ramayana,1001 malam hingga
Lagenda tempatan)
c) Malaysia (Gabungan Musik,gerak & dialog ,Ritual pegubatan hingga Kini)
d) Sabah (Ritual pemujaan,hiburan kampung, kedatangan grup
Bangsawan hingga Kini)

3. Aliran (umum)
a) Ritual Pemujaan/Pengubatan/Hiburan (tradisi ritual)
b) Tradisional (tradisi sosial)- Rakyat/Istana
c) Transisi (Bangsawan, Purbawara)
d) Moden - Realisme (Sandiwara)
- Non Realisme (Absurd,Existenialis, hingga konsep teater Fitrah)
e) Postmodern
f) Alternatif
g) Kontemporari dan eksperimental

4. Teori lakon dan teater
a) berdasarkan aliran
b) tokoh - Shakespeare, Stanislavski, Mayerhold, Grotowski, Brecht,
Suzuki, Rendra, Putu Wijaya, Nordin Hassan, dll (mengenali
serba sedikit tentang mereka).

Praktikal
1. Analisis Skrip ( cara Aristotle & Masa Kini)
a) Pembacaan
b) Latarbelakang - Penulis
- Sosial
- Masyarakat
- Politik
- Ekonomi
- Taraf Pendidikan
- Pengaruh Budaya ( Adat/agama/semasa)
c) Kajian Dunia Naskhah Lakon
- Sinopsis
- Tema
- Watak dan Perwatakan (L/b, internal, external)
- Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
- Konflik (Jenis dengan diri/lain)
- Persoalan
- Kekaguman (visual/audio/kinetik)
- Bahasa (dialog & subteks)
d) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon
e) Hafalan- Teknik (Seorang,Duet,Kumpulan)

2. Watak
a) Jenis - Stereotype
- Role type, Prototype
- Archetypal
- Round
b) bentuk - Naturalis
- Stailis
- Simbolis
- Slapstik
- Expressis
c) Kajian watak - Fizikal
- emosi dan fikiran
- latar belakang
d) Peranan
e) objektif dan super objektif
f) motivasi
g) Cara/bahan yg diguna utk capai objektif
h) Observasi
i) Persembahan – Komedi (Old/New)
- Satira (Farce/avant garde/dll)
- Serius (Tragedi)
- Romantik (Melodrama/Well made play)
- Epik/lagenda
j) Pembahagian - Presentational / Representational

3. Elemen Lakon (mesti bersebab/have a motivation)
a) Pergerakan, Gesture, Posture, Bentuk, Makna…
b) Vokal ( Jenis,Intonasi, Dialog, Tone,…) – vocal theatre- mesti dengar satu dewan tanpa pembesar suara.
c) Emosi dan Fikiran
d) Aksi, Reaksi, vs Pasing, Timing
e) Blocking (Level, Ruang, bentuk….)
f) Mime Pantomime (Mimik muka)
g) Fokus dan Konsentrasi
h) Eye Contact
i) Pernafasan
j) Contact & connection

4. Menghidupkan watak
a) Sesuaikan/asimilasi/guna gabungan elemen lakon
b) Improvise
c) Kesedaran (Sedar ruang,teman,diri…)
d) Subtext/ Ad-lib
e) Plasticity (tampalan hasil observasi)
f) Method acting of Stanislavsky c.s (Memory recall, magic if, inner truth)
g) Ilusi/Bayangan
h) speed,energy,volume
i) internal acting & External acting
j) sensitiviti

5. Disiplin
a) Pentas (semasa latihan,rehearsal dan persembahan)
b) sesama krew
c) diri (masa,komitmen,sifat,pemikiran,keberanian dll)

6. Permainan teater
a) Miror
b) Throw & Catcher
c) Believe
d) dll ……..

7. Pemanasan badan
a) Shaking
b) Swinging
c) Sustaining
d) Stretching
e) dll….(Silat or other martial arts)

8. Rehearsal
a) Pocket (utama / tambahan)
b) Full

9. Persembahan

10. Kritikan lakon
- Kritik berdasarkan elemen lakon.

# Proses lakon

Peringkat 1 : Audition @ Ditawarkan
Peringkat 2 : Mendapat Skrip/Naskhah Lakon/Senario cerita (baca)
Peringkat 3 : Mengkaji
Peringkat 4 : Menghafal
Peringkat 5 : Bermain
Peringkat 6 : Gabung elemen & plasticity
Peringkat 7 : Latihan
Peringkat 8 : Rehearsal
Peringkat 9 : Persembahan
Peringkat 10 : Kritikan Lakon

