Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 24 November 2009

Aku yang Ter'stuck'

- buat masa ini tengah cari dan kaji bahan pengarahan dan lakonan untuk para pembaca. Mungkin dalam satu dua minggu baru ada entry tentang aliran-aliran drama dunia dan asia. Maaf. -

Selasa, 6 Oktober 2009

CIKGU OH GURU.... MALAY-SIA DILLEMA

Salam....

hari ini 06 okt 09...tiada apa yang menarik nak dimasukkan ke dalam entryku.. dengan line tak berapa ok... sibuk pulak dengan aura PMR 09 esok.. kelas moral SPM ku yang pelajarnya tak nak berapa maju... kerja ad-hoc SMM... bini tak bersalin lagi walau dah lebih due nya... panas bilik guru pada jam 2.00... semalam ada rumah terbuka raya 1 Malaysia kat sekolah..tumbang 3 ekor lembu... letih juga. Pelajar ada tolong skit, tapi guru dan staff arrange suma.. pagi sebelum jamuan ada majlis pengijazahan ilmu untuk pelajar PMR, SPM dan STPM... Balik jam 3.30 petang.. balik rumah sambung buat SSM ad-hoc tu sebab yang pegang tugas tu baru melahirkan...

HAhahahaha.... senyum kerang dengan gelak harapan hati reda gelora....

Cikgu... Guru... Superman dan inspektor gadget... biar tinggal bini dirumah.. anak menangis dirumah.. guna duit sendiri untuk bawa budak keluar, tak nak klaim sebab menyusahkan nak isi borangla apala... tapi tugas untuk negara harus dihadapi... biar datang PPD, biar datang JPN, biar datang KPM atau PM sekalipun... gurulah yang mengurusnya... sekolah ada program gurulah yang membuat jayanya... PPD, JPN, KPM, PM ada program..guru juga membuat jayanya.. kenapa? harapan untuk LILLAHITAALA.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI walau dah lewat skit...aku tak berapa sambut raya ni, taulah dah 8 tahun tak beraya di kampung.. Ramadhan aku sambut dengan gembira..tapi orang lain lantaklah nak sambut raya sebulan...

mak mentua atau mak mertua ku pada hari khamis pertama raya tu awal lagi dah membuat rumah terbuka raya.. maka aku jemputlah kengkawan ke rumah. Ada seorang kawan ni mengajar kat Kolumpo alias KL. Petang amat juga lah datang nye... dia dok sembang aku dok dengaq...sembang...

Katanya- Hari tu aku tangkap 6 orang pelajar yang ponteng kelas duduk jamban. Bawa bilik disiplin. Dah siap tulis borang saman...aku nak rotan diorang tapi diorang melawan pulak.. siap serang aku lagi.. dia maju aku tolak jelah..tolak - tolak - tolak je tak ada kecederaan pun.. petang tu diorang balik.. malam tu baru diorang buat laporan polis.. period antara petang dan malam tu dia bajet supaya aku datang nak minta maaf dengan keluarga diorang. Dalam laporan tu siap ada kesan lebam di muka, kepala dan badan... fuiyoh.. lepas laporan polis maka berduyun datang PPD dan KPM soal siasat nak masuk mahkamah..Sekali pengetua tak terkata. Nak back up aku...Pengetua, PPD, JPN dan KPM tak terkata.. mujur ada orang NUTP suruh aku isi borang..dan aku dapat peguam dari NUTP.. maka lega sikit... Tapi kes masih dalam proses...kau tau sekolah aku kan? SMK bintang berseri-seri di langit.. nasib baik juga aku tak hubungi rakan-rakan aku kat press...nak sangat..

Walla... tergamam aku.. meremang bulu roma kome..koi la.. setanding juga dengan budak sekolah aku.. tapi SMK dia sekolah bintang terang bukan sekolah kerek cam kat luar bando nih...

Jadi apalah nasib guru macam kami ni? tak siapa nak tolong...

kali ni bukan entry tentang seni persembahan, tapi kawan aku tu suami isteri amat tersohor dengan karya seni visual mereka... malas nak kabo la...

see u next...!

Rabu, 16 September 2009

Jais Tanya

Jais camna tarian dondang syg??

Jais... dalam pembelajaran saya dahululah.. tak pernah lagi saya belajar tarian dondang sayang kerana konsep dondang sayang ialah muzik dan nyanyian sahaja. Kalau ada tarian pun diiringi dengan tarian joget lambak. Maka, dondang sayang ialah dalam kategori muzik bukan tarian. faham dok?

SILAT MELAYU NUSANTARA

dah lama tak menulis entry dalam blog ni.. aura ramadhan agaknya. tapi biasalah, entry secara puratanya di masukkan setiap rabu, kecuali ada isu baru.. Ada juga niat nak luah perasaan tentang masalah guru ni, tapi blog ni khas untuk seni budaya jek..mmm. kongsilah bicara tinta aku untuk kali ini.

SILAT : WARISAN SENI KEPAHLAWANAN MELAYU

Salam...

Silat Melayu atau Silat Nusantara? Seni bela diri yang hanya kita temui di gugusan kepulauan nusantara dan tanah besar Asia Tenggara sahaja. Pergerakkannya memang berbeza jika di bandingkan dengan seni bela diri yang lain yang terdapat di dunia. Antara seni bela diri yang amat terkenal di seluruh dunia ialah kung fu @ wushu di China, karate, jujitsu, kendo di Jepun, silambam di India, eskrima di Filipina, campoera di Brazil, taekwan-do di Korea, gusti di eropah, tinju di afrika dan silat di Malaysia dan Indonesia.

Persoalan seni bela diri manakah yang paling hebat sekali? Pada saya semuanya sama sahaja. KERANA?? intipati ”seni bela diri” itu sendiri memang sama antara setiap jenis seni tersebut. Saya bukanlah seorang pendekar mahupun pahlawan. Sekadar berkongsi cara.

Tu mukadimah baru yek.

Saya memulakan karier seni persembahan ketika berusia 11 tahun, mengikuti pertandingan genderang dan koir sebagai wakil sekolah . mungkin awal lagi kot. Kerana saya pernah menduduki tempat ketiga dalam sebuah pertandingan nyanyian bintang kecil ketika berusia 10 tahun. Lepas naik tingkatan, dah tak tahu nak gilap bakat bagaimana. Taulah, rupa pun tak de, pakaian camping jek.

Pada usia 13 tahun, atas paksaan dan pujukan seseorang dalam keluarga, maka aku pun pergilah belajar silat di bawah tunjuk ajar guru silat, Cikgu Nayan. Selama 2 tahun. Tapi bukan setiap hariler. Malam lepas isya’. Belajar sekadar untuk bermain-main, bukan untuk berlawan ke ape. Di situlah bermulanya pengetahuan silat yang aku tahu hingga ke hari ini. Tapi tak amal pun. Dah lama dah. Tetapi latihan selama 2 tahun tu sesungguhnya telah melembutkan setiap pergerakkanku. Masa tu aku tak tau la.

Peringkat demi peringkat aku belajar. Silat keturunan tok guru aku, silat Pekalongan Indonesia, silat skrema Filipina dan peringkat pertama silat Keruyuk. Tak habis belajar rupanya. Tak dan nak belajar senjata, semuanya tangan kosong. Senjata? Seperti kayu panjang, kayu dua, pisau 1, pisau 2 dan parang/pedang. Semuanya di atas diajar oleh guru yang satu je.
Dulu masa kecik3, aku sangat minat menonton filem cina dan filem tamil. Pasalnya ada adegan bertumbuk gaduh ni. Sekarang kita disumbat pula dengan seni bela diri tomoi dari siam. Malah di siaran tv berbayar pun ada satu rancangan bertajuk fight master..dari rancangan inilah aku nak menulis tentang tajuk ni. Malahan lagi di USM Penang (univer aku ni) ada kursus kajian tentang silat. Drama bersiri epik yang aku paling tak lupa sepanjang zaman tentang silat ialah 'Pendekar Kundur' dan 'Keris Hitam Bersepuh Emas' lakonan mantap Eman Manan bersama-sama kawan-kawannya. filem luar bukan Melayu yang terbaru ialah filem 'Langkasuka'. Filem Indonesia tak kira luar sebab dorang pun Ras Melayu jugok.

Maka aku pun adalah sikit nak berkongsi dengan para pembaca..
Antara jenis silat di Malaysia dan Indonesia termasuk yang berada di bawah PESAKA, antaranya ialah silat cekak pelbagai aliran, silat gayung pelbagai aliran, silat harimau, silat kera, silat cimandi, silat gerak ilham, silat laksamana, silat sendeng dan banyak lagilah.. yang pastinya silat pulut, silat telur dan silat wayang bukan dalam kategori tersebut di atas yek..


Dalam seni bela diri terdapat 3 pergerakan penting iaitu pergerakan bertahan (tepis dan elak), pergerakan menyerang dan pergerakan imbang badan. Manakala dalam silat ditambah 2 pergerakan lagi iaitu pergerakan kunci dan pergerakan batin (tenaga dalam atau bantuan makhluk halus). Dan untuk pertandingan ada pergerakan siaga atau bersedia. Terdapat juga 2 lagi bahagian dalam pertarungan silat iaitu bunga silat (pergerakan siaga) dan buah silat (pergerakan bertahan, menyerang dan kunci)
.
Setiap seni bela diri juga akan mengajar tentang teknik menyerang pada bahagian penting atau mudah cedera (vital points) di badan manusia. Ada juga yang menyerang pada sistem mata urat manusia. Itu adalah tahap tinggi bagi seseorang yang terlatih dalam seni bela diri. Pesilat tahap tinggi juga mesti mempunyai satu lagi jenis gerakan ketika bertarung iaitu ’acah’.

Inti pati seni beladiri termasuk silat ialah mengunakan kekuatan dan kelemahan manusia untuk mematahkan serangan lawan. Sama ada lawan yang dicari atau datang sendiri. Silat ialah perlawanan dalam bentuk fizikal dan mental. Maka susah sedikit jika membicarakannya melalui tulisan.

4 perkara penting ketika dalam pertarungan atau pergaduhan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan atau satu lawan ramai ialah, pertama sekali tentunya kebijaksanaan akal fikiran , kedua kemahiran seni bela diri, ketiga kekuatan tenaga dan ketahanan badan dan keempat kepantasan pergerakan dan penaakulan serta merubah cara serangan dan pertahanan. Badan manusia merupakan satu senjata yang hebat berbanding senjata lain kerana senjata lain digerakan oleh manusia manakala senjata manusia merupakan senjata ciptaan tuhan yang ulung. Dan yang paling utama dalam setiap pertarungan ialah kesabaran dan tumpuan.

