Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 21 Mac 2013

AKU DAN APA PEKERJAAN : THE I M STORYZ

Salam Khalayak....

Dipada kesempatan ini aku mengaminkan doa untuk anggota keselamatan aka perajurit yang terkorban mahupun yang tercedera dan juga yang masih berada dalam wilayah panas di pantai timur Sabah. Semoga keselamatan mereka di pelihara-Nya. Dan permudahkanlah penyelesaian konflik ini. Amin.

Pada hari ini entry ku bertadjuk : aku dan apa pekerjaan??? ...
Telah banyak pekerjaan sampingan yang aku pernah buat dulunya..Dimulakan dengan Bismillah...

Pada usia hijauku, kira-kira usia 5,6 atau 7 tahun aku telah mula kenal erti bertani. Kerana aku tidak bertadika. Nenek dan atuk ku aka nenek laki, selalu membawa kami adik beradik sepupu sepapat ke kebun sayur di belakang rumah mereka. Mengajar cara tanam semai baja. Kemudian bila berhasil, dijual pula kepada jiran sekawasan tempat tinggal kami. Duluan kami bermastautin di hadapan pejabat SESB Beaufort (dulu Lembaga Letrik Sabah aka LLS). Menumpang tanah tauke Bee Hong. Kemudian setelah itu, ada beberapa kali menjual kueh mueh kerepek pisang di sekolah buat duit belanja. 

Selain bertani, kami juga kerap kali mengikut nenek laki dan perempuan, memasang dan mengangkat bubu yang di pasang nun jauh di tengah tanah tauke Bee Hong, di celah-celah ladang getah hinggalah ke paya batu ( yang sekarang menjadi taman perumahan Seri Arjuna dan Panglima. Berjalan Kaki.

Semasa masuk tingkatan 1, kami di arah berpindah dari kawasan rumah yang dipinjam dengan alasan tapak tersebut akan dimajukan. Maka kami semua dalam kelompok keluarga telah berpindah secara berasingan. Neneks kami telah berpindah ke Selagon, Babu pindah ke Limbawang dan Kukut. Dan Orang rumah depan pindah ke Padas Damit. Dan kami pula berpindah masuk ke dalam ladang getah atas bukit, ikut jalan kuarters SESB tapi masuk dalam lagi 2 km. Dan ibuku telah menjadi penoreh getah, sementara ayahku terus berkerja sebagai buruh binaan membuat rumah, banglo, paiping, kubur cina, pagar rumah, partition dsbg dalam konteks tukang.

pada masa inilah, setiap kali cuti, hujung minggu, kami akan mengikuti ibu kami untuk mengumpul sekerap getah untuk dijual. Dapatlah sikit income. Tidak lama setelah itu, lebih kurang pertengahan tahun semasa tingkatan 1 itu, kami sekali lagi berpindah. Kali ini ke kampung Melati arah CNF kini. Tidak lama selepas itu kami berpindah lagi ke kampung Melati sebelah kiri (jambatan). 

Semasa cuti selepas PMR, buat pertama kali berkerja dengan bukan ahli keluarga sendiri (walaupun bakal abang ipar). Kerjanya, memproses ayam sembelihan. Tauke atau boss akan sembelih ayam. Kami pegang, dah mati celop ayam dalam air panas kemdian cabutlah bulunya. Dah cabut bulu, potong dadanya keluarkan saluran pernafasan kemdian seluk buntut ayam keluarkan isi perut dan segala organ dalaman. Dah dapat ayam bulat. Siap...Juallah.Itulah kerja selama sebulan di lokalitinya di bawah sebuah bangunan terbiar (lokasinya di bangunan CNF sekarang). Kemudian dapat result PMR dan bersekolah lagi.

Semasa bulan puasa di tahun-tahun seterusnya atau sebelumnya, aku menolong ibuku menjual sayap ayam panggang, ikan tongkol aka langkunis panggang, udang panggang dan ikan-ikan lain panggang dan buntut ayam panggang akan tungking ayam di pasar ramadhan. 

Selepas menghabiskan peperiksaan SPM 1999. Masa untuk tunggu result. 3 bulan woo...
Sebulan aku berkerja di 'Kedai Saya', dari jam 6 petang ke 10 malam. Jadi pembantu kedai ja. Dapat gaji lebih kurang rm200, aku pun berenti dan chow ke Kota Kinabalu aka KK. Kerja pula dengan SKS aka security guard di Centre Point. Berdiri selama 8 jam + OT 4 Jam di Palm Square... Pengalaman paling hebat. Mulanya tinggal di Luyang rumah babu ku, kemudian berpindah ke asrama di Asia City. Berpindah kerana 1 peristiwa. Iaitu : Aku masuk kerja jam 7 pagi, kerja 8 jam, habis kerja jam 3, kemudian OT lagi 4 jam, maka jam  7 baru habis kerja. Sedangkan bas jam 7.30 ke luyang sudah tiada. Maka aku pun berjalan kaki dari centre point ke luyang, sesat ke luyang penampang lagi kemudian u-turn ke luyang bukit padang 3 ke atau 4 jam baru sampai rumah... huh.. jam 11 baru sampai rumah babu ku.. nasib baikla masa di depan dewan cina tu adala 1 lori yang sanggup berhenti menumpangkan aku... kalau tak mungkin jam 12 baru sampai rumah... esoknya aku terus masuk asrama. Mujur cuti kerja mingguan.

2 bulan kemudian aku berhenti, kerana tak tahan. Gaji tak seberapa. Cukup untuk makan sendiri saja. Dapat pula sambung tingkatan 6. Walaupun dah janji dengan kawan-kawan yang aku tak nak sambung belajar, nak kerja saja, tapi entah hati ku tertarik juga untuk meneruskan pelajaran kerana keputusan SPM ku, keputusannya tidak disangka2, tidak pernah kucapai, ibu bapaku pun tak sangka, cikgu aku pun tak sangka. Kerana aku antara pelajar low profile, bukan bertaraf target di SM St Paul Beaufort.

Masa tingkatan 6, aku menjadi antara pelajar bintang, Popular. Mungkin kerana baju dan seluar putih tu menampakkan karisma pelajar senior mengkali. Pengerusi Persatuan Tingkatan 6, Pengerusi Persatuan Silat, dan sebagainya. di SMK Beaufort. Setelah habis mengambil STPM tahun 2001.. Aku duduk rumah. Dengan duit biasiswa yang terkumpul, aku beli sebuah basikal. Aku punya. Kemudian aku pun mahu berkerja, jadi pergilah jadi chakung aka kuli dengan tukang bangsa Filipine aka pilak di projek pembinaan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.. Boleh tahanlah selama sehingga result keluar dan sehingga ada 1 panggilan memeranjatkan dari UPU. Temuduga masuk U - Universiti. Sehingga 2 minggu sebelum mendaftar ke Penang barulah aku berhenti kerja jadi buruh binaan tersebut..