Gambar rajah
1. Plot
2. Konflik
3. Teori psikoanalisis
4. Human view for theme

Nota Tambahan
** Beberapa nasihat
1. Jangan berlakon sebagai diri sendiri
2. Jangan Meniru watak orang gila (kecuali watak Psiko) dan orang cacat
3. Berlakon tetapi jangan berlakon
4. Berlakon untuk penonton faham
5. Jangan sekadar lafaz dialog
6. Jangan takut muka,pergerakan,serta tubuh jadi hodoh atau buruk (Jangan control)
7. Jangan terlalu mengikut teori lakon dan teater

** Fungsi Tubuh
1. Apakah yang boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
2. Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
3. Apakah tahap kecergasan setiap bahagian tersebut ?
4. apakah potensi setiap bahagian tersebut ?
5. Dimanakah titik keseimbangan setiap gerakan gesture dan gerakan seluruh badan ?
6. Apakah makna dan fungsi setiap gerakan ?
7. Bagaimana setiap pergerakan tersebut diselaraskan ?
8. Dimanakah bahagian yang sensitif dan mudah tercedera ?
9. Bagaimana mengelak kecederaan serta rawatannya ?


*** Terima kasih Prof Madya Abdul Samat Salleh
*** Thank You Ms Janet Pillai
*** Terima kasih Dr Zainal Latif
*** Terima Kasih Dr Jamaludin (Dr Bob- Allahyarham)
*** Prof Mohamad Ghous Nasarudin
** Kak Jumi
** Abg Zul Dewan Budaya
Semua ni Sifu saya kat USM dulu.

Draf Buku Lakon Bahasa Melayu Pertama di Malaysia

Salam...
Bertemu lagi kita...
Kali ini saya membawakan draf pengenalan seni lakon yang saya buat pada tahun 2004. Sebuah pengenalan yang lengkap dan cukup jelas. Siri ini belum dikeluarkan lagi, tetapi boleh digunakan kepada sesiapa yang mengambil jurusan seni persembahan...juga kepada pelakon-pelakon tempatan yang ingin mendalami ilmu lakon kerana rujukan seni lakon sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu Indonesia.. Baca, dalami dan fahami. Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya terus melalui shoutmix saya...ok.


Kursus Asas Seni Lakon
Pendahuluan.
Dunia seni lakon “popular”di Malaysia khususnya pada masa kini dibahagikan kepada dua cabang yang secara subjektifnya telah dipisahkan oleh pengamal lakon atau pelakon itu sendiri iaitu lakon teater dan lakon layar. Lakon teater bermaksud lakonan yang dipersembahkan di atas pentas atau sebaliknya, dan ditonton secara langsung oleh penonton pada waktu itu, di situ. Lakon ini meliputi persembahan seperti dramatari, muzikal, monolog dan monodrama, serta adaptasi skrip ke pentas. Contohnya persembahan Muzikal Puteri Hang Li Po (Istana Budaya : 2004), pementasan teater Misi (Istana Budaya : 2004) dan dramatari Spellbound (Actor Studio : 2005)¹.

Manakala lakon layar pula terbahagi kepada dua lagi cabang iaitu lakon tv (television) dan lakon filem. Lakon tv bermaksud satu bentuk persembahan lakonan sama ada secara rakaman atau secara langsung yang disiarkan dan diterima ke kaca tv melalui pemancaran gelombang satelit seperti Astro, Radio Television Malaysia (RTM) dan Sistem Television Malaysia Berhad (TV3)¹. Lakon tv termasuklah rakaman drama bersiri tv seperti Opah, Drama Minggu Ini dan Mahligai Gading¹, program pengacaraan seperti Selamat Pagi Malaysia, Nona dan Saji¹, rakaman komedi bersiri pentas atau studio seperti Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur¹, serta siaran langsung berita tv.

Lakon filem pula bermaksud rakaman kisah kehidupan dalam format filem tertentu seperti 3.5 mm , 5.5 mm atau skrin penuh. Lakon filem mempunyai pelbagai jenis dan genre tetapi dapat di kumpulkan menjadi dua cabang iaitu filem lakon semula kisah kehidupan sebenar atau imiginasi seperti filem Paloh, Sepet, The Matrix dan sebagainya, dan filem dokumentari.
Perbezaan bentuk lakon, antara dua cabang utama dunia seni lakon ‘popular’ di negara ini telah memvariasikan hiburan dan pengajaran. Tetapi seperti yang diketahui umum, variasi hiburan lebih menonjol memperlihatkan penguasaan lakon tersebut. Maka secara umumnya dunia seni lakon merupakan satu persembahan hiburan bagi masyarakat di negara ini.