Ramai anak muda sekarang, yang Melayu jati, mak Melayu bapak pun Melayu tidak berminat dengan silat. Tidak ramai yang belajar cara pertahanan diri ini. Sebabnya.. antaranya ialah kerana nak belajar silat sangat bersangkut rapat dengan ibadah, sembahyang kena penuh, minum arak tak boleh, taat kepada ibu bapa. Maka mat rempit mana yang ada belajar silat ni?mmm... Lagi kerana silat ni ’dilihat’ banyak bunga macam nak menari jek. Tangan sentiasa mengalai-alai. Tapi yang sebenarnya semua jenis tarian Melayu berasal dari cara pergerakan bunga silat ni. Tak caya buatlah kajian dik. Lagi... Nak belajar silat kena hafal mantra mantera, jurus dan isim. Ada banyak pantang larang. Ada syarat-syaratnya. Salah baca, terlebih perlakuan boleh jadi gila. Gila isim. Padahal dengan silat atau seni bela diri lain, seorang manusia boleh jadi lebih berdisiplin. Tak menjadi samseng kerana dia tahu, dia mampu menumbangkan orang dengan hanya satu pergerakan. Latihan kesabaran menyebabkan dia menjadi bukan pembuli tegar. Orang selalu cerita bahawa jika seseorang ada silat maka orang tu suka buat hal, pukul orang, orang tak berani lawan sebab dia ada silat. Tanggapan yang menjatuhkan maruah silat. Apa salah belajar silat zahir dan tak perlu silat batin. Belajar di gelanggang dan tak perlu pergi bertapa. Jika perlu pun, kita cipta pilihan – untuk yang bercita-cita jadi pewaris jati je.

Baik hantar anak belajar karate. Tak payah baca apa-apa. Nak hafal mantra? UPSR pun buta huruf (masuk juga tingkatan 1), PMR pun 8E (masuk juga tingkatan 4), SPM pun pangkat 4 (masuk juga tingkatan 6)... nak menghafal mantra konon.. kalau GPS sekolah turun..berduyun-duyun pemantau dari KPM atau JPN datang tengok sekolah. Kalau ada kes keganasan atau kemaksiatan akhbar tahu dahulu. Upsss melalut sampai ke situ pula.. bukan apa, kesian cikgu. Baik juga hantar ke kelas taekwando. Sepak terajang jek. Tak de pantang larang pun. Nak belasah sape pun ikut awaklah. Sekarang amat famous amous ialah belajar tomoi. Kami panggil kuntau jek. KENAPA BUKAN SILAT? Aneh! Kan silat Melayu punya. Kita Melayu yang tinggal di Malaysia. Orang putih kat Jerman dan Britain susah payah pergi belajar, cari guru di Malaysia. Anak kamu? Hampeh belake! Bagi motor pergi merempit. Tak bagi takut anak belasah mak bapak, tak pun takut anak lari dari rumah. Manja sungguh anak kamu tu. Kalau aku the Punisher la, tembak mati je waktu dia Wheelie tu. SUHAKAM? Yang jadi atasan suhakam tu semua anak rumah besar, takdenye anaknye mewheelie. Doktor belake.. Rempitan tu sume anak golongan bawah dan pertengahan... geram. Maaf ye tesis ini melalut la pulak.

Begitulah permulaan perkongsian tentang seni Silat.. seterusnya bagaimana menggunakan gerakan silat untuk perkara lain, dan bagaimana pula mencipta pergerakan pertahanan, kunci dan serangan baru... teruskan bersama saya di lain masa... kang panjang2 melalut tentang masalah sosiallah pulok.

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN DATANG LAGI

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAQ
SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA
IKHLAS DARI KAMI
WARGA FELDA JENGKA 14 & SMK JENGKA 2 JENGKA PAHANG, KG BUKIT BENDERA & KG PADAS DAMIT BEAUFORT SABAH

Selasa, 11 Ogos 2009

Kenapa Aku Tak Masuk Industri

Salam...
Ini adalah Blog aku..aku punya sukalah nak tulis apa. Asalkan tak bercanggah dengan Agama dan Perlembagaan Negara.

Kenapa aku tak masuk industri lakonan komersil? Filem ke? drama ke? pelakon pentas sepenuh masa ke? ke Jabatan Kebudayaan ke? Kenapa?

Adalah beberapa sebab. Sebenarnya aku bukan nak cerita mende? Baru-baru ni aku suka sangat dengan sebuah drama Islamik arahan Khabir Bhatia ni. Walaupun pakaian wanitanya tak nampak Islamik sukunya. Dah betudung molek dah, muka suci dah, tapi bajulah....aduhai, ketat, punggung pun nampak. Kalau babak dalam bilik atau rumah takpelah bukak tudung (walaupun aurat juga pada penonton beragama Islam). Tapi ceritanya sangat menarik perhatian jiwaku yang jarang suka tengok cerita Melayu yang tak beraksi berlawan ni.

Setelah suka, maka aku pun kajilah pelakon utama wanitanya... dalam drama..mak oi, macam boleh buat menantu mak aku yang nombor dua pulak... tapi bila nampak gambaunye yang diuploadkan orang dilaman blog dorang-dorang tu... MasyaAllah... carilah namanya.. u will see lah..

Mungkinlah itu antara sebab aku taknak masuk industri tu.. baik jadi GURU. Selain sebab sayang kat keluarga, tak nak memalukan keluarga, juga taknak memalukan Agama. Sebab orang dah kabo dah...sejak lama dulu industri tu lebih dekat dengan jalan Syaitan. Kalau hampirlah pun masih ada fitnahnya...

Aku pun orang tak mudah percaya. Sangat suka memikirkan sebab akibat yang positif terhadap orang. Mungkin pelakon itu ya buat, mungkin pelakon tu dok buat.. Wallahualam. Wbagaimanapun, tahniah kepada penerbit dan penulis cerita, ada ikhtiar untuk meningkatkan drama Islamik bentuknya.. Aku pun bukanlah baik sangat. Dah namanya manusia.

Semoga kita sentiasa mendapat Nur Kasih daripada-Nya. Alhamdulillah..InsyaAllah...

Isnin, 3 Ogos 2009

apple gurlz tanya

RE: apple salam..cmne sy bley dpt kn mklmt tntng joget phg

Salam kepada penanya (orang yang bertanya).
Adapun joget merupakan sebuah tarian yang ditarikan di nusantara dengan pelbagai bentuk dan jenis. Dapatlah saya simpulkan bahawa terdapat 2 kategori joget iaitu moden kontemporari dan asli. Bagi kategori joget moden kotemporari, langkah2 atau bunga joget asli digunakan dengan gabungjalinan gerakan kreasi baru sama ada dengan tarian melayu lain seperti zapin, inang dan sebagainya, mahupun dengan tarian barat seperti stailis, ballet, rumba samba dan sebagainya.

Adapun joget asli terdapat pula dalam pakej yang pelbagai, sepertinya joget asli, joget kais (asli), joget jawa, joget minang, joget lambak dan sebagainya. Gerakan joget yang disebutkan tadi tidak sama antara satu jenis dengan jenis yang lain kecuali Langkah asasnya iaitu gerakan tangan dan kaki yang bersilang ke depan dan belakang (seperti yang anda biasa lihat).

Adapun bunga yang biasa di lihat dan diajar ialah antara lainnya seperti bunga asas, gila-gila (lain tempat lain sebutan), sudi, tepuk tangan, bulatan pembetung, telancang dan sebagainya. (lihat contoh video di laman Web KeKKWa).

Jawapan bagi soalan anda ialah,
1. datang ke Kuantan, sama ada ke Unit Budaya di bawah SUK bertempat di Wisma Belia, Indera Mahkota. Atau ke Jabatan Kebudayaan (bahagian latihan kesenian rakyat etc) atau dikenal sebagai Taman Budaya di sebelah Hotel Seri Malaysia Kuantan.
2. Joget Pahang. Langkah dan bunga sama dengan Joget asli cuma muzik atau lagunya sahaja yang lain.

Rabu, 29 Julai 2009

Kamus Perbendaharaan Kata Bahasa Bisaya Sabah

sejak beberapa minggu ni saya asyik(sambil-sambilan buat kerja ofis di sekolah) bermain dekat friendster dan facebook. Rasa macam orang tua baru dapat komputer pada zaman mlrc chatting room dulu. Ketinggalan zaman betullah. Tapi untungnya ada idea baru diberikan oleh rakan-rakan grup friendster OKU ANAK BISAYA. Mak terbitlah bahan yang nak dikongsikan kepada anda.

Rujukan maya dari -Group Oku Anak Bisaya Friendster, Group Anak Anak Bisaya Friendster, Blog Ideris Jikon (isi telah disunting oleh ku) dan atuk nenek ku.

Bahasa Bisaya Kawasan Lambah Padas (Beaufort, Sabah)
....ada masa aku edit la sikit2.... full view dalam grup friendster... mari belajar bahasa baru..

Kosa Kata Bahasa Bisaya yang saya tahu.

