Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 25 Mei 2009

AKAN DATANG

Salam..
Saya tak berapa pandai orang putih ni.. tp jus try and error lah...Ni baru Bahasa Malaysia..Berbilang bahasa dan kaumkan?

Kali ni aku bicara tentang teaterlah pulak...Just pengenalan. Lain kali aku terangkan secara terperinci kerana aku menganggap pelajar seni persembahan membaca nukilanku ini.. ambillah....

Theater As A Life Performance

Sebuah persembahan teater merupakan gabungan pelbagai elemen persembahan. Dan yang paling utama ialah Lakon, kerana lakon atau pelakonlah yang membawakan cerita ke pentas. Dan yang paling penting elemen lakon boleh berdiri sendiri tanpa elemen lain seperti sebuah persembahan monodrama.

Elemen lain adalah sebagai spectacular penarik dan daya tambahan..
Antara elemen lain ialah..

1. Story and actor - an actors bring the story or story bring an actors?
2. spec 1 : costume effects
3. spec 2 : background and stage eff
4. spec 3 : make-up eff
5. spec 4 : sounds eff
6. spec 5 : lighting eff
7. spec 6 : props eff

terjemahlah dalam Bahasa Melayu ...

Baiklah sampai sini saja..Lain kali bertemu lagi...
Salam

Kurikulum Seni Lakon

Salam...
Haaaaa...... nilah kurikulum yang saya buat untuk Kursus Seni Lakon. Baru jumpa kat komputer lama. Nasib baik/mujur tak terbuang dek kerap diformat. Perhati dan kajilah dengan free...ilmu tak perlu bayar malah bertambah power lagi.. itu bahasa muda mudi sekarang. Tak bersastera langsung walaupun ada Komsas sekarang ni.. Jangan marah cikgu BM.

Kursus Asas Seni Lakon (Draf Buku)

Teori
1. Asal-usul Lakon
a) Ritual pemujaan/pengubatan/hiburan
b) Makna - sisi bahasa dan sisi praktikal (peniruan aksi alam)
c) Seni artistik / kreatif (lambang tahap pemikiran masyarakat pada
zaman berkenaan)

2. Sejarah Lakon
a) Lakon Barat (Greek,Rom hingga Post Modern & Alternatif)
b) Lakon Timur (Epik Mahabharata,Ramayana,1001 malam hingga
Lagenda tempatan)
c) Malaysia (Gabungan Musik,gerak & dialog ,Ritual pegubatan hingga Kini)
d) Sabah (Ritual pemujaan,hiburan kampung, kedatangan grup
Bangsawan hingga Kini)

3. Aliran (umum)
a) Ritual Pemujaan/Pengubatan/Hiburan (tradisi ritual)
b) Tradisional (tradisi sosial)- Rakyat/Istana
c) Transisi (Bangsawan, Purbawara)
d) Moden - Realisme (Sandiwara)
- Non Realisme (Absurd,Existenialis, hingga konsep teater Fitrah)
e) Postmodern
f) Alternatif
g) Kontemporari dan eksperimental

4. Teori lakon dan teater
a) berdasarkan aliran
b) tokoh - Shakespeare, Stanislavski, Mayerhold, Grotowski, Brecht,
Suzuki, Rendra, Putu Wijaya, Nordin Hassan, dll (mengenali
serba sedikit tentang mereka).

Praktikal
1. Analisis Skrip ( cara Aristotle & Masa Kini)
a) Pembacaan
b) Latarbelakang - Penulis
- Sosial
- Masyarakat
- Politik
- Ekonomi
- Taraf Pendidikan
- Pengaruh Budaya ( Adat/agama/semasa)
c) Kajian Dunia Naskhah Lakon
- Sinopsis
- Tema
- Watak dan Perwatakan (L/b, internal, external)
- Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
- Konflik (Jenis dengan diri/lain)
- Persoalan
- Kekaguman (visual/audio/kinetik)
- Bahasa (dialog & subteks)
d) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon
e) Hafalan- Teknik (Seorang,Duet,Kumpulan)