Aku pun masuk U. Semasa cuti panjang Tahun 1 nak masuk tahun 2. aku balik kampung juga. Sempat juga menyertai pekerjaan bapaku di SMK Majakir Papar. Membersihkan dan membaikpulih Tangki Septik Sedut di sekolah tersebut. Bayangkan masuk ke loji takungan jamban sedalam 2 tingkat bangunan.. Kemudian masuk U semula. Semasa Praktikal di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Cawangan Negeri Sabah, Masa tu cuti antara tahun 2 dan 3. Aku ditugaskan membantu mengendalikan beberapa events seperti Citrawarna 2004 - Membawa pasukan Sabah ke Bukit Jalil, Juga menjadi salah seorang penari Citrawarna. Balik dari Citrawarna, mengurus Rumah Terbuka ntah aku lupa, yang kami berpusat di ShangRi La Hotel, dekat Padang Merdeka. Juga Bersama sama mengiringi Nam Ron dan Zakaria Ariffin untuk mengadili beberapa pasukan yang bertanding sebagai wakil Sabah ke Festival Teater Kebangsaan Tahun 2004. 

Begitulah cherita aku dan apa pekerjaan selama aku masih muda-muuudaaaa dulu.....

Salam Khalayak. TQ Pelayar.
..........................................................................................

  

Isnin, 25 Februari 2013

Tarian Adai-adai



bolehkah ini untuk projek esok... belum belajar lagi ni....

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN (ZAPIN) SUKAN WARGA FELDA 2012

Salam khalayak....

post ini telah tertunda beberapa bulan, wbp terpaksa juga di upload kerana takut basi, dan sayang jika tak di upload  sbb dah buat karangan bagai. Beginilah....
______________________________________________________________

17 November 2012, jam 3 petang, bermula satu pertandingan tarian zapin yang bertajuk -Pertandingan Kebudayaan (Zapin) Sukan Warga Felda 2012. Syarat pertandingan adalah seperti yang tergambar di bawah. Saya bukan bertujuan untuk mengutuk hina syarat ini, tetapi semata ingin memperbaiki untuk kegunaan pertandingan akan datang.

Pada mulanya Felda Jengka yang saya tinggal tersebut juga telah mendapat jemputan untuk menyertai, malangnya SDAnya tidaklah begitu cergas. Adalah pecubaan mengumpul orang, tetapi almaklumlah dengan kesibukan hujung tahun, nak pi bercuti lagi, suami peneroka tak dapat, isteri peneroka tak dapat... last-last terkuburlah niat untuk menari buat kali terakhir di lantai tari Wilayah Jengka.

WBP... setelah itu kami dimaklumkan untuk menjadi hakim dan juri. Dan khabarnya ada 3 orang juri, termasuk isteri saya dan seorang penolong pegawai budaya UITM Jengka. WBP juga, penolong pegawai budaya tersebut tidak dapat menghadiri sebagai juri pertandingan tersebut kerana masalah keluarga. Makanya kami iaitu saya sendiri, isteri saya dan Pn Jasni (Pegawai Pejabat Wilayah Jengka) yang jadi juri.

Coba lihat seperti syarat yang saya lampirkan dalam gambar. Sekali baca ok bagi yang tak pernah menyertai siri-siri pertandingan seumpamanya. Di mana silap atau kurangnya syarat pertandingan tersebut. Cuba banding beza dengan post saya sebelum ini...

REVIEW

Syarat umum : Untuk Warga Felda Sahaja ; gabungan peneroka, penerokawati, anak cucu peneroka, dan petugas felda. Untuk dipilih ke peringkat Nasional/Kebangsaan.

TARIAN.
1. tarian berasaskan Zapin - soalannya adakah zapin tradisional seperti Zapin Melayu Asli Johor, Zapin Parit Mastar, Tenglu, Pekajang, Seri Bunian, Pulau, Raub, Pekan, Sarawak, Hanuman, Arab dan sebagainya ATAU Zapin kreatif kontemporari ATAU Aneka Zapin yang dibolehkan menggabungkan semua jenis ragam zapin?

2. sekurang-kurangnya 4 pasang - sekali lagi (berpasangan), 4 lelaki dan 4 perempuan atau lebih. Tidak disebut bilangan maksima pasangan.

3. ragam tari menekankan pergerakan zapin. Samaseperti persoalan 1 di atas. Zapin yang mana satu?

4. Setiap persembahan mengandungi Taksim (jalan sudi masuk pentas/buka pentas/menapak kaki/cicah hujung ibu jari kaki kiri ke depan), dan Wainab (penutup tarian/kopak 3 kali/ sapu lantai dengan tangan kanan/ pegang telinga kiri/ sambil duduk dan berpusing) dan juga Ragam (ayam patah/belanak/asas/titi batang/kopak dsbgnya)

BUSANA
1. Semua peserta dimestikan memakai pakaian dan make-up tradisional Melayu. Maksudnya sederhana sahaja tanpa vogue. Lelaki berbaju melayu cekak musang samping di dalam baju dan labuh lebih dari bawah kepala lutut. Manakala wanita berbaju kurung, kain dagang/samping/pelekat/batik dan seangkatan dengannya. Hujungnya mestilah dililit/ disimpul di pergelangan tangan sebelah kiri.

2. Digalakkan memakai tudung atau penutup kepala. Juga sanggul dan lain-lain aksesori.

3. Sebarang pindaan, adaptasi, rekaan semula busana adalah haram.

4. Capal/sandal/kasut/comfort - alas kaki tidak dibenarkan.

MUZIK
1. Muzik iringan lagu zapin dalam rentak zapin. sepatutnta lagu ghazal berentak zapin.

2. Persoalannya adakah lagu yang dimaksudkan ialah lagu yang ada tajuk zapin didepannya spt Zapin Bahari, Zapin Bunga Hutan, Zapin Budi Dsbgnya.

3. Adakah boleh guna lagu zapin moden/ lagu kreasi baru/ re-compose/zapin rock/ atau lagu tradisional instrumental.

4. Adakah lagu dengan suara Vokal ATAU dengan suara latar sahaja ATAU minus one ATAU plus one ATAU instrumental.

5. CD bawa sendiri. Kalau boleh bawa 2 copy.

MASA
1. Setiap pasukan diberi masa tidak lebih 10 minit. Lebih Masa tidak akan dikira.