Ikut Kategori

Nombor
Miso – Satu
Duo – Dua
Tolu – Tiga
Apat – Empat
Limo – Lima
Onom – Enam
Turu – Tujuh
Walu – Lapan


Warna
Ragang/Maragang – Merah
Silau/Masilau – Kuning
Tomou/Matomou – Hijau
** - Biru
Purak/Mapurak – Putih
Itom/Maitom – Hitam


Tubuh Badan
Ulu – Kepala
Rabas – Muka
Obuk – Rambut
Utok – Otak
Telingo – Telinga
Matu – Mata
Odung – Hidung
Nipon – Gigi
Kabang – Mulut
Dilla – Lidah
Liau – Leher
Longon – Lengan
Kariam – Tangan
Tinaie – Perut
Jakud – Kaki
Palad Jakud – tapak kaki
Kadat – Dahi
Bingal – Pipi
Ajai – Dagu
Tobing – Peha
Kotung – Punggung

Rasa
Matamis – Manis
Mosin – Masin
Manau – Tawar
Podos/Mapodos – Pedas
Poit/Mapoit – Pahit
Monsom – Masam


Sukatan
Sodu/Masodu – Jauh
Somok/Masomok - Dekat
Daru/Madaru – Panjang
Riba/Mariba – Pendek
Jangkau/Majangkau – Tinggi
Kalu/Makalu – Besar
Ranik/Maranik – Kecil
Gayuh/Magayuh – Luas
** - Sempit
Kurung – Belakang
Dapan – Depan
Sembila – Sebelah
Sawat – Atas
Iba – Bawah
Tanga’ – Tengah

Kata Ganti Nama
Oku – Aku
Ikau – Kau
Jami – Kami
Okou – Kamu
Tokou – Kita
Iro/Siro – Mereka
Sio – Dia
Yama – Bapa
Indu – Ibu
Yaka – Abang/Kakak
Katabinai – Adik
Sang Katabinai – Adk beradik
Kainsan/Sakainsan - Sepupu
Aki/Yaki – Datuk
Odu – Moyang
Anak Mangiwan – Menantu
Iwan - ??
Sau – Isteri
Wanu – Suami
Tamung – Tunang
Mianai – Lelaki
Yunai – Perempuan



Haiwan
Sodom – Semut
Nipo – Ular
Manuk – Ayam
Patu – Itik serati
Kiaun/Caun – Ikan
Badus – Haruan Hitam
Dalak – Haruan putih
Sada – Keli
Koruk – Karuk??
Buayu – Buaya
Sosok – Cicak
Boyo – Babi
Bukaru – Mawas
Butod – Ulat Sagu
Purun – Tebuan Tanah

Perbuatan
1. Guna Tangan
Bukut – Tumbuk
Turu/Manuru – Tunjuk
Jangkum - Genggam

2. Guna Kaki
Barigod/Babarigod – Berdiri
Panau/Mamanau/Magimpanau – Berjalan
Simbul/Manyimbul – Berlari
Tulud/Tamulud - Terbang
Ulok/Mangulok – Pijak

Perasaan
Guang – Hati
Gangi/Magangi – Marah
Gondom/Naka Gondom - Rindu
Mungot – Marah
Irak/Magirak – Ketawa
Kidum/Kidum-kidum – Senyum
Giad/Magiad - Menangis
Badai/Mabadai guang – Tak sedap hati
Ikum-Ikum/Kikuman – Malu
Katul/makatul – Gatal
Isa Maaruaru?? –
Isa Makatotorotok?? – Tak senonoh
Lakak/Nakalakak – Takut
Rokik/Mirarokik – Menjerit
Mangit – Merajuk
Lasu/Malasu – Panas

Peralatan
Sudu – sudu
Sonduk – senduk
Kakanan – pinggan
Panci – periuk
Madi/Mamadi – parang
Saging – ??
Sagang – ??
Ragan/Raragan – ??
Kudut – mangkuk

BAHASA BISAYA - BAHASA MELAYU
Abai - Orang Brunei
Adai – Jangan
Ajai -Dagu
Aki - Atuk
Along - Ipar perempuan
alun-alun - jalanraya
Bio – Dimana
Ampai - Letak
Ampuni - Telor
Andiban – Bujak / Lembing
Angkayau - Hati
Antad - Dari
Apad -Titi
Apat - Empat
Apid - Madu (isteri)
Apid - Anak kembar
Apun - Pancing
Aru - Ada
Asu - Anjing
Atud - Hantar
Awak - Pinggang
Ayud - Tepatkan
Babalik - Rumput
Bawang gayuh - Sungai besar
Bawang - Sungai
Bayang - Baju
Bodi - Kemaluan perempuan
Borigod - Berdiri
Bialong - Panggilan utk ipar perepuan
Bingal -Pipi
Bito' - Bawa
Bobong - Bocor
Bolou - Buta
Bukut - Tumbuk
Buwayu - Buaya
Cangkir - Cawan
Dodot - Rapatkan
Duo - Dua
Obit – Bawa
Obuk -Rambut
Odu' - Nenek
Odung - Hidung
Oku - Saya
Onom - Enam
Ontong - Tengok
Eigo' - Mari
Gakud -Kaki
Ganjau - Parang
Gasi' - Ipar lelaki
Gauh - Rebut
Gonit - Kilat
Gia' - Suara
Giad - Nangis
Gidu' - Halau pergi
Gout - Pegang
Guab - Menguap
Gubang - Perahu
Iba' -Bawah
Ibang - Kiri
Ikau - Awak
Ina' - Emak
Indu Inang - Mak cik
Mosolon - Suka / Dengki
Indu - Ibu
Inggut - Goncang
Inod - Tahi gigi
Intaid - Nasi
Iro - Mereka
Isa' - Tidak
Isan - Sebelah
Iyo - Dia
Jaung - Sentuh
Jelama - Manusia
Jinaung - Disentuh
Kabang - Mulut
Kainduo - Duapupu
Kainsan - Sepupu
Kandu - Kata mereka
Kangkangan - Bayi
Kangku – Saya kata
Kaniab - Kemarin
Kanyu - Dia kata
Kapal (makapal)- Tebal
Karabau - Kerbau
Karau - Kemarau
Kariam - Tangan
Kotung - Punggung
Kiaun/caun - Ikan
Keintoung - Semalam
Kodou - Keras
Konoon - Kain
Korojo - Kerja
Kuanan - Kanan
Laid - Lama
Laru' - Tapai
Laud - Pukul
Takau - Curi
Lobong - Kuburan
Longoon - Selesma
Leing - Baki minyak
Liau - Leher
Liliboh - Nyiru
Liliwah - Bahu
Limbata - Lintah
Limoh - Lima
Limpang - Baring
Lingguang - Cacing
Liud - Banjir
Losok - Lumpur/becak
Luang - Lubang
Luor - Sakit
Mabadai - Rasa malas
Mabalut - Baik
Madaru - Panjang
Madiu - Mandi
Magayuh - Besar
Magiad - Menangis
Magilo - Banyak
Magium - Mencari
Magusai - Batok
Maigag - Bergas/bergaya
Makala' - Kering
Makalu - Besar
Makatul - Gatal
Malus - Halus
Mamadi' - Parang
Mamaras - Berkayuh/berdayung
Manau - Tawar
Manginud -Menunggu
Mangkabang -Mengumpat
Maniau - Siang
Manu - Begitu
Mantaie - Ceret beret
Manti - Begini
Manuk -Ayam
Maparas - Cantik/lawa
Maragang - Merah
Mararaat - Semak
Mariba' - Pendek
Matai - Mati
Matarum - Tajam
Matitiodop - Ngantuk
Matiru - Kena
Matu - Mata
Nipo - Ular
Maya' - Ikut
Mayau - Kenyang
Manini - Kecil
Marorondom - Subuh
Mianai - Lelaki
Mikokoro'ok - Berkokok
Mi impon - Berkumpul
Minang - Pak cik
Miso - Satu
Miurud - Berurut
Modo'ot - Gelujuh makan
Modop - Tidor
Mokito -Nampak
Mongoi - Pergi
Manini' - Kecil
Monong - Betul
Mapotut - Gelap
Morogo – Mahal
Sambalai - Jiran
Maroso - Sedap/lazat
Mosin - Masin
Masodu – Jauh
Masomok - Dekat
Mosongou - Luas
Matomau - Hijau
Mugad - Mahu pergi/mahu jalan
Muli' - Pulang
Naganak - Bersalin
Nakaingat - Teringat/terkenang
Nakaium - Tercari/rindu
Nakajaung - Tersentuh
Nakauma - Terjumpa
Nakasobu - Terkenching
Nakatalib - Terlepas
Nakatindak - Terlompat
Nangakun - Mengaku
Napalid - Tersesat
Natiru - Terkena
Natuk - Sagu
Natuk - Sagu
Nipon - Gigi
Nokito - Ternampak
Nokorikot - Sampai
Nugad - Sudah jalan/sudah pergi
Nunu - Apa
Umbui - Bohong
Oo' - Ya
Palad gakud - Tapak kaki
Palad kariam - Tapak tangan
Waig - Air
Palarut - Seluar dalam
Palid - Sesat
Panau-panau - Jalan-jalan
Pandidip - Macis
Panggil - Jemput
Paparuka - Duduk-duduk
Paruka - Duduk
Pimpanau - Sedang berjalan
Pinalid - Disesatkan
Pinatai - Dibunuh
Porit - Parit
Puagu - Cemburu
Purak - Putih
Pusod - Pusat
Rakup - Tangkap
Rapuan - Dapur
Raramu - Hantu
Rasam - Hujan
Romou - Airmata
Rikot - Tiba/Sampai
Rogon - Hantu
Rumbio -Rumbia
Rongkop - Serkap
Sada - Tiada
Salieid - Bubu
Sambila' - Sebelah
Sambilan - Sembulan
Sangit - Sangkut
Sangkatabinai - Adik beradik
Sau - Isteri
Sapuluh - Sepuluh
Sasakut - Sayur
Sawat - Atas
Sorob - Bakar
Simbul - Lari
Sino - Sana
Siti - Sini
Suob - Esok
Sorop - Tidor sekejap
Sulap - Pondok
Sumobu - Kencing
Sumodui - Berenang
Sumandak - Anak dara
Sumauh - Cari bekal isteri
Bukid - Bukit
Sumoborong - Menyeberang
Sumpi - Periok
Tabinai - Adik
Takiuk - Sedikit
Tarab - Dekat
Tatak - Tinggal
Tataku - Tinggalkan
Tatakun - Akan ditinggalkan
Tobing - Paha
Toli' - Butuh
Tolingo - Telinga
Bongol - Tuli
Tolu - Tiga
Torob - Sarat
Terompak - Selipar kayu
Terukang - Cangkung
Tinai' - Perut
Tinatak - Sudah ditinggalkan
Tindak - Lompat
Tingkorud - Guruh
Tokou - Kita
Tulud - Terbang
Tumindak - Melompat
Torobong - Telaga
Tujuh - Tujuh
Tukad - Tangga
Tumaie - Buang air besar
Tumalib - Lalu
Tutud - Suluh
Upus - Bungsu
Urou - Roboh
Urud - Urut
Usi' - Garam
Using - Kucing
Walai - Rumah
Walus -Balas
Wanu - Suami
Yama' - Bapa
Yombo' - Siapa
Yudon - Panggilan utk ipar lelaki
Yunai - Perempuan/Wanita

Rabu, 15 Julai 2009

Bosan Dengan Kuliah?