Tujuan Lakon
Secara khususnya tujuan lakon adalah untuk memperlihatkan sikap atau budaya masyarakat pada waktu tertentu. Contohnya kepercayaan Main Puteri di Kelantan telah menghasilkan bentuk teater Mak Yong. Teater realisme di Malaysia antara tahun 1950an dan 1960an seringkali mengisahkan tentang perbezaan status dikalangan masyarakat Melayu ketika itu, yang memang berlaku selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu seni lakon itu sendiri ingin menguji sejauh mana kebolehan para pelakon, pemain atau peran dalam membawa peranan atau watak mereka dengan berkesan dan dipercayai penonton. Oleh yang demikian, sutradara atau pengarah lakon terpaksa meninjau dua sudut aplikasi ini iaitu dari sudut budaya dan dari sudut pelakon.
Lazimnya dari sudut budaya, memaksa pengarah untuk mempersembahkan satu kisah hidup makhluk secara berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton. Manakala dari sudut pelakon, pengarah harus meneliti keberkesanan watak dan cara pelakon itu sendiri menangani wataknya sehingga dapat dipercayai serta dekat dengan penonton. Berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton merupakan tujuan utama persembahan seni lakon.

Objektif Kursus
1) Mempersembahkan lakonan yang berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton.
2) Mempersembahkan lakonan bermutu dan bertaraf professional.
3) Mengangkat budaya masyarakat untuk dipertontonkan semula bagi menilai impak sosio budaya dalam masyarakat.
4) Memahami serta memantapkan disiplin seni lakon dalam diri pelakon.
5) Memberi pengajaran kepada para penonton tentang permasalahan sosial dalam masyarakat.
6) Membuka ruang bagi masyarakat untuk memahami fungsi dan pengaruh dunia seni lakon sebagai teladan dan pengajara dalam kehidupan.


Pengenalan Konsep Asas Seni Lakon ; Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara.
Dalam kursus ini , pelatih akan diajar dan dilatih tentang ‘Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara’ secara khusus. ‘Aplikasi Rupa’ bermaksud visualisasi lakon dengan menggunakan elemen lakon yang terdiri daripada ; pergerakan, gestura, mimik muka, aksi reaksi, blocking, level, kontras dan seragam, fokus serta eye contact dan plasticy. ‘Aplikasi Jiwa’ pula bermaksud menjiwai atau berperasaan lakon watak dengan menggunakan elemen seperti ; imaginasi atau pembayangan, imbas kembali-memory recall, mendalami atau menjadikan semula sejarah watak, magic if, kebenaran dalaman-inner truth, psikoanalisis, dan kebenaran “aku adalah watak..” . ‘Aplikasi Suara’ memaksudkan penggunaan suara atau bunyi sebagai visualisasi lakon dengan mengguna elemen seperti ; vokal, ritma, lagu, nada, variasi lidah dan gigi, jenis suara dan tekanan serta dialogue point of attack.
Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara ini akan mengambil kira cara penyampaian persembahan melalui kekuatan (energy), tension , keberanian, dan tempo, yang diingini oleh sutradara atau berdasarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan.-(tambahan 2009)Di Malaysia, amat kurang pelakon yang boleh menggunakan ketiga-tiga elemen ini serentak dalam sebuah pementasan, maka jelas menampakkan kecacatan dalam sesebuah lakonan. Itu belum lagi ditambah dengan elemen Tari, yang memerlukan tenaga seperti seorang atlit sukan serta cara pernafasan atas pentas yang cekap dan tidak kelihatan pada mata penonton.

Kajian Naskhah Lakon dan Kajian Watak.
Sebelum membuat sebarang latihan, kajian watak amat diperlukan bagi pelakon untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau penonton melalui wataknya. Walau bagaimanapun, sebelum kajian watak dilakukan, wajib bagi pelakon dan semua krew untuk membaca keseluruhan naskhah lakon secara terperinci dan berulang-ulang untuk mendapatkan intipati sebenar cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika kajian naskhah lakon dibuat ialah (juga rujuk tulisan saya sebelum ini) :

1) Latarbelakang - Penulis
- Sosial - dalam cerita dan keadaan semasa naskhah ditulis.
- Masyarakat – ‘sda’
- Politik – ‘sda’
- Ekonomi – ‘sda’
- Taraf Pendidikan – ‘sda’
- Pengaruh Budaya (adat/agama/semasa) – ‘sda’
2) Tema
3) Watak dan Perwatakan (Latar Belakang, internal, external)- secara kasar
4) Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
5) Konflik (Jenis dengan diri/lain)
6) Persoalan
7) Kekaguman (visual/audio/kinetik- yang mungkin)
8) Bahasa
9) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon

Setelah membuat kajian naskhah lakon, dan setelah semua pelakon telah diberi watak masing-masing, maka tibalah masanya bagi pemegang watak tersebut mengkaji watak yang diberikan kepadanya secara khusus, mendalam dan terperinci.

Khamis, 21 Mei 2009

Teater ; Dari Naskhah Lakon Ke Pentas.

Salam

Sudah agak lama saya menunggu saat ketikanya untuk saya menurunkan ilmu saya kepada aliran baru seniman jalanan atau seniman pemula.. Satu hajat yang tak tahu bila akan dapat ditunaikan..

