Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Jumaat, 15 November 2013

REYDZUAN - ADRENALIN

As salam khalayak...

Hari in adalah hari akhir persekolahan 2013. Kerja tertunggak telah habis ku sapu, kecuali kes khas pelbagai E-?? dalam sistem pendidikan zaman sekarang yang asyik hang je. Bukan masanya nak mengadu hal pendidikan sekarang ni.

Pada beberapa minggu lalu. dek kerana kes tembak menembak, kematian ahli keluarga dan bermacam lagi... terdetik satu skrip filem dalam hatiku. Ku peramkan jua agar lebih kemenjadiannya. Sudah ku halusi jalan ceritanya, namun otak tua ku tidak dapat untuk menulis skrip waima novel tentang ceritanya secara panjang lebar... al maklumlah aku bukan sepertinya RAM Ramlee Awang Murshid atau Tun Sri Lanang Moden. Walau bagaimanapun sebelum cerita ini basi hanya dalam benakku, kugagahi juga untuk mencuri sedikit waktu pada hari ini untuk menulis tentang REY.... sambil tunggu Sekolah Seni Sabah akan di buka.... he he he...

REYDZUAN - THE LAST BREATHING ADRENALIN
(waa//... macam cite omputih la plak)

Siluet filem untuk permulaan cerita. Hanya gambar-gambar kenangan tentang pemilik nama dari zaman kelahirannya , tumbesarannya, remajanya, pendidikannya, gila persatuannya, pelbagai kelab seni beladiri dengan pencapaian kelas pertama. Gambar menunjukkan dia seorang yang poyo dan aktif. Sehinggalah gambar hari perkahwinan dan hari menimangnya anak pertama, kedua dan ketiga. Dengan iringan lagu nyanyian syahdu mengikut latar zaman dalam gambar. Rey berbadan kurus dan nampak aktif pada zaman-zaman lalu.

Bermula kedramatikan.

5 sekeluarga bersiap untuk perjalanan percutian dimana-mana, pada bila-bila masa. Masukkan barang dalam kereta apa-apa jenis MPV. Shoot paling cantik jer, paling comel jer sekeluarga masuk dalam kereta. Memulakan perjalanan dengan Basmallah. Tiada shoot pada kesemua watak secara keseluruhan badan. Hanya part of body seperti tangan, kaki, belakang badan . Dalam perjalanan pun tidak nampak fully character body... hanya suara dan part of body sambil menyanyi lagu gembira.

Perjalanan malam memang menyunyikan (sunyi). Semua ahli keluarga tertidur kecuali pemandu. Shoot pada mulut Rey yang sedang menyanyikan lagu 60-an. So klasikal.

Tiba-tiba.

Dua buah kereta jenis datsun berwarna hitam dan perang tua macam dah modified meluncur laju dengan bunyi berderam-deram. berlumba. Menggegar  suasana malam. Kemudian sunyi kembali. 

Pelik. Malam baru jam 10. Seperti tiada kenderaan lain bergerak di jalan raya tersebut. 

Lokaliti: Lebuh Raya Pantai Timur arah ke Kelantan Terengganu dari Kuala Lumpur. sekarang berada di Bentong. Tujuan nak pergi melawat Kelantan dan Terengganu.

PAM KTANG SCREET....!

Kereta dilanggar dari belakang. Kereta Honda accord 1978, tanpa lampu,  melanggar belakang kereta Rey. Kereta MPV yang enak-enak dipandu 100kmj tersasar hampir terlanggar pengadang jalan. Isteri dan anak Rey terkejut king kong. Rey menarik nafas dengan merah muka dan menarik brek tangan. Tanpa berfikir panjang, keluar meluru. Isterinya hanya sempat menyebut "Bang....".

Shoot pada kaki yang keluar dari kereta amat bergaya. Dengan impak gegaran kereta. Keluar manusia bersaiz 100kg dengan perut yang boroi. ITULAH REYDZUAN.

Pemandu kereta Honda itu sudah keluar dari kereta. 

'Ni apa cerita ni. Bawa keta tak dak lampu. Langgar belakang ni? apa ni?' masih dalam 60% kemarahan. Masih boleh berfikir Rey.

Mamat poyo berambut gondrong pemandu kereta buruk tu hanya senyum. Tidak lama selepas seyuman itu dilontarkan. Terdengar bunyi teriakan dari dalam keretanya Rey. 

Berpaling saja Rey ke arah keretanya, didapatinya isterinya dan anaknya telah pun ditarik keluar dari dalam keretanya. 'Wei apa ni?' jerit Rey.


...................2 buah keta tu dah tunggu kat situ. Ada seramai 10 orang yang mengepung Rey. Dalam 10 minit peristiwa ini berlaku. Keluarga Rey di tarik ke hutan berhampiran. Berlaku pergelutan. Kerana badan Rey yang agak besar dan mudah lelah, dengan penumbuknya yang perlahan dan kekuatan penumbuk hanya seberat 20-30 kilo saja. Masih sempat melihat ahli keluarganya di tembak satu persatu di depan matanya. dan akhirnya dia pun ditembak di kepalanya juga. keadaan gelap. REY MATI.........

......2 bulan selepas itu, mata terbuka. Milik siapa? Rey masih hidup. Dalam hospital. Dengan ahli keluarga sudah mengelilinginya. """"Suri, Anas, Safi, Ani???"" terpacul perlahan dari bibirnya... dia kembali tidur.

......2 bulan selepas dia terjaga. Kelihatan lelaki yang gemuk, berambut panjang dengan baju yang compang camping, baju hijau hospital. Mundar mandir mencari makanan dalam tong sampah. Kadang menangis, ketawa, membuat lawak acah-acah dengan ilusinya. sekitar pusat metropolitan Kuala Lumpur. Pudu Raya. Apabila ada Jabatan Kebajikan membuat operasi dia selalu terlepas kerana dia berlari sekuat-kuat hatinya.

.......Suatu hari di suatu lorong di Petaling Street, sekumpulan beberapa orang sedang minum2 makan2 dan ketawa2. Macam orang kaya. Rey pun berada di situ. Terlihatnya pada tangan salah seorang mamat tu suatu tanda yang macam pernah lihat. Dipandangnya lagi... lama kelamaan semakin dia dekat dan seperti ingin mencium tangan orang itu (dengan niat mengamati tanda tatu tersebut).  Dan di dapatinya sekumpulan itu mempunyai tatu yang sama , cuma tempatnya tidak sama. Ada yang di leher, belakang tapak tangan, di bahu kerana seorang pakai singlet dan di tengkuk. Dan seorang itu seperti pernah dilihat. Rambut gondrong seperti herman tino dan hafiz af. Tiba-tiba dia berlari pergi.... sambil memegang kepalanya.. berlari ke bawah stesen LRT Hang Tuah... Baring di situ sambil menangis.

Flash back.... Pertemuan pertama dengan suri yang sama universiti. Masa menyambut Anas, anak pertamanya... Bermesra dengan anak-anaknya Safi dan Ani... Semua itu berlegar-legar dalam kenangan. 

