Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 12 September 2013

TIADA

TIADA

Tiada apa yang mahu ku post.. kerana tiada idea ku hari ini..
Sakit mataku menyebabkan aku payah nak menaip.. mulanya belah kiri, kemudian menjangkit ke sebelah kanan...

Apa lagi yang mahu ku ku leteri di maya ini..
ntahla..

Apa lagi yang mahu ku uploadkan.. oohhh blog aku ini kekurangan gambar..bukan tiada kamera, tapi orang yang menangkap gambarnya tiada.. nahh jadi..



dalam bas rombongan penari ke IPG Bahasa Kolumpo 2006 : Sbg Jurutari sangkutan nok !



Dalam kelas Pengarahan 1 : bersama budak MassCom & Dino Omar (Astro Awani)


Bersama Abg Zul Dewan Budaya USM (Koreografer Tari) Bertanding Festival Zapin IPT di UUM : ada Salina Zakaria (TV3) 2 dari kiri , depan aku.

FZJ 2004 UUM

Haah... Ini kat Medan, Indonesia... IMT-GT 2002

FZJ-2003 di KUITHHO Johor: No 2 kategori Wanita, lelaki x dpt.. he he he
aku kanan sekali

Event yang berbayar Oleh SONY (M) Elektrnics.. Annual Dinner. Pengacaranya ialah Helmi Gimmick di EQ Hotel PP.

Ni yangpalng tak best sebab aku yg amik gambar... Bersama Prof Ghouse Nasaruddin (Budayawan Terulung Malaysia) Tahun Akhir 2005.. Ada R.Perakas (Shine Entertainment), Geng sekelas.. kcuali kak N yg baca buku tu bukan dr Sekolah Seni... Tapi rakan penari DB..

_____________________________RhEnDueW___________________________________

Isnin, 9 September 2013

GALAKSI CINTA

Bab 1 : Salah

"Salah...salah... salah... Bukan kau yang sepatutnya ku nikahi" terpacul ayat itu dari mulut Dea. Matanya masih tertutup. Dia masih meronta di atas katilnya.

"Bukan... Bukan kau... " Dea menangis sekuat-kuatnya. Matanya masih tertutup.

Semua pesakit dan petugas hospital itu tergamam. Baru pada hari inilah sekujur tubuh yang telah koma hampir 2 minggu itu bergerak dengan keadaan yang tidak dijangka. Rindu yang turut berada di situ juga agak terperanjat dengan keadaan itu. 

"Apa yang salah? Apa yang salah dalam pernikahan kami? siapa yang sepatutnya dinikahi abang?" Bergegar dalam hati Rindu  dengan soalan-soalan itu.

"Maafkan aku sayang.. maafkan Dea.. Dea tak sengaja." Dea menangis lagi. 

"RHEA......." 

Satu jeritan yang kuat dan menggegarkan wad mawar itu. Dengan jeritan itu juga Dea berhenti menangis dan terkaku dalam keadaan baringnya semula. hanya kelopak matanya sahaja menampakkan ada pergerakan pada bola matanya.. 

Rindu tergamam dengan suasana yang berlaku sekelip mata itu. Doktor  Anuar bersama beberapa misinya baru sampai ke dalam wad itu. Mereka terus memeriksa nadi Dea dan membuat pemeriksaan pada bola matanya. 

"Maaf puan, izinkan kami memeriksa encik Dea. Harap puan boleh tunggu di luar sebentar ya" Doktor Anuar meminta izin.

Rindu terkejut mendengar kata-kata Doktor anuat itu. Gamamnya baru habis. Dengan wajah yang masih konyo itu, Rindu bergerak menuju pintu wad.

________________________________Continue_________________ 

Rabu, 4 September 2013

THE BROADWAY BOY - by me....

Salam khalayak... Walaupun masih dalam proses mencari Arya Surata dalam DUODENDAM, masih ada lagi satu jalan cerita tentang manusia biasa yang bakal menjadi legend.. Tajuknya awal dah dapat.. Dah nampak wataknya, dah nampak juga akhirnya.. cuma plotnya masih tercari-cari di mana nak mula.. Walaubagaimanapun Prolog nya dah ada... Lebih kurang macam ni..


BROADWAY BOY

-Proloque-
Gayanya...gayanya mengentarkan hati... Rima suaranya melembutkan jiwa yang mendengarnya. Gerak gayanya sehalus sutera yang melayang ditiup sang bayu.

Tubuhnya sederhana amat. Tiada kekarnya, tiada kurusnya, nya dari kebuncitannya. Tinggi rendahnya sederhana. Tetapi pabila suatu movementasi di gayakannya, apakala suatu gestura diperbuatnya, sedang mime ditunjukinya, maka akan terpesona sang audien dengan serlah cahaya walau tiada shoot lighting effect dari lampu limpah dan spot light.

Siapa DIA sebenarnya?, yang berada di atas pentas procenium itu?. Yang kadang dapat menguasai gaya arena mahupun semi arena.

Dengan baju busana sederhana poyo dan make-up tatarias yang juga dalam kesderhanaan.

Bertanya bersuara dalam hati kalbu... Tiada wajahnya terpampang di dada suratkhabar harian..Namanya agak jauh dari corong radio mahupun kaca tv.. Di cinematic tidak pernah dia dijemput hadir malayari layar perak.

Siapa dia?. Bergaya ala Broadway superstar... dan ....Berbahasa Melayu?..

Siapa dia?...

__________________________________________________________________to be continue._____________________________________