Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Rabu, 11 Ogos 2010

PERSEDIAAN MEMBUAT PROJEK TEATER

Sebagei orang baru dalam bidang teater, dan masih sedikit ilmu tentang seni persembahan pentas ini, adalah lebih baik anda mengkaji serba sedikit lunas-lunas tatacara yang harus difikirkan semula apabila ingin berhajat membuat sesuatu pementasan pemula. Saya menjangkakan bahawa anda adalah golongan berikut ; Pelajar sekolah menengah yang ingin membuat pentomin / pelajar sekolah menengah yang ingin mementaskan teks komsas / mahasiswa yang pertama kali mengarah drama pentas / ahli persatuan belia yang tiada latar belakang persembahan pentas yang begitu kuat / dan orang yang minat sangat kepada persembahan pentas tetapi belum ada peluang untuk belajar tentangnya.

Adapun perkara utama yang harus dibimbangkan ialah "PERBELANJAAN : kewangan / duit . Berapakah bajet kita? 300?500?1k?2k? and so on... setelah melihat bajet kita, barulah kita beralih kepadaperkara lain seperti skrip, genre, pelakon, costum dan lain-lain.

Saya membahagikan rancangan pementasan anda kepada 4 jenis iaitu:
a) Produksi percuma/tanpa bajet/tajaan awam (RM0 - 300)
b) Produksi bajet rendah (RM300 - 500)
c) Produksi bajet sederhana (RM500 - 2k)
d) Produksi bajet tinggi / tajaan swasta / tajaan kerajaan (2k - ke atas)

Ini adalah sekadar nasihat semata. nak ikut tidak terpulanglah yek. Begini:

a)Produksi percuma / tanpa bajet/ tajaan awam (RM0 - 300)
- apabila anda telah melihat bajet sedemikian, maka barulah anda fikirkan tentang skrip yang akan anda pentaskan. Sebaik2nya anda mencari skrip drama yang mempunyai antara 1 hingga 3 watak sahaja. Genre drama pula terpulanglah sama ada genre tradisi ke kontemporari. Ambil kira belanja minum, makan pekerja dan pelakon. Setting pentas (latar hias) sebaik-baiknya adalah bahan2 recycle, jadi kreatifkan setting anda. Ambil kira juga masa latihan yang akan digunakan, kerana semakin panjang masa latihan maka semakin tinggi bajet yang akan dikeluarkan. Dari segi kostum dan pakaian, janganlah anda bayangkan pakaian yang vogue2. Walaupun anda pandai dan ada masa menjahit sendiri, tetapi harga kain perlu diambil kira.
- Jika produksi seperti ini bajetnya, anda hanya perlu tumpukan kepada unsur lakonan 100%. Biarlah apa yang ingin anda utarakan itu tercapai melalui lakonan si pelakon. Begitulah antaranya.

b)Produksi bajet rendah (RM300 - 500)
- Jika bajet sedemikian sederhana maka samalah seperti di atas, cuma perlulah kontrol serba sedikit perbelanjaan dengan penambahan serba sedikit unsur kekaguman yang agak-agak seperti audio dan lighting effect secara mini. Jumlah pelakon boleh kekalkan antara 1 hingga 3, atau tambah sehingga 5 sahaja. Cuma boleh tambah pekerja balik tabir ramai sedikit daripada produksi a di atas.

c) Produksi Bajet Sederhana (RM500 - 2k)
- Yang pertama dalam golongan bajet ini ialah, nasihat saya janganlah berangan-angan nak buat teater muzikal dengan bajet seperti ini. Dramatari profesional pun jangan. Buatlah pementasan seperti produksi di a dan b di atas. Cuma kali ini agak lega sedikit tentang perbelanjaan. Tambahkan dengan senang hati visual effect, sound effect, jumlah pelakon, kostum, genre skrip yang agak mencabar. Genre realisme, purbawara, sandiwara atau bangsawan boleh dipilih. Masa latihan juga perlu dititikberatkan supaya hasilnya nanti memuaskan hati semua pihak.

d)Produksi Bajet Tinggi / Tajaan Swasta / Tajaan Kerajaan (RM2k ke atas)
- nak buat apa? suka hatilah.. yang penting hasilnya.