Gelap. Peristiwa Malam itu berulang semula dalam ingatannya.... sehinggalah dia menutup mata.... AAAAAAAAhhhhhhhhhh........ dia membuka matanya. melihat pada dirinya. dan bertanya... kenapa aku begini...

-BEGITULAH CERITANYA-

ada lagi. lepas itu, dia mula membina badannya menjadi seorang lelaki lain dengan tujuan membalas dendam. mencari dari internet tentang lambang tatu tersebut. Membuat rangkaian underground perisikan. Masa yang paling seronok dilihat ialah masa Rey Menjalani latihan fitness. dari seorang yang gemuk berubah menjadi seorang yang amat berbeza. Berketul dan fleksibel badannya. Mementingkan kelajuan pergerakan dan kekuatan momentum setiap serangan. Mengembalikan semula apa yang sudah hilang dari dirinya. Matanya yang amat ganas. 

--- selang beberapa bulan, seorang demi seorang ahli kumpulan gondrong itu mati dalam keadaan yang ngeri. Lidah dan kemaluannya dipotong. 

-SELEPAS ITU-.....

Selesaikan sendiri cerita ini... ini adalah sebuah Filem Hebat buatan Malaysia. 


__________________________________________________________________ Salam khalayak.. Selamat membaca... Lulus FINAS ke filem ni... 18PL___________________

Selamat Bercuti....Semua Guru di Malaysia...


Sabtu, 19 Oktober 2013

PENGHAYATAN LAKON : EMOSI DALAM LAKONAN

PENGHAYATAN LAKON : EMOSI DALAM LAKONAN


                Salam khalayak… Pada 18 hingga 20 Oktober 2013 bertempat di Asrama Kinabalu, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Kami 2 orang guru telah membawa sejumlah 9 orang pelajar untuk mengikuti Kem Kelab Pencinta Filem Zon Sabah yang dianjurkan oleh FINAS dan di Fasilitatorkan oleh 2 orang pengiat seni sederhana tersohor iaitu Pn Juhara Ayub dan En Rosman ??.
Waaaaaa…. Macam nak buat Karangan lah pulok..
Okla…sedang2 Pn Juhara dan En Rusman dan En Syazli (FINAS)… Maka adalah sikit refreshing Knowledge or flash back yang dapat aku tulis dan kongsi bersama pada ketika ini… That about EMOTION THROUGH ACTING.
Sorry for this post, ia akan bercampur dengan bahasa Inggeris. Rojaking.


EMOTION IN ACTING by me
Meletakkan emosi dalam lakonan adalah satu kemestian bagi memperlihatkan suatu persembahan yang diyakini. Kita memanggilnya PENGHAYATAN. Tetapi cuma sebahagian daripada instrument penghayatan.
Emosi ialah ekspresi (memberi/menyata/mempersembah) lakon menerusi (sign and symbol). How?

-“We as a actor or character, taking a momentum or react from our versus sparing character, then give back our reacting momentum with energetic punch line or point of attack”.-

Bermakna… kita sebagai actor atau watak, menerima momentum tumbukan isi dialog daripada watak yang kita lawan berdialog, kemudian memberikan reaksi kepada isi dialognya dengan menyatakan reaksi kita melalui ekspresi emosi.

So how I can do it?

Menyatakan emosi adalah melalui gabungan 2 atau lebih sign atau simbolik atau instrumen seperti:
            1. Vokal (suara)
       a)      Rhythm (rentak/kelajuan lontaran dialog)
       b)      Momentum / energy (Kekuatan/kelantangan lontaran dialog)
       c)       Point of attack / Punch line ( Penekanan kepada satu atau dua atau tiga perkataan dalam satu set dialog atau ayat )
2.       Breathing / Pernafasan (kekuatan / perlahan hembusan nafas di hidung dan ombak pada dada)
3.    Mime (mimik muka /kerutan dahi/gerakan tulang rahang/ kembang kuncup hidung/jelingan /renungan dsbg about face)
3.    Eye contact / Focus ( kedudukan pandangan mata/ kedalaman renungan mata/ keterikatan kepada satu objek pandang / lapisan pandangan / pandangan di hadapan tetapi sedang memandang atau memikir subjek lain)
4.   Gesture / gestura ( gerakan satu bahagian badan / mini gesture / kebiasaan gerakan kecil bahagian badan / kenan / balancing / pose)
5.   Movement / Pergerakan (kekuatan/kelajuan pergerakan spt berjalan,berlari, melompat, menari, menyepak, berenang dsbg etc)

Apabila sudah mensebatikan / menyebatikan dialog dengan instrument sign or symbol, adalah menjadi suatu kemestian untuk watak atau actor untuk mengawal tenaga yang harus disuntik kedalam setiap instrument tersebut. Maka lontaran dialog mengikut system :

1. 1 perkataan (dari dialog) diikuti instrument sign atau sebaliknya
2.  Sebahagian dialog diikuti instrument sign atau sebaliknya
3.  Keseluruhan dialog diikuti instrument sign atau sebaliknya

Jadi makanya… bila nak emosi itu datang kepada actor atau watak ? emotion come before dialouge or between dialouge or after dialogue? – using improvise or adlib or sub text?  .  What about mood? …

Actually, emotion will come when we have a strong character with a tough dialogue in a set of scripting. There a director job to push out an emotion from a scene not just from actor but through adding some performance instrument such as level in staging and position (blocking), synchronization, scenography, lighting effect, sound effect, make up, costume and story climax  to build up a tough scene to push up a very believing strongest character and story.

Event though the actor still gonna follow director directions but, actor, must be acting by himself, so the mood must come from internal cause. It is from Emotion. Emotion can be create from two source (C.Stanislavsky method is 4/Inner truth, memory recall,etc). First creating an emotion by imagine that u are the character and u are in there. This is for actor who never been at this situation. Second is the emotion will come own by himself because actor had been in that situation.

How powerfull or energetic EMOTION will be?will it come…? Will it be….?

The well trained actor can apply the right emotion at the right situation or dialogue. But it must came  from a momentum of a character sparing  (other character) for duo or group plays. But For monodramas (single actor in a row) the momentum is from, otherwise he/she dialogue before or imagined situation before.

So the conclusions are, that EMOTIONS can be done from,
1. Creating the situations
 2..Memory from the actor past
3.Other stage element (physical element like a lighting/sound/sets etc)

Peringatan : TIDAK SEMESTINYA….EMOSI?
 Sedih tak semestinya menangis.
 Marah tak semestinya menjerit
 Dendam tak semestinya bunuh/balas
 Gembira tak semestinya ketawa
 Hantu tak semestinya menakutkan
 Yang menakutkan tidak semestinya hantu
 Pembunuh tak semestinya jahat
 Orang kaya tak semestinya mati sakit jantung
 Orang gila tak semestinya kelihatan gila
 Lontaran Emosi tak semestinya dengan percakapan
 Hero/heroin tak semestinya handsome/lawa
 Penagih tak semestinya comot etc….