Ada berani?...mai nengok gambo-gambau aksen koi...


zaman 2002(mula-mula sampai penang ) - 2005(lepas abis final year project)


2006 - hujung tahun dan awal tahun



xpdc jeram pelangi kuala sentul maran 2008 - bersongkok 2009

Selasa, 7 Julai 2009

Kakiseni playscript comp


Baru ni ada e-mail dari grup kakiseni. Pertandingan menulis skrip drama bermasa 10 minit plus minus 2 minit. Dah ada subjek dan idea, digabung dengan konsep teater dan teori tentang cara menulis skrip. lebih kurang macam di atas nilah. tapi yang itu cerita tentang orang dapur. Tengah masak. Konflik berlaku masa diorang masak. Diakhir cerita atau drama, dalam masa 10 minit, adanya katarsis dan pada masa yang sama akan terhidang 2 atau 3 jenis masakan. so simple play. tapi aku tak hantar untuk pertandingan yang ni. aku buat lain. tajuk... The Puppets of the Puppeters. tapi tak boleh ceritalah. rahsia. Aku ada banyak subjek nak buat drama tapi malas nak buat. Ni pun tengah memeramkan drama tadi tu. tentang apa? nantilah.
Ada banyak subjek saya kata tadi antaranya...tentang politik sekarang, ekonomi, perubatan, kes jenayah dan juvana, bidang pendidikan, kewangan dan pelbagai lagi. Mudahnya. Buat konflik, kemudian jadikan watak. Watak tu biarlah secara simbolik saja jangan pula terus guna nama orang. mungkin burung ke, orang gila tengah borak di kedai kopi ke, budak 7 tahun tengah pasang pampers sendiri di parlimen ke... segalanya mungkin berdasarkan pilihan si penulis. tapi tetap simbolik....

Selasa, 23 Jun 2009

Analisa Skrip

Salam...

Dah agak lama juga sejak saya mengirim pos terakhir saya. Jadinya saya ingin memasukkan pos baru. Notanya tak terlalu berat, kerana nota ini biasa bagi pelajar-pelajar sekolah yang belajar KOMSAS(Komponen Sastera) dalam Bahasa Melayu (Saya lebih suka gunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Malaysia- sebab- Malaysia negara pelbagai bangsa jadi Bahasa Malaysia sama dengan Bahasa Pelbagai Bangsa bukan lingua franca- pandangan sahaja). Cuma dalam menganalisa skrip cara sastera dengan cara pementasan berlainan sedikit.

Analisis Skrip Untuk Pementasan
antara perkara-perkara yang harus diteliti apabila proses menganalisa naskhah lakon dibuat antaranya yang paling penting ialah:

1. Sinopsis (atau Ringkasan cerita)
Sinopsis cerita ialah ringkasan cerita yang memberitahu secara ringas tentang watak yang terlibat, tentang konflik yang berlaku secara kasar serta keputusan bagi permasalahan yang berlaku. Tapi bagi sesetengah cerita atau skrip, permasalahan ini biasanya tidak berpenghujung. akan diterangkan dalam bahagian Konflik. Sinopsis sepatutnya ditulis dalam satu atau 2 perenggan sahaja. Jangan lebih.

2. Tema
Ramai yang keliru antara tema, tema utama, dan persoalan. Bagi sesetengah orang, mereka cuba membuat kajian analisa secara rigid. Memang perlu, namun dalam item tema ini, kita perlu khususkan kepada satu idealisme penulis yang konkrit. Konkrit di sini bermakna tema harus berkait dengan analisa luar skrip iaitu tentang tahun skrip ditulis, isu pada tahun itu, dan sebagainya (kaitkan dengan analisa luar skrip termasuk latar belakang penulis) . Tema ini harus dikaitkan pula dengan plot.nanti dulu. Tema tersebut kadang-kadang susah untuk dicari seperti dalam skrip-skrip absurd atau teater fitrah. Jadinya semestinya kita melihat kepada plot cerita.

Dan bagi saya, tema dan persoalan janganlah dipisahkan. Kerana item tersebut merupakan kaitan yang tak mungkin dipisahkan.

3. Plot
Apa itu plot. apakah plot sama dengan scenceografi ? Plot ialah jalan cerita. Daripada satu babak kepada babak yang lain. Atau lebih kepada pengembangan cerita. Daripada konflik asas kepada konflik khusus kepada jawapan konflik tersebut. Yang terlibat ialah watak-watak serta adegan-adegan yang bersambungan. Ada sesetengah cerita plotnya berlingkar. Seperti contoh, mula cerita semasa anak, babak kedua usia tua, babak ketiga semasa remaja, babak keempat setelah mati. Penganalisa mesti membuat kajian plot yang tidak konsisten ini, juga untuk mengujia kecekapan seseorang pembaca. Plot terjenis kepada klimatik, episodik dan pusaran. Plot klimatik ialah plot jenis biasa iaitu bermula dengan keadaan yang tenang,kemudian masuk konflik atau gangguan, cerita berkembang, meningkat kepada klimaks seterusnya anti klimaks (bukan semua cerita ada anti klimaks). Plot episodik seperti yang saya katakan tadi, sekejap babak ini, kemudian babak itu, kadang-kadang babak 1 dengan babak 2 tidak berkaitan langsung. Tetapi kaitannya terbongkar pada akhir cerita. Mesti. Ada klimaks disitu. Plot Pusaran atau rounded plot berbeza, cerita dengan plot ini berjalan dengan permulaan yang tenang atau dah tegang. berjalan dengan konflik dan diakhiri dengan cerita atau ketegangan dan persoalan seperti permulaan cerita. Begitulah secara ringkas.

4. Watak dan perwatakan
'Ni lagi berat nak dihuraikan. sebab masa saya suntuk. cuma boleh buat entri kat sekolah je.Ada streamyx'.
Bagi mengkaji watak serta perwatakan, perlu lihat entri saya sebelum ini berkaitan kajian latar belakang penulis. Analisa watak dan perwatakan sama seperti analisa latar belakang penulis. Bahagikan 3 bahagian. a) ciri fizikal, b) ciri cara berfikir dan budaya hidup, c) sejarah hidup . Ciri-ciri ini mesti diterjemahkan sedetail-detail terperinci yang mungkin. Boleh berdasarkan penerangan dalam skrip atau cara-cara ayat dialog dalam skrip ni ucapkan. Begitulah secara ringkas.

seterusnya akan diterangkan kemudian. Antaranya:

5. Konflik
Dalam sesebuah cerita, yang paling penting ialah konflik iaitu isu pertentangan yang konkrit dan kukuh. Unsur ini, terdiri dari 2 jenis iaitu konflik dengan atau dalam diri dan konflik luar atau dengan orang lain atau makhluk lain atau tuhan. Konflik ini biasanya disusun secara berperingkat-peringkat oleh penulis, sama ada penulis cerita atau skrip. Dan sememangnya watak atau item yang membawa konflik ini tidak dijelmakan secara terus tetapi lebih kepada simbolik yang membawa makna-makna terentu atau pelbagai makna. So konflik is the main pengerak bagi sesuatu cerita. ada konflik ada cerita, tanpa konflik cerita menjadi flat atau membosankan.

6. Konsep

7. Bahasa

8. Unsur Kekaguman

Rabu, 17 Jun 2009

My Email

Untuk Keterangan Lanjut... Saya Ada 2 email



1. Zulian_Shah82@yahoo.com

2. Shahseniusm@gmail.com

Jumaat, 29 Mei 2009

Draf ini sebenarnya aku buat selepas tingkatan 6. Masih kuat pengaruh semasa belajar Bahasa Melayu peringkat Pra-Universiti dulu. Dedikasi kepada guru yang posting di Sabah... Belajar jangan kena klentong dek budak....


Bahasa Melayu Sabah .

* Pelajar dinasihatkan supaya mendalami pelajaran Bahasa Melayu sukatan Pra Universiti atau tahap STPM terlebih dahulu untuk memahami tentang linguistik Bahasa Melayu Sabah .

Bahagian Pertama .
- Bahagian pertama membincangkan tentang struktur perkataan dalam Bahasa Melayu Sabah secara luaran sahaja iaitu tentang asimilasinya dari bentuk Bahasa Melayu Baku .
- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan pelbagai dan huruf Vokal ‘ e ’ , dalam perkataan Melayu Baku akan menjadi gabungan Konsonan pelbagai dan Vokal ‘ a ’ atau ‘ i ’ .

contoh ; Konsonan + Vokal ‘ e ’ = Konsonan + Vokal ‘ a ’
‘ Be-sar ’ menjadi ‘ Ba-sar ’
‘ Ce-pat ’ menjadi ‘ Ca-pat ’
‘ Ke-ring ’ menjadi ‘ Ka-ring ’

contoh ; Konsonan + Vokal ‘e’ = Konsonan + Vokal ‘i’
‘ Tem-bak ’ menjadi ‘Tim-bak ’
‘ Ke-cil ’ menjadi ‘ Ki-cil ’ / ‘ Ki-ci ’
‘ Per-gi ’ menjadi ‘ Pi-gi ’

- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan dengan Vokal ‘ o ’ pula akan menjadi ‘ u ’ . Ini terjadi kerana faktor penguguran dan penambahan huruf dalam perkataan untuk lebih mudah difahami dan disebut .
contoh ; Konsonan + Vokal ‘ o ’ = Konsonan + Vokal ‘ u ’
‘ Go-sok ’ menjadi ‘ Gu-suk ’
‘ Bo-leh ’ menjadi ‘ Bu-lih ’
‘Te-ngok ’ menjadi ‘ Ti-ngu ’
‘ O-rang ’ menjadi ‘ U-rang ’

- Konsonan ‘f ’ akan menjelma menjadi Konsonan ‘p’
contoh ; ‘f ’ = ‘p’
‘ Fi-lem ’ menjadi ‘ Pi-lim ’
‘ Fi-kir ’ menjadi ‘ Pi-kir ’
‘Ak-tif ’ menjadi ‘Ak-tip ’

- Konsonan ‘h’ pula akan digugurkan dalam setiap perkatan yang bermula dengan huruf ini .
contoh : ‘ h ’ = ø
‘ Hilang ’ menjadi ‘ Ilang ’
‘ Haram ’ menjadi ‘ Aram ’
‘ Hasut ’ menjadi ‘ Asut ’

- Konsonan ‘ z ’ yang berada di depan perkataan pula akan berubah menjadi ‘ j ’.
contoh : ‘ z…’ = ‘ …j ’
‘ Za – hir ’ menjadi ‘ Ja – hir ’
‘ Za – kat ’ menjadi ‘ Ja – kat ’
‘ Azi – zah ’ menjadi ‘ Aji – Jah ’

Bahagian Kedua .
- Bahagian kedua ini lebih kepada pengenalan perkamusan , iaitu perkataan yang tidak ada dalam dalam kamus DBP tetapi amat popular disebut di Sabah . Juga terbahagi kepada dua unsur iaitu perkataan dan maknanya .


