Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 20 September 2012

Gemalai Melayu : Beyond De' Timeo

Salam...

Entri sedikit sahaja untuk hari ini...
Ada banyak yang ingin ku kongsikan, terutamanya keputusan pertandingan Tarian dan Teater untuk Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri pahang pada 14 dan 15 Sept lalu yang berlangsung di IKBN, Lanchang Temerloh.

Namun nantilah akan aku hurai dan cerita nanti.
Topik hari ini... masih bersandarkan cerita tarian melayu. GEMALAI... Kegemalaian. apa itu gemalai tari. Untuk menghasilkan kegemalaian perlulah mendapatkan latihan olah tubuh atau body projection yang memakan masa lama dan siksaan setiap kali latihan. Memang agak mustahil jika pelaku atau penari hanya mendapat latihan yang singkat. Setiap jenis tari mempunyai kegemalaiannya masing-masing mengikut kawasan penghuninya. Berbeza. Cuba kita lihat pada tari BallRoom seperti Cha-cha, Waltz, Salsa, Rumba, Samba atau Ballet. Memang ada kelembutannya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tidak dapat meniru atau mengikutnya. Salsa memerlukan kekuatan dan kegemalaian yang berpusat dipinggang manakala ballet lebih banyak menumpukan tenaga pada hujung jari kaki.

dalam tarian Melayu, gemalainya diletak pada keseluruhan badan, sama seperti sebahagian tarian cina dan siam. Movement - gesture - posture = bunga tari. Sebagai contoh kecil, kita ambil bahagian pergelangan tangan. Pulasan jari yang membentuk seperti nak ke backhand... macam mana nak cerita... benda ni kena tunjuk atau bergambar baru bleh faham. Takpelah.

Kelembutan - kesopanan - kesantunan - kemalu-maluan = GEMALAI.

_________________ Kenapa ?___________________

Dalam pertandingan yang lepas. Hanya juara yang mengerjakan body projection sehingga wujudnya kegemalaian pada badan budak tadika yang berumur 5 dan 6 tahun. Memang bunga tarinya ada yang tersasar dari syarat, namun jika dilihat secara keseluruhan, salah satu bahagian yang tidak dapat ditandingi oleh pasukan lain ialah KEGEMALAIAN. cantik. Saya, dalam hati saya hanya ingin menonton sebuah persembahan yang canti dan serba lengkap. Mengadili ialah perkara kedua.

Thats is for today... see u soon... salam_________________________

Jumaat, 14 September 2012

Mengadili Pertandingan Teater Kanak-Kanak

Salam Jumaat...

Hari ini InsyaAllah saya akan mengadili satu siri pertandingan Teater. Pesertanya berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. What do we expect from them...

Penilaian markah yang diberikan kepada saya, menyatakan perlunya untuk menilai dari sudut

1. Pengarahan
2. Lakon / Gerak / Nyanyi
3. Scenografi / Teknikal

3 nilaian yang akan dibahagikan kepada 3 juri...

** Kerisauan saya bukannya tidak berasas. Tetapi memandangkan saya sudah 6 atau 7 tahun tidak bergiat aktif dengan dunia teater. Sementelahan lagi, saya juga, dalam waktu itu juga tiada satu teater yang saya tonton secara live. Mujurnya, kebelakangan ini cuba merefresh ilmu melalui perkongsian ilmu dalam blog ini. Alhamdulillah. Akan saya cuba menilai dengan baik. Namun secara jujurnya, persoalannya, adakah saya tidak akan mengantuk menilai suatu pertandingan yang memakan masa selama 30 minit, dan sebanyak 14 pasukan?? harap-harap keletah anak mungil itu akan mengelitik lubuk hatiku..

__________________________________Mise En Scene________________________________

Jika saya diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang bagaimana mahu menilai sesuatu pertandingan, maka saya akan menyatakan 4 perkara yang saya akan nilai pandang ialah

1. Latarhias pentas
2. Cerita / Skrip
3. Lakonan
4. Kostum / make-up / Props

Kenapa? 4 perkara itu memang berbeza. Nanti dulu, ini untuk pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan tadika sahaja. Bukan terbuka ya.

akan saya terangkan kemudian. Nak gi IKBN, Lanchang sekarang kerana pertandingannya dijadualkan jam 2 petang lepas jumaat nanti... InsyaAllah.

Wassalam.__________________________

Rabu, 12 September 2012

Contoh Analisa Skrip

Naskhah Lakon : Kipas Tangan
Dramatis : Yukio Mishima
Konsep Teater : Noh Moden 



Sinopsis

                Drama “Kipas Tangan” yang ditulis oleh  Yukio Mishima , mengisahkan tentang seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30-an, yang menjaga seorang wanita kurang siuman yang memiliki sebuah kipas tangan . Pada hari itu, berita mengenai wanita yang kurang siuman itu telah tersiar di suratkhabar. Oleh kerana tidak ingin Yoshio, iaitu kekasih wanita yang kurang siuman tersebut menjumpai mereka, Jitsuko iaitu pelukis wanita tersebut, merancang untuk pergi dari situ. Malangnya Hanako, iaitu wanita yang kurang siuman tersebut berdegil tidak ingin pergi dari tempat itu. Jitsuko terpaksa akur kerana dia tidak ingin Hanako melarikan diri darinya. Pada petang hari tersebut, Yoshio datang kerana terbaca berita tersebut, tetapi pelbagai alasan telah diberi oleh Jitsuko bagi menghalang Yoshio bertemu dengan Hanako. Kerana desakan yang hebat dari Yoshio dan Jitsuko telah kehabisan akal, akhirnya Yoshio dapat bertemu dengan Hanako. Malang bagi Yoshio kerana Hanako yang telah menjadi kurang siuman itu telah mengatakan bahawa yang datang ke situ bukanlah Yoshio. Malah Hanako menuduh Jitsuko cuba untuk memperdayakannya, supaya dia akan turut pergi dari tempat tersebut secepat yang mungkin. Oleh kerana Hanako sudah tidak dapat mengecam Yoshio, walaupun bukti kipas tangan yang bertukar tangan tersebut telah ditunjukkan, Jitsuko kembali bertenaga dan menyuruh Yoshio untuk pergi saja dari situ. Yoshio, dengan perasaan yang amat terharu lantas berlalu dari situ serta-merta. Kesudahannya, Jitsuko tidak jadi untuk berangkat dari tempat tersebut dan dia seterusnya dapat memiliki wanita yang kurang siuman itu untuk selamanya.