Ok that’s all from me yg tak seberapa pandai… hope u understand.. if not just email me…

 Thanks pelayar________________________________________________________   


Khamis, 17 Oktober 2013

KAKISENI SKRIP PENDEK CONTOH

KAKISENI short playscript example.... atas pertanyaan ramai...saya cuba uploadkan..


.KAKISENI PLAYSCRIPT..


kakiseni playscript download... selagi stok masih ada

arts is about sharing.... so share2 la...

Khamis, 12 September 2013

TIADA

TIADA

Tiada apa yang mahu ku post.. kerana tiada idea ku hari ini..
Sakit mataku menyebabkan aku payah nak menaip.. mulanya belah kiri, kemudian menjangkit ke sebelah kanan...

Apa lagi yang mahu ku ku leteri di maya ini..
ntahla..

Apa lagi yang mahu ku uploadkan.. oohhh blog aku ini kekurangan gambar..bukan tiada kamera, tapi orang yang menangkap gambarnya tiada.. nahh jadi..



dalam bas rombongan penari ke IPG Bahasa Kolumpo 2006 : Sbg Jurutari sangkutan nok !



Dalam kelas Pengarahan 1 : bersama budak MassCom & Dino Omar (Astro Awani)


Bersama Abg Zul Dewan Budaya USM (Koreografer Tari) Bertanding Festival Zapin IPT di UUM : ada Salina Zakaria (TV3) 2 dari kiri , depan aku.

FZJ 2004 UUM

Haah... Ini kat Medan, Indonesia... IMT-GT 2002

FZJ-2003 di KUITHHO Johor: No 2 kategori Wanita, lelaki x dpt.. he he he
aku kanan sekali

Event yang berbayar Oleh SONY (M) Elektrnics.. Annual Dinner. Pengacaranya ialah Helmi Gimmick di EQ Hotel PP.

Ni yangpalng tak best sebab aku yg amik gambar... Bersama Prof Ghouse Nasaruddin (Budayawan Terulung Malaysia) Tahun Akhir 2005.. Ada R.Perakas (Shine Entertainment), Geng sekelas.. kcuali kak N yg baca buku tu bukan dr Sekolah Seni... Tapi rakan penari DB..

_____________________________RhEnDueW___________________________________

Isnin, 9 September 2013

GALAKSI CINTA

Bab 1 : Salah

"Salah...salah... salah... Bukan kau yang sepatutnya ku nikahi" terpacul ayat itu dari mulut Dea. Matanya masih tertutup. Dia masih meronta di atas katilnya.

"Bukan... Bukan kau... " Dea menangis sekuat-kuatnya. Matanya masih tertutup.

Semua pesakit dan petugas hospital itu tergamam. Baru pada hari inilah sekujur tubuh yang telah koma hampir 2 minggu itu bergerak dengan keadaan yang tidak dijangka. Rindu yang turut berada di situ juga agak terperanjat dengan keadaan itu. 

"Apa yang salah? Apa yang salah dalam pernikahan kami? siapa yang sepatutnya dinikahi abang?" Bergegar dalam hati Rindu  dengan soalan-soalan itu.

"Maafkan aku sayang.. maafkan Dea.. Dea tak sengaja." Dea menangis lagi. 

"RHEA......." 

Satu jeritan yang kuat dan menggegarkan wad mawar itu. Dengan jeritan itu juga Dea berhenti menangis dan terkaku dalam keadaan baringnya semula. hanya kelopak matanya sahaja menampakkan ada pergerakan pada bola matanya.. 

Rindu tergamam dengan suasana yang berlaku sekelip mata itu. Doktor  Anuar bersama beberapa misinya baru sampai ke dalam wad itu. Mereka terus memeriksa nadi Dea dan membuat pemeriksaan pada bola matanya. 

"Maaf puan, izinkan kami memeriksa encik Dea. Harap puan boleh tunggu di luar sebentar ya" Doktor Anuar meminta izin.

Rindu terkejut mendengar kata-kata Doktor anuat itu. Gamamnya baru habis. Dengan wajah yang masih konyo itu, Rindu bergerak menuju pintu wad.

________________________________Continue_________________ 

Rabu, 4 September 2013

THE BROADWAY BOY - by me....

Salam khalayak... Walaupun masih dalam proses mencari Arya Surata dalam DUODENDAM, masih ada lagi satu jalan cerita tentang manusia biasa yang bakal menjadi legend.. Tajuknya awal dah dapat.. Dah nampak wataknya, dah nampak juga akhirnya.. cuma plotnya masih tercari-cari di mana nak mula.. Walaubagaimanapun Prolog nya dah ada... Lebih kurang macam ni..


BROADWAY BOY

-Proloque-
Gayanya...gayanya mengentarkan hati... Rima suaranya melembutkan jiwa yang mendengarnya. Gerak gayanya sehalus sutera yang melayang ditiup sang bayu.

Tubuhnya sederhana amat. Tiada kekarnya, tiada kurusnya, nya dari kebuncitannya. Tinggi rendahnya sederhana. Tetapi pabila suatu movementasi di gayakannya, apakala suatu gestura diperbuatnya, sedang mime ditunjukinya, maka akan terpesona sang audien dengan serlah cahaya walau tiada shoot lighting effect dari lampu limpah dan spot light.

Siapa DIA sebenarnya?, yang berada di atas pentas procenium itu?. Yang kadang dapat menguasai gaya arena mahupun semi arena.

Dengan baju busana sederhana poyo dan make-up tatarias yang juga dalam kesderhanaan.

Bertanya bersuara dalam hati kalbu... Tiada wajahnya terpampang di dada suratkhabar harian..Namanya agak jauh dari corong radio mahupun kaca tv.. Di cinematic tidak pernah dia dijemput hadir malayari layar perak.

Siapa dia?. Bergaya ala Broadway superstar... dan ....Berbahasa Melayu?..

Siapa dia?...

__________________________________________________________________to be continue._____________________________________

Khamis, 29 Ogos 2013

Salam Lelah dalam Kelesuan Maya

Salam Maya...

 Udah kangen deh..lama amat ngak ngobrol dalam maya ini.. bisanya nggak bisa udah jejari ini menaipkan puitis indah ke udara maya... waduh..

Salam khalayak, mungkin ada yang ternanti2 post terbaru atau post terharu dari diriku yg yak seberapa ini... terlalu banuak tugasan dan beban samada di sekolah mahupun di rumah... tahu sajalah apabila anak nak tambah 3 ni...

Idea ada banyak tapi kesempatannya masih kesempitan. Sementelahan udah lama tidak berkesempatan menonton filem baru dgn tenangnya.. hanya mendengar lagu baru di hot fm jah...hrmmm.... takkan nak ulas bab lagu plak... yang bersempatnya hanya menonton filem lama di astro sempena raya... mcm2 ada... wayang melayu hindustan cina fan inggeris... menonton teater jauh panggang dari dapur gas..

Namun begitu tidak juga putus idea ku untuk menghasilkan beberapa cerita.. malang amat aku bukan penulis sepertinya RAM...

Baru baru ini... , ada datang bertamu satu idea yang bleh tahanla..., cuma,  ntahla dari mana sumbernya,  sayang pula kalau tak di utara selatankan...