Perkataan - Makna
Acut -Rotan
Asu -Anjing
Aki -Datuk
Ambuyat -Sagu Rumbia
Amput -Bersenggama / hubungan seks
Ampus -Lelah
Ampai -Letak
Ancak -Turun– naik / Lancap
Andang -Memang
Bangas -Basi
Balan – balan Hantu penanggal
Bata -Bekal makanan / batu
Bida -Hodoh / Buruk
Bilang -Kata / Cakap / Ucap
Biut -Senget
Bubut -Kejar
Bubus -Bocor
Budu -Penyakit telinga berair
Bekarih -Mampu / Rajin
Babau -Bisu
Buyuk -Tipu
Buyun -Gila
Dalak -Ikan Haruan
Dugal -Gastrik
Giuk -Ulat
Gerigitan -Geram
Hindik -Himpit
Ina’ -Nenek
Inut( Berinut ) -Ansur / Beransur
Injak -Pijak
Inda -Tidak
Indada -Tiada
Jajal -Nakal
Jakun -Kehairanan
Kanapatan -Didapati / dikesan
Kapisan -Pengsan
Kapsit -Penipuan
Kajap-kajap -Berkelip – kelip
Karuk -Ikan Puyuh
Kasi -Beri / mujarab
Kuntau -Berlawan / bergaduh
Luki -Kedekut
Luagan -Lagoon / Tasik berpaya
Langis -Habis
Licak -Becak / Lembut
Lontong -Santau (murut Tenom)
Lugai-lugai -Sehelai sepinggang / Tergantung-tergantung
Limpas -Lalu
Limpang -Baring
Malar -Tetap / Sentiasa
Marak -Nyala
Matai -Mati
Pugai -Pukau
Palui -Bodoh
Pantat -Punggung
Radu -Redah
Rambat -Jala
Sasah -Cuci
Sasar -Ke tepi / minggir
Sandi -Sengsara / Teruk / perbuatan melampau
Santit -Bitas / Ilmu menghilangkan kemaluan
Sarut -Suara serak
Sia( menyia ) -supaya tak kempunan
Siuk -Seronok
Sikut -Dukung di belakang
Sigup -Rokok / Tembakau
Simbat -Ambil kesempatan
Siring -Tepi
Siruk -Hisap / Menyudu
Sisir -Sikat
Subuk -Intai
Sumandak -Anak dara / Perawan
Sumpak -Sumbing/senget (rambut)
Sulap -Pondok kecil
Tabak -Tikam
Tapuk -Sembunyi
Temaha -Tamak
Tekiding -Raga disikut diperbuat dari rotan (wakid)
Tumbuakar -Hantu air
Tungup -Tertiarap
Tungap -Telan
Tunu -Bakar
Tuyung -Tuang
Teranah -Duduk diam
Tampas -Bertingkat – tingkat
Telagas -Tidak memakai baju
Usai -Kemas


- Peminjaman dari bahasa asing terutamanya dari Bahasa Inggeris biasanya amat terhad pengunaannya tetapi masih juga digunakan .
Contoh :

Perkataan- Makna
Skul / Iskul-School (sekolah )
Buuk-Book ( buku )
E-put-Airport ( lapangan terbang )
Pilta-Filter ( penapis )
Prebet-Private ( swasta )
Kies ( kes )-Cash ( tunai )
Staring-Starring ( Hero dlm sesebuah cerita )
Esbuk / Aisbuk-Ice box (peti ais)
Sinsu-Chain Saw (gergaji berantai)
Sigirit-Cigarette (rokok)


Bahagian Ketiga .
- Bahagian ketiga membincangkan tentang cara penyebutan sesuatu huruf dalam konteks Melayu Sabah .
(masih belum disusun)

** ‘A’ juga disebut dengan cara hentian glottis ( ă )


Bahagian Keempat
** Pengunaan perkataan ‘bah’ , sebenarnya bukanlah digunakan secara sewenang-wenangnya tetapi bertempat dan mengikut situasi . Perhatikan contoh situasi berikut
1 . “ Bah , ke mana kau Awang ? ”
2 . “ Bah ? Kenapa ? ”
3 . “ Bah ! ” – bermaksud ‘ya’ atau untuk menegur seseorang ( salam cara Sabah )
4 . “ Indada bah ! ”
5 . “ Bah , macam mana juga ? ”
6 . “ Bah , Jaga kau . ”
7 . “ Inda juga bah tu . ”

* Perkataan ‘bah’ , mempunyai perbezaan cara penekanan sebutan untuk menunjukkan situasi atau perasaan yang berbeza . Ini bukan bermakna hanya keadaan seperti beberapa contoh di atas sahaja perkataan ini dapat diguna , tetapi terdapat banyak lagi situasi yang boleh menggunakan perkataan ‘bah’ tersebut .



Bahagian Kelima .
** Bahagian ini membincangkan tentang konsep pembinaan ayat dalam perbualan seharian dalam bentuk yang paling asas .

Hukum M-D / D-M ( asas )
** Hukum M-D ( menerangkan – diterangkan ) biasanya digunakan dalam situasi harian para penutur bahasa ini . contoh ayat asas yang menunjukkannya ialah seperti berikut :
Contoh 1 :
Ayat baku ; Ali suka main bola .
Ayat tuturan ; Si Ali suka main bola . ( ucap = Si Ali suka main bula )
Contoh 2 :
Ayat baku ; Pasukan Sabah telah merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut .
Ayat tuturan ; Kejuaraan telah dirangkul oleh Pasukan Sabah dalam pertandingan
tersebut . ( ucap = Jadi juara sudah pasukan Sabah dalam pertandingan itu )


Bahagian Keenam .
( * haraf maaf , bahagian ini masih dalam kajian awal )

Pengimbuhan. ( asas )
** Pengimbuhan dalam Bahasa Melayu Sabah sama seperti yang terdapat dalam pengimbuhan dalam Bahasa Melayu baku ( standard ) .

1 . Imbuhan – “MeN…”
2 . Imbuhan – “PeN…”
3 . Imbuhan – “BeR…”
4 . Imbuhan – “Ter…”
5 . Imbuhan – “Ke…”
6 . Imbuhan – “…An”
7 . Imbuhan – “Di …”

Khamis, 28 Mei 2009

Cerpen : Merantau Dari Sabah

Salam..
Cerpen ini ditulis pada tahun 2002. Tiada penambahan sehingga tahun 2009 ini. Ini adalah koleksi peribadiku, serta pengalaman sebenar aku ketika mula-mula sampai di Tanah Besar ini. Ku dedikasikan kepada kawan-kawanku yang pernah belajar bersama ku di SMK Beaufort dan SMJK St Paul Beaufort dulu. Aku tak menghantar karya ini kerana aku tak tahu nak hantar untuk publish di mana. Maka dengan adanya teknologi blog yang aku baru nak main-main ni, sekurang-kurangnya ada pembaca yang terbuka mindanya tentang bahasa-bahasa baru yang baru diketahui cara komunikasinya. Kepada pengkaji bahasa, semoga terkesima dengan ayat-ayat ku... Terima Kasih kerana membaca..

Tajuk : Merantau Dari Sabah .
Penulis : Sahirulizan Bin Yusop
Nama Pena : Abg Shah82 / Karma Kencana
Alamat : H07 / 338 Desasiswa Fajar Bakti , USM , 11800 , Pulau Pinang .(2002)
E-mail : Zulian _Shah82@ Yahoo.Com

25 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Aku masih terpikir adakah urang yang mau menulis dalam bahasa melayu sabah . Diurang bilang inda bulih pasal nanti Professor bahasa marah . Antah , diurang sudah buat kajian ka balum . . Aku ari ni terima surat tawaran masuk univisti . Barangkali aku bulih buat kajian , supaya urang Semenanjung bulih belajar Bahasa Melayu Sabah yang bukan susah mau belajar , cuma kami capat cakap saja . Ati aku pun berbunga-bunga mau pigi Semenanjung . Ada banyak urusan mau diurus isuk .

26 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni aku panat mengurus kemasukan ka univisti . Lagi tiga ari aku terabang naik kapal terabang . Aku ni gayat , macam manalah tu . Diurang bilang , saudara aku yang parnah pigi semananjung , jangan dipecaya urang di sana , semuanya kapsit . Tapi kapsit lagi yayasan di tampat aku yang inda bagi bantuan untuk urang miskin yang mau belajar macam aku ni . Tapi kalau ada urang dalam , bulih juga sanang- sanang dapat biasiswa atau pinjaman . Ari ni juga aku jumpa Dato Timbalan Ketua Mantri , minta sumbangan ikhlas untuk tambang kapal terabang . AlhamduliLlah , dia bagi RM 300 , save budget sikit . Aku jumpa beliau di KK ( Kota Kinabalu ) , jadi lapas tu tarus mambali tiket kapal terabang – Air Asia – murah . Lapas tu aku tarus balik Buput . Kami panggil Buput pasal sabutan Inggerisnya susah di sabut – Beaufort .

27 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni pun sibuk juga , tapi sibuk di rumah saja pasal Mama aku suruh buat kenduri . Aku bilang inda payahlah , tapi taulah urang tua , sayang anak , lagi pun sekali sekala , dia bilang . Jamputan , semua jiran yang dakat sama saudara mara yang dakat juga . Semua datang bagi nasihat untuk aku balajar rajin – rajin . “ Bawa balik ijazah bukan bawa balik bini kalau sudah abis belajar ” Pakcik aku cakap . Aku Cuma sanyum saja . Malamnya , aku kamas barang yang mau dibawa . Sambil – sambil becerita sama Mama Abah aku . Macam ada rasa kasian mau kasi tinggal diurang . Tapi aku sudah bekaras mau pigi juga . Mama aku bilang , karja dulu , kalau ada rizki barulah pigi sambung balajar . Abah aku pula cakap – selagi ada peluang pigilah belajar , nanti sudah tua susah , banyak yang mau dipikir .

28 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Pagi ini aku bangun awal . Tugas aku yang tarakhir untuk minta sain di Pejabat Daerah . Lapas minta sain , pigi jumpa kawan-kawan . Macam–macam perasaan ada – sadih , gambira , kasian . Bukannya apa , kawan aku yang lain pun ada yang masuk univisti juga, tapi inda jauh , di UMS saja . Aku dapat yang jauh pula . Tapi inda apa . Lagi jauh lagi mencabar . Lagi mencabar lagi banyak pengalaman . Aku sentiasa pikir , semakin kita susah semakin itulah kita akan rasa sadar pasal hidup dan kita akan bersabar dengan dugaan itu . Lapas jumpa kawan , pigi iskul ( school ) lama , pigi jumpa cikgu lama . Cakap selamat jalan dan jumpa lagi .

