Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 2 Februari 2012

PENGENALAN KEPADA TEATER (THEATRE INTRODUCTION)

Tajuk : Teater ; satu pengenalan konsep
Tingkatan : 1 Seni
Masa : 1 jam 20 minit


____Isi Pelajaran (dalam bentuk penerangan oleh guru)____

Apakah teater? Apa itu teater? Bagaimana teater? kenapa teater? adakah sama teater dengan drama? Theatre?

"Teater ialah Satu Bentuk Seni Persembahan yang menggabungkan 3 elemen utama yang sangat penting iaitu Penonton - Pelakon - Cerita. Ada juga gabungan elemen tambahan lain, tetapi jika tidak ada pun, Persembahan teater masih boleh diadakan. Elemen lain seperti Bunyi - Kostum - Cahaya - Kekaguman - Tempat.

3 elemen tersebut, Penonton - Pelakon - dan Cerita adalah ibarat kita menanak nasi. Kita menanak nasi kena ada 4 perkara iaitu beras-air-periuk-dan api. Jika kurang salah satu tak kan jadi. Begitulah adanya.(guru improvise dengan huraian).

PENONTON
PENONTON ATAU AUDIEN ialah mereka , sama ada individu (seorang) atau khalayak (lebih dari seorang) yang mononton persembahan itu. Kita sedia maklum bahawa setiap individu itu mempunyai idealogi, pengalaman serta memori yang sedia ada membuatkan mereka mentafsir pelakon dan cerita itu sebagai berlainan daripada individu lain. Memang ada antara mereka yang sama tafsirannya bahkan sama setuju tentang pandangan mereka terhadap pelakon dan cerita, tapi masih saja mereka individu yang lain.

PELAKON
PELAKON atau PERAN adalah seorang individu juga, tetapi yang membawa cerita kepada penonton. Dia memegang watak (karakter) dan peranan berdasarkan cerita. Pelakon ini boleh saja secara solo (seorang), duo (dua orang) dan sebagainya.

CERITA
CERITA ialah satu subjek yang ingin diketengahkan oleh PELAKON untuk menarik perhatian PENONTON. Cerita ini juga dikenali sebagai drama dan boleh saja didapati atau diadaptasi dari naskhah lakon (skrip), senario, keadaan sekeliling, keadaan semasa dan sumber sebagainya supaya audien menarik audien sama ada sengaja atau tidak.

TEATER boleh berlaku di mana-mana...jika di pasar, pelakonnya ialah peniaga atau penjual, manakala penontonnya ialah pembeli, sementara ceritanya ialah tentang jualannya, harganya, diskaunnya dan sebagainya. Kadang-kadang penonton juga boleh termasuk sebagai pelakon. Begitu juga di dalam pasaraya, taman bunga, kelas sekolah dan sebagainya. Yang penting 3 elemen utama itu wujud bersama-sama.

Faham pelajar?

GERAK KERJA
1. Guru menyediakan beberapa senario, kemudian memanggil seorang pelajar atau beberapa orang pelajar untuk menjadi pelakon berdasarkan senario tersebut. Manakala guru dan pelajar lain menjadi penonton.

Latihan tambahan
1. Mencari jenis-jenis teater di Malaysia. (untuk persediaan pelajaran akan datang)

----------------------__________________-----------------

REFLEKSI
semua pelajar faham tentang isi pelajaran pada hari ini. Semua pelajar dapat mengaplikasi konsep teater berdasarkan gerak kerja dan senario yang diberi.

---------------------------------------------------------------------end for today-----