DUODENDAM
-mengisahkan tentang Arya Surata,  seorang budak yang berasal dari kampung Jati Sabah... budak kampung sejati yang memang bermain dalam hutan tetapi tinggal dalam rumah kampung. Membesar dan belajar dikampung.. mempunyai keistimewaan luarbiasa dalam bidang seni tetapi dia tidak menyedarinya sehinggalah dia berhijrah ke kuala lumpur kota budaya..

Dia ada sejarah tersendiri... belajar seni beladiri dari guru tersohor yang menyepikan diri di kampungnya. Gurunya juga bekas taiko.

Di kuala lumpur...Arya berkerja sebagai buruh binaan sebelum masuk uji bakat sebagai pembantu pelakon dan krew filem... dia juga bekerja sambilan di pentas teater spt panggung bandaraya..

Semasa itulah dengan tidak semena-mena apabila pusing-pusing kuala lumpur bersama kawannya dia terbegaduh kerana ingin menyelamatkan seorang india daripada di belasah oleh sekumpulan lelaki india... Lelaki india itu terselamat tetapi perkara itu menjadi dendam kepada kumpulan gangster itu. Pada hari yang lainnya, malam sewaktu ingin makan di bistro mamak bandar permaisuri , sebuah kereta kena langgar oleh sebuah trak.. kedua-duanya cina, dan mereka hampir bertetakan.. mujur arya ada di situ untuk meleraikan keadaan... balik ke rumah, Arya diekori oleh orang yang berlanggar tersebut dan berhampiran rumahnya itu juga terjadi pertarungan 1 lawan 13 orang... dan dia dapat mengalahkan lawannya.. (ini bukan filem murah yang tiada juru aksi)-there were a silat originality..

di pendekkan cerita, Arya akhirnya mempunyai 2 kehidupan iaitu artis serba boleh yang berlakon dengan lawak dan jiwanya, penari dengan lembutnya dan penyanyi dengan lunaknya - artis poyo... juga seorang Taiko yang paling digeruni semua ketua kongsi gelap Kuala Lumpur  -serius ganas ...

Itu adalah plot menaik cerita ini... Apakah dia punya klimaks??? siapakah musuh sebenarnya? Dengan siapa pertarungan hebatnya... untuk apa... apa yang di pegangnya...

tapi yang hebatnya... Siapa pelakon nya?... he he Sayalah... Arya tidak menggunakan suara orang lain, tidak menggunakan pelagak ngeri kecuali aksi mengayatkan... 

____________Lagi..... Tengah cari idea la ni...._____________

Kamus Bahasa Bisaya Beaufort Edisi Tapak Tangan

KAMUS DUOGAYAD BISAYA SUANG PADAS DAMIT : KAMUS DWIBAHASA DIALEK PADAS DAMIT BEAUFORT SABAH




Email Saya jika nak mendapatkan Koleksi ini... Harga dalam tangan RM 15 untuk semenanjung Malaysia (belanja pos cepat). RM 12 untuk Sabah Sarawak (Belanja pos tak berapa laju)... dan RM 10 untuk by hand... hanya printing 1000 naskhah sahaja... DBP pun tiada copy... Library negeri pun belum ada copy... 

pm saya di Face book - Karma Kencana Shah
ei mail... Zulian_Shah82@yahoo.com
Call... jangan harap aku nak bagi...
Sua muka... Kg Muhibbah baru Beaufort @ SMK Membakut II

ATAU HUBUNGI TUAN PUNYA PEMEGANG HAK MILIK 
En Yuliamin di SK Nampasan Ranau...

Jumaat, 28 Jun 2013

Rilek jom....


Sa-orang pa-nyanyi tampatan... karma kencana shah

Khamis, 21 Mac 2013

AKU DAN APA PEKERJAAN : THE I M STORYZ

Salam Khalayak....

Dipada kesempatan ini aku mengaminkan doa untuk anggota keselamatan aka perajurit yang terkorban mahupun yang tercedera dan juga yang masih berada dalam wilayah panas di pantai timur Sabah. Semoga keselamatan mereka di pelihara-Nya. Dan permudahkanlah penyelesaian konflik ini. Amin.

Pada hari ini entry ku bertadjuk : aku dan apa pekerjaan??? ...
Telah banyak pekerjaan sampingan yang aku pernah buat dulunya..Dimulakan dengan Bismillah...

Pada usia hijauku, kira-kira usia 5,6 atau 7 tahun aku telah mula kenal erti bertani. Kerana aku tidak bertadika. Nenek dan atuk ku aka nenek laki, selalu membawa kami adik beradik sepupu sepapat ke kebun sayur di belakang rumah mereka. Mengajar cara tanam semai baja. Kemudian bila berhasil, dijual pula kepada jiran sekawasan tempat tinggal kami. Duluan kami bermastautin di hadapan pejabat SESB Beaufort (dulu Lembaga Letrik Sabah aka LLS). Menumpang tanah tauke Bee Hong. Kemudian setelah itu, ada beberapa kali menjual kueh mueh kerepek pisang di sekolah buat duit belanja. 

Selain bertani, kami juga kerap kali mengikut nenek laki dan perempuan, memasang dan mengangkat bubu yang di pasang nun jauh di tengah tanah tauke Bee Hong, di celah-celah ladang getah hinggalah ke paya batu ( yang sekarang menjadi taman perumahan Seri Arjuna dan Panglima. Berjalan Kaki.

Semasa masuk tingkatan 1, kami di arah berpindah dari kawasan rumah yang dipinjam dengan alasan tapak tersebut akan dimajukan. Maka kami semua dalam kelompok keluarga telah berpindah secara berasingan. Neneks kami telah berpindah ke Selagon, Babu pindah ke Limbawang dan Kukut. Dan Orang rumah depan pindah ke Padas Damit. Dan kami pula berpindah masuk ke dalam ladang getah atas bukit, ikut jalan kuarters SESB tapi masuk dalam lagi 2 km. Dan ibuku telah menjadi penoreh getah, sementara ayahku terus berkerja sebagai buruh binaan membuat rumah, banglo, paiping, kubur cina, pagar rumah, partition dsbg dalam konteks tukang.

pada masa inilah, setiap kali cuti, hujung minggu, kami akan mengikuti ibu kami untuk mengumpul sekerap getah untuk dijual. Dapatlah sikit income. Tidak lama setelah itu, lebih kurang pertengahan tahun semasa tingkatan 1 itu, kami sekali lagi berpindah. Kali ini ke kampung Melati arah CNF kini. Tidak lama selepas itu kami berpindah lagi ke kampung Melati sebelah kiri (jambatan). 

Semasa cuti selepas PMR, buat pertama kali berkerja dengan bukan ahli keluarga sendiri (walaupun bakal abang ipar). Kerjanya, memproses ayam sembelihan. Tauke atau boss akan sembelih ayam. Kami pegang, dah mati celop ayam dalam air panas kemdian cabutlah bulunya. Dah cabut bulu, potong dadanya keluarkan saluran pernafasan kemdian seluk buntut ayam keluarkan isi perut dan segala organ dalaman. Dah dapat ayam bulat. Siap...Juallah.Itulah kerja selama sebulan di lokalitinya di bawah sebuah bangunan terbiar (lokasinya di bangunan CNF sekarang). Kemudian dapat result PMR dan bersekolah lagi.