29 Mei 2002 , Kota Kinabalu , Sabah
Ari ni , paginya aku rasa semacam saja . Macam ada kupu – kupu dalam parut ku . Aku bangun awal . Tulung Mama aku masak . Tengah hari ni kami makan sama – sama . Makan sekeluarga bah . Patangnya kami sekeluarga betulak dari rumah ka KK . Perjalanan dua jam saja dari Buput ka KK . Kami singgah di rumah Macik aku di Luyang , dakat Bukit Padang . Kg Baru , bukannya taman bahagia tu . Pukul 12 tangah malam kami pigi e-put (airport) . Jam dua aku sudah masuk dalam flight , sebelum tu biasalah , besalam – salaman sama keluarga .

30 Mei 2002 , Kuala Lumpur .
Ari ni mimang banyak kejadian yang tarjadi . Dari aku belapas sampai aku sampai di univisti ni . Bukannya kajutan budaya tapi kajutan suasana . Dari dalam kapal terabang banyak perkara baru aku terbelajar . Mula – mula aku eksen macam sudah biasa naik kapal terabang . Tingu dia punya pramugari , indalah telampau lawa batul , mikap macam anak patung . Inda juga aku takut masa dalam kapal terabang , pasal ada samangat bakubar – kubar pigi tanah baru . Di dalam kapal terabang tu juga aku inda dapat tidur , bising bunyi injinnya . Talinga aku pun macam tasumbat dan tarpaksa pula talan liur balik–balik . Sengsara batul . Perjalanan dua jam setangah saja . Selamat juga aku sampai dalam pukul lima labih di Subang .
E-put Subang bukan basar batul juga . Kici saja . Masa tu peralihan masa pun aku inda sadar . Di Sabah jam lima subuh sudah , di sini baru macam pukul ampat . Jadi aku tunggulah sampai subuh . Aku ada nampak cikgu yang aku kanal dari Buput juga , tapi aku inda tagur pasal aku takut dia inda kanal sama aku . Jadi aku pun buat buduh saja . Tunggu sampai tarang – taarang tanah . Aku cuba meninjau di luar pintu utama . Ada limosin e-put , tapi aku rasa mahal . Sebanarnya aku mau pigi Pudu Raya , naik bas pigi Pulau Pinang . Aku ti-ngu ada teksi mirah kuning kasi turun penumpang , bila aku tahan , tiksi tu indalah pula mau beranti . Aku pikir barangkali pasal aku malu–malu mau tahan itu tiksi barangkali . Jadi jam tujuh tu aku nekad tahan sabuah tiksi di dapan pintu utama . Tahan kamudian masuk tarus . Aku minta pemandu tu bawa aku pigi Pudu Raya . Cehhhhh…..macam hebat . Sekali pemandu tu kasi tau aku – “ Encik , sebenarnye di sini tempat untuk turunkan penumpang je . Tempat nak naik teksi kat depan sane ” . Aku pun pura- puralah macam Mr Bean – “ Oh ye ke ? sorry ” – abis cerita .
Dalam perjalanan pigi Pudu Raya !!! Wuiyooooo , dalam ati aku cakap , Kuala Lumpur ni macam New York yang dalam wayang gambar saja . Muka rileks ja tapi dalam ati kagum sekagum kagumnya . E-leleh . Itu barulah dia . Takajut basar . Punya main luas Kuala Lumpur ni . Sampai di Pudu Raya , ramai urang . Mimang ramai tahap dewa . Aku pun cuba cari kaunter bas ka utara . Cari punya cari , indada , abis sudah . Baru aku ingat waktu ni suti iskul pula rupanya . Terpaksa pikir , macam mana mau pigi Pulau Pinang pula ni . Jadi aku buat keputusan , pigi balik ka e-put . Naik kapal terabang pigi Pulau Pinang . Aku pun tahan tiksi pigi e-put .
Sampai di e-put , aku pun tunggulah . Masih awal lagi . Kaunter buka jam sambilan . Bila buka kaunter MAS aku pun bali saja tikit standby pasal murah . Aku pun tunggulah macam urang gila . Mula – mula ada flight jam sablas labih , tapi panuh , tunggu lagi . Tengari tu aku makan di e-put tu . Makanan dia sudahlah sikit , mahal lagi tu . Batul - batul cekik darah , karit , temaha . Lapas tu aku tunggu lagi . Jam tiga ada flight lagi . Panuh lagi . Rasanya macam mau ku amuk saja e-put ni . Tapi sabar saja . Tunggu punya tunggu , jam anam ada flight lagi . Kali ni barulah aku dapat naik . Syukur AlhamduliLlah .

30 Mei 2002 , Pulau Pinang .

Pukul tujuh labih aku sampai di e-put Bayan Lapas , Pulau Pinang . Siwa limosin pasal mau dakat maghrib sudah . Dalam limosin tu ( airport limousine ) , aku ti-ngu keliling kaadaan Pulau ni macam mana . Macam familiar saja . indada bija dangan KK bah . Sampai aku di tampat tujuan , tarus aku pigi talipun upis pasal mau tanya mana upis disasiswa – U lain panggil kolej kediaman . Lapas selasai semuanya , aku pun tinggal di disasiswa yang diurang bagi . Aku dapat bilik semantara yang has untuk ampat urang , tapi aku tinggal di sini satu urang saja . Jadi aku tidur buka lampu . Panat bejalan ari ni .

1 Jun 2002 , USM , Pulau Pinang .
Ari ni aku mendaftar masuk desa . Diurang cakap pakai kamas – kamas . Tapi aku tau identiti univisti ni bibas . Bibas tapi ada hadnya . Tapi bagi aku pula , urang seni macam aku ni , kami memperjuangkan kebibasan dan kebanaran . Dalam seni tiada hipokrit , yang ada cuma metafora saja . Ada lagi yang lain , tapi aku balum belajar lagi . Masa mendaftar tu , ramai urang antar anaknya . Macam – macam rupa , macam macam bahasa . Aku inda telampau kisah . Mimang adat dunia . Lapas mendaftar disa , aku ambil kunci , dapat bilik baru dan pindah . Kamas bilik sikit lapas tu sambung tidur . Isuk aku tau mula minggu suai kanal . Mesti teruk , perasaan ku . Ari ni aku cari makan di Sungai Dua saja pasal kafe balum buka .


* * * *

“ Saye dah bace cerpen jenis diari awak ni . Not bad . Tapi awak sure ke nak hantar kat news paper ? Ade ke orang nak bace , dengan bahase yang macam bahase pasar je ni . ”

“ Aku tak kisahlah tu semua , janji aku dapat perkenalkan bahasa kami untuk semua bangsa melayu di Malaysia ni . Kenapa , kau kurang yakin ? Aku kira ikut nasiblah kalau disiarkan atau tidak . Yang pentingnya aku dah cuba membawa bahasa aku di khalayak umum . ”

“ Wow , how marvelous ? Macam mane awak boleh yakin betul ni , wak . Sebelum ni ade ke orang jadikan bahase pasar untuk news paper . How crazy are you ? ”

“ Sebab tak de orang buatlah aku buat . Orang Kelantan yang memuja negeri dan bahasa diorang , tak de pun buat macam ni . Samalah macam orang Kedah , Perlis , Negeri Sembilan , Perak , Pahang dan Terengganu , yang tiada bahasa mereka dalam bentuk penulisan . Kalau dari Sarawak mungkin ada , sebab aku pernah baca sikit . Ini tak de pun bahasa kenegerian yang publish . Macam mana kita nak faham bahasa diorang . Bayangkan kalau orang Kelantan sebut ‘jeng’ , kau faham ke ? ”

“ ‘Jeng’ tu ape ? Ntah tak faham Saye .”

“ Tu lah kau , sombong bodoh . Kau tanyalah sendiri , aku tak nak bagi tahu .”

“ Tapi pakar bahase Melayu tak marah ke ? Nanti die kate , bukan bahase standad la , bukan baku la . Ntah ape lagi .”

“ Tak de lah macam tu sekali . Sebagai penulis , kita bebas menulis dalam bentuk apa sekalipun . Yang pentingnya ialah , memberikan sesuatu pengetahuan baru untuk pembaca . Betul tak ? ”

“ Suke hati engkolah . Nanti ade orang kate awak merosak bahase Melayu , baru awak tahu .”

“ Hek eleh . Macam lah bahasa dia tu betul sangat . Saye , saye . Bukan saye .. saya – S A Y A – saya .”

“ Jangan kau marah bah , geng . Aramai-ti bah .”

* * * *

Selasa, 26 Mei 2009

Theater Elemen : Living Theater books

Salam...
Bertemu lagi kita. Kali ni aku membawakan satu nota baru, pelajaran baru untuk anda tatapi. Semalam saya membaca semula kolaj kehidupan cikgu Noordin Hassan S.N. 'Saya...Dari Hujung Kota'- aku rasa patut jadi teks wajib untuk pelajar teater IPTA... sekolah seni pun boleh juga.. catatan pengalaman beliau yang menjadi impak kepada drama-drama beliau sebenarnya sama seperti unsur-unsur kajian naskhah lakon yang saya utarakan pada teks sebelum ini. Sangat rapat rasanya.

Setelah berfikir sejenak, saya membaca semula buku rujukan bagi sejarah teater barat iaitu "Living theater-an introduction of (western) theater history" oleh Edwin Wilson dan Alvin Goldfarb. Maka saya kemukakan semula Elemen Teater berdasarkan buku tersebut sebagai bahan kajian para pembaca sekalian...

ELEMEN TEATER

1. Ruang pementasan - sama ada dewan atau panggung di mana orang ramai datang menonton pementasan. Boleh juga terjadi di taman bunga, tepi jalan atau kawasan terbuka bagi persembahan 'teater jalanan'.

2. Penonton - Penonton yang melihat persembahan secara total.

3. Orang yang mempersembahkan - boleh di panggil sebagai pelakon, peran, penyair, penyanyi atau chorus (dlm teater yunani).

4. Elemen Visual - Set pentas, props, pencahayaan dan busana.

5. 'Subject matter : Human concerns' - Cerita tentang apa...? , tema , tentang siapa..?

6. Struktur - Plot perjalanan cerita, unsur kekaguman, dari plot tenang - ke klimaks - ke anti klimaks.


- begitulah antara lain elemen teater yang dinyatakan dalam buku tersebut. dapatlah kiranya para pembaca memikirkan tentangnya dan membuat kajian sebelum mengarah sesebuah pementasan... Terima kasih.. Bertemu Lagi Nanti....

Isnin, 25 Mei 2009

AKAN DATANG

Salam..
Saya tak berapa pandai orang putih ni.. tp jus try and error lah...Ni baru Bahasa Malaysia..Berbilang bahasa dan kaumkan?