2. Persoalan; average lagu ghazap ialah paling lama 7 minit dan paling sekejap 5 minit lebih sikit. Kecuali aneka Zapin yang memakan masa 8 - 15 minit (standard pertandingan kebangsaan).

3. Jika syarat begitu, so... kalau cukup pakej di atas-atas, walaupun hanya 3 minit dilantai tari pun boleh menang.. tak gitu?

PENGHAKIMAN
1. baca sendiri

2. Sekiranya ada perubahan, bila nak berubahnya agaknya...
____________________________________________________________________
Pasukan yang bertanding ialah;
1. Jengka 21
2. Bukit Tajau
3. Jengka 16
4. Jengka 8
5. Tekam Getah
6. Sg Retang
7. Jengka 4
8. Jengka 12
9. Padang Piol
____________________________________________________________________


PERTANDINGAN KEBUDAYAAN (ZAPIN) SUKAN WARGA FELDA 2012 II

Salam khalayak...

Ini adalah kesinambungan cerita pasal pertandingan yang tersebut...

________________________________________________________________________

REVIEW : PASUKAN BERTANDING

Harap fahamlah wahai peserta. Memang kami cuba mengadili dengan cara- yang terbaik yang akan menang.. Berdasarkan pengalaman pahit maung yang pernah kami tempuhi dalam bidang ini. Sebab itu kami tunggu sampai habis acara penyampaian hadiah. Tapi ada juga yang tak puas hati.

Coba lihat borang markah..Standard Kebangsaan... bandingkan dengan syarat, mesti tahu ada somethings wrongs. Markah busana hanya 10 peratus sahaja dan tatarias make-up juga 10 peratus. Memang tak boleh upkan jika bahagian teknik tarian (40%) dan persembahan (30%) kurang menyerlah.

Saya tak akan review satu persatu pasukan, sekadar secara keseluruhan.

1. Ada kumpulan yang pesertanya tak ngam iaitu.. syarat menetapkan adanya GABUNGAN peneroka, penerokawati, anak cucu peneroka atau staf felda dalam satu pasukan. Syarat ini tiada dalam kertas syarat, tapi telah diberitahu oleh pegawai Felda awal dulu lagi.

2. Namun ada beberapa pasukan yang bagus tetapi hanya mempunyai peserta dari 1 peringkat sahaja iaitu seperti ; semua pelajar sekolah (anak peneroka sahaja) atau hanya ada gabungan staf / anak/ beliawanis sahaja. Maka kami mengambil keputusan untuk memandang berat syarat ini terlebih dahulu sebelum memandang perkara lain (atas arahan pegawai felda wilayah). Jika pasukan itu bijak sedikit, mereka sebenarnya boleh mencari peserta dari felda berdekatan dalam 1 wilayah. Contohnya, peserta pasukan dari jengka 12 boleh ambil anak peneroka (belia/beliawanis) dari jengka 13, peneroka/penerokawati dari jengka 9, staf dari bandar pusat - sebagai contohnya sahaja.

3. Seterusnya ialah teknik tari iaitu cara masuk/ taksim/ ragam asas/ ragam tari/ wainab/ cara keluar. Walaupun ada 1 atau 2 ragam tari dari zapin yang berlainan, kami tak akan potong markah kerana tiada dalam syarat. Tak cukup ragam maka tiadalah markah tinggi diberikan.

4. Mereka bertanya, Kenapa kami tak menang sedangkan kami dah cukup syarat?. Inilah mendenye.. Mai nak kabo..

5. Pola lantai pula, ada pasukan yang hanya masuk kemudian menari dengan 2 pola lantai. Ada juga pola lantainya banyak tapi stage balancingnya berat sebelah. Ada juga yang semuanya membuntuti pengadil, jika sebahagian ke arah depan dan sebahagian lagi membuntuti pengadil tak pelah.

6. Disiplin - ada pasukan, senyum pun tak ada. Yang mengira kumat-kamit mulutnya pun ada. Yang beri arahan apa nak buat lepas ni pun ada.

Sebenarnya saya sendiri pun kurang puas hati dengan pemenangnya. Bukan saya sahaja, tapi juri lain juga begitu, tapi apakan daya, syarat telah menetapkan begitu.

Mereka telah menang sebahagian dari syarat utama. Saya bagi pihak juri mohon ampun. Penat lelah susah payah para peserta menyediakan ahli, pakaian, make-up dan juru make-up. Sebenarnya yang ditempat ke-2 itu boleh jadi juara jika syarat utama itu dipenuhi kerana memang zapin Melayu aslinya original, cukup ragam taksim wainab segala. tapi ada anak, beliawanis dan staf sahaja...

Bukan nak cakap, Juara itu so kontem kreatif, busana tidak sesuai dengan pertandingan, tapi jika untuk persembahan memang vogue. Siap ada opening bagai. Lagu modern Noraniza Idris. Bukan lagu ghazal tapi lagu zapin moden remix. Tapi syarat utama dipenuhi. Terpaksalah bawa mereka ke peringkat Kebangsaan.

Apa lag???

Begitulah kenapa anda tidak menang. Mungkin salah kami juri, mungkin salah pasukan, yang penting semangat mencuba. Bukanlah Felda Wilayah Jengka itu teruk sangat. Kita mampu bertanding tetapi masalah syarat tak berapa nak ngam jah.. Oklah setakat ni jah.. Next

___________________________________________________________________________

Begitulah post entrinya... post ini ada dua bahagian. 3 malam tak dapat tidur kerana jadi pengadil. seminggu cerita tak habis... see ya next timeo... Salam Khalayak...



Selasa, 29 Januari 2013

SEMBAN SEMBAN POLITIKUS

SALAM KHALAYAK.....
aku sebenarnya sudah berjanji pada diriku sendiri yang aku tidak akan sekali-kali akan menulis tentang politik, sama ada pandangan, penglibatan, mahupun sokongan ku. kerana aku kakitangan awam. dunia ku hanya seni semata-mata.
Amun, bila ku ke kedai, sembang2, berjalan, memandang dengar, kerap kali bau bauan politik menerjah lubang batang hidungku.... makanya aku terpaksa akur dengan the arts of politics in life....

JANJI DITEPATI VS INI KALILAH?
semasa saya duduk bernafas di Pahang, slogan janji ditepati berlegar di sekitar ku. Setelah aku kembali ke kampung laman Sabah, auranya berlainan sekali. terlalu lalu banyak isu kekampungan. huh... ingin aku tegaskan, walaupun Najib atau Muhyiddin tak akan membaca blog ini, tapi x pe la.... kita just suarakan apa yg kita dengar, lihat dan rasa.

ini kalilah.... setiap kata ayat bicara mesti ada perkataan ini. sudah tenggelam perkataan wajib -BAH- dalam perbualan seharian masyarakat. Bukan ayat ini dilontar kerana menyokong sesuatu parti, tetapi secara berseloroh bersahaja saja. Jangan marah dulu. sehingga anak kawan pun mengulang ayat sama -INI KALI LAH- mujur TUKAR tidak disebut bersekali...