Semasa bulan puasa di tahun-tahun seterusnya atau sebelumnya, aku menolong ibuku menjual sayap ayam panggang, ikan tongkol aka langkunis panggang, udang panggang dan ikan-ikan lain panggang dan buntut ayam panggang akan tungking ayam di pasar ramadhan. 

Selepas menghabiskan peperiksaan SPM 1999. Masa untuk tunggu result. 3 bulan woo...
Sebulan aku berkerja di 'Kedai Saya', dari jam 6 petang ke 10 malam. Jadi pembantu kedai ja. Dapat gaji lebih kurang rm200, aku pun berenti dan chow ke Kota Kinabalu aka KK. Kerja pula dengan SKS aka security guard di Centre Point. Berdiri selama 8 jam + OT 4 Jam di Palm Square... Pengalaman paling hebat. Mulanya tinggal di Luyang rumah babu ku, kemudian berpindah ke asrama di Asia City. Berpindah kerana 1 peristiwa. Iaitu : Aku masuk kerja jam 7 pagi, kerja 8 jam, habis kerja jam 3, kemudian OT lagi 4 jam, maka jam  7 baru habis kerja. Sedangkan bas jam 7.30 ke luyang sudah tiada. Maka aku pun berjalan kaki dari centre point ke luyang, sesat ke luyang penampang lagi kemudian u-turn ke luyang bukit padang 3 ke atau 4 jam baru sampai rumah... huh.. jam 11 baru sampai rumah babu ku.. nasib baikla masa di depan dewan cina tu adala 1 lori yang sanggup berhenti menumpangkan aku... kalau tak mungkin jam 12 baru sampai rumah... esoknya aku terus masuk asrama. Mujur cuti kerja mingguan.

2 bulan kemudian aku berhenti, kerana tak tahan. Gaji tak seberapa. Cukup untuk makan sendiri saja. Dapat pula sambung tingkatan 6. Walaupun dah janji dengan kawan-kawan yang aku tak nak sambung belajar, nak kerja saja, tapi entah hati ku tertarik juga untuk meneruskan pelajaran kerana keputusan SPM ku, keputusannya tidak disangka2, tidak pernah kucapai, ibu bapaku pun tak sangka, cikgu aku pun tak sangka. Kerana aku antara pelajar low profile, bukan bertaraf target di SM St Paul Beaufort.

Masa tingkatan 6, aku menjadi antara pelajar bintang, Popular. Mungkin kerana baju dan seluar putih tu menampakkan karisma pelajar senior mengkali. Pengerusi Persatuan Tingkatan 6, Pengerusi Persatuan Silat, dan sebagainya. di SMK Beaufort. Setelah habis mengambil STPM tahun 2001.. Aku duduk rumah. Dengan duit biasiswa yang terkumpul, aku beli sebuah basikal. Aku punya. Kemudian aku pun mahu berkerja, jadi pergilah jadi chakung aka kuli dengan tukang bangsa Filipine aka pilak di projek pembinaan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.. Boleh tahanlah selama sehingga result keluar dan sehingga ada 1 panggilan memeranjatkan dari UPU. Temuduga masuk U - Universiti. Sehingga 2 minggu sebelum mendaftar ke Penang barulah aku berhenti kerja jadi buruh binaan tersebut..

Aku pun masuk U. Semasa cuti panjang Tahun 1 nak masuk tahun 2. aku balik kampung juga. Sempat juga menyertai pekerjaan bapaku di SMK Majakir Papar. Membersihkan dan membaikpulih Tangki Septik Sedut di sekolah tersebut. Bayangkan masuk ke loji takungan jamban sedalam 2 tingkat bangunan.. Kemudian masuk U semula. Semasa Praktikal di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Cawangan Negeri Sabah, Masa tu cuti antara tahun 2 dan 3. Aku ditugaskan membantu mengendalikan beberapa events seperti Citrawarna 2004 - Membawa pasukan Sabah ke Bukit Jalil, Juga menjadi salah seorang penari Citrawarna. Balik dari Citrawarna, mengurus Rumah Terbuka ntah aku lupa, yang kami berpusat di ShangRi La Hotel, dekat Padang Merdeka. Juga Bersama sama mengiringi Nam Ron dan Zakaria Ariffin untuk mengadili beberapa pasukan yang bertanding sebagai wakil Sabah ke Festival Teater Kebangsaan Tahun 2004. 

Begitulah cherita aku dan apa pekerjaan selama aku masih muda-muuudaaaa dulu.....

Salam Khalayak. TQ Pelayar.
..........................................................................................

  

Isnin, 25 Februari 2013

Tarian Adai-adai



bolehkah ini untuk projek esok... belum belajar lagi ni....

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN (ZAPIN) SUKAN WARGA FELDA 2012

Salam khalayak....

post ini telah tertunda beberapa bulan, wbp terpaksa juga di upload kerana takut basi, dan sayang jika tak di upload  sbb dah buat karangan bagai. Beginilah....
______________________________________________________________

17 November 2012, jam 3 petang, bermula satu pertandingan tarian zapin yang bertajuk -Pertandingan Kebudayaan (Zapin) Sukan Warga Felda 2012. Syarat pertandingan adalah seperti yang tergambar di bawah. Saya bukan bertujuan untuk mengutuk hina syarat ini, tetapi semata ingin memperbaiki untuk kegunaan pertandingan akan datang.

Pada mulanya Felda Jengka yang saya tinggal tersebut juga telah mendapat jemputan untuk menyertai, malangnya SDAnya tidaklah begitu cergas. Adalah pecubaan mengumpul orang, tetapi almaklumlah dengan kesibukan hujung tahun, nak pi bercuti lagi, suami peneroka tak dapat, isteri peneroka tak dapat... last-last terkuburlah niat untuk menari buat kali terakhir di lantai tari Wilayah Jengka.

WBP... setelah itu kami dimaklumkan untuk menjadi hakim dan juri. Dan khabarnya ada 3 orang juri, termasuk isteri saya dan seorang penolong pegawai budaya UITM Jengka. WBP juga, penolong pegawai budaya tersebut tidak dapat menghadiri sebagai juri pertandingan tersebut kerana masalah keluarga. Makanya kami iaitu saya sendiri, isteri saya dan Pn Jasni (Pegawai Pejabat Wilayah Jengka) yang jadi juri.

Coba lihat seperti syarat yang saya lampirkan dalam gambar. Sekali baca ok bagi yang tak pernah menyertai siri-siri pertandingan seumpamanya. Di mana silap atau kurangnya syarat pertandingan tersebut. Cuba banding beza dengan post saya sebelum ini...

REVIEW

Syarat umum : Untuk Warga Felda Sahaja ; gabungan peneroka, penerokawati, anak cucu peneroka, dan petugas felda. Untuk dipilih ke peringkat Nasional/Kebangsaan.