****@@@@****

Walaupun kedudukan bajet itu amat penting untuk difikirkan, jangan pula jadikan perkara tersebut sebagai penghalang untuk seniman pemula berkarya kerana bagi saya, walaupun produksi tanpa bajet atau tanpa bajet tinggi, kita masih boleh gunakan genre 'street theatre' dan 'poor theatre' sebagai landasan berkarya. Lagipun percayalah, jika produksi mahasiswa tahun akhir menjadi tumpuan utama, mahasiswa tahun 1 atau 2 akan sanggup menolong tanpa harapan bayaran kerana itu juga salah satu cara mereka mengutip ilmu daripada anda.

Ramai yang kata seniman atau artis yang sebenar adalah 'pelik', 'aneh' dan sukar didekati, malah ada yang kata mereka hanya berada dalam kelompok mereka sahaja, ini bukanlah satu pandangan secara total. Bagi saya, apa salah berkongsi jika tahu. Mungkin kita akan bertemu di dalam pertandingan tahap tinggi, tapi pengkaryaan itu lebih penting. Karya kita diingati dan disebut-sebut orang sebagai karya yang menyedarkan masyarakat, itulah fokus utama kita.

Berbalik kepada produksi pementasan tadi, selepas meneliti tahap bajet produksi, maka barulah kita lihat yang lain2nya seperti :

0. Naskhah lakon
1. genre drama - sama ada skrip sedia ada atau adaptasi
2. Jumlah pelakon
3. jumlah pekerja balik tabir
4. tempat pementasan
5. Peralatan bantuan - sistem audio, sistem pencahayaan
6. busana dan tatarias
7. Masa latihan dan tempat
8. makan minum
dan sebagainya.

Wassallam.......................****

-

Selasa, 10 Ogos 2010

Kawan2 Sebatch BFA acting & directing 2002 -2005

Asalnya rakan-rakan yang sebatch denganku dalam kelas BFA ni ada 20 orang sahaja. Latar belakang mereka? Saya tak berapa ingat nama beberapa orang dari mereka. Tapi saya senaraikan jugaklah... ada juga yang aku jumpa kat FB. Ada yang lost contact. mmm...

Abang yang paling tua bernama Zulkhairi Ibrahim, guru yang sambung belajar berasal dari Perlis atau Kedah, tak ingat . Sekarang tak tahu dah naik pangkat apa. Aku ingat, aku berlakon dalam pementasan tahun akhir dia ni. 1 dialog je, jadi penjahat pulak tu (teater apa ku tak ingat tapi baju free dapat)

Ada 2 orang lagi guru sambung belajar iaitu Abg Cond (Mohd Rosli B Abd Hamid) dari Kelantan, juga seorang juru tari, dan Abg Zaidel (Zaidel Tuah @ Wan Adila) dari Sarawak toh. Lepas tamat USM lost contact.

Saya sambung KPLI pada tahun 2006, kemudian jadi cikgu. Begitu juga dengan Ayu (Rayuza bt ??), aku jumpa masa camping KRS di Johor. Seterusnya Zam (Nur Ithizam Aris) pun jadi cikgu PJ kat mana aku pun tak tahu, jumpa kat FB. Kemudian Wan Zihan (Wan Norzihan Razidan) pun tengah KPLI skg, amik kursus muzik kot.

Ada 2 orang lagi perempuan yang salah seorang bernama Dara, seorang lagi tak ingat, orang Penang, masa tahun kedua awal2 lagi tukar kursus, amik Ijazah Pendidikan. Jadi daripada 20 orang yang asal, 8 orang berpindah ke bidang Keguruan.

Fiza black(Nur Hafiza) telah berpindah mengikut suami ke Amerika, aku jumpa pada 2008 di Bazaar Jln TAR. Dino (Syed Faradino) , skarang jadi pemberita di Astro Awani. Manakala Teja (Siti Khadijah Mohd Talha) jadi jurulatih teater di Paan Production di N9 tempat asalnya. Mereka berempat - Ayu, Fiza, Dino dan Teja adalah lulusan akademi TV3 sebelum masuk USM.

Kawan rapat saya, seorang India, Prakash Rajaram namanya, asal Seberang Prai Penang, sekarang tak tahu kat mana. Lagi siapa yek.... tgok gambar bwh dulu.. haa seorang lagi namanya Shida (Shahida Shamsudin), katanya orang Maran Pahang, tapi la ni aku ngajar kat PPD Maran tapi tak pernah jumpa pulak, Lost Contact... ya siapa lagi ye... tup tup akhirnya tinggal 13 orang je yang mendaftar pada tahun tersebut... Bachelor Of Fine Arts, Acting And Directing. daripada 13 orang, 8 jadi cikgu ... bayangkanlah setiap tahun ada pengambilan... ke mana arah tuju Graduan Kursus ini... Tapi tak seorang pun berani untuk memohon ke Sekolah Seni... kenapa?/??.