SENARIONYA SENYORA
Memang dan sebenarnya mereka orang kampung akan memilih-milih calon kepimpinan kerana dasar individu yang boleh dipercayai bukan semata kerana parti. Mereka di dalam UMNO, masih mengangali aka mati-matian berusaha agar sentimen memilih calon kerana parti akan mengubah rentak politik setempat. 

persoalan sebahagian masyarakat yang terpinggir kerana malas mengikuti line politik, memakan diri. tiada keuntungan apa. manakala yang mempunyai peranan dalam adun, bahagian, kawasan mahupun cawangan serta awak-awaknya mendapat perolehan besar. tidak sekali-kali kita boleh lari dari politik wang yang nyata lagi berkesan. jangan menidakkan, kerana ianya jelas walaupun tidak keluar dalam tv3.

tadinya juga saya mendengar orang berbicara tentang hak milik tanah yang dipohon..yang katanya 1 kawasan tanah yang dipohon oleh adik beradik, lulus.. tetapi ada nama yang tiada kena mengena di tengah kawasan tanah tersebut. apa kes? mereka berkata tentang orang luar yang dapat hak mengerjakan tanah, sementara penduduk asal yang sudah 20 tahun memohon tanah tersebut telah dipekakbutakan oleh pelulus tanah tersebut. 

apabila ditanya siapa yang kau sokong. mereka berkata, biarlah pemimpin lalu kalah. kita sokong pembangkang. kita tanya lagi, apa yang kmu dapat... jawapnya, ndada, tapi nda apala, puas hati sya.... dendam kesumat terhadap pemimpin terdahulu menjatuhkan parti..

isu lain tentang RCI vs PTI, kenapa baru sekarang? 
hak anak negeri? keluar Malaysia, ada juga yg tunggu dan lihat. Rampasan tanah secara besar-besaran.. Aku merasakan bahangnya amat panas PRU13 ini, sesungguhnya tidak sabar menanti... ada juga akal panjng, kita kasi menang Lajim di Parlimen tapi kita kasi menang juga Azizah utk kerusi ADUN. macam-macam. .yang pastinya mereka akan pilih ORANG KITA. siapa Urang Kita tu?..... yang pandai makan ambuyat bukan pandai makan wang politik.... 

yang ramai juga menunggu durian runtuh, bukan utk felda, tetapi semasa PR... parti ini bagi sekian dan parti itu bagi sekian, tapi kena hti2 dengan calon bebas.....

KITA TUNGGU DAN MENGUNDILAH, JANGAN LIHAT SAHAJA.....

SALAM?????

Selasa, 22 Januari 2013

BAHASA MELAYU BERUNAI SABAH : BAGI KAU INI DULU


BAHASA MELAYU BRUNEI SABAH

ini adalah draft awal. Cara sebutan, cara percakapan, fonetik, semiotik, tatabahasa, laras bahasa, imbuhan dan lain-lain lagi akan di terjemahkan kemudian hari.
sumber :
1. http://sanggupa.wordpress.com/2009/06/30/bahasa-melayu-bruneisabah/
2.http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=126105
3.http://www.sabahforum.com/forum/bajau-other-races/topic6500-945.html