TARIAN.
1. tarian berasaskan Zapin - soalannya adakah zapin tradisional seperti Zapin Melayu Asli Johor, Zapin Parit Mastar, Tenglu, Pekajang, Seri Bunian, Pulau, Raub, Pekan, Sarawak, Hanuman, Arab dan sebagainya ATAU Zapin kreatif kontemporari ATAU Aneka Zapin yang dibolehkan menggabungkan semua jenis ragam zapin?

2. sekurang-kurangnya 4 pasang - sekali lagi (berpasangan), 4 lelaki dan 4 perempuan atau lebih. Tidak disebut bilangan maksima pasangan.

3. ragam tari menekankan pergerakan zapin. Samaseperti persoalan 1 di atas. Zapin yang mana satu?

4. Setiap persembahan mengandungi Taksim (jalan sudi masuk pentas/buka pentas/menapak kaki/cicah hujung ibu jari kaki kiri ke depan), dan Wainab (penutup tarian/kopak 3 kali/ sapu lantai dengan tangan kanan/ pegang telinga kiri/ sambil duduk dan berpusing) dan juga Ragam (ayam patah/belanak/asas/titi batang/kopak dsbgnya)

BUSANA
1. Semua peserta dimestikan memakai pakaian dan make-up tradisional Melayu. Maksudnya sederhana sahaja tanpa vogue. Lelaki berbaju melayu cekak musang samping di dalam baju dan labuh lebih dari bawah kepala lutut. Manakala wanita berbaju kurung, kain dagang/samping/pelekat/batik dan seangkatan dengannya. Hujungnya mestilah dililit/ disimpul di pergelangan tangan sebelah kiri.

2. Digalakkan memakai tudung atau penutup kepala. Juga sanggul dan lain-lain aksesori.

3. Sebarang pindaan, adaptasi, rekaan semula busana adalah haram.

4. Capal/sandal/kasut/comfort - alas kaki tidak dibenarkan.

MUZIK
1. Muzik iringan lagu zapin dalam rentak zapin. sepatutnta lagu ghazal berentak zapin.

2. Persoalannya adakah lagu yang dimaksudkan ialah lagu yang ada tajuk zapin didepannya spt Zapin Bahari, Zapin Bunga Hutan, Zapin Budi Dsbgnya.

3. Adakah boleh guna lagu zapin moden/ lagu kreasi baru/ re-compose/zapin rock/ atau lagu tradisional instrumental.

4. Adakah lagu dengan suara Vokal ATAU dengan suara latar sahaja ATAU minus one ATAU plus one ATAU instrumental.

5. CD bawa sendiri. Kalau boleh bawa 2 copy.

MASA
1. Setiap pasukan diberi masa tidak lebih 10 minit. Lebih Masa tidak akan dikira.

2. Persoalan; average lagu ghazap ialah paling lama 7 minit dan paling sekejap 5 minit lebih sikit. Kecuali aneka Zapin yang memakan masa 8 - 15 minit (standard pertandingan kebangsaan).

3. Jika syarat begitu, so... kalau cukup pakej di atas-atas, walaupun hanya 3 minit dilantai tari pun boleh menang.. tak gitu?

PENGHAKIMAN
1. baca sendiri

2. Sekiranya ada perubahan, bila nak berubahnya agaknya...
____________________________________________________________________
Pasukan yang bertanding ialah;
1. Jengka 21
2. Bukit Tajau
3. Jengka 16
4. Jengka 8
5. Tekam Getah
6. Sg Retang
7. Jengka 4
8. Jengka 12
9. Padang Piol
____________________________________________________________________


PERTANDINGAN KEBUDAYAAN (ZAPIN) SUKAN WARGA FELDA 2012 II

Salam khalayak...

Ini adalah kesinambungan cerita pasal pertandingan yang tersebut...

________________________________________________________________________

REVIEW : PASUKAN BERTANDING

Harap fahamlah wahai peserta. Memang kami cuba mengadili dengan cara- yang terbaik yang akan menang.. Berdasarkan pengalaman pahit maung yang pernah kami tempuhi dalam bidang ini. Sebab itu kami tunggu sampai habis acara penyampaian hadiah. Tapi ada juga yang tak puas hati.

Coba lihat borang markah..Standard Kebangsaan... bandingkan dengan syarat, mesti tahu ada somethings wrongs. Markah busana hanya 10 peratus sahaja dan tatarias make-up juga 10 peratus. Memang tak boleh upkan jika bahagian teknik tarian (40%) dan persembahan (30%) kurang menyerlah.

Saya tak akan review satu persatu pasukan, sekadar secara keseluruhan.

1. Ada kumpulan yang pesertanya tak ngam iaitu.. syarat menetapkan adanya GABUNGAN peneroka, penerokawati, anak cucu peneroka atau staf felda dalam satu pasukan. Syarat ini tiada dalam kertas syarat, tapi telah diberitahu oleh pegawai Felda awal dulu lagi.

2. Namun ada beberapa pasukan yang bagus tetapi hanya mempunyai peserta dari 1 peringkat sahaja iaitu seperti ; semua pelajar sekolah (anak peneroka sahaja) atau hanya ada gabungan staf / anak/ beliawanis sahaja. Maka kami mengambil keputusan untuk memandang berat syarat ini terlebih dahulu sebelum memandang perkara lain (atas arahan pegawai felda wilayah). Jika pasukan itu bijak sedikit, mereka sebenarnya boleh mencari peserta dari felda berdekatan dalam 1 wilayah. Contohnya, peserta pasukan dari jengka 12 boleh ambil anak peneroka (belia/beliawanis) dari jengka 13, peneroka/penerokawati dari jengka 9, staf dari bandar pusat - sebagai contohnya sahaja.

3. Seterusnya ialah teknik tari iaitu cara masuk/ taksim/ ragam asas/ ragam tari/ wainab/ cara keluar. Walaupun ada 1 atau 2 ragam tari dari zapin yang berlainan, kami tak akan potong markah kerana tiada dalam syarat. Tak cukup ragam maka tiadalah markah tinggi diberikan.

4. Mereka bertanya, Kenapa kami tak menang sedangkan kami dah cukup syarat?. Inilah mendenye.. Mai nak kabo..

5. Pola lantai pula, ada pasukan yang hanya masuk kemudian menari dengan 2 pola lantai. Ada juga pola lantainya banyak tapi stage balancingnya berat sebelah. Ada juga yang semuanya membuntuti pengadil, jika sebahagian ke arah depan dan sebahagian lagi membuntuti pengadil tak pelah.

6. Disiplin - ada pasukan, senyum pun tak ada. Yang mengira kumat-kamit mulutnya pun ada. Yang beri arahan apa nak buat lepas ni pun ada.

Sebenarnya saya sendiri pun kurang puas hati dengan pemenangnya. Bukan saya sahaja, tapi juri lain juga begitu, tapi apakan daya, syarat telah menetapkan begitu.