Plot dan Mise en scene .
Latar tempat :        Studio  Lukisan, sebuah rumah di Tokyo,
Masa            :         Suatu petang , pada musim luruh .
Jenis             :        Klimatik – Kerana cerita ini tidak bermula dengan pertemuan antara Hanako Dan
                         Yoshio, tetapi Yukio Mishima (penulis) hanya mengambil bahagian akhir cerita
                         kerana resolusi bahagian akhirnya adalah yang paling penting bagi menunjukkan
                         tema yang ingin diketengahkannya.

 

Pecahan Adegan.

1 . Adegan pertama – Jitsuko berada dalam studionya membaca surat khabar sambil berjalan
                                    mundar mandir dan kemudian duduk disebuah bangku sambil bermonolog .
2 . Adegan kedua     -  Hanako masuk dan mereka mula berdialog . kemudian Hanako masuk ke
                                    kamar / bilik sebelah .
3 . Adegan ketiga     - Jitsuko masih dalam studionya , kemudian masuk Yushio yang ingin mencari
                                   Hanako . Terjadi perdebatan .
4 . Adegan keempat   - Hanako muncul dari bilik sebelah . Hanako Dan Yushio bertemu tetapi 
                                     Hanako tidak mengenali Yushio . Yushio pun pulang dengan hampa .
5 .  Adegan kelima     - Jitsuko dan Hanako berada dalam studio . Jitsuko tidak jadi untuk berpindah
                                      kerana Hanako tidak akan meninggalkannya .

Plot

1 . Berita mengenai Hanako tersiar di surat khabar.
2 . Kerana takut ditemui oleh Yoshio, Jitsuko ingin membawa Hanako pergi dari situ.
3. Hanako tidak ingin pergi.
4. Yoshio datang dan ingin berjumpa Hanako.
5. Jitsuko menghalang dengan pelbagai taktik.
6. Yoshio bersemuka dengan Hanako. Hanako tidak mengakui yang datang itu adalah Yushio.
7. Kerana kecewa, Yoshio pergi dari situ. Jitsuko akhirnya bersama Hanako.

Tema .
            Tema yang ingin diketengahkan oleh Yukio Mishima dalam skrip ‘Kipas Tangan’ ini ialah tentang - Perjuangan wanita untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki. Perebutan cinta antara lelaki dengan perempuan dan cinta antara perempuan dengan perempuan dijadikan sebagai bahan perantara dalam drama ini. Yukio ingin mengetengahkan perspektif ideologi yang menentang kebiasaan masyarakat Jepun pada tahun-tahun sebelum drama ini di tulis. Pada masa itu, sistem masyarakat di situ menunjukkan bahawa setiap seorang wanita harus taat kepada seorang lelaki, sebaliknya lelaki bebas untuk ‘bermain’ dengan ramai wanita. Hal ini bermakna bahawa seorang anak perempuan harus taat kepada bapanya, manakala setiap isteri harus taat kepada suaminya. Yukio melihat semua ini semacam tidak adil bagi kaum wanita. Oleh itu, dia cuba mengkritik suasana ini melalui drama tersebut. Lantas Yukio, melalui drama ini cuba menyarankan supaya wanita harus memperjuangkan hak serta hidupnya tanpa kongkongan dan eksploitasi dari kaum lelaki yang hanya menjadikan wanita sebagai teman ‘permainan’.
Saranan Yukio melalui drama ini, amat berlainan dengan cerita asal oleh Kanze Motokiyo Zeami. Kalau Zeami menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan perempuan akan bersatu akhirnya walaupun pelbagai rintangan terpaksa di hadapi sebelumnya, Yukio sebaliknya menyatakan secara tegas bahawa cinta antara lelaki dan perempuan tidak semestinya bersatu walaupun mereka berjaya menghadapi pelbagai rintangan sebelum bertemu semula. Sebaliknya Yukio secara terang-terangan menyatakan bahawa cinta sesama wanita pasti wujud sekiranya lelaki sudah tidak dapat dipercayai. Apabila lelaki sudah tidak dapat dipercayai lagi, maka wanita pastinya akan menuntut hak mereka, seterusnya kaum wanita akan berjuang untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki.
Dalam drama ini, Yukio cuba mengangkat tema melalui watak Jitsuko dan watak Hanako. Watak Jitsuko mewakili wanita yang matang dan dengan simbolik sebagai pelukis yang melihat perubahan arus kehidupan sekelilingnya, ingin memperjuangkan cara hidupnya sendiri dan tidak sekali-kali untuk menerima  kaum lelaki yang sudah tidak dapat dipercayai lagi untuk menentukan hidupnya. Watak Hanako juga sama, walaupun cara yang dipersembahkan oleh Yukio berlainan dengan watak Jitsuko, tetapi ideologi yang diangkat oleh Hanako adalah sama. Watak Hanako adalah mewakili wanita malang yang telah terpedaya oleh kaum lelaki. Melalui cerita ini Yukio mengunakan alasan janji bertemu kembali dan bertukar-tukar kipas tangan untuk menunjukkan bahawa Hanako sebagai seorang wanita yang mempercayai lelaki terpaksa menunggu begitu lama sehingga dia sendiri tidak tahu siapa yang ditungguinya.