Abak-abak = berdebar jantung
abut = punggung
acang = burung merpati
acuk-acuk = tersendiri
acul = tekeluar
aing – air
aku – saya
alum – belum
alum jua – belum
ambuk – monyet
ampir - dekat
andang = memang
dandam = rindu
salajur = terus
pebinian = isteri
kalakar = bohong
baibun = bermain
anggal / menganggali – menidakkan
ani – ini
anjing = kuyuk
atu - itu
au~ / awu- ya
babal = kurang pemahaman
babu = emak saudara
bagas = kesan drpd sesuatu yg pernah dilakukan
bangas = Makanan yang sudah basi.
beibun = berjenaka
beliang = Kejut atau terkejut
bakulimat – makan sedikit2
banar – betul / benar
Basing= tupai
basurambitan - keadaan yang berpegang / bergayut atau bergantung pada sesuatu
menunu - membakar
ba- paga - bagi kelakuan yang menunjukkan kegatalan / miang
gagas - mahu cepat sahaja
melilih/ lilih-lilih - peleng / keadaan kepala menyenget selalu
kelanas - perlakuan yang kurang elok atu semberana apabila melakukan sesuatu
bisai - cantik
bida - hodoh
ba usai - menghias
mengarik - memanggil dalam keadaan yang berjauhan cth dari seberang sungai
menerais - berteriak
trais-trais - teriak-teriak
bertaraisan - berteriakan
melagau - memanggil dalam keadaan yang berdekatan boleh di buat dengan sign language dengan lambaian etc
tamparungan /marung - masam muka
menutuh - mencantas dahan/ memotong kayu yang panjang
taburai - bertabur
taburinat - keadaan yang melebihi berat cthnya kereta yang penuh muatan
takuladas - terkupas
ambung - sombong
kambuh - bangga
lurui - bisanya dalam keadaan mata selepas menanggis atau sedih
nda tah kuratai - tidak mampu buat kerja
nda tah ungkayah - tidak berdaya/ tidak kuat untuk mengangkat
memapat - memotong
mengarap - menghiris / memotong
mengabat - biasanya seperti menutup pintu cthnya kabat pintu atu
mengata-gatai - bercakap-cakap tentang seseorang dalam keadaan marah/ untuk memalukan orang lain
menyusui - menjejak
membuati - biasany perbuatan menyiang ikan/ membersihkan ikan
menjarang-jarang - memasak-masak
malar - selalu/ kerap
bagalau - bisanya mandi di sungai secara beramai-ramai
ungat-unggat - melantun-lantun / jonkang-jongkit
rangngit - nyamukl
batinggir - duduk / berdiri paling tepi cth bertinggir di dahan pokok mangga/ veranda
tingir-tingir - keadaan yang terlalu tepi cthnya gelas yg diletak di hujung meja
bapasan - berpesan
paradian - adik beradik
kajar-kajar - mengigil
penya-ya - suka mengacau
mengatil - mengusik
bakuruh - berdengkur
taburangnga - keadaan terbuka cth belangga yang terbuka penutupnya
bika-bika - keadaan duduk yang berbangkang 
memburangkaki - melangkah di cela orang yg sedang duduk
tabalurut - terlondeh cth seluar terlondeh
kapar-kapar / kapat-kapat - mengelupur
tabarus/ tamaha/ rangka - tamak akan sesuatu
penjubur – penakut
batis – kaki
bekuridak = amat kotor
beria – berak
bida – buruk
bini-bini = Perempuan
mambari supan - bikin malu
bapadah = memberi tahu
ucapnya = katanya
bisai – bagus / baik
bisidia – dia / mereka
bubut – kejar
bunal-bunal - merujuk kepada berbadan berisi /debab/gemuk
bajurit - berselerak
capi-capi - perilaku yang kurang elok
setagal - sekejap
selarung - sekali/semua
ba-undanan - terburai
mamburanca - tidur
mamburaning - keadaan yang kembung seolah mahu terpecah/meletup
penggagai - degil
bekelakar - menipu
pit upit narka - biasanya gelaran bagi yang penyibuk menjaja fitnah
bapakak - bising
bajanat baupih - buang air besar /najis
danur - najis / nanah
nu-un - bertolak
memburatak - biasanya digunnakan kepada benda yang sudah basi/ seperti makanan kari yang sudah basi dan berbuih
pijara – mendera
buntak – rendah
buyuk – tipu
damit – kecil
dangan – kawan/teman
dingin – sejuk
dudun / bedudun – bercerita
Galangtugi - Ulat Gonggok 
Palui - Bodoh
Sigup - rokok
Kebeliangan - terkejut
Kelangar - celaka
Ampit - dapat/diberi sebahagian, cth "ampiti sedikit nasi atu..."
Sandi - menunjukkan sesuatu yang teramat sangat cth "sandi besarnya" (menunjukkan terlalu besar)
Melabui / labui-labui - timbul
Matingal - keras kepala, degil
Indik - sepak, terajang
Ampar - penat, letih
Sungkai - berbuka puasa
Gulayan - sayur
Tambing - sungai
Capal - selipar
Batis - kaki
Batah - lama
Berinut - berangkat / memulakan perjalanan, dirujuk juga sebagai pergerakan atau jalan yang lambat
Mulih - balik, pulang
Gelagar - palang kayu penahan lantai rumah
giuk – ulat
gulaian – masakan / lauk pauk
hingar – bising
ibun / beibun – borak
inut / berinut – minta diri
jaul / bajaul – memancing
jua – pun
kamah – kotor
kamah ba tu kutur mihir
kamih – kencing
kelamari – semalam / kelmarin
kita – awak / kamu
kitani – kita
kurapak – cakap
Lacah = banjir
Antap = terlampau, terlalu
Bubus, miris = bocor
Gigiran, bibiran = melatah
lagau / melagau – panggil
Lagau=panggil
Agatah= pergilah..(sambung lagi...kalau tidak kau akan menyesal.
lama = batah
luan = selalu (byk meaning)
hantap = terlampau/terlalu
lampuh – gemuk
lauk -  ikan
liat / meliat – tengok / pandang
licak – lembut
limpan / kelimpanan – habuk masuk ke mata
limpang / melimpang – baring
limpas – lalu
lusir – lari
malar – tetap/ sentiasa
membungkas = makan dgn belibhan 
mengunjar - cari
karau - keras

belurih - mendapat
bajaur - merayau rayau 
miani – begini
miatu – begitu
mua – muka
mucang-mucang=bergotong royong
sigung=menyiku
ampai-ampai
bedudun = menziarahi
kebungkayangan = kenyang
Takaduhung = Kebetulan
Ingar = Bising
Cuik = Piring (BM standard)
Junyak = Pijak
Langu = Naik bosan
Mengalih/Ngalih = Letih
Lampung = Lampu
menjarang air/nasi=masak nasi
bakunya nyang=membebel
mulih – balik / pulang
mun – jika / kalau
nyaman – sedap
pagat - satu emosi/ perasaan yang tidak sabar cthnya pagat ku kan kesana
pugut - perangai yang serba cepat tapi tidak ketentuan
mengingul - mengharapkan orang lain untuk membantunya / menyusahkan orang
amprai - tiada harapan
belatak - bakul
me-antakkan aing/nasi - manjarang/ memasak
gegawi - sudip/sudu kayu
surung tah - biasanya kata membawa marilah berjalan
aga tah - pergilah
nyai-ee - bisanya akibat setelah berlaku bencana pada diri
jara - akibat sudah puas sengsara maka tidak mahu lagi ada masalah
palui – bodoh
peranak – generasi
pergi = aga
lai = adik/sayang/panggilan untuk orang yang lebih muda
atuya = itu pasallah
bajaur = jalan-jalan
lidut = lambat
ngalih = penat
piasau – kelapa
pupul / memupul – petik
sasah / menyasah – basuh
secara rawak
seluru~ / menyeluru~ - ejek
sepanggal – sebelah
Siruk= sedut
jara = serik
ngingis =calar
sono – sana
tapuk / betapuk – sembunyi
tekilala – kenal
terais / menerais – teriak / jerit
unjar – cari
(kebangkalan / ketungkalan /-dan ini biasa di gunakan untuk urang kuat makan > injin papak.)

PROJEK BAHASA BRUNEI SABAH : PENTERJEMAHAN

Salam khalayak.
...
Dah beberapa minggu di bulan januari 2013. dan nak msuk bulan febuari, bulan cinta orang bilang. Masa untuk entri tari dan teater akan aku pendamkan buat sementara masa. 
Skarang aku nak mulakan projek Bahasa Melayu Brunei Sabah, wpun aku bukan org brunei.. beberapa kejayaan ku dalam menulis penterjemahan bahasa (kalau tak berjaya pun ada ku kisah), iaitu BAHASA MELAYU SABAH dan BAHASA BISAYA akan menjadi sandaran kepada penulisanku nanti.
Aku juga telah membelek2 beberapa blog yg ada kaitan dalam google, tetapi amat kurang kosa kata yang boleh kita gunapakai. Wbgmanapun, terima kasih dan tahniah kpd blog2 berkenaan atas usaha tersebut. Sekurang2nya ada juga point aku nak tulis dalam entri kelak.
Ni baru mukadimah yek..
Salam ...

Khamis, 3 Januari 2013

SWA NADA REMEI 2013

Salam Khalayak... Salam 2013...
Hari ini 03 Januari 2013... bersaman hari khamis...

Setelah berjaya mengharungi penghujung tahun 2012 yang amat sesak sendat dan siksa dengan tekanan pelbagai masalah.... Alhamdulillah akhirnya dapat jua memblog di hari baru, dunia baru, udara baru, bau baru semuanya baru di tempat yang lama kutinggalkan...