Mereka telah menang sebahagian dari syarat utama. Saya bagi pihak juri mohon ampun. Penat lelah susah payah para peserta menyediakan ahli, pakaian, make-up dan juru make-up. Sebenarnya yang ditempat ke-2 itu boleh jadi juara jika syarat utama itu dipenuhi kerana memang zapin Melayu aslinya original, cukup ragam taksim wainab segala. tapi ada anak, beliawanis dan staf sahaja...

Bukan nak cakap, Juara itu so kontem kreatif, busana tidak sesuai dengan pertandingan, tapi jika untuk persembahan memang vogue. Siap ada opening bagai. Lagu modern Noraniza Idris. Bukan lagu ghazal tapi lagu zapin moden remix. Tapi syarat utama dipenuhi. Terpaksalah bawa mereka ke peringkat Kebangsaan.

Apa lag???

Begitulah kenapa anda tidak menang. Mungkin salah kami juri, mungkin salah pasukan, yang penting semangat mencuba. Bukanlah Felda Wilayah Jengka itu teruk sangat. Kita mampu bertanding tetapi masalah syarat tak berapa nak ngam jah.. Oklah setakat ni jah.. Next

___________________________________________________________________________

Begitulah post entrinya... post ini ada dua bahagian. 3 malam tak dapat tidur kerana jadi pengadil. seminggu cerita tak habis... see ya next timeo... Salam Khalayak...



Selasa, 29 Januari 2013

SEMBAN SEMBAN POLITIKUS

SALAM KHALAYAK.....
aku sebenarnya sudah berjanji pada diriku sendiri yang aku tidak akan sekali-kali akan menulis tentang politik, sama ada pandangan, penglibatan, mahupun sokongan ku. kerana aku kakitangan awam. dunia ku hanya seni semata-mata.
Amun, bila ku ke kedai, sembang2, berjalan, memandang dengar, kerap kali bau bauan politik menerjah lubang batang hidungku.... makanya aku terpaksa akur dengan the arts of politics in life....

JANJI DITEPATI VS INI KALILAH?
semasa saya duduk bernafas di Pahang, slogan janji ditepati berlegar di sekitar ku. Setelah aku kembali ke kampung laman Sabah, auranya berlainan sekali. terlalu lalu banyak isu kekampungan. huh... ingin aku tegaskan, walaupun Najib atau Muhyiddin tak akan membaca blog ini, tapi x pe la.... kita just suarakan apa yg kita dengar, lihat dan rasa.

ini kalilah.... setiap kata ayat bicara mesti ada perkataan ini. sudah tenggelam perkataan wajib -BAH- dalam perbualan seharian masyarakat. Bukan ayat ini dilontar kerana menyokong sesuatu parti, tetapi secara berseloroh bersahaja saja. Jangan marah dulu. sehingga anak kawan pun mengulang ayat sama -INI KALI LAH- mujur TUKAR tidak disebut bersekali...

SENARIONYA SENYORA
Memang dan sebenarnya mereka orang kampung akan memilih-milih calon kepimpinan kerana dasar individu yang boleh dipercayai bukan semata kerana parti. Mereka di dalam UMNO, masih mengangali aka mati-matian berusaha agar sentimen memilih calon kerana parti akan mengubah rentak politik setempat. 

persoalan sebahagian masyarakat yang terpinggir kerana malas mengikuti line politik, memakan diri. tiada keuntungan apa. manakala yang mempunyai peranan dalam adun, bahagian, kawasan mahupun cawangan serta awak-awaknya mendapat perolehan besar. tidak sekali-kali kita boleh lari dari politik wang yang nyata lagi berkesan. jangan menidakkan, kerana ianya jelas walaupun tidak keluar dalam tv3.

tadinya juga saya mendengar orang berbicara tentang hak milik tanah yang dipohon..yang katanya 1 kawasan tanah yang dipohon oleh adik beradik, lulus.. tetapi ada nama yang tiada kena mengena di tengah kawasan tanah tersebut. apa kes? mereka berkata tentang orang luar yang dapat hak mengerjakan tanah, sementara penduduk asal yang sudah 20 tahun memohon tanah tersebut telah dipekakbutakan oleh pelulus tanah tersebut. 

apabila ditanya siapa yang kau sokong. mereka berkata, biarlah pemimpin lalu kalah. kita sokong pembangkang. kita tanya lagi, apa yang kmu dapat... jawapnya, ndada, tapi nda apala, puas hati sya.... dendam kesumat terhadap pemimpin terdahulu menjatuhkan parti..

isu lain tentang RCI vs PTI, kenapa baru sekarang? 
hak anak negeri? keluar Malaysia, ada juga yg tunggu dan lihat. Rampasan tanah secara besar-besaran.. Aku merasakan bahangnya amat panas PRU13 ini, sesungguhnya tidak sabar menanti... ada juga akal panjng, kita kasi menang Lajim di Parlimen tapi kita kasi menang juga Azizah utk kerusi ADUN. macam-macam. .yang pastinya mereka akan pilih ORANG KITA. siapa Urang Kita tu?..... yang pandai makan ambuyat bukan pandai makan wang politik.... 

yang ramai juga menunggu durian runtuh, bukan utk felda, tetapi semasa PR... parti ini bagi sekian dan parti itu bagi sekian, tapi kena hti2 dengan calon bebas.....

KITA TUNGGU DAN MENGUNDILAH, JANGAN LIHAT SAHAJA.....

SALAM?????

Selasa, 22 Januari 2013

BAHASA MELAYU BERUNAI SABAH : BAGI KAU INI DULU


BAHASA MELAYU BRUNEI SABAH

ini adalah draft awal. Cara sebutan, cara percakapan, fonetik, semiotik, tatabahasa, laras bahasa, imbuhan dan lain-lain lagi akan di terjemahkan kemudian hari.
sumber :
1. http://sanggupa.wordpress.com/2009/06/30/bahasa-melayu-bruneisabah/
2.http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=126105
3.http://www.sabahforum.com/forum/bajau-other-races/topic6500-945.html