Watak dan Perwatakan .

Protaganis
Jitsuko – Nama sebenarnya ialah Jitsuko Honda , seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30an  
               , ayahnya seorang yang kaya di kota , Oleh kerana dia berasal dari keluarga yang berada, 
               dia tidak pernah diberikan kasih sayang oleh ibubapanya , kerana itu dia berasa sepi   
               semenjak dari zaman kanak- kanaknya sehinggalah dia dewasa . Seorang yang psiko ,
               pendendam dan mudah berasa kasihan . Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap , dan
               masih belajar atas tanggungan bapanya . Masih bujang ( anak dara tua ) kerana dia tidak
               ingin berkahwin . Ada sedikit perasaan homoseks padanya . Suka mengkhayalkan
               sesuatu bentuk kehidupan  ilusi untuk dirinya sendiri . Membenci lelaki . Dia tinggal di
               sebuah rumah yang  mempunyai sebuah studio lukisan , iaitu beralamat di nombor 35
              jalan X .
- Objektif utama Jitsuko sebagai watak utama dalam skrip ini ialah untuk menjadikan Hanako seperti dirinya , iaitu seorang yang terlalu individualistik dan kesepian sepanjang hidupnya . Jitsuko ingin Hanako menganuti ideolgi hidupnya yang tidak perlukan kasih sayang dan lelaki dalam hidup . Bagi mencapai matlamat ini Jitsuko tidak ingin mempertemukan Yushio dengan Hanako supaya Hanako akan terus tinggal dan hidup bersamanya .
- Watak Jitsuko adalah watak yang bersifat alegorikal (allegorical) iaitu lambang atau wakil bagi wanita yang memperjuangkan cara hidupnya sendiri.

Hanako – Seorang gadis muda bekas geisya di sebuah restoran di  kota, dan kurang siuman
                setelah didera oleh majikannya ketika dia bekerja di restoran tersebut satu setengah  
                tahun lalu .  Dia amat setia menunggu kekasihnya yang telah bertukar–tukar kipas 
                tangan dengannya.  Berkulit putih dan agak kecil orangnya , agak jelita. Pada setiap hari
                dia akan menunggu kedatangan kekasihnya– Yoshio –di sebuah stesen keretapi
                berdekatan dengan rumah tempat dia menginap iaitu rumah Jitsuko .
- Hanako walaupun kurang siuman tetapi mempunyai objektifnya tersendiri iaitu akan terus menunggu kedatangan Yoshio . Oleh kerana itu Hanako tidak ingin keluar dari kota itu untuk mencari Yoshio . Dia juga berharapan agar Yoshio akan menunaikan janjinya untuk hidup bersamanya . Tetapi akhirnya Hanako telah menafikan kehadiran Yoshio dan seterusnya menjadi pengikut kepada kehidupan Jitsuko .
- Watak Hanako merupakan watak arcetaip (archetypal) kerana dalam drama ini Hanako digambarkan oleh penulis sebagai wanita kurang siuman yang hanya menunggu kekasihnya datang, walaupun pada akhirnya dia tidak mengenali kekasihnya itu.

Antoganis
Yushio – Seorang pemuda yang berasal dari Tokyo . Pernah berjumpa dengan Hanako 3 tahun lalu
              di restoran di mana Hanako bekerja dahulu dan kemudiannya menjadi kekasih Hanako .
              Oleh kerana terlalu sibuk dengan pekerjaannya, setengah tahun lalu barulah dia mula
              menjejaki Hanako . Tetapi malangnya setelah bertemu semula dengan Hanako ,
              kekasihnya itu mengatakan yang dia bukan Yoshio seperti mana yang dikenalinya dulu ,
              lantas dia kecewa dan terkilan , lalu berlalu pergi keluar dari rumah Jitsuko itu .
- Objektif utama Yushio pula ialah ingin bertemu dengan Hanako sebagai menunaikan janjinya untuk hidup bersama Hanako . Selain itu objektif Yushio ialah untuk membawa Hanako untuk pergi dari rumah Jitsuko dan tinggal bersamanya sebagai sepasang suami isteri .
- Watak Yoshio dalam drama ini juga merupakan watak arcetaip kerana penulisnya menggambarkan bahawa Yoshio hanya merupakan seorang pemuda yang mencari kekasihnya, yang akhirnya pergi begitu sahaja kerana kekasihnya tidak mengenali dirinya.

Konflik .

kehidupan Modenisme                          IDEOLOGI                                                kehidupan Tradisional        
Jitsuko (U.S.A)                           Hanako (Negara Jepun)            Yushio (Masyarakat Jepun)


                                Konflik utama yang berlaku dalam cerita ‘Kipas Tangan’ ini ialah pertentangan ideologi kehidupan. Watak Jitsuko membawa ideologi kehidupan moden iaitu seseorang wanita boleh hidup bebas tanpa bantuan kaum lelaki , tetapi watak Yoshio pula membawa ideologi kehidupan tradisional iaitu wanita memerlukan lelaki untuk meneruskan kehidupan. Alasan penulis mudah saja iaitu melalui cerita ini pertembungan kedua – dua watak yang berbeza ideologi tersebut akan membuatkan pembaca dan penonton memikirkan bahawa wanita dengan ideologi kehidupan moden akan menjadi kurang waras dalam membuat fikiran . Buktinya apabila Hanako yang amat setia menunggu Yoshio akhirnya tidak mengenali Yoshio itu sendiri . Manakala Jitsuko pula sebagai pembawa ideologi ini sentiasa ingin melarikan diri supaya dia dan Hanako tidak akan dapat dikesan oleh Yoshio . Terus terang ialah konflik perebutan antara Jitsuko dan Yoshio yang merebutkan Hanako . 

