Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Sabtu, 20 Februari 2010

MUN

Di kampung halamanku, selain bangsaku sebagai bangsa dominan, bangsa dominan kedua ialah bangsa Brunei. Pun begitu bahasanya berbeda sedikit daripada bahasa yang digunakan di Negara Brunei Darussalam. Terdapat beberapa pecahan bangsa brunei yang terdapat di sekitar Daerah Beaufort antaranya Melayu Brunei (ordinary), Brunei Bongawan dan Brunei Kadayan

Asalnya, Bangsa Brunei juga menggunakan bahasa Melayu yang disebut Melayu Brunei. Perkataan-perkataan yang digunakan juga hampir sama, namun terdapat juga beratus-ratus perkataan yang memerlukan kepada penterjemahan. Terdapat perbezaan yang ketara bagi 3 jenis Bahasa Brunei Tersebut.

Melayu Brunei dikatakan berasal daripada bahasa kaum kerabat istana, maka ianya berbeza daripada pengucapan Melayu Brunei yang ada sekarang di Negara Brunei sendiri. Bagi Melayu Brunei Sabah bahasa ini digunakan setiap hari kepada semua suku kaum Sabah. Di Borneo bahasa mereka telah menjadi semacam Lingua franca seharian. Brunei Kedayan pula menggunakan perkataan-perkataan yang sama, cuma beza terletak pada 'pelat'nya. Semua suku kata yang mempunyai huruf 'R', sama ada ditengah atau di hujung perkataan ditukar kepada huruf 'U'. Seperti contoh - 'Banar' (Benar) kepada 'Banau'. Brunei Bongawan pula menggunakan 'Pelat' Melayu Johor-Riau sebagai bahasa pengucapannya iaitu semua perkataan yang berakhir dengan vokal 'A' ditukar kepada vokal 'E'. Sebagai contoh. "Kan ka mana biskita?" menjadi "Kan ke mane biskite?" yang bermaksud 'kamu mahu ke mana?". Cara lafaz Brunei Bongawan lebih lembut pengucapannya.
**untuk rujukan lanjut sila baca Belajar Bahasa Sabah pada post sebelum ini.

Berikut merupakan contoh esei dalam Bahasa Brunei. Saya bukan Melayu Brunei sejati maka kalau salah tolong betulkan.


MUN

Ari atu aku inda jua ka sakulah. Sakit damam jua barangkali. Sakajap panas sakajap sajuk parasaanku. Ari atu jua mamaku kan ka kadai mambali barang-barangan dapur. Lama suda rapuan kami inda barasap. Tinggalla aku saurang-urang di rumah atu. Sabalum mamaku kaluar ka kadai, sampat jua aku malagau bisidia. Kan mamasan minta bali kuih pinjaram kalau tajumpa di kadai atu nantinya. Saurang-urang jua aku di rumah atu, jadi tidur tah aku.

Masa katiduran atu, parasaan ku ada urang malagau-lagau namaku. Sangkaku bamimpi kali bah aku ani. Samakin lama samakin kuat bunyi atu. Pintu lagi dikatuk-katuk. Kadiaku yang paning-paning ani pun bangkit tah. Tapigang-pigang dinding, tapigang-pigang pintu. Buka saja pintu rumah ku atu.... ku liat... banarka ni? kanapa jua ni?..... **kalau rajin manyambung tah aku nanti.

Jumaat, 12 Februari 2010

IKLAN SEBAGAI JURULATIH

Kami menawarkan perkhidmatan sebagai jurulatih tari dan teater (lakonan pentas) di dalam kawasan sekitar Jengka, Pahang

Antara bidang yang boleh dipelajari ialah :
1. Tarian tradisi asas untuk kanak-kanak
2. Tarian tradisi tahap 2 (sekolah menengah)
3. tarian tradisi kontemporari (sekolah menengah)
4. Teater kanak-kanak
5. Teater dalam pendidikan
6. Teater untuk sekolah menengah (komsas)
7. Suara dalam persembahan pentas
8. Spectacular for stage performance
9. DLL

Kos- RM5 per kepala untuk 1 jam atau
RM20 sejam untuk 1 kumpulan

Masa - Malam atau petang (kecuali sabtu dan ahad)

Hari - setiap hari

##untuk tempahan sila hantar permohonan anda melalui email kami.
Terima kasih.