Abak-abak = berdebar jantung
abut = punggung
acang = burung merpati
acuk-acuk = tersendiri
acul = tekeluar
aing – air
aku – saya
alum – belum
alum jua – belum
ambuk – monyet
ampir - dekat
andang = memang
dandam = rindu
salajur = terus
pebinian = isteri
kalakar = bohong
baibun = bermain
anggal / menganggali – menidakkan
ani – ini
anjing = kuyuk
atu - itu
au~ / awu- ya
babal = kurang pemahaman
babu = emak saudara
bagas = kesan drpd sesuatu yg pernah dilakukan
bangas = Makanan yang sudah basi.
beibun = berjenaka
beliang = Kejut atau terkejut
bakulimat – makan sedikit2
banar – betul / benar
Basing= tupai
basurambitan - keadaan yang berpegang / bergayut atau bergantung pada sesuatu
menunu - membakar
ba- paga - bagi kelakuan yang menunjukkan kegatalan / miang
gagas - mahu cepat sahaja
melilih/ lilih-lilih - peleng / keadaan kepala menyenget selalu
kelanas - perlakuan yang kurang elok atu semberana apabila melakukan sesuatu
bisai - cantik
bida - hodoh
ba usai - menghias
mengarik - memanggil dalam keadaan yang berjauhan cth dari seberang sungai
menerais - berteriak
trais-trais - teriak-teriak
bertaraisan - berteriakan
melagau - memanggil dalam keadaan yang berdekatan boleh di buat dengan sign language dengan lambaian etc
tamparungan /marung - masam muka
menutuh - mencantas dahan/ memotong kayu yang panjang
taburai - bertabur
taburinat - keadaan yang melebihi berat cthnya kereta yang penuh muatan
takuladas - terkupas
ambung - sombong
kambuh - bangga
lurui - bisanya dalam keadaan mata selepas menanggis atau sedih
nda tah kuratai - tidak mampu buat kerja
nda tah ungkayah - tidak berdaya/ tidak kuat untuk mengangkat
memapat - memotong
mengarap - menghiris / memotong
mengabat - biasanya seperti menutup pintu cthnya kabat pintu atu
mengata-gatai - bercakap-cakap tentang seseorang dalam keadaan marah/ untuk memalukan orang lain
menyusui - menjejak
membuati - biasany perbuatan menyiang ikan/ membersihkan ikan
menjarang-jarang - memasak-masak
malar - selalu/ kerap
bagalau - bisanya mandi di sungai secara beramai-ramai
ungat-unggat - melantun-lantun / jonkang-jongkit
rangngit - nyamukl
batinggir - duduk / berdiri paling tepi cth bertinggir di dahan pokok mangga/ veranda
tingir-tingir - keadaan yang terlalu tepi cthnya gelas yg diletak di hujung meja
bapasan - berpesan
paradian - adik beradik
kajar-kajar - mengigil
penya-ya - suka mengacau
mengatil - mengusik
bakuruh - berdengkur
taburangnga - keadaan terbuka cth belangga yang terbuka penutupnya
bika-bika - keadaan duduk yang berbangkang 
memburangkaki - melangkah di cela orang yg sedang duduk
tabalurut - terlondeh cth seluar terlondeh
kapar-kapar / kapat-kapat - mengelupur
tabarus/ tamaha/ rangka - tamak akan sesuatu
penjubur – penakut
batis – kaki
bekuridak = amat kotor
beria – berak
bida – buruk
bini-bini = Perempuan
mambari supan - bikin malu
bapadah = memberi tahu
ucapnya = katanya
bisai – bagus / baik
bisidia – dia / mereka
bubut – kejar
bunal-bunal - merujuk kepada berbadan berisi /debab/gemuk
bajurit - berselerak
capi-capi - perilaku yang kurang elok
setagal - sekejap
selarung - sekali/semua
ba-undanan - terburai
mamburanca - tidur
mamburaning - keadaan yang kembung seolah mahu terpecah/meletup
penggagai - degil
bekelakar - menipu
pit upit narka - biasanya gelaran bagi yang penyibuk menjaja fitnah
bapakak - bising
bajanat baupih - buang air besar /najis
danur - najis / nanah
nu-un - bertolak
memburatak - biasanya digunnakan kepada benda yang sudah basi/ seperti makanan kari yang sudah basi dan berbuih
pijara – mendera
buntak – rendah
buyuk – tipu
damit – kecil
dangan – kawan/teman
dingin – sejuk
dudun / bedudun – bercerita
Galangtugi - Ulat Gonggok 
Palui - Bodoh
Sigup - rokok
Kebeliangan - terkejut
Kelangar - celaka
Ampit - dapat/diberi sebahagian, cth "ampiti sedikit nasi atu..."
Sandi - menunjukkan sesuatu yang teramat sangat cth "sandi besarnya" (menunjukkan terlalu besar)
Melabui / labui-labui - timbul
Matingal - keras kepala, degil
Indik - sepak, terajang
Ampar - penat, letih
Sungkai - berbuka puasa
Gulayan - sayur
Tambing - sungai
Capal - selipar
Batis - kaki
Batah - lama
Berinut - berangkat / memulakan perjalanan, dirujuk juga sebagai pergerakan atau jalan yang lambat
Mulih - balik, pulang
Gelagar - palang kayu penahan lantai rumah
giuk – ulat
gulaian – masakan / lauk pauk
hingar – bising
ibun / beibun – borak
inut / berinut – minta diri
jaul / bajaul – memancing
jua – pun
kamah – kotor
kamah ba tu kutur mihir
kamih – kencing
kelamari – semalam / kelmarin
kita – awak / kamu
kitani – kita
kurapak – cakap
Lacah = banjir
Antap = terlampau, terlalu
Bubus, miris = bocor
Gigiran, bibiran = melatah
lagau / melagau – panggil
Lagau=panggil
Agatah= pergilah..(sambung lagi...kalau tidak kau akan menyesal.
lama = batah
luan = selalu (byk meaning)
hantap = terlampau/terlalu
lampuh – gemuk
lauk -  ikan
liat / meliat – tengok / pandang
licak – lembut
limpan / kelimpanan – habuk masuk ke mata
limpang / melimpang – baring
limpas – lalu
lusir – lari
malar – tetap/ sentiasa
membungkas = makan dgn belibhan 
mengunjar - cari
karau - keras

belurih - mendapat
bajaur - merayau rayau 
miani – begini
miatu – begitu
mua – muka
mucang-mucang=bergotong royong
sigung=menyiku
ampai-ampai
bedudun = menziarahi
kebungkayangan = kenyang
Takaduhung = Kebetulan
Ingar = Bising
Cuik = Piring (BM standard)
Junyak = Pijak
Langu = Naik bosan
Mengalih/Ngalih = Letih
Lampung = Lampu
menjarang air/nasi=masak nasi
bakunya nyang=membebel
mulih – balik / pulang
mun – jika / kalau
nyaman – sedap
pagat - satu emosi/ perasaan yang tidak sabar cthnya pagat ku kan kesana
pugut - perangai yang serba cepat tapi tidak ketentuan
mengingul - mengharapkan orang lain untuk membantunya / menyusahkan orang
amprai - tiada harapan
belatak - bakul
me-antakkan aing/nasi - manjarang/ memasak
gegawi - sudip/sudu kayu
surung tah - biasanya kata membawa marilah berjalan
aga tah - pergilah
nyai-ee - bisanya akibat setelah berlaku bencana pada diri
jara - akibat sudah puas sengsara maka tidak mahu lagi ada masalah
palui – bodoh
peranak – generasi
pergi = aga
lai = adik/sayang/panggilan untuk orang yang lebih muda
atuya = itu pasallah
bajaur = jalan-jalan
lidut = lambat
ngalih = penat
piasau – kelapa
pupul / memupul – petik
sasah / menyasah – basuh
secara rawak
seluru~ / menyeluru~ - ejek
sepanggal – sebelah
Siruk= sedut
jara = serik
ngingis =calar
sono – sana
tapuk / betapuk – sembunyi
tekilala – kenal
terais / menerais – teriak / jerit
unjar – cari
(kebangkalan / ketungkalan /-dan ini biasa di gunakan untuk urang kuat makan > injin papak.)