                                Melalui drama ini, Yukio Mishima sebenarnya ingin mengangkat konflik keadaan masyarakat Jepun selepas perang dunia kedua. Watak Jitsuko mewakili atau melambangkan kekuasaan Amerika Syarikat dalam membentuk keadaan masyarakat Jepun selepas perang. Wakil Amerika Syarikat yang mula memasuki Jepun pada tahun 1945 cuba untuk merubah keadaan ekonomi serta keadaan politik Jepun pada ketika itu. Watak Hanako pula melambangkan negara Jepun itu sendiri. Hanako digambarkan menunggu selama tiga tahun dan seterusnya menjadi tidak siuman, sebenarnya melambangkan keadaan negara Jepun yang ditinggalkan oleh rakyatnya yang memasuki tentera dan pergi berperang selama tiga tahun dan seterusnya negara Jepun tersebut dibom dengan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima yang menyebabkan beribu-ribu orang Jepun mati dan tanah di kawasan tersebut musnah. Watak Yushio yang meninggalkan Hanako selama tiga tahun pula melambangkan tentera-tentera Jepun yang meniggalkan tanah air mereka untuk berperang selama tiga tahun. Semangat dan budaya Jepun yang dilambangkan melalui ikon kipas tangan tersebut akhirnya hanya menjadi suatu perhiasan sahaja kerana Hanako dan Yushio tidak dapat bersatu. Pada tahun 1950 Jepun telah mendapat kemerdekaan dan pada tahun 1951 masyarakat Jepun mula mengundi serta pada tahun tersebut juga terdapat tiga orang ahli senat wanita yang terpilih ke parlimen Jepun. Pada tahun 1952, iaitu pada tahun cerita ini disiarkan di sebuah akhbar tempatan Jepun, Wakil Amerika Syarikat telah keluar dari Jepun setelah berjaya membentuk dan menyusun semula sosial, ekonomi dan politik negara Jepun.


Jumaat, 7 September 2012

REVIEW SYARAT PERTANDINGAN TARIAN POTENSI KEMAS 2012

Salam...
Jangan tanya dari mana saya dapat bahan bercetak ini....
Ini adalah copy sayarat pertandingan dan peraturan am Pertandingan Tarian Tradisional 'Rakyat' sempena hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Pahang Tahun 2012. 
Perlu dijelaskan di sini, iaitu mungkin ada peserta yang layak ke peringkat negeri tetapi belum pasti kerana masih tidak dapat copy sebenar syarat seperti yang saya post sebelum ini. Atau mungkin juga syarat ini akan bertukar semasa peringkat Kebangsaan nanti. 
Tapi buat setakat ini, yang disahkan hanya syarat yang seperti tersebut.

Review
1. Syarat pertandingan.. 
1.1 hingga 1.5 rasanya tiada masalah untuk difahami kerana amat jelas.
1.6, bab muzik iringan, adalah dipersetujui bahawa muzik yang diterima pakai ialah muzik yang instrumental sahaja iaitu tanpa sebarang suara manusia...ok? walaupu suara latar yang berbunyi - haaaaaaaa, hooooo, haiii... dsbg.
1.7, bab salinan cd. Hanya 1 cd yang perlu dihantar ke urusetia teknikal. 1 salinan lagi perlu di pegang oleh wakil peserta. Dan wakil pasukan hendaklah menunggu disamping juruteknik yang memainkan lagu bagi mengelakkan sabotaj. Ingat, salinan cd itu jika tercalar sedikit pun, akan merencatkan persembahan dan mengambil masa pasukan lain..

2.Kriteria 
2.1 amat jelas tentang umur iaitu 4-6 tahun. 
2.2, bab jantina.
Adalah dipersetujui (sebenarnya memang pun kesemestinya) penari yang dibenarkan ialah lelaki sahaja atau perempuan sahaja atau pasangan lelaki dan perempuan sahaja. Perlu di ingat bahawa jawatankuasa menolak sebarang gantian pasangan iaitu, perempuan sebagai lelaki atau lelaki sebagai perempuan, sama ada dari segi pakaian, make up atau pasangan tari. Faham? pendek kata tak boleh perempuan mengambil tempat sebagai lelaki, pakai songkok la, baju melayu la... walaupun perempuan itu berambut pendek. ok?

3. Corak pertandingan
3.1. TARIAN TRADISIONAL RAKYAT . Gabungan 3 tarian (Zapin, inang dan joget) atau 1 tarian sahaja sama ada Zapin sahaja, Inang sahaja atau Joget sahaja. Mengikut masa minima iaitu 7 minit dan maxima 15 minit. 
sebenarnya aku tak berapa setuju bab ni, kalau 1 tarian sahaja hanya memakan masa 6 minit lebih sikit, itu pun lagu ghazal untuk tarian zapin. Tapi ya, lagu itu boleh dikerat potong dan disambung bagi panjang. panjang mana pun boleh. Tapi bosanlah asyik bunga yang sama ja dalam 7 minit. buatnya pola lantai ada 2 atau 3 ja..haaa... tidola pengadil. lagi pun tak adil bagi pasukan yang membuat rampaian 3 tarian. so macam mana org kebangsaan???
Adalah dipersetujui juga bahawa jika Tarian zapin dipersembahkan adalah dibenarkan sebagai rampaian zapin (campur zapin melayu asli, pekajang, parit mastar, bunian dsbg), atau jika joget (campur joget lambak, joget asli, joget jawa dsbg) dan jika inan ( campur inang cina, inang asli, inang renek dsbg) - tapi itu untuk peringkat negeri Pahang sahaja, peringkat kebangsaan tak tau lagi. namun dilarang sama sekali menggunakan bunga tari KONTEMPORARI.

