Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Rabu, 12 September 2012

Contoh Analisa Skrip

Naskhah Lakon : Kipas Tangan
Dramatis : Yukio Mishima
Konsep Teater : Noh Moden 



Sinopsis

                Drama “Kipas Tangan” yang ditulis oleh  Yukio Mishima , mengisahkan tentang seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30-an, yang menjaga seorang wanita kurang siuman yang memiliki sebuah kipas tangan . Pada hari itu, berita mengenai wanita yang kurang siuman itu telah tersiar di suratkhabar. Oleh kerana tidak ingin Yoshio, iaitu kekasih wanita yang kurang siuman tersebut menjumpai mereka, Jitsuko iaitu pelukis wanita tersebut, merancang untuk pergi dari situ. Malangnya Hanako, iaitu wanita yang kurang siuman tersebut berdegil tidak ingin pergi dari tempat itu. Jitsuko terpaksa akur kerana dia tidak ingin Hanako melarikan diri darinya. Pada petang hari tersebut, Yoshio datang kerana terbaca berita tersebut, tetapi pelbagai alasan telah diberi oleh Jitsuko bagi menghalang Yoshio bertemu dengan Hanako. Kerana desakan yang hebat dari Yoshio dan Jitsuko telah kehabisan akal, akhirnya Yoshio dapat bertemu dengan Hanako. Malang bagi Yoshio kerana Hanako yang telah menjadi kurang siuman itu telah mengatakan bahawa yang datang ke situ bukanlah Yoshio. Malah Hanako menuduh Jitsuko cuba untuk memperdayakannya, supaya dia akan turut pergi dari tempat tersebut secepat yang mungkin. Oleh kerana Hanako sudah tidak dapat mengecam Yoshio, walaupun bukti kipas tangan yang bertukar tangan tersebut telah ditunjukkan, Jitsuko kembali bertenaga dan menyuruh Yoshio untuk pergi saja dari situ. Yoshio, dengan perasaan yang amat terharu lantas berlalu dari situ serta-merta. Kesudahannya, Jitsuko tidak jadi untuk berangkat dari tempat tersebut dan dia seterusnya dapat memiliki wanita yang kurang siuman itu untuk selamanya.

Plot dan Mise en scene .
Latar tempat :        Studio  Lukisan, sebuah rumah di Tokyo,
Masa            :         Suatu petang , pada musim luruh .
Jenis             :        Klimatik – Kerana cerita ini tidak bermula dengan pertemuan antara Hanako Dan
                         Yoshio, tetapi Yukio Mishima (penulis) hanya mengambil bahagian akhir cerita
                         kerana resolusi bahagian akhirnya adalah yang paling penting bagi menunjukkan
                         tema yang ingin diketengahkannya.

 

Pecahan Adegan.

1 . Adegan pertama – Jitsuko berada dalam studionya membaca surat khabar sambil berjalan
                                    mundar mandir dan kemudian duduk disebuah bangku sambil bermonolog .
2 . Adegan kedua     -  Hanako masuk dan mereka mula berdialog . kemudian Hanako masuk ke
                                    kamar / bilik sebelah .
3 . Adegan ketiga     - Jitsuko masih dalam studionya , kemudian masuk Yushio yang ingin mencari
                                   Hanako . Terjadi perdebatan .
4 . Adegan keempat   - Hanako muncul dari bilik sebelah . Hanako Dan Yushio bertemu tetapi 
                                     Hanako tidak mengenali Yushio . Yushio pun pulang dengan hampa .
5 .  Adegan kelima     - Jitsuko dan Hanako berada dalam studio . Jitsuko tidak jadi untuk berpindah
                                      kerana Hanako tidak akan meninggalkannya .

Plot

1 . Berita mengenai Hanako tersiar di surat khabar.
2 . Kerana takut ditemui oleh Yoshio, Jitsuko ingin membawa Hanako pergi dari situ.
3. Hanako tidak ingin pergi.
4. Yoshio datang dan ingin berjumpa Hanako.
5. Jitsuko menghalang dengan pelbagai taktik.
6. Yoshio bersemuka dengan Hanako. Hanako tidak mengakui yang datang itu adalah Yushio.
7. Kerana kecewa, Yoshio pergi dari situ. Jitsuko akhirnya bersama Hanako.