2. Watak
a) Jenis - Stereotype
- Role type, Prototype
- Archetypal
- Round
b) bentuk - Naturalis
- Stailis
- Simbolis
- Slapstik
- Expressis
c) Kajian watak - Fizikal
- emosi dan fikiran
- latar belakang
d) Peranan
e) objektif dan super objektif
f) motivasi
g) Cara/bahan yg diguna utk capai objektif
h) Observasi
i) Persembahan – Komedi (Old/New)
- Satira (Farce/avant garde/dll)
- Serius (Tragedi)
- Romantik (Melodrama/Well made play)
- Epik/lagenda
j) Pembahagian - Presentational / Representational

3. Elemen Lakon (mesti bersebab/have a motivation)
a) Pergerakan, Gesture, Posture, Bentuk, Makna…
b) Vokal ( Jenis,Intonasi, Dialog, Tone,…) – vocal theatre- mesti dengar satu dewan tanpa pembesar suara.
c) Emosi dan Fikiran
d) Aksi, Reaksi, vs Pasing, Timing
e) Blocking (Level, Ruang, bentuk….)
f) Mime Pantomime (Mimik muka)
g) Fokus dan Konsentrasi
h) Eye Contact
i) Pernafasan
j) Contact & connection

4. Menghidupkan watak
a) Sesuaikan/asimilasi/guna gabungan elemen lakon
b) Improvise
c) Kesedaran (Sedar ruang,teman,diri…)
d) Subtext/ Ad-lib
e) Plasticity (tampalan hasil observasi)
f) Method acting of Stanislavsky c.s (Memory recall, magic if, inner truth)
g) Ilusi/Bayangan
h) speed,energy,volume
i) internal acting & External acting
j) sensitiviti

5. Disiplin
a) Pentas (semasa latihan,rehearsal dan persembahan)
b) sesama krew
c) diri (masa,komitmen,sifat,pemikiran,keberanian dll)

6. Permainan teater
a) Miror
b) Throw & Catcher
c) Believe
d) dll ……..

7. Pemanasan badan
a) Shaking
b) Swinging
c) Sustaining
d) Stretching
e) dll….(Silat or other martial arts)

8. Rehearsal
a) Pocket (utama / tambahan)
b) Full

9. Persembahan

10. Kritikan lakon
- Kritik berdasarkan elemen lakon.

# Proses lakon

Peringkat 1 : Audition @ Ditawarkan
Peringkat 2 : Mendapat Skrip/Naskhah Lakon/Senario cerita (baca)
Peringkat 3 : Mengkaji
Peringkat 4 : Menghafal
Peringkat 5 : Bermain
Peringkat 6 : Gabung elemen & plasticity
Peringkat 7 : Latihan
Peringkat 8 : Rehearsal
Peringkat 9 : Persembahan
Peringkat 10 : Kritikan Lakon

Gambar rajah
1. Plot
2. Konflik
3. Teori psikoanalisis
4. Human view for theme

Nota Tambahan
** Beberapa nasihat
1. Jangan berlakon sebagai diri sendiri
2. Jangan Meniru watak orang gila (kecuali watak Psiko) dan orang cacat
3. Berlakon tetapi jangan berlakon
4. Berlakon untuk penonton faham
5. Jangan sekadar lafaz dialog
6. Jangan takut muka,pergerakan,serta tubuh jadi hodoh atau buruk (Jangan control)
7. Jangan terlalu mengikut teori lakon dan teater

** Fungsi Tubuh
1. Apakah yang boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
2. Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
3. Apakah tahap kecergasan setiap bahagian tersebut ?
4. apakah potensi setiap bahagian tersebut ?
5. Dimanakah titik keseimbangan setiap gerakan gesture dan gerakan seluruh badan ?
6. Apakah makna dan fungsi setiap gerakan ?
7. Bagaimana setiap pergerakan tersebut diselaraskan ?
8. Dimanakah bahagian yang sensitif dan mudah tercedera ?
9. Bagaimana mengelak kecederaan serta rawatannya ?