3.2. tarian etnik sabah sarawak untuk pasukan dari sabah sarawak je - ini untuk peringkat kebangsaan sahaja.

4. Penilaian Markah... Baca sendiri, semua dah cukup complete..
Ingat... Tarian Tradisi Raykat, bermakna tak perlu vogue tapi manampakkan busana orang kebanyakkan pada satu masa dulu. Baju kusam, warna pudar, ala-ala kampung, aksesori tak banyak. Props kalau ada dan digunakan sepenuhnya bukan sekadar hiasan. make up tak perlu menyerlah macam artis, sekadar menampakkan muka jangan pucat dan nampak berseri. Thats all.. nak lagi??
Cara masuk ke pentas sopan, cara keluar sopan. sudi atau minta lalula. Hayunan tangan penari sama, langkah sama, pasangan serasi, pandangan mata  pasangan ada aksi reaksi, gesture dan lentur tubuh. Gerakan selari dengan rentak. jangan membuntuti pengadil atau penonton (kalau sebahagian tak pe) - buat 45/ 35 degree...pola lantai atau ubah kedudukan tempat penari lebih dari 5 pola lantai. Thats all... lagi??  yang penting SENYUM... jangan sudah sehingga keluar pentas. Kalau rampian, jangan ada gap antara lagu.
Tang lagu tu tadi tinggal... hanya 1 lagu sahaja dibenarkan jika memilih untuk 1 tarian. Tidak boleh 1 tarian sehingga 2 3 lagu... memang rentak sama contohnya joget, tapi tak boleh gabung joget serampang laut dengan joget pucuk pisang dengan joget mak enon dll. 1 Tarian 1 lagu... lagu masuk lain daripada lagu tarian juga akan ditolak markah. Ingat. Jika Rampaian maka 3 lagu mesti... tak boleh kurang jadi 3 atau lebih jadi 4 termasuk muzik keluar atau masuk..

oklah jika ada soalan lain ... sila komen kat bawah... dan sinopsis tarian tidak perlu disediakan. memudahkan sikit. Jika nak buat, kami terima juga... hamboi macam kau je jadi pengadil.... Ok... harap fahamlah... ni semua untuk peringkat negeri sahaja, jika peringkat kebangsaan mungkin ada sedikit perubahan.

Terima kasih.
Salam....
Jangan Marah kalau benda ini adalah rahsia. Saya nak biar tahun ni lebih adil. Hak sama rata. Pemenangnya layak. ....

rujuk...:
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/contoh-syarat-pertandingan-tarian.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/details-review-tatacara-permarkahan.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/03/pertandingan-bakat-hari-potensi-tabika.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/pertandingan-tarian-hari-potensi-tabika.html

SYARAT PERTANDINGAN TARIAN POTENSI KEMAS 2012



Rabu, 5 September 2012

KEMAS JENGKA 14 2012



Hari Potensi Kemas Parlimen Kuala Krau 

Isnin, 27 Ogos 2012

POTENSI KEMAS 2012.. on da way...

Salam Raya Eidulfitri...

sebelum sambung cerciter bab saya guru... nak buat beberapa hujah persoalan bab hari potensi kemas untuk tahun ni. Ada beberapa rungutan tentang pertandingan tarian. Saya hanya menadah telinga dan blog. Dalam entri saya kira-kira dua tahun lepas ada beberapa tajuk berkaitan pertandingan ini, permasalahan dan cara mengatasi mungkin... Malangnya tidak berbau, tapi baunya tetap sama. 

Rungutan pertama ialah tentang syarat pertandingan yang masih celaru. Seperti yang kita (cikgu tadikanya dan juruletihnya) tahu, syarat telah keluar awal tahun , kira-kira bulan mac... dan ada wakil yang telah berlatih mengikut syarat tersebut. Kira agak lama juga masa latihan. 

Syaratnya ialah Satu Tarian sahaja sama ada Zapin, Inang, Joget, Asli, Cina atau India. Masa durasi tarian ialah 8 - 10 minit. Itulah yang peliknya. Satu jenis tarian hanya memakan masa paling lama selama 6 minit sahaja. Dan baru-baru ini, tinjauan ke Pertandingan Parlimen lain, kami mendapati syaratnya dah menjadi Tarian Rampaian dan masih mengekalkan durasi persembahan. Agak pelik.

Saya juga merasakan keanehan tersebut apabila syarat yang ditunjukkan oleh guru tadika tersebut hanyalah satu tulisan diatas kertas nota, bukan syarat lengkap yang telah diprint seperti sebelum ini. Syarat tersebut adalah hasil daripada mesyuarat guru kemas peringkat negeri Pahang awal tahun ini. Pelik bukan? Adakah sengaja peraturannya diputarbelit sedemikian rupa oleh pihak atasan? Bila ditanya kepada peyelaras parlimen, jawapannya pun kurang pasti..? 

APA YANG PASTI! pertandingan peringkat Parlimen minggu depan. Peringkat negeri minggu tak tau bila... yang dah lepas pertandingan pun ada banyak komen. 