Saya mencipta sendiri kurikulum seni teater dan persembahan pentas pada tahun-tahun 2003-2005... maka lahirlah sebuah nota-nota kurikulum tersebut.

Disini pada hari ini, saya tidak dapat memberikan yang sepenuhnya kerana saya terlupa di mana saya letakkannya..nota-nota tersebut. mungkin esok lusa..InsyaAllah.

Dari Naskhah Lakon ke Watak

- Sebelum membuat kesimpulan dari perbincangan bersama pengarah dan penerbit, pemegang watak seharusnya membaca serta mengkaji naskhah lakon atau skrip tersebut untuk mencari metafora, lambang, latar belakang, suasana dan sebagainya, berserta punch line-punch line yang menjadi nadi kepada persembahan tersebut. -peringkat pertama 'baca naskhah lakon berulang kali sehingga menguasai setiap bait-bait dialog dan maksud dalamannya.

- Peringkat kedua, (tidak boleh kurang dari 2 bulan) pemegang watak, bersama pengarah dan krew wajib mengkaji Latar belakang Naskhah...

1) Latar belakang luaran naskhah

2) Latar belakang dalaman naskhah

Antaranya :

1. Latar Belakang Luaran Naskhah

a) Penulis
- latar belakang keluarga dan kelahiran
- taraf pendidikan dan cara pemikiran beliau
- tahun atau zaman yang dilalui
- pengalaman sepanjang kehidupannya

b) Zaman dan suasana
- isu-isu besar dan kecil 3 tahun sebelum naskhah dihasilkan
- isu-isu besar dan terpinggir 5 tahun sebelum naskhah dihasilkan
- keadaan, suasana dan warna 3 tahun sebelum dan ketika naskhah dihasilkan

c) Keadaan Politik, Ekonomi dan Sosial dan perkembangannya pada 5 tahun sebelum naskhah lakon ditulis

2. Latar Belakang Dalaman Naskhah.... (analisa skrip) akan datang?

Selasa, 19 Mei 2009

Kepengadilan Tarian Melayu Kebangsaan Malaysia



Salam

Laman Pemula Bicara
Akan Datang Bicara Lagi


Saya.. antara penyimpan kerahsiaan seni di Malaysia ini. Setelah habis belajar di USM...maka jadi guru.. Rindu menari, rindu berlakon teater dan bersama-sama teman seniman dan seniwati lain....

maka saya pun membuat blog ini dedikasi saya kepada kawan lama yang lama amat tak bersua..

Baru-baru ini..tidak terlalu lama juga.. saya menjadi antara ahli organisasi yang mengendalikan satu pertandingan tarian sekolah-sekolah peringkat negeri Pahang... Dah tahu keputusannya...

Terpanggil dari pertandingan tersebut, juga pengalaman menyertai pelbagai peringkat pertandingan tarian di wilayah Jengka dan Daerah Maran dan Parlimen Kuala Krau... saya ingin berkongsi pengalaman serta teori dalam Pertandingan Tarian Malaysia ini. Juga ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian berserta organisasi di bawahnya untuk menilai semula kelancaran KePengadilan Seni Tari yang senantiasa tidak memuaskan hati pasukan yang menyertai...

Di Bawah ini adalah rangkuman program yang sepatutnya dihadiri atau dimiliki olek semua pengadil seni Tari Di malaysia


KURSUS KEPENGADILAN TARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2010

Tarikh : Bila-bila
Masa : Pagi petang malam
Tempat : Mana-mana

Isi Utama Program

1. Tarian Rampaian Melayu Malaysia
a) Tarian Melayu Asli (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Masters of
Arts USM
b) Tarian Joget (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh PhD ASWARA
c) Tarian Inang (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Masters of Performing
Arts UM
d) Tarian Zapin (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Jurulatih utama
Yayasan Warisan Johor

2. Tarian Rakyat / Etnik (Kontemporari Kreatif)
a) Tarian Negeri-negeri (jenis, negeri, kaum dan sejarah asal-usul)
b) Gerakan dan Bunga Tari Kontemporari (konsep kontemporari kreatif)

3. Koreografi Tari
a) Konsep Pola Lantai
b) Peraturan-peraturan di atas pentas
c) Tema dan olah tubuh peserta
d) Keselarasan muzik

4. Busana dan Tatarias
a) Pakaian dan tatacara pemakaian
b) Aksesori dan props
c) make-up

5. Kelayakan Kepengadilan Tari
a) Syarat dan kategori pertandingan
b) Membuat keputusan kepengadilan

saya yang membuat ni semua,
Sahirulizan Yusop
SMK Jengka 2, Maran, Pahang
Sarjana Muda Seni Halus
Lakonan Dan Pengarahan (USM 02-05)

seterusnya bicara tentang teater lah pulak