Dan akhirnya aku kembali ke kampung halaman... dengan menyembunyikan hati seni jiwa budaya ku di sini. Masih lagi aku memeluk beberapa masalah yang tergendala dipenghujung tahun lalu....

Insha Allah... tahun ini akan ada banyak entri berbanding tahun sudah kerana ada masa dan tercerna minda di tempat ku ini... tempat baru....

-AKU BALIK BEAUFORT SUDA-

Salam khalayak.... hanya mahu menyampaikan salam senyum kulum menguntum kepada khalayak. semoga akan bertemu bicara di lain hari...

WELCOMING -SMK MEMBAKUT II

------------------2an---------------------

Khamis, 20 September 2012

Gemalai Melayu : Beyond De' Timeo

Salam...

Entri sedikit sahaja untuk hari ini...
Ada banyak yang ingin ku kongsikan, terutamanya keputusan pertandingan Tarian dan Teater untuk Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri pahang pada 14 dan 15 Sept lalu yang berlangsung di IKBN, Lanchang Temerloh.

Namun nantilah akan aku hurai dan cerita nanti.
Topik hari ini... masih bersandarkan cerita tarian melayu. GEMALAI... Kegemalaian. apa itu gemalai tari. Untuk menghasilkan kegemalaian perlulah mendapatkan latihan olah tubuh atau body projection yang memakan masa lama dan siksaan setiap kali latihan. Memang agak mustahil jika pelaku atau penari hanya mendapat latihan yang singkat. Setiap jenis tari mempunyai kegemalaiannya masing-masing mengikut kawasan penghuninya. Berbeza. Cuba kita lihat pada tari BallRoom seperti Cha-cha, Waltz, Salsa, Rumba, Samba atau Ballet. Memang ada kelembutannya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tidak dapat meniru atau mengikutnya. Salsa memerlukan kekuatan dan kegemalaian yang berpusat dipinggang manakala ballet lebih banyak menumpukan tenaga pada hujung jari kaki.

dalam tarian Melayu, gemalainya diletak pada keseluruhan badan, sama seperti sebahagian tarian cina dan siam. Movement - gesture - posture = bunga tari. Sebagai contoh kecil, kita ambil bahagian pergelangan tangan. Pulasan jari yang membentuk seperti nak ke backhand... macam mana nak cerita... benda ni kena tunjuk atau bergambar baru bleh faham. Takpelah.

Kelembutan - kesopanan - kesantunan - kemalu-maluan = GEMALAI.

_________________ Kenapa ?___________________

Dalam pertandingan yang lepas. Hanya juara yang mengerjakan body projection sehingga wujudnya kegemalaian pada badan budak tadika yang berumur 5 dan 6 tahun. Memang bunga tarinya ada yang tersasar dari syarat, namun jika dilihat secara keseluruhan, salah satu bahagian yang tidak dapat ditandingi oleh pasukan lain ialah KEGEMALAIAN. cantik. Saya, dalam hati saya hanya ingin menonton sebuah persembahan yang canti dan serba lengkap. Mengadili ialah perkara kedua.

Thats is for today... see u soon... salam_________________________

Jumaat, 14 September 2012

Mengadili Pertandingan Teater Kanak-Kanak

Salam Jumaat...

Hari ini InsyaAllah saya akan mengadili satu siri pertandingan Teater. Pesertanya berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. What do we expect from them...

Penilaian markah yang diberikan kepada saya, menyatakan perlunya untuk menilai dari sudut

1. Pengarahan
2. Lakon / Gerak / Nyanyi
3. Scenografi / Teknikal

3 nilaian yang akan dibahagikan kepada 3 juri...

** Kerisauan saya bukannya tidak berasas. Tetapi memandangkan saya sudah 6 atau 7 tahun tidak bergiat aktif dengan dunia teater. Sementelahan lagi, saya juga, dalam waktu itu juga tiada satu teater yang saya tonton secara live. Mujurnya, kebelakangan ini cuba merefresh ilmu melalui perkongsian ilmu dalam blog ini. Alhamdulillah. Akan saya cuba menilai dengan baik. Namun secara jujurnya, persoalannya, adakah saya tidak akan mengantuk menilai suatu pertandingan yang memakan masa selama 30 minit, dan sebanyak 14 pasukan?? harap-harap keletah anak mungil itu akan mengelitik lubuk hatiku..

__________________________________Mise En Scene________________________________

Jika saya diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang bagaimana mahu menilai sesuatu pertandingan, maka saya akan menyatakan 4 perkara yang saya akan nilai pandang ialah

1. Latarhias pentas
2. Cerita / Skrip
3. Lakonan
4. Kostum / make-up / Props

Kenapa? 4 perkara itu memang berbeza. Nanti dulu, ini untuk pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan tadika sahaja. Bukan terbuka ya.

akan saya terangkan kemudian. Nak gi IKBN, Lanchang sekarang kerana pertandingannya dijadualkan jam 2 petang lepas jumaat nanti... InsyaAllah.

Wassalam.__________________________

Rabu, 12 September 2012

Contoh Analisa Skrip

Naskhah Lakon : Kipas Tangan
Dramatis : Yukio Mishima
Konsep Teater : Noh Moden 



Sinopsis

                Drama “Kipas Tangan” yang ditulis oleh  Yukio Mishima , mengisahkan tentang seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30-an, yang menjaga seorang wanita kurang siuman yang memiliki sebuah kipas tangan . Pada hari itu, berita mengenai wanita yang kurang siuman itu telah tersiar di suratkhabar. Oleh kerana tidak ingin Yoshio, iaitu kekasih wanita yang kurang siuman tersebut menjumpai mereka, Jitsuko iaitu pelukis wanita tersebut, merancang untuk pergi dari situ. Malangnya Hanako, iaitu wanita yang kurang siuman tersebut berdegil tidak ingin pergi dari tempat itu. Jitsuko terpaksa akur kerana dia tidak ingin Hanako melarikan diri darinya. Pada petang hari tersebut, Yoshio datang kerana terbaca berita tersebut, tetapi pelbagai alasan telah diberi oleh Jitsuko bagi menghalang Yoshio bertemu dengan Hanako. Kerana desakan yang hebat dari Yoshio dan Jitsuko telah kehabisan akal, akhirnya Yoshio dapat bertemu dengan Hanako. Malang bagi Yoshio kerana Hanako yang telah menjadi kurang siuman itu telah mengatakan bahawa yang datang ke situ bukanlah Yoshio. Malah Hanako menuduh Jitsuko cuba untuk memperdayakannya, supaya dia akan turut pergi dari tempat tersebut secepat yang mungkin. Oleh kerana Hanako sudah tidak dapat mengecam Yoshio, walaupun bukti kipas tangan yang bertukar tangan tersebut telah ditunjukkan, Jitsuko kembali bertenaga dan menyuruh Yoshio untuk pergi saja dari situ. Yoshio, dengan perasaan yang amat terharu lantas berlalu dari situ serta-merta. Kesudahannya, Jitsuko tidak jadi untuk berangkat dari tempat tersebut dan dia seterusnya dapat memiliki wanita yang kurang siuman itu untuk selamanya.