KENAPALAH MEREKA TIDAK MENGAMBIL IKTIBAR ATAS KESILAPAN LALU. mungkin mereka berkata "ala pasal pertandingan pun nak kecoh, yang bertanding budak kecik, hadiah tak seberapa, tarian tak seberapa, macam baik sangat la korang..." 

Berbaloikah usaha guru tadika kemas jika inilah stigmanya.... nasihat saya yang dah fedup... takpelah... kita mengalahlah... hanta yang mana ada... tahun seterusnya tak payah menyertailah... bukan boleh menang pun.Tak ada peluang. 

KEMAS adalah jalan politik. semua guru, penyelia, penyelaras dan otai-otai atasan adalah orang yang giat aktif dalam politik UMNO terutamanya. Buat malu UMNO je.

saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik pun. Saya adalah kalau masa pilihanraya adalah SPR. Badan berkecuali. Saya sayang UMNO, tapi tidak seorang pun orang dan pemimpin Umno yang saya tabik.Tiada. sama seperti saya Suka kepada PAS, namun tidak seorang pun pemimpin PAS yang saya suka. PKR tiada hala tuju. Yang lain2... mamang tak masuk..

Penegasannya ialah, biar sekecil manapun agenda kerajaan untuk membangunkan potensi kanak-kanak, janganlah kita menidakkan. Kerana kita sendiri tidak tahu apakah potensi mereka. Hanya guru-guru yang setiap hari lebih tahu potensi mereka. Malah ibu bapajuga kekadang terkesima tak sangka anak mereka mampu melakukannya. Bayangkan saja anak itu adalah anak anda... bagaimana rasanya????

Salaaammmmm........................


Jumaat, 27 Julai 2012

I Am Still Alive : Cikgu Masa Kini 2a

Salam... Kali ni nak sambung cerita selepas 2007 ke  tahun seterusnya..........................................................


___________________
Ini Baru Cikgu : Profesion-all
Dan 2007 pun melabuhkan tirai dengan seribu satu kenangan dan persoalan. 2008 datang, dan inilah tugas aku yang sebenarya. Tengok betul-betul. Baca hati-hati..

1. Mengajar
P&P aku averagenya sama, 25 masa seminggu, 40 minit satu masa. Mengajar Pendidikan moral kelas Tingkatan 1-3 masa seminggu, Tingkatan 2- 3 masa seminggu dan Tingkatan 3 - 3 masa seminggu. Jadi dah makan 9 waktu. Pendidikan Seni Visual (PSV) pula aku ajar Tingkatan 5B- 4 masa, 5D- 4 masa , 4B - 4 masa. Campur dengan PMoral tadi dah 21 masa. Mata pelajaran yang bangkit semula zaman Pak Lah iaitu PSK (Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) 2 kelas pulak . Tingkatan 3B- 2 masa dan Tingkatan 1B - 2 masa... jadi campur semua 25 masa.. betul?

Sebelum mengajar kena buat atau kena tulis buku rekod mengajar. siapa tak buat Boleh dikenakan denda RM5000 jika sabit kesalahan. Tetapi agak ramai juga yang membuat Rancangan Mengajar Harian (buat sebelum mengajar) tetapi tak kurang juga yang membuat Sejarah Mengajar Harian (Buat hari jumaat sebelum hantar buku rekod). Kalau orang tanya, kenapa buat macam tu. Kau akan tahu selepas baca habis cerita ini.

Masa KPLI dulu, ada istilah 'Praktikum'. Masa praktikum inilah Buku rekod yang dah tebal tu boleh kembung. Yang lebih advance ialah tambah pulak satu buku lagi. Itu baru praktikal 4 bulan. Termasuklah dengan ABM, BBM, Induksi dan macam-macam istilah dalam pendidikan - jean piagetla, OHPla, main peranan, P&P berpusatla.... segala macamla. Buku rekod tu, untuk 1 mata pelajaran, 1 kelas, boleh mencapai sehingga 5 muka surat. kalau tulisan kecil sikit dapatla 3 muka surat.
Masa mengajar yang sebenarnya di sekolah, buku rekod yang approve ialah - 1 muka surat untuk sehari. 1 muka surat tu kalau sehari ada 5 atau 6 kelas... tulis la RPH untuk 5 ke 6 kelas. Tapi average sehari cikgu sekolah menengah ialah 4 kelas untuk sehari, paling banyak. Malangnya kalau sekolah rendah memang ada yang dapat 6 kelas sehari. 
Itu baru kira kelas. belum kira masa lagi. Kalau sehari ada 5 kelas darab 2 masa, amacam. Itu baru tulis buku rekod, belum mengajar lagi.
Tamat tentang buku rekod........

Mengajar pulak. Aaaada macam-macam jenis cikgu, dan beribu peel pelajar. That is our customer or client. Remaja. Ada 3 kelas pelajar. Yang baik dapat kelas pertama dan kedua - tak payah mengajar beria sangat, kerana mereka ini boleh belajar dan memang nak belajar. Kelas ketiga - potensi dan sederhana - kena push untuk mereka lulus dan nak belajar. Kelas kelima dan keenam - kalau ada dikelas pun mujur. Saya secara jujurnya nak sangat tengok GC atau guru APC mengajar kelas hujung. sekurang-kurangnya lulus pun tak pelah. Setakat GC, JU mengajar kelas A, tak herannya aku. Tapi gua memang salute jika cikgu mengajar kelas belakang. Ada yang lari panjat pokok, masuk ladang, membuat rondaan keliling sekolah. macam-macam hal. nak rotan pun diorang dah kebal. Tapi rotan memang patut la, terutamanya public canning. 