Kali ni aku bicara tentang teaterlah pulak...Just pengenalan. Lain kali aku terangkan secara terperinci kerana aku menganggap pelajar seni persembahan membaca nukilanku ini.. ambillah....

Theater As A Life Performance

Sebuah persembahan teater merupakan gabungan pelbagai elemen persembahan. Dan yang paling utama ialah Lakon, kerana lakon atau pelakonlah yang membawakan cerita ke pentas. Dan yang paling penting elemen lakon boleh berdiri sendiri tanpa elemen lain seperti sebuah persembahan monodrama.

Elemen lain adalah sebagai spectacular penarik dan daya tambahan..
Antara elemen lain ialah..

1. Story and actor - an actors bring the story or story bring an actors?
2. spec 1 : costume effects
3. spec 2 : background and stage eff
4. spec 3 : make-up eff
5. spec 4 : sounds eff
6. spec 5 : lighting eff
7. spec 6 : props eff

terjemahlah dalam Bahasa Melayu ...

Baiklah sampai sini saja..Lain kali bertemu lagi...
Salam

Kurikulum Seni Lakon

Salam...
Haaaaa...... nilah kurikulum yang saya buat untuk Kursus Seni Lakon. Baru jumpa kat komputer lama. Nasib baik/mujur tak terbuang dek kerap diformat. Perhati dan kajilah dengan free...ilmu tak perlu bayar malah bertambah power lagi.. itu bahasa muda mudi sekarang. Tak bersastera langsung walaupun ada Komsas sekarang ni.. Jangan marah cikgu BM.

Kursus Asas Seni Lakon (Draf Buku)

Teori
1. Asal-usul Lakon
a) Ritual pemujaan/pengubatan/hiburan
b) Makna - sisi bahasa dan sisi praktikal (peniruan aksi alam)
c) Seni artistik / kreatif (lambang tahap pemikiran masyarakat pada
zaman berkenaan)

2. Sejarah Lakon
a) Lakon Barat (Greek,Rom hingga Post Modern & Alternatif)
b) Lakon Timur (Epik Mahabharata,Ramayana,1001 malam hingga
Lagenda tempatan)
c) Malaysia (Gabungan Musik,gerak & dialog ,Ritual pegubatan hingga Kini)
d) Sabah (Ritual pemujaan,hiburan kampung, kedatangan grup
Bangsawan hingga Kini)

3. Aliran (umum)
a) Ritual Pemujaan/Pengubatan/Hiburan (tradisi ritual)
b) Tradisional (tradisi sosial)- Rakyat/Istana
c) Transisi (Bangsawan, Purbawara)
d) Moden - Realisme (Sandiwara)
- Non Realisme (Absurd,Existenialis, hingga konsep teater Fitrah)
e) Postmodern
f) Alternatif
g) Kontemporari dan eksperimental

4. Teori lakon dan teater
a) berdasarkan aliran
b) tokoh - Shakespeare, Stanislavski, Mayerhold, Grotowski, Brecht,
Suzuki, Rendra, Putu Wijaya, Nordin Hassan, dll (mengenali
serba sedikit tentang mereka).

Praktikal
1. Analisis Skrip ( cara Aristotle & Masa Kini)
a) Pembacaan
b) Latarbelakang - Penulis
- Sosial
- Masyarakat
- Politik
- Ekonomi
- Taraf Pendidikan
- Pengaruh Budaya ( Adat/agama/semasa)
c) Kajian Dunia Naskhah Lakon
- Sinopsis
- Tema
- Watak dan Perwatakan (L/b, internal, external)
- Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
- Konflik (Jenis dengan diri/lain)
- Persoalan
- Kekaguman (visual/audio/kinetik)
- Bahasa (dialog & subteks)
d) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon
e) Hafalan- Teknik (Seorang,Duet,Kumpulan)

2. Watak
a) Jenis - Stereotype
- Role type, Prototype
- Archetypal
- Round
b) bentuk - Naturalis
- Stailis
- Simbolis
- Slapstik
- Expressis
c) Kajian watak - Fizikal
- emosi dan fikiran
- latar belakang
d) Peranan
e) objektif dan super objektif
f) motivasi
g) Cara/bahan yg diguna utk capai objektif
h) Observasi
i) Persembahan – Komedi (Old/New)
- Satira (Farce/avant garde/dll)
- Serius (Tragedi)
- Romantik (Melodrama/Well made play)
- Epik/lagenda
j) Pembahagian - Presentational / Representational

3. Elemen Lakon (mesti bersebab/have a motivation)
a) Pergerakan, Gesture, Posture, Bentuk, Makna…
b) Vokal ( Jenis,Intonasi, Dialog, Tone,…) – vocal theatre- mesti dengar satu dewan tanpa pembesar suara.
c) Emosi dan Fikiran
d) Aksi, Reaksi, vs Pasing, Timing
e) Blocking (Level, Ruang, bentuk….)
f) Mime Pantomime (Mimik muka)
g) Fokus dan Konsentrasi
h) Eye Contact
i) Pernafasan
j) Contact & connection

4. Menghidupkan watak
a) Sesuaikan/asimilasi/guna gabungan elemen lakon
b) Improvise
c) Kesedaran (Sedar ruang,teman,diri…)
d) Subtext/ Ad-lib
e) Plasticity (tampalan hasil observasi)
f) Method acting of Stanislavsky c.s (Memory recall, magic if, inner truth)
g) Ilusi/Bayangan
h) speed,energy,volume
i) internal acting & External acting
j) sensitiviti

5. Disiplin
a) Pentas (semasa latihan,rehearsal dan persembahan)
b) sesama krew
c) diri (masa,komitmen,sifat,pemikiran,keberanian dll)

6. Permainan teater
a) Miror
b) Throw & Catcher
c) Believe
d) dll ……..

7. Pemanasan badan
a) Shaking
b) Swinging
c) Sustaining
d) Stretching
e) dll….(Silat or other martial arts)

8. Rehearsal
a) Pocket (utama / tambahan)
b) Full

9. Persembahan

10. Kritikan lakon
- Kritik berdasarkan elemen lakon.

# Proses lakon

Peringkat 1 : Audition @ Ditawarkan
Peringkat 2 : Mendapat Skrip/Naskhah Lakon/Senario cerita (baca)
Peringkat 3 : Mengkaji
Peringkat 4 : Menghafal
Peringkat 5 : Bermain
Peringkat 6 : Gabung elemen & plasticity
Peringkat 7 : Latihan
Peringkat 8 : Rehearsal
Peringkat 9 : Persembahan
Peringkat 10 : Kritikan Lakon

Gambar rajah
1. Plot
2. Konflik
3. Teori psikoanalisis
4. Human view for theme

Nota Tambahan
** Beberapa nasihat
1. Jangan berlakon sebagai diri sendiri
2. Jangan Meniru watak orang gila (kecuali watak Psiko) dan orang cacat
3. Berlakon tetapi jangan berlakon
4. Berlakon untuk penonton faham
5. Jangan sekadar lafaz dialog
6. Jangan takut muka,pergerakan,serta tubuh jadi hodoh atau buruk (Jangan control)
7. Jangan terlalu mengikut teori lakon dan teater

** Fungsi Tubuh
1. Apakah yang boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
2. Apakah yang tidak boleh dilakukan oleh setiap bahagian tubuh badan ?
3. Apakah tahap kecergasan setiap bahagian tersebut ?
4. apakah potensi setiap bahagian tersebut ?
5. Dimanakah titik keseimbangan setiap gerakan gesture dan gerakan seluruh badan ?
6. Apakah makna dan fungsi setiap gerakan ?
7. Bagaimana setiap pergerakan tersebut diselaraskan ?
8. Dimanakah bahagian yang sensitif dan mudah tercedera ?
9. Bagaimana mengelak kecederaan serta rawatannya ?


*** Terima kasih Prof Madya Abdul Samat Salleh
*** Thank You Ms Janet Pillai
*** Terima kasih Dr Zainal Latif
*** Terima Kasih Dr Jamaludin (Dr Bob- Allahyarham)
*** Prof Mohamad Ghous Nasarudin
** Kak Jumi
** Abg Zul Dewan Budaya
Semua ni Sifu saya kat USM dulu.

Draf Buku Lakon Bahasa Melayu Pertama di Malaysia

Salam...
Bertemu lagi kita...
Kali ini saya membawakan draf pengenalan seni lakon yang saya buat pada tahun 2004. Sebuah pengenalan yang lengkap dan cukup jelas. Siri ini belum dikeluarkan lagi, tetapi boleh digunakan kepada sesiapa yang mengambil jurusan seni persembahan...juga kepada pelakon-pelakon tempatan yang ingin mendalami ilmu lakon kerana rujukan seni lakon sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu Indonesia.. Baca, dalami dan fahami. Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya terus melalui shoutmix saya...ok.


Kursus Asas Seni Lakon
Pendahuluan.
Dunia seni lakon “popular”di Malaysia khususnya pada masa kini dibahagikan kepada dua cabang yang secara subjektifnya telah dipisahkan oleh pengamal lakon atau pelakon itu sendiri iaitu lakon teater dan lakon layar. Lakon teater bermaksud lakonan yang dipersembahkan di atas pentas atau sebaliknya, dan ditonton secara langsung oleh penonton pada waktu itu, di situ. Lakon ini meliputi persembahan seperti dramatari, muzikal, monolog dan monodrama, serta adaptasi skrip ke pentas. Contohnya persembahan Muzikal Puteri Hang Li Po (Istana Budaya : 2004), pementasan teater Misi (Istana Budaya : 2004) dan dramatari Spellbound (Actor Studio : 2005)¹.

Manakala lakon layar pula terbahagi kepada dua lagi cabang iaitu lakon tv (television) dan lakon filem. Lakon tv bermaksud satu bentuk persembahan lakonan sama ada secara rakaman atau secara langsung yang disiarkan dan diterima ke kaca tv melalui pemancaran gelombang satelit seperti Astro, Radio Television Malaysia (RTM) dan Sistem Television Malaysia Berhad (TV3)¹. Lakon tv termasuklah rakaman drama bersiri tv seperti Opah, Drama Minggu Ini dan Mahligai Gading¹, program pengacaraan seperti Selamat Pagi Malaysia, Nona dan Saji¹, rakaman komedi bersiri pentas atau studio seperti Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur¹, serta siaran langsung berita tv.

