Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Rabu, 25 Julai 2012

I Am Still Alive : Cikgu Masa Kini

Salam..... 
Setelah memberikan serba sedikit jalan cerita apa yang telah terjadi sebelum saya masuk ke dunia perguruan sebenarnya.. tibalah masanya menceritakan apakah yang sebenarnya berlaku dalam dunia keguruan. Sebarang komen dibolehkan, tetapi sebelum komen kena ingat. Ini adalah cerita aku, pengalaman aku, apa yang aku rasa. Mungkin rasanya lain daripada yang dirasa orang lain. So this is a true story, i will tell you with the timeline history.... 


Cikgu Kecil 
Saya, cikgu,... zaman itu, 2007, zaman Pak Lah. Cemerlang Gemilang Terbilang. Pada masa itu, aku posting. Macam mana nak cerita? Semangat untuk mengajar dan mendidik sangat berkobar-kobar. Al maklumlah baru habis kursus KPLI. Dengan ABM yang masih fresh. Masa tu dah tak bujang. ada isteri tapi belum ada anak lagi. Isteri pulak KPLI kat IPG Islam Bangi. Jadi masa untuk pelajar , ada banyak keterluangannya. Nak melatih untuk sesuatu pertandingan , kompos lagu baru dan sebagainya sampai malam pun tak apa. Cabarannya hanyalah demi untuk pelajar semata. wow. Waktu itu juga, skim gaji berubah. Alangkah gembiranya kakitangan awam pada waktu itu. namun ada beberapa ribuan guru yang teraniaya disebabkan isu sambung belajar. Gaji antara gred 32/39 dengan 41 jauh terpeleot, sehinggalah zaman ini masih belum selesai. itu cerita tentang perkhidmatan, bukan tugas. 

Masa ini aku dah mampu berhutang beli motorsikal. Walaupun gaji 3 bulan tak dapat. tapi ada tunggakkan. Sekarang ini lebih baik. hanya sebulan posting terus dapat gaji. Dengan motorsikal Honda Click itulah aku pergi ke KL-Bangi melawat orang rumah. Tahun yang amat membanggakan dan agak selesa sebagai guru baru. 

Di sekolah kelas sebanyak 25 masa seminggu - 40 minit satu masa. Mengajar pendidikan seni visual dan P. Moral je.  Dalam aktiviti ko kurikulum pulak mulanya masuk kadet JPA3 kemudian barulah convert ke KRS. Tahun yang so easy and relax. Mengajar sahaja. Alangkah Indahnya. Dan akhirnya dapat prestasi 86.5. Alhamdulillah. Mungkin orang lain kata rendah sangat, atau orang kata tingginya tapi aku tetap bersyukur. Memang itulah selayaknya.

Pelajar yang aku ajar pada waktu itu, ada terdapat sedikit masalah. Terutamanya yang tingkatan 4. MP PSV tingkatan 4 membuatkan aku mengajar selama 4 masa seminggu. 2 kelas iaitu 4B dan 4D. Kelas 4bestari pada zaman itu bolehlah makan. Dengan kapasiti 20 pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan, memang masaklah pelajar perempuan tersebut dibuli. Buli perbuatan dan percakapan. Tapi tak sampai bersentuhan. Mungkin ada saya tak nampak. Berbeza dengan kelas 4dedikasi. Terdapat hanya 12 orang pelajar lelaki. Yang hari-hari datang seramai 6 orang. Yang on-off selebihnya. Ada pelajar yang mengajak bertumbuk. Cikgu diajaknya bertumbuk. Saya seorang yang bersabar, bukan pengecut, cuma menjaga maruah dan title "CIKGU". Kalau tak, nak juga aku baling budak tu ke tingkat bawah. Niat tu ada tapi masih boleh berfikir dengan rasional. MasyaAllah. 

Bulan 4 pulak ada 1 pelajar masuk kelas 4D. Bulan 6 ada lagi 1 pelajar masuk kelas 4D. 2 orang ni pun memang ada sejarah hitam disekolah ni. Yang seorang tu berhenti sekolah masa tingkatan 2. Yang satu lagi juga berhenti masa tingkatan 1. 2 orang ni tak ambil PMR pun. Satu enigma juga apabila sistem pendidikan begitu. Masa ni sekolah Vokasional telah ditiadakan. 

Persoalan yang bermain diotakku dari zaman itu ialah... Kalau murid tak ambil UPSR pun boleh masuk sekolah menengah, kalau pelajar yang tak ambil PMR pun boleh sambung Tingkatan 4, ....Mengapa perlu ada UPSR dan PMR. Adakah sekadar mencari pelajar cemerlang untuk ditempatkan ke SBP, MRSM, TEKNIK... pelajar yang tecicir terus ke sekolah harian biasa, dan membuat onar, menurunkan GPS la apalah lagi... Kalau macam begini sampai bila-bila pun sekolah biasa yang mempunyai pelajar berkapasiti 1000 orang tak akan dapat 'baiah baru new deals'. 

Kelas P.moral pula pada zaman itu juga, cina dan india ada yang tak pandai menulis, membaca dan memahami Bahasa Melayu. Cina dan India ini , yang pandai akan disekolahkan di Mentakab atau Kuantan. Tinggallah yang tak lulus BM atau tiada kemampuan dari segi kewangan di sekolah ini. huh.... menghadapi pelajar seperti ini, method stanislavski pun tak boleh pakai. Mengajarla untuk habiskan silibus sahaja. Sahsiah, disiplin dan kawalan kelas , guru muda mengeluh je lah... mujurlah zaman ni tak kenal friendster, FB dan blog lagi...

Begitulah sehingga hujung tahun 2007.... 

To Be Continue... coming 2008....