Itu baru pelajar. Kalau cikgu ada macam-macam cara mengajar. Ikut kelas. ada yang baca buku teks. ada yang baca nota. ada yang bagi lembaran nota atau kerja. dan sebagainya. Yang guna multimedia pun ada. Tapi aku lebih suka berlakon dengan pelbagai watak dalam kelas. Satu-satunya cikgu gila dalam sekolah ketika mengajar. 

Lepas mengajar kena bagi latihan. Lepas bagi latihan kena periksa. Thats is P&P. The World Of Teacher. Sebelum-sediakan bahan ikut tahap kelas. Semasa-mengajar ikut tahap pelajar. Selepas - konklusi dan berkata Alhamdulillah. Menoreh kebun sendiri dah abih. Relief kelas - Menoreh kebun orang.

2. Kokurikulum dan sukan
Jika anda ingat kerja guru hanya mengajar, seperti yang saya ceritakan. harap-harap anda baca berikutnya.

Memang Koko dan sukan bukan setiap hari. sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. setiap guru di berikan sekurang-kurangnya 1 unit sama ada unit beruniform, kelab persatuan atau kelab sukan. Cikgu yang mengajar tadilah. Bukan cikgu unit Kokurikulum. Mana ada kakitangan sekolah macam tu. Unit Kokurikulum ada pegawainya sendiri di sekolah, yang tak mengajar, tapi mengurus KOko je. Tak ada, ok... Cikgu yang mengajar P&P tulah yang pegang kerja Koko. ini kira penegasan ni. Yang ada cuma GPK KoKo je. Mentadbir dan Menyelaras.

Cikgu lain, terutamanya perempuan, akan marah jika diberi relief. Asyik-asyik cikgu ni je yang keluar. Lepas dia, dia lagi. Jangan marahlah kak oiii... Sukan dan KokO ni bukan sepanjang tahun, tapi bermusim. Cer kakak cikgu pergi ganti keluar sekolah nak tak? ingat claim perjalanan cukup ke? Bawa budak nak jaga keselamatan budak lagi. Balik Petang lagi. Berpanas hujan lagi. Kereta kotor dan hapak bau budak lagi. Cer suruh PTD buat kerja tu... maunye dia0rang?.. Nak cerita panjang kang hahhhh.....
Masa tu aku pegang Ketua Penasihat KRS dan Kelab Seni Budaya. Pembantu penasihat kelab catur (walaupun aku haram tahu pasal catur).

Secara logiknya. jika mengurus koko ni, P&P akan tertunda. Cikgu yang keluar ni akan dikehendaki memberi kerja kepada pelajar. Cikgu relief yang akan menguruskannya. Ni cikgu relief pun tak de selera nak masuk.
Diorang ingat setakat ambil dan hantar ke? Nak mengurus lagi. Kalau setakat peringkat sekolah, bolehlah sikit. Nak memikir peringkat zon, daerah....so on... memang bukan semua guru terlibat. 

3. Tugas-tugas lain
Pada tahun itu juga aku pertama kali juga menjadi guru kelas. Ha ha ha.... suka hati. Dapat tahu background budak. TETAPI... MERATAPI. Orang ingat jadi guru kelas setakat tanda kehadiran je ke. Nak isi buku rekod kehadiran itu pun dah jadi masalah. Masa tu ada SMM dah. Data pelajar tahun lepas yang hilang entah ke mana, kena cari. Budak pulak kejap ada, lama tak ada... yang pontengnya. yang tak hadir kena buat surat amaran. Kena buang pun ada caranya, mana boleh buang terus. Aamaran 1. Aamaran 2. Kaunseling. Jumpa mak ayah budak. Aamaran 3. Tanya GPK HEM. Tanya Pengetua. Barulah diberhentikan. ..... pas tu. Merayu sekolah balik. Pergi JPN je. Masuk pulak. ada pulak budak tu balik. datang pulak, tak duduk kelas, pi bejalan ronda sekolah. merokok dalam sekolah. Macam mana lah cikgu nak memantau? cikgu nak mengajar lagi. Kalau kejar budak tak berbaloi nak tinggal yang dalam kelas. Suruh cikgu lain kejar, macam cikgu tu tak ada kerja lain. Dia pun nak mengajar juga. nak tanda kertas budak juga. nak meniaga MLM juga... aitttt PULOK... macam macam hal....


Aku tak dapatlah porfolio bawah ni, tapi aku senaraikan jugalah portfolio ni untuk kamu mengerti tentang teacher at-all. Tugasnya seperti ini kekadang bertindih bagi seorang cikgu. Kekadang ada juga cikgu yang tak de tugas, terutamanya cikgu yang lama, dah veteren. iaitu :
guru disiplin/guru data/guru PSS/guru peperiksaan/guru buku teks/guru koperasi/ guru bangunan/guru harta sekolah/ guru kerusi meja/guru air api/ dan sebagainya. Kalau buka buku panduan tugas tahunan ada banyak lagi....

cukup je lah untuk kali ini. Begitulah hingga tahun 2009. Masa mengajar masih sama. Cuma kelas yang di ajar je berubah. Sementelahan orang rumah pun dah posting kat kawasan ni juga, saya belah utara, dia belah selatan.... begitulah dunia guru... Prestasi sedikit meningkat pada tahun 2008 dengan markah 89 something....2009 turun 88 somethings... Masih belum tertekan jadi seorang guru. Tak tahulah kalau PTD yang baca jadi tertekan. Pensyarah baca jadi tension. ....