Kalau saya menjawap :

1. Sekolah seni cuma ada 2. 1 di Kuching Sarawak. 1 lagi di JB. Klu di JB, kos hidup tinggi, walaupun diberi 2 kenaikan tangga gaji berserta beberapa elaun. kalau Kuching... Naik Belonlah.

2. Komitmen sebagai guru teater sangat besar, bukan seperti guru biasa. Teori, Praktikal, Latihan, Jemputan dan tumpuan kepada pelajar sekolah sangat besar. Siapa nak korbankankan masa untuk keluarga untuk itu. Kalau bujang boleh kot. Tapi kalau minat sangat, takkan ada alasan sedemikian yang menghalang.

3. selain daripada itu... klu aku dapat pindah pun... orang rumah?suami?anak?

4. sewa rumah? Klu duduk kuarters, elaun rumah dan kola dah tentu kena potong (he he he...)

5. tak de alasan. Berminat tapi tak berapa sangat. Bagi orang lainlah. Kalau gue pergi mohon, then dapat plak..kat tempat aku ni skg sape nak ngajo? (tapi budak2 kat cni bukan minat bersungguh2 pun)...

Ntahlah... TQlah... Bye2lah.............


HAFAL DAN HAFAZ

Semalam malam aku terfikir fikir topik apa yang akan ku hidangkan kepada pembaca... terstuck gitu lama. Gode2 la blog sekolah seni, blog teater, facebook dan lain2. Dan ada lah 2 topik yang aku dapati sesuai kepada pelajar2 sekolah seni dan mahasiswa teater iaitu ; menghafal skrip & persediaan membuat produksi pertama tahun akhir.

Maka saya pilih tajuk yang memerlukan masa yang pendek untuk dihuraikan iaitu "Menghafal Skrip".

Menghafal dan menghafaz. Bagaimana. Kalau ikutkan pelaku teater ini bukanlah kategori PMR 9A atau SPM 10 A1. Nak menghafal buku sastera, sejarah atau rumus matematik bukan punya payah. Belajar 2 atau 3 tahun, belum tentu dapat hafal semua. La ni suruh hafal skrip pulak. Dah la kena hafal, kena beraksi lagi, kena letak feeling lagi dan sebagainya. Kalaulah skrip itu, kita lakonkan sebagai watak tambahan dengan 1 atau 2 ayat je tak pe lah... la ni skrip 1 jam dan berlakon sorang2... ada berani kamu? yang penting bagaimana menangani skrip dan skill menghafal skrip supaya kita mudah untuk berlakon dengan erti kata sebenarnya.

Bagaimana? Skills?

Pertama, bila saya ditawarkan skrip naskhah lakon pentas (panjang nye), semua ditentukan dengan bacaan dan emosi pertama yang menarik dalam skrip tersebut. Yang pentingnya sama ada konfliknya kukuh atau tidak, konfliknya jelas atau tidak dan seterusnya peleraiannya (katarsis) dramatik atau tidak. Seterusnya buatlah kajian naskhah lakon yang detail (jika berminat dan terima watak tersebut, jika tidak berminat terpulanglah ngko yek).

Menghafal ada 3 cara. Ini cara saya kerana ada banyak cara sebenarnya.

1. Jika berlakon seorang (monolog, watak seorang, konflik diri, puisirama etc), hafal dengan cara setiap ayat diikuti dengan pergerakan aksi sama ada sebesar besar pergerakan (exaggerated/movement) atau sekecil2 pergerakan (mini gesture). Latihan hafalan jika secara perseorangan cuba elakkan berlakon depan cermin, pergilah berlari2 di padang sambil melafaz dialog, atau memasak di dapur sambil melafaz dialog atau apa sahaja pekerjaan sama ada dilihat orang atau tidak. Hal ini terbukti bahawa, apabila kita manusia menghafal sambil bergerak, kita akan mampu menghafal lebih banyak dari yang kita sangkakan. Menghafal dengan cara duduk setempat adalah 1 langkah atau cara yang kurang tepat. Rasionalnya, apabila kita ingin mengingat semula dialog atau hafalan tersebut, kita boleh rujuk kepada aksi, pergerakan atau keadaan sekeliling kita semasa latihan. 'Jangan menghafal ketika mengantuk'. Contoh skrip 'Bukan Bunuh Diri' Dinsman.