*** Terima kasih Prof Madya Abdul Samat Salleh
*** Thank You Ms Janet Pillai
*** Terima kasih Dr Zainal Latif
*** Terima Kasih Dr Jamaludin (Dr Bob- Allahyarham)
*** Prof Mohamad Ghous Nasarudin
** Kak Jumi
** Abg Zul Dewan Budaya
Semua ni Sifu saya kat USM dulu.

Draf Buku Lakon Bahasa Melayu Pertama di Malaysia

Salam...
Bertemu lagi kita...
Kali ini saya membawakan draf pengenalan seni lakon yang saya buat pada tahun 2004. Sebuah pengenalan yang lengkap dan cukup jelas. Siri ini belum dikeluarkan lagi, tetapi boleh digunakan kepada sesiapa yang mengambil jurusan seni persembahan...juga kepada pelakon-pelakon tempatan yang ingin mendalami ilmu lakon kerana rujukan seni lakon sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu Indonesia.. Baca, dalami dan fahami. Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya terus melalui shoutmix saya...ok.


Kursus Asas Seni Lakon
Pendahuluan.
Dunia seni lakon “popular”di Malaysia khususnya pada masa kini dibahagikan kepada dua cabang yang secara subjektifnya telah dipisahkan oleh pengamal lakon atau pelakon itu sendiri iaitu lakon teater dan lakon layar. Lakon teater bermaksud lakonan yang dipersembahkan di atas pentas atau sebaliknya, dan ditonton secara langsung oleh penonton pada waktu itu, di situ. Lakon ini meliputi persembahan seperti dramatari, muzikal, monolog dan monodrama, serta adaptasi skrip ke pentas. Contohnya persembahan Muzikal Puteri Hang Li Po (Istana Budaya : 2004), pementasan teater Misi (Istana Budaya : 2004) dan dramatari Spellbound (Actor Studio : 2005)¹.

Manakala lakon layar pula terbahagi kepada dua lagi cabang iaitu lakon tv (television) dan lakon filem. Lakon tv bermaksud satu bentuk persembahan lakonan sama ada secara rakaman atau secara langsung yang disiarkan dan diterima ke kaca tv melalui pemancaran gelombang satelit seperti Astro, Radio Television Malaysia (RTM) dan Sistem Television Malaysia Berhad (TV3)¹. Lakon tv termasuklah rakaman drama bersiri tv seperti Opah, Drama Minggu Ini dan Mahligai Gading¹, program pengacaraan seperti Selamat Pagi Malaysia, Nona dan Saji¹, rakaman komedi bersiri pentas atau studio seperti Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur¹, serta siaran langsung berita tv.

Lakon filem pula bermaksud rakaman kisah kehidupan dalam format filem tertentu seperti 3.5 mm , 5.5 mm atau skrin penuh. Lakon filem mempunyai pelbagai jenis dan genre tetapi dapat di kumpulkan menjadi dua cabang iaitu filem lakon semula kisah kehidupan sebenar atau imiginasi seperti filem Paloh, Sepet, The Matrix dan sebagainya, dan filem dokumentari.
Perbezaan bentuk lakon, antara dua cabang utama dunia seni lakon ‘popular’ di negara ini telah memvariasikan hiburan dan pengajaran. Tetapi seperti yang diketahui umum, variasi hiburan lebih menonjol memperlihatkan penguasaan lakon tersebut. Maka secara umumnya dunia seni lakon merupakan satu persembahan hiburan bagi masyarakat di negara ini.

Tujuan Lakon
Secara khususnya tujuan lakon adalah untuk memperlihatkan sikap atau budaya masyarakat pada waktu tertentu. Contohnya kepercayaan Main Puteri di Kelantan telah menghasilkan bentuk teater Mak Yong. Teater realisme di Malaysia antara tahun 1950an dan 1960an seringkali mengisahkan tentang perbezaan status dikalangan masyarakat Melayu ketika itu, yang memang berlaku selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu seni lakon itu sendiri ingin menguji sejauh mana kebolehan para pelakon, pemain atau peran dalam membawa peranan atau watak mereka dengan berkesan dan dipercayai penonton. Oleh yang demikian, sutradara atau pengarah lakon terpaksa meninjau dua sudut aplikasi ini iaitu dari sudut budaya dan dari sudut pelakon.
Lazimnya dari sudut budaya, memaksa pengarah untuk mempersembahkan satu kisah hidup makhluk secara berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton. Manakala dari sudut pelakon, pengarah harus meneliti keberkesanan watak dan cara pelakon itu sendiri menangani wataknya sehingga dapat dipercayai serta dekat dengan penonton. Berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton merupakan tujuan utama persembahan seni lakon.