Tema .
            Tema yang ingin diketengahkan oleh Yukio Mishima dalam skrip ‘Kipas Tangan’ ini ialah tentang - Perjuangan wanita untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki. Perebutan cinta antara lelaki dengan perempuan dan cinta antara perempuan dengan perempuan dijadikan sebagai bahan perantara dalam drama ini. Yukio ingin mengetengahkan perspektif ideologi yang menentang kebiasaan masyarakat Jepun pada tahun-tahun sebelum drama ini di tulis. Pada masa itu, sistem masyarakat di situ menunjukkan bahawa setiap seorang wanita harus taat kepada seorang lelaki, sebaliknya lelaki bebas untuk ‘bermain’ dengan ramai wanita. Hal ini bermakna bahawa seorang anak perempuan harus taat kepada bapanya, manakala setiap isteri harus taat kepada suaminya. Yukio melihat semua ini semacam tidak adil bagi kaum wanita. Oleh itu, dia cuba mengkritik suasana ini melalui drama tersebut. Lantas Yukio, melalui drama ini cuba menyarankan supaya wanita harus memperjuangkan hak serta hidupnya tanpa kongkongan dan eksploitasi dari kaum lelaki yang hanya menjadikan wanita sebagai teman ‘permainan’.
Saranan Yukio melalui drama ini, amat berlainan dengan cerita asal oleh Kanze Motokiyo Zeami. Kalau Zeami menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan perempuan akan bersatu akhirnya walaupun pelbagai rintangan terpaksa di hadapi sebelumnya, Yukio sebaliknya menyatakan secara tegas bahawa cinta antara lelaki dan perempuan tidak semestinya bersatu walaupun mereka berjaya menghadapi pelbagai rintangan sebelum bertemu semula. Sebaliknya Yukio secara terang-terangan menyatakan bahawa cinta sesama wanita pasti wujud sekiranya lelaki sudah tidak dapat dipercayai. Apabila lelaki sudah tidak dapat dipercayai lagi, maka wanita pastinya akan menuntut hak mereka, seterusnya kaum wanita akan berjuang untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki.
Dalam drama ini, Yukio cuba mengangkat tema melalui watak Jitsuko dan watak Hanako. Watak Jitsuko mewakili wanita yang matang dan dengan simbolik sebagai pelukis yang melihat perubahan arus kehidupan sekelilingnya, ingin memperjuangkan cara hidupnya sendiri dan tidak sekali-kali untuk menerima  kaum lelaki yang sudah tidak dapat dipercayai lagi untuk menentukan hidupnya. Watak Hanako juga sama, walaupun cara yang dipersembahkan oleh Yukio berlainan dengan watak Jitsuko, tetapi ideologi yang diangkat oleh Hanako adalah sama. Watak Hanako adalah mewakili wanita malang yang telah terpedaya oleh kaum lelaki. Melalui cerita ini Yukio mengunakan alasan janji bertemu kembali dan bertukar-tukar kipas tangan untuk menunjukkan bahawa Hanako sebagai seorang wanita yang mempercayai lelaki terpaksa menunggu begitu lama sehingga dia sendiri tidak tahu siapa yang ditungguinya.

Watak dan Perwatakan .

Protaganis
Jitsuko – Nama sebenarnya ialah Jitsuko Honda , seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30an  
               , ayahnya seorang yang kaya di kota , Oleh kerana dia berasal dari keluarga yang berada, 
               dia tidak pernah diberikan kasih sayang oleh ibubapanya , kerana itu dia berasa sepi   
               semenjak dari zaman kanak- kanaknya sehinggalah dia dewasa . Seorang yang psiko ,
               pendendam dan mudah berasa kasihan . Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap , dan
               masih belajar atas tanggungan bapanya . Masih bujang ( anak dara tua ) kerana dia tidak
               ingin berkahwin . Ada sedikit perasaan homoseks padanya . Suka mengkhayalkan
               sesuatu bentuk kehidupan  ilusi untuk dirinya sendiri . Membenci lelaki . Dia tinggal di
               sebuah rumah yang  mempunyai sebuah studio lukisan , iaitu beralamat di nombor 35
              jalan X .
- Objektif utama Jitsuko sebagai watak utama dalam skrip ini ialah untuk menjadikan Hanako seperti dirinya , iaitu seorang yang terlalu individualistik dan kesepian sepanjang hidupnya . Jitsuko ingin Hanako menganuti ideolgi hidupnya yang tidak perlukan kasih sayang dan lelaki dalam hidup . Bagi mencapai matlamat ini Jitsuko tidak ingin mempertemukan Yushio dengan Hanako supaya Hanako akan terus tinggal dan hidup bersamanya .
- Watak Jitsuko adalah watak yang bersifat alegorikal (allegorical) iaitu lambang atau wakil bagi wanita yang memperjuangkan cara hidupnya sendiri.

Hanako – Seorang gadis muda bekas geisya di sebuah restoran di  kota, dan kurang siuman
                setelah didera oleh majikannya ketika dia bekerja di restoran tersebut satu setengah  
                tahun lalu .  Dia amat setia menunggu kekasihnya yang telah bertukar–tukar kipas 
                tangan dengannya.  Berkulit putih dan agak kecil orangnya , agak jelita. Pada setiap hari
                dia akan menunggu kedatangan kekasihnya– Yoshio –di sebuah stesen keretapi
                berdekatan dengan rumah tempat dia menginap iaitu rumah Jitsuko .
- Hanako walaupun kurang siuman tetapi mempunyai objektifnya tersendiri iaitu akan terus menunggu kedatangan Yoshio . Oleh kerana itu Hanako tidak ingin keluar dari kota itu untuk mencari Yoshio . Dia juga berharapan agar Yoshio akan menunaikan janjinya untuk hidup bersamanya . Tetapi akhirnya Hanako telah menafikan kehadiran Yoshio dan seterusnya menjadi pengikut kepada kehidupan Jitsuko .
- Watak Hanako merupakan watak arcetaip (archetypal) kerana dalam drama ini Hanako digambarkan oleh penulis sebagai wanita kurang siuman yang hanya menunggu kekasihnya datang, walaupun pada akhirnya dia tidak mengenali kekasihnya itu.