See ya next time........___________

Rabu, 25 Julai 2012

I Am Still Alive : Cikgu Masa Kini

Salam..... 
Setelah memberikan serba sedikit jalan cerita apa yang telah terjadi sebelum saya masuk ke dunia perguruan sebenarnya.. tibalah masanya menceritakan apakah yang sebenarnya berlaku dalam dunia keguruan. Sebarang komen dibolehkan, tetapi sebelum komen kena ingat. Ini adalah cerita aku, pengalaman aku, apa yang aku rasa. Mungkin rasanya lain daripada yang dirasa orang lain. So this is a true story, i will tell you with the timeline history.... 


Cikgu Kecil 
Saya, cikgu,... zaman itu, 2007, zaman Pak Lah. Cemerlang Gemilang Terbilang. Pada masa itu, aku posting. Macam mana nak cerita? Semangat untuk mengajar dan mendidik sangat berkobar-kobar. Al maklumlah baru habis kursus KPLI. Dengan ABM yang masih fresh. Masa tu dah tak bujang. ada isteri tapi belum ada anak lagi. Isteri pulak KPLI kat IPG Islam Bangi. Jadi masa untuk pelajar , ada banyak keterluangannya. Nak melatih untuk sesuatu pertandingan , kompos lagu baru dan sebagainya sampai malam pun tak apa. Cabarannya hanyalah demi untuk pelajar semata. wow. Waktu itu juga, skim gaji berubah. Alangkah gembiranya kakitangan awam pada waktu itu. namun ada beberapa ribuan guru yang teraniaya disebabkan isu sambung belajar. Gaji antara gred 32/39 dengan 41 jauh terpeleot, sehinggalah zaman ini masih belum selesai. itu cerita tentang perkhidmatan, bukan tugas. 

Masa ini aku dah mampu berhutang beli motorsikal. Walaupun gaji 3 bulan tak dapat. tapi ada tunggakkan. Sekarang ini lebih baik. hanya sebulan posting terus dapat gaji. Dengan motorsikal Honda Click itulah aku pergi ke KL-Bangi melawat orang rumah. Tahun yang amat membanggakan dan agak selesa sebagai guru baru. 

Di sekolah kelas sebanyak 25 masa seminggu - 40 minit satu masa. Mengajar pendidikan seni visual dan P. Moral je.  Dalam aktiviti ko kurikulum pulak mulanya masuk kadet JPA3 kemudian barulah convert ke KRS. Tahun yang so easy and relax. Mengajar sahaja. Alangkah Indahnya. Dan akhirnya dapat prestasi 86.5. Alhamdulillah. Mungkin orang lain kata rendah sangat, atau orang kata tingginya tapi aku tetap bersyukur. Memang itulah selayaknya.

Pelajar yang aku ajar pada waktu itu, ada terdapat sedikit masalah. Terutamanya yang tingkatan 4. MP PSV tingkatan 4 membuatkan aku mengajar selama 4 masa seminggu. 2 kelas iaitu 4B dan 4D. Kelas 4bestari pada zaman itu bolehlah makan. Dengan kapasiti 20 pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan, memang masaklah pelajar perempuan tersebut dibuli. Buli perbuatan dan percakapan. Tapi tak sampai bersentuhan. Mungkin ada saya tak nampak. Berbeza dengan kelas 4dedikasi. Terdapat hanya 12 orang pelajar lelaki. Yang hari-hari datang seramai 6 orang. Yang on-off selebihnya. Ada pelajar yang mengajak bertumbuk. Cikgu diajaknya bertumbuk. Saya seorang yang bersabar, bukan pengecut, cuma menjaga maruah dan title "CIKGU". Kalau tak, nak juga aku baling budak tu ke tingkat bawah. Niat tu ada tapi masih boleh berfikir dengan rasional. MasyaAllah. 

Bulan 4 pulak ada 1 pelajar masuk kelas 4D. Bulan 6 ada lagi 1 pelajar masuk kelas 4D. 2 orang ni pun memang ada sejarah hitam disekolah ni. Yang seorang tu berhenti sekolah masa tingkatan 2. Yang satu lagi juga berhenti masa tingkatan 1. 2 orang ni tak ambil PMR pun. Satu enigma juga apabila sistem pendidikan begitu. Masa ni sekolah Vokasional telah ditiadakan. 

Persoalan yang bermain diotakku dari zaman itu ialah... Kalau murid tak ambil UPSR pun boleh masuk sekolah menengah, kalau pelajar yang tak ambil PMR pun boleh sambung Tingkatan 4, ....Mengapa perlu ada UPSR dan PMR. Adakah sekadar mencari pelajar cemerlang untuk ditempatkan ke SBP, MRSM, TEKNIK... pelajar yang tecicir terus ke sekolah harian biasa, dan membuat onar, menurunkan GPS la apalah lagi... Kalau macam begini sampai bila-bila pun sekolah biasa yang mempunyai pelajar berkapasiti 1000 orang tak akan dapat 'baiah baru new deals'. 

Kelas P.moral pula pada zaman itu juga, cina dan india ada yang tak pandai menulis, membaca dan memahami Bahasa Melayu. Cina dan India ini , yang pandai akan disekolahkan di Mentakab atau Kuantan. Tinggallah yang tak lulus BM atau tiada kemampuan dari segi kewangan di sekolah ini. huh.... menghadapi pelajar seperti ini, method stanislavski pun tak boleh pakai. Mengajarla untuk habiskan silibus sahaja. Sahsiah, disiplin dan kawalan kelas , guru muda mengeluh je lah... mujurlah zaman ni tak kenal friendster, FB dan blog lagi...

Begitulah sehingga hujung tahun 2007.... 

To Be Continue... coming 2008....

Selasa, 24 Julai 2012

I M Still Alive : SENIMAN 2

Dari Post Sebelumnya... masih berkait.