Objektif Kursus
1) Mempersembahkan lakonan yang berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton.
2) Mempersembahkan lakonan bermutu dan bertaraf professional.
3) Mengangkat budaya masyarakat untuk dipertontonkan semula bagi menilai impak sosio budaya dalam masyarakat.
4) Memahami serta memantapkan disiplin seni lakon dalam diri pelakon.
5) Memberi pengajaran kepada para penonton tentang permasalahan sosial dalam masyarakat.
6) Membuka ruang bagi masyarakat untuk memahami fungsi dan pengaruh dunia seni lakon sebagai teladan dan pengajara dalam kehidupan.


Pengenalan Konsep Asas Seni Lakon ; Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara.
Dalam kursus ini , pelatih akan diajar dan dilatih tentang ‘Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara’ secara khusus. ‘Aplikasi Rupa’ bermaksud visualisasi lakon dengan menggunakan elemen lakon yang terdiri daripada ; pergerakan, gestura, mimik muka, aksi reaksi, blocking, level, kontras dan seragam, fokus serta eye contact dan plasticy. ‘Aplikasi Jiwa’ pula bermaksud menjiwai atau berperasaan lakon watak dengan menggunakan elemen seperti ; imaginasi atau pembayangan, imbas kembali-memory recall, mendalami atau menjadikan semula sejarah watak, magic if, kebenaran dalaman-inner truth, psikoanalisis, dan kebenaran “aku adalah watak..” . ‘Aplikasi Suara’ memaksudkan penggunaan suara atau bunyi sebagai visualisasi lakon dengan mengguna elemen seperti ; vokal, ritma, lagu, nada, variasi lidah dan gigi, jenis suara dan tekanan serta dialogue point of attack.
Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara ini akan mengambil kira cara penyampaian persembahan melalui kekuatan (energy), tension , keberanian, dan tempo, yang diingini oleh sutradara atau berdasarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan.-(tambahan 2009)Di Malaysia, amat kurang pelakon yang boleh menggunakan ketiga-tiga elemen ini serentak dalam sebuah pementasan, maka jelas menampakkan kecacatan dalam sesebuah lakonan. Itu belum lagi ditambah dengan elemen Tari, yang memerlukan tenaga seperti seorang atlit sukan serta cara pernafasan atas pentas yang cekap dan tidak kelihatan pada mata penonton.

Kajian Naskhah Lakon dan Kajian Watak.
Sebelum membuat sebarang latihan, kajian watak amat diperlukan bagi pelakon untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau penonton melalui wataknya. Walau bagaimanapun, sebelum kajian watak dilakukan, wajib bagi pelakon dan semua krew untuk membaca keseluruhan naskhah lakon secara terperinci dan berulang-ulang untuk mendapatkan intipati sebenar cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika kajian naskhah lakon dibuat ialah (juga rujuk tulisan saya sebelum ini) :

1) Latarbelakang - Penulis
- Sosial - dalam cerita dan keadaan semasa naskhah ditulis.
- Masyarakat – ‘sda’
- Politik – ‘sda’
- Ekonomi – ‘sda’
- Taraf Pendidikan – ‘sda’
- Pengaruh Budaya (adat/agama/semasa) – ‘sda’
2) Tema
3) Watak dan Perwatakan (Latar Belakang, internal, external)- secara kasar
4) Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
5) Konflik (Jenis dengan diri/lain)
6) Persoalan
7) Kekaguman (visual/audio/kinetik- yang mungkin)
8) Bahasa
9) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon

Setelah membuat kajian naskhah lakon, dan setelah semua pelakon telah diberi watak masing-masing, maka tibalah masanya bagi pemegang watak tersebut mengkaji watak yang diberikan kepadanya secara khusus, mendalam dan terperinci.