2. Jika berlakon secara duo (berpasangan), di mana watak cuma ada 2 orang sahaja dan masa lakonan lebih sejam, cara latihan dialognya berbeza dari 1 di atas. Menghafal dengan watak sedemikian haruslah bersama pasangan. Jika pasangan tidak ada, bolehlah diganti dengan orang lain. Caranya yang paling praktikal ialah guna kata kunci atau aksi pasangan sebagai kata kunci untuk mengingati dialog kita. Jangan cari kata kunci yang payah nak ingat. Tapi Jangan risau kerana apabila berlakon ini, janganlah terikat kepada skrip 100%. Cubalah Improvise berdasarkan kefahaman tentang jalan cerita dari skrip tersebut. Saya masih ingat antara skrip yang ada 2 orang pelakon ialah 'waiting for godot'.

3. Jika berlakon lebih daripada 2 orang watak. lagi senang. ikutlah macam 2 di atas. Biasanya yang bikin rosak program ialah apabila kita atau orang sebelum kita lupa dialog. Dia lupa, kita pun lupa. Habislah. Solusinya, improvisela dengan dialog yang hampir sama makna, atau buat aksi yang tidak disangka2 yang menambah kepada kedramatikkan drama tersebut (itu pun jika pelakon itu bijak). Saya teringat pula tentang drama 'Mayat' Hatta Azad Khan dan 'Atap Genting Atap Rembia (Rumbia)'.

Setelah menghafal skrip. Jangan pula hafal skrip tetapi tiada perasaan yang disuntikkan, sepertinya burung tiong yang hanya menghafal tetapi tiada perasaan. Pesan guru saya ialah "Dialog itu dikira sebagai 1 movement, jadi janganlah ditindankan movement itu dengan movement yang lain" - bermaksud apabila melafazkan dialog janganlah membuat aksi besar (boleh jika gesture sahaja) - Janet Pillai. (pembetulan - persembahan teater itu dipenuhi dengan 'sign and symbol', maka dialog itu pun dikira sebagai 1 simbol atau tanda, juga setiap movement dan gesture itu pun dikira 1 simbol atau tanda, jadinya janganlah ditindankan antara 1 simbol dengan 1 simbol yang lain. / maksudnya bukan movement seperti kenyataan sebelumnya, tetapi simbol... sori yek)


Satu Enigma lakon, sebelum saya tamatkan bicaraseni saya kali ini ialah, ; "alah dia berlakon je tu". Stigmata yang begitu biasa saya lihat hasil rakaman siri drama komsas sekolah menengah terbitan KPM + TVP = EduWebTV. yang berlakon itu pelajar, sementelahan pula zaman itu belum ada Sekolah Seni Malaysia, maka janganlah berharap tinggi sangat tentang kualiti persembahan tersebut. Komen saya tentang Drama2 Komsas ialah, Kalaulah kita sebagai guru atau orang dewasa pun tak berminat menonton rakaman tersebut (sebab dialog yang berjela2), apatah lagi pelajar2 kita. Drama Komsas yang skripnya memang hebat seperti 'Kerusi', Jangan Bunuh Rama2', Puteri Li Po, dan sebagainya (MP KomSas BM tingkatan 1,2,3,4,5 dan MP Kesusasteraan Melayu tingkatan 4,5 dan 6) tidak langsung menarik minat pelajar masa kini yang terpengaruh dengan kesan khas cgi. Ini, Dahlah CGI tiada, Dialog berjela2, Lakonan - make up orang tua tapi pergerakan seperti orang muda/pelajar, shoot tidak menarik - kurang variasi,.... hmmmmm apo nak dikatakan.

Yang penting...Saya pun bukan bagus sangat. Saya tak akan terima tawaran, sama ada berlakon, mengarah, mengkareograf jika masa yang diberi kurang dari 3 bulan. Itu adalah masa minima saya.

Setakat itulah sahaja perkongsian untuk kali ini... Cara hafalan itu adalah hasil pengalaman saya berlakon dalam drama solo 'Bukan Bunuh Diri - Dinsman' yang berdurasi 1 jam tepat pada tahun 2004.