Lakon filem pula bermaksud rakaman kisah kehidupan dalam format filem tertentu seperti 3.5 mm , 5.5 mm atau skrin penuh. Lakon filem mempunyai pelbagai jenis dan genre tetapi dapat di kumpulkan menjadi dua cabang iaitu filem lakon semula kisah kehidupan sebenar atau imiginasi seperti filem Paloh, Sepet, The Matrix dan sebagainya, dan filem dokumentari.
Perbezaan bentuk lakon, antara dua cabang utama dunia seni lakon ‘popular’ di negara ini telah memvariasikan hiburan dan pengajaran. Tetapi seperti yang diketahui umum, variasi hiburan lebih menonjol memperlihatkan penguasaan lakon tersebut. Maka secara umumnya dunia seni lakon merupakan satu persembahan hiburan bagi masyarakat di negara ini.

Tujuan Lakon
Secara khususnya tujuan lakon adalah untuk memperlihatkan sikap atau budaya masyarakat pada waktu tertentu. Contohnya kepercayaan Main Puteri di Kelantan telah menghasilkan bentuk teater Mak Yong. Teater realisme di Malaysia antara tahun 1950an dan 1960an seringkali mengisahkan tentang perbezaan status dikalangan masyarakat Melayu ketika itu, yang memang berlaku selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu seni lakon itu sendiri ingin menguji sejauh mana kebolehan para pelakon, pemain atau peran dalam membawa peranan atau watak mereka dengan berkesan dan dipercayai penonton. Oleh yang demikian, sutradara atau pengarah lakon terpaksa meninjau dua sudut aplikasi ini iaitu dari sudut budaya dan dari sudut pelakon.
Lazimnya dari sudut budaya, memaksa pengarah untuk mempersembahkan satu kisah hidup makhluk secara berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton. Manakala dari sudut pelakon, pengarah harus meneliti keberkesanan watak dan cara pelakon itu sendiri menangani wataknya sehingga dapat dipercayai serta dekat dengan penonton. Berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton merupakan tujuan utama persembahan seni lakon.

Objektif Kursus
1) Mempersembahkan lakonan yang berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton.
2) Mempersembahkan lakonan bermutu dan bertaraf professional.
3) Mengangkat budaya masyarakat untuk dipertontonkan semula bagi menilai impak sosio budaya dalam masyarakat.
4) Memahami serta memantapkan disiplin seni lakon dalam diri pelakon.
5) Memberi pengajaran kepada para penonton tentang permasalahan sosial dalam masyarakat.
6) Membuka ruang bagi masyarakat untuk memahami fungsi dan pengaruh dunia seni lakon sebagai teladan dan pengajara dalam kehidupan.


Pengenalan Konsep Asas Seni Lakon ; Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara.
Dalam kursus ini , pelatih akan diajar dan dilatih tentang ‘Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara’ secara khusus. ‘Aplikasi Rupa’ bermaksud visualisasi lakon dengan menggunakan elemen lakon yang terdiri daripada ; pergerakan, gestura, mimik muka, aksi reaksi, blocking, level, kontras dan seragam, fokus serta eye contact dan plasticy. ‘Aplikasi Jiwa’ pula bermaksud menjiwai atau berperasaan lakon watak dengan menggunakan elemen seperti ; imaginasi atau pembayangan, imbas kembali-memory recall, mendalami atau menjadikan semula sejarah watak, magic if, kebenaran dalaman-inner truth, psikoanalisis, dan kebenaran “aku adalah watak..” . ‘Aplikasi Suara’ memaksudkan penggunaan suara atau bunyi sebagai visualisasi lakon dengan mengguna elemen seperti ; vokal, ritma, lagu, nada, variasi lidah dan gigi, jenis suara dan tekanan serta dialogue point of attack.
Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara ini akan mengambil kira cara penyampaian persembahan melalui kekuatan (energy), tension , keberanian, dan tempo, yang diingini oleh sutradara atau berdasarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan.-(tambahan 2009)Di Malaysia, amat kurang pelakon yang boleh menggunakan ketiga-tiga elemen ini serentak dalam sebuah pementasan, maka jelas menampakkan kecacatan dalam sesebuah lakonan. Itu belum lagi ditambah dengan elemen Tari, yang memerlukan tenaga seperti seorang atlit sukan serta cara pernafasan atas pentas yang cekap dan tidak kelihatan pada mata penonton.

Kajian Naskhah Lakon dan Kajian Watak.
Sebelum membuat sebarang latihan, kajian watak amat diperlukan bagi pelakon untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau penonton melalui wataknya. Walau bagaimanapun, sebelum kajian watak dilakukan, wajib bagi pelakon dan semua krew untuk membaca keseluruhan naskhah lakon secara terperinci dan berulang-ulang untuk mendapatkan intipati sebenar cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika kajian naskhah lakon dibuat ialah (juga rujuk tulisan saya sebelum ini) :

1) Latarbelakang - Penulis
- Sosial - dalam cerita dan keadaan semasa naskhah ditulis.
- Masyarakat – ‘sda’
- Politik – ‘sda’
- Ekonomi – ‘sda’
- Taraf Pendidikan – ‘sda’
- Pengaruh Budaya (adat/agama/semasa) – ‘sda’
2) Tema
3) Watak dan Perwatakan (Latar Belakang, internal, external)- secara kasar
4) Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
5) Konflik (Jenis dengan diri/lain)
6) Persoalan
7) Kekaguman (visual/audio/kinetik- yang mungkin)
8) Bahasa
9) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon

Setelah membuat kajian naskhah lakon, dan setelah semua pelakon telah diberi watak masing-masing, maka tibalah masanya bagi pemegang watak tersebut mengkaji watak yang diberikan kepadanya secara khusus, mendalam dan terperinci.

Khamis, 21 Mei 2009

Teater ; Dari Naskhah Lakon Ke Pentas.

Salam

Sudah agak lama saya menunggu saat ketikanya untuk saya menurunkan ilmu saya kepada aliran baru seniman jalanan atau seniman pemula.. Satu hajat yang tak tahu bila akan dapat ditunaikan..

Saya mencipta sendiri kurikulum seni teater dan persembahan pentas pada tahun-tahun 2003-2005... maka lahirlah sebuah nota-nota kurikulum tersebut.

Disini pada hari ini, saya tidak dapat memberikan yang sepenuhnya kerana saya terlupa di mana saya letakkannya..nota-nota tersebut. mungkin esok lusa..InsyaAllah.

Dari Naskhah Lakon ke Watak

- Sebelum membuat kesimpulan dari perbincangan bersama pengarah dan penerbit, pemegang watak seharusnya membaca serta mengkaji naskhah lakon atau skrip tersebut untuk mencari metafora, lambang, latar belakang, suasana dan sebagainya, berserta punch line-punch line yang menjadi nadi kepada persembahan tersebut. -peringkat pertama 'baca naskhah lakon berulang kali sehingga menguasai setiap bait-bait dialog dan maksud dalamannya.

- Peringkat kedua, (tidak boleh kurang dari 2 bulan) pemegang watak, bersama pengarah dan krew wajib mengkaji Latar belakang Naskhah...

1) Latar belakang luaran naskhah

2) Latar belakang dalaman naskhah

Antaranya :

1. Latar Belakang Luaran Naskhah

a) Penulis
- latar belakang keluarga dan kelahiran
- taraf pendidikan dan cara pemikiran beliau
- tahun atau zaman yang dilalui
- pengalaman sepanjang kehidupannya

b) Zaman dan suasana
- isu-isu besar dan kecil 3 tahun sebelum naskhah dihasilkan
- isu-isu besar dan terpinggir 5 tahun sebelum naskhah dihasilkan
- keadaan, suasana dan warna 3 tahun sebelum dan ketika naskhah dihasilkan

c) Keadaan Politik, Ekonomi dan Sosial dan perkembangannya pada 5 tahun sebelum naskhah lakon ditulis

2. Latar Belakang Dalaman Naskhah.... (analisa skrip) akan datang?

Selasa, 19 Mei 2009

Kepengadilan Tarian Melayu Kebangsaan Malaysia



Salam

Laman Pemula Bicara
Akan Datang Bicara Lagi


Saya.. antara penyimpan kerahsiaan seni di Malaysia ini. Setelah habis belajar di USM...maka jadi guru.. Rindu menari, rindu berlakon teater dan bersama-sama teman seniman dan seniwati lain....

maka saya pun membuat blog ini dedikasi saya kepada kawan lama yang lama amat tak bersua..

Baru-baru ini..tidak terlalu lama juga.. saya menjadi antara ahli organisasi yang mengendalikan satu pertandingan tarian sekolah-sekolah peringkat negeri Pahang... Dah tahu keputusannya...

Terpanggil dari pertandingan tersebut, juga pengalaman menyertai pelbagai peringkat pertandingan tarian di wilayah Jengka dan Daerah Maran dan Parlimen Kuala Krau... saya ingin berkongsi pengalaman serta teori dalam Pertandingan Tarian Malaysia ini. Juga ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Kementerian Kebudayaan dan Kesenian berserta organisasi di bawahnya untuk menilai semula kelancaran KePengadilan Seni Tari yang senantiasa tidak memuaskan hati pasukan yang menyertai...

Di Bawah ini adalah rangkuman program yang sepatutnya dihadiri atau dimiliki olek semua pengadil seni Tari Di malaysia


KURSUS KEPENGADILAN TARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2010

Tarikh : Bila-bila
Masa : Pagi petang malam
Tempat : Mana-mana

Isi Utama Program

1. Tarian Rampaian Melayu Malaysia
a) Tarian Melayu Asli (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Masters of
Arts USM
b) Tarian Joget (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh PhD ASWARA
c) Tarian Inang (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Masters of Performing
Arts UM
d) Tarian Zapin (jenis dan sejarah asal-usul) - disampaikan oleh Jurulatih utama
Yayasan Warisan Johor

2. Tarian Rakyat / Etnik (Kontemporari Kreatif)
a) Tarian Negeri-negeri (jenis, negeri, kaum dan sejarah asal-usul)
b) Gerakan dan Bunga Tari Kontemporari (konsep kontemporari kreatif)

3. Koreografi Tari
a) Konsep Pola Lantai
b) Peraturan-peraturan di atas pentas
c) Tema dan olah tubuh peserta
d) Keselarasan muzik

4. Busana dan Tatarias
a) Pakaian dan tatacara pemakaian
b) Aksesori dan props
c) make-up

5. Kelayakan Kepengadilan Tari
a) Syarat dan kategori pertandingan
b) Membuat keputusan kepengadilan

saya yang membuat ni semua,
Sahirulizan Yusop
SMK Jengka 2, Maran, Pahang
Sarjana Muda Seni Halus
Lakonan Dan Pengarahan (USM 02-05)

seterusnya bicara tentang teater lah pulak