Plot dan Mise en scene .
Latar tempat :        Studio  Lukisan, sebuah rumah di Tokyo,
Masa            :         Suatu petang , pada musim luruh .
Jenis             :        Klimatik – Kerana cerita ini tidak bermula dengan pertemuan antara Hanako Dan
                         Yoshio, tetapi Yukio Mishima (penulis) hanya mengambil bahagian akhir cerita
                         kerana resolusi bahagian akhirnya adalah yang paling penting bagi menunjukkan
                         tema yang ingin diketengahkannya.

 

Pecahan Adegan.

1 . Adegan pertama – Jitsuko berada dalam studionya membaca surat khabar sambil berjalan
                                    mundar mandir dan kemudian duduk disebuah bangku sambil bermonolog .
2 . Adegan kedua     -  Hanako masuk dan mereka mula berdialog . kemudian Hanako masuk ke
                                    kamar / bilik sebelah .
3 . Adegan ketiga     - Jitsuko masih dalam studionya , kemudian masuk Yushio yang ingin mencari
                                   Hanako . Terjadi perdebatan .
4 . Adegan keempat   - Hanako muncul dari bilik sebelah . Hanako Dan Yushio bertemu tetapi 
                                     Hanako tidak mengenali Yushio . Yushio pun pulang dengan hampa .
5 .  Adegan kelima     - Jitsuko dan Hanako berada dalam studio . Jitsuko tidak jadi untuk berpindah
                                      kerana Hanako tidak akan meninggalkannya .

Plot

1 . Berita mengenai Hanako tersiar di surat khabar.
2 . Kerana takut ditemui oleh Yoshio, Jitsuko ingin membawa Hanako pergi dari situ.
3. Hanako tidak ingin pergi.
4. Yoshio datang dan ingin berjumpa Hanako.
5. Jitsuko menghalang dengan pelbagai taktik.
6. Yoshio bersemuka dengan Hanako. Hanako tidak mengakui yang datang itu adalah Yushio.
7. Kerana kecewa, Yoshio pergi dari situ. Jitsuko akhirnya bersama Hanako.

Tema .
            Tema yang ingin diketengahkan oleh Yukio Mishima dalam skrip ‘Kipas Tangan’ ini ialah tentang - Perjuangan wanita untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki. Perebutan cinta antara lelaki dengan perempuan dan cinta antara perempuan dengan perempuan dijadikan sebagai bahan perantara dalam drama ini. Yukio ingin mengetengahkan perspektif ideologi yang menentang kebiasaan masyarakat Jepun pada tahun-tahun sebelum drama ini di tulis. Pada masa itu, sistem masyarakat di situ menunjukkan bahawa setiap seorang wanita harus taat kepada seorang lelaki, sebaliknya lelaki bebas untuk ‘bermain’ dengan ramai wanita. Hal ini bermakna bahawa seorang anak perempuan harus taat kepada bapanya, manakala setiap isteri harus taat kepada suaminya. Yukio melihat semua ini semacam tidak adil bagi kaum wanita. Oleh itu, dia cuba mengkritik suasana ini melalui drama tersebut. Lantas Yukio, melalui drama ini cuba menyarankan supaya wanita harus memperjuangkan hak serta hidupnya tanpa kongkongan dan eksploitasi dari kaum lelaki yang hanya menjadikan wanita sebagai teman ‘permainan’.
Saranan Yukio melalui drama ini, amat berlainan dengan cerita asal oleh Kanze Motokiyo Zeami. Kalau Zeami menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan perempuan akan bersatu akhirnya walaupun pelbagai rintangan terpaksa di hadapi sebelumnya, Yukio sebaliknya menyatakan secara tegas bahawa cinta antara lelaki dan perempuan tidak semestinya bersatu walaupun mereka berjaya menghadapi pelbagai rintangan sebelum bertemu semula. Sebaliknya Yukio secara terang-terangan menyatakan bahawa cinta sesama wanita pasti wujud sekiranya lelaki sudah tidak dapat dipercayai. Apabila lelaki sudah tidak dapat dipercayai lagi, maka wanita pastinya akan menuntut hak mereka, seterusnya kaum wanita akan berjuang untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki.
Dalam drama ini, Yukio cuba mengangkat tema melalui watak Jitsuko dan watak Hanako. Watak Jitsuko mewakili wanita yang matang dan dengan simbolik sebagai pelukis yang melihat perubahan arus kehidupan sekelilingnya, ingin memperjuangkan cara hidupnya sendiri dan tidak sekali-kali untuk menerima  kaum lelaki yang sudah tidak dapat dipercayai lagi untuk menentukan hidupnya. Watak Hanako juga sama, walaupun cara yang dipersembahkan oleh Yukio berlainan dengan watak Jitsuko, tetapi ideologi yang diangkat oleh Hanako adalah sama. Watak Hanako adalah mewakili wanita malang yang telah terpedaya oleh kaum lelaki. Melalui cerita ini Yukio mengunakan alasan janji bertemu kembali dan bertukar-tukar kipas tangan untuk menunjukkan bahawa Hanako sebagai seorang wanita yang mempercayai lelaki terpaksa menunggu begitu lama sehingga dia sendiri tidak tahu siapa yang ditungguinya.

Watak dan Perwatakan .

Protaganis
Jitsuko – Nama sebenarnya ialah Jitsuko Honda , seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30an  
               , ayahnya seorang yang kaya di kota , Oleh kerana dia berasal dari keluarga yang berada, 
               dia tidak pernah diberikan kasih sayang oleh ibubapanya , kerana itu dia berasa sepi   
               semenjak dari zaman kanak- kanaknya sehinggalah dia dewasa . Seorang yang psiko ,
               pendendam dan mudah berasa kasihan . Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap , dan
               masih belajar atas tanggungan bapanya . Masih bujang ( anak dara tua ) kerana dia tidak
               ingin berkahwin . Ada sedikit perasaan homoseks padanya . Suka mengkhayalkan
               sesuatu bentuk kehidupan  ilusi untuk dirinya sendiri . Membenci lelaki . Dia tinggal di
               sebuah rumah yang  mempunyai sebuah studio lukisan , iaitu beralamat di nombor 35
              jalan X .
- Objektif utama Jitsuko sebagai watak utama dalam skrip ini ialah untuk menjadikan Hanako seperti dirinya , iaitu seorang yang terlalu individualistik dan kesepian sepanjang hidupnya . Jitsuko ingin Hanako menganuti ideolgi hidupnya yang tidak perlukan kasih sayang dan lelaki dalam hidup . Bagi mencapai matlamat ini Jitsuko tidak ingin mempertemukan Yushio dengan Hanako supaya Hanako akan terus tinggal dan hidup bersamanya .
- Watak Jitsuko adalah watak yang bersifat alegorikal (allegorical) iaitu lambang atau wakil bagi wanita yang memperjuangkan cara hidupnya sendiri.