Antoganis
Yushio – Seorang pemuda yang berasal dari Tokyo . Pernah berjumpa dengan Hanako 3 tahun lalu
              di restoran di mana Hanako bekerja dahulu dan kemudiannya menjadi kekasih Hanako .
              Oleh kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya, setengah tahun lalu barulah dia mula
              menjejaki Hanako . Tetapi malangnya setelah bertemu semula dengan Hanako ,
              kekasihnya itu mengatakan yang dia bukan Yoshio seperti mana yang dikenalinya dulu ,
              lantas dia kecewa dan terkilan , lalu berlalu pergi keluar dari rumah Jitsuko itu .
- Objektif utama Yushio pula ialah ingin bertemu dengan Hanako sebagai menunaikan janjinya untuk hidup bersama Hanako . Selain itu objektif Yushio ialah untuk membawa Hanako untuk pergi dari rumah Jitsuko dan tinggal bersamanya sebagai sepasang suami isteri .
- Watak Yoshio dalam drama ini juga merupakan watak arcetaip kerana penulisnya menggambarkan bahawa Yoshio hanya merupakan seorang pemuda yang mencari kekasihnya, yang akhirnya pergi begitu sahaja kerana kekasihnya tidak mengenali dirinya.

Konflik .

kehidupan Modenisme                          IDEOLOGI                                                kehidupan Tradisional        
Jitsuko (U.S.A)                           Hanako (Negara Jepun)            Yushio (Masyarakat Jepun)


                                Konflik utama yang berlaku dalam cerita ‘Kipas Tangan’ ini ialah pertentangan ideologi kehidupan. Watak Jitsuko membawa ideologi kehidupan moden iaitu seseorang wanita boleh hidup bebas tanpa bantuan kaum lelaki , tetapi watak Yoshio pula membawa ideologi kehidupan tradisional iaitu wanita memerlukan lelaki untuk meneruskan kehidupan. Alasan penulis mudah saja iaitu melalui cerita ini pertembungan kedua – dua watak yang berbeza ideologi tersebut akan membuatkan pembaca dan penonton memikirkan bahawa wanita dengan ideologi kehidupan moden akan menjadi kurang waras dalam membuat fikiran . Buktinya apabila Hanako yang amat setia menunggu Yoshio akhirnya tidak mengenali Yoshio itu sendiri . Manakala Jitsuko pula sebagai pembawa ideologi ini sentiasa ingin melarikan diri supaya dia dan Hanako tidak akan dapat dikesan oleh Yoshio . Terus terang ialah konflik perebutan antara Jitsuko dan Yoshio yang merebutkan Hanako . 

                                Melalui drama ini, Yukio Mishima sebenarnya ingin mengangkat konflik keadaan masyarakat Jepun selepas perang dunia kedua. Watak Jitsuko mewakili atau melambangkan kekuasaan Amerika Syarikat dalam membentuk keadaan masyarakat Jepun selepas perang. Wakil Amerika Syarikat yang mula memasuki Jepun pada tahun 1945 cuba untuk merubah keadaan ekonomi serta keadaan politik Jepun pada ketika itu. Watak Hanako pula melambangkan negara Jepun itu sendiri. Hanako digambarkan menunggu selama tiga tahun dan seterusnya menjadi tidak siuman, sebenarnya melambangkan keadaan negara Jepun yang ditinggalkan oleh rakyatnya yang memasuki tentera dan pergi berperang selama tiga tahun dan seterusnya negara Jepun tersebut dibom dengan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima yang menyebabkan beribu-ribu orang Jepun mati dan tanah di kawasan tersebut musnah. Watak Yushio yang meninggalkan Hanako selama tiga tahun pula melambangkan tentera-tentera Jepun yang meniggalkan tanah air mereka untuk berperang selama tiga tahun. Semangat dan budaya Jepun yang dilambangkan melalui ikon kipas tangan tersebut akhirnya hanya menjadi suatu perhiasan sahaja kerana Hanako dan Yushio tidak dapat bersatu. Pada tahun 1950 Jepun telah mendapat kemerdekaan dan pada tahun 1951 masyarakat Jepun mula mengundi serta pada tahun tersebut juga terdapat tiga orang ahli senat wanita yang terpilih ke parlimen Jepun. Pada tahun 1952, iaitu pada tahun cerita ini disiarkan di sebuah akhbar tempatan Jepun, Wakil Amerika Syarikat telah keluar dari Jepun setelah berjaya membentuk dan menyusun semula sosial, ekonomi dan politik negara Jepun.