Hanako – Seorang gadis muda bekas geisya di sebuah restoran di  kota, dan kurang siuman
                setelah didera oleh majikannya ketika dia bekerja di restoran tersebut satu setengah  
                tahun lalu .  Dia amat setia menunggu kekasihnya yang telah bertukar–tukar kipas 
                tangan dengannya.  Berkulit putih dan agak kecil orangnya , agak jelita. Pada setiap hari
                dia akan menunggu kedatangan kekasihnya– Yoshio –di sebuah stesen keretapi
                berdekatan dengan rumah tempat dia menginap iaitu rumah Jitsuko .
- Hanako walaupun kurang siuman tetapi mempunyai objektifnya tersendiri iaitu akan terus menunggu kedatangan Yoshio . Oleh kerana itu Hanako tidak ingin keluar dari kota itu untuk mencari Yoshio . Dia juga berharapan agar Yoshio akan menunaikan janjinya untuk hidup bersamanya . Tetapi akhirnya Hanako telah menafikan kehadiran Yoshio dan seterusnya menjadi pengikut kepada kehidupan Jitsuko .
- Watak Hanako merupakan watak arcetaip (archetypal) kerana dalam drama ini Hanako digambarkan oleh penulis sebagai wanita kurang siuman yang hanya menunggu kekasihnya datang, walaupun pada akhirnya dia tidak mengenali kekasihnya itu.

Antoganis
Yushio – Seorang pemuda yang berasal dari Tokyo . Pernah berjumpa dengan Hanako 3 tahun lalu
              di restoran di mana Hanako bekerja dahulu dan kemudiannya menjadi kekasih Hanako .
              Oleh kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya, setengah tahun lalu barulah dia mula
              menjejaki Hanako . Tetapi malangnya setelah bertemu semula dengan Hanako ,
              kekasihnya itu mengatakan yang dia bukan Yoshio seperti mana yang dikenalinya dulu ,
              lantas dia kecewa dan terkilan , lalu berlalu pergi keluar dari rumah Jitsuko itu .
- Objektif utama Yushio pula ialah ingin bertemu dengan Hanako sebagai menunaikan janjinya untuk hidup bersama Hanako . Selain itu objektif Yushio ialah untuk membawa Hanako untuk pergi dari rumah Jitsuko dan tinggal bersamanya sebagai sepasang suami isteri .
- Watak Yoshio dalam drama ini juga merupakan watak arcetaip kerana penulisnya menggambarkan bahawa Yoshio hanya merupakan seorang pemuda yang mencari kekasihnya, yang akhirnya pergi begitu sahaja kerana kekasihnya tidak mengenali dirinya.

Konflik .

kehidupan Modenisme                          IDEOLOGI                                                kehidupan Tradisional        
Jitsuko (U.S.A)                           Hanako (Negara Jepun)            Yushio (Masyarakat Jepun)


                                Konflik utama yang berlaku dalam cerita ‘Kipas Tangan’ ini ialah pertentangan ideologi kehidupan. Watak Jitsuko membawa ideologi kehidupan moden iaitu seseorang wanita boleh hidup bebas tanpa bantuan kaum lelaki , tetapi watak Yoshio pula membawa ideologi kehidupan tradisional iaitu wanita memerlukan lelaki untuk meneruskan kehidupan. Alasan penulis mudah saja iaitu melalui cerita ini pertembungan kedua – dua watak yang berbeza ideologi tersebut akan membuatkan pembaca dan penonton memikirkan bahawa wanita dengan ideologi kehidupan moden akan menjadi kurang waras dalam membuat fikiran . Buktinya apabila Hanako yang amat setia menunggu Yoshio akhirnya tidak mengenali Yoshio itu sendiri . Manakala Jitsuko pula sebagai pembawa ideologi ini sentiasa ingin melarikan diri supaya dia dan Hanako tidak akan dapat dikesan oleh Yoshio . Terus terang ialah konflik perebutan antara Jitsuko dan Yoshio yang merebutkan Hanako . 

                                Melalui drama ini, Yukio Mishima sebenarnya ingin mengangkat konflik keadaan masyarakat Jepun selepas perang dunia kedua. Watak Jitsuko mewakili atau melambangkan kekuasaan Amerika Syarikat dalam membentuk keadaan masyarakat Jepun selepas perang. Wakil Amerika Syarikat yang mula memasuki Jepun pada tahun 1945 cuba untuk merubah keadaan ekonomi serta keadaan politik Jepun pada ketika itu. Watak Hanako pula melambangkan negara Jepun itu sendiri. Hanako digambarkan menunggu selama tiga tahun dan seterusnya menjadi tidak siuman, sebenarnya melambangkan keadaan negara Jepun yang ditinggalkan oleh rakyatnya yang memasuki tentera dan pergi berperang selama tiga tahun dan seterusnya negara Jepun tersebut dibom dengan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima yang menyebabkan beribu-ribu orang Jepun mati dan tanah di kawasan tersebut musnah. Watak Yushio yang meninggalkan Hanako selama tiga tahun pula melambangkan tentera-tentera Jepun yang meniggalkan tanah air mereka untuk berperang selama tiga tahun. Semangat dan budaya Jepun yang dilambangkan melalui ikon kipas tangan tersebut akhirnya hanya menjadi suatu perhiasan sahaja kerana Hanako dan Yushio tidak dapat bersatu. Pada tahun 1950 Jepun telah mendapat kemerdekaan dan pada tahun 1951 masyarakat Jepun mula mengundi serta pada tahun tersebut juga terdapat tiga orang ahli senat wanita yang terpilih ke parlimen Jepun. Pada tahun 1952, iaitu pada tahun cerita ini disiarkan di sebuah akhbar tempatan Jepun, Wakil Amerika Syarikat telah keluar dari Jepun setelah berjaya membentuk dan menyusun semula sosial, ekonomi dan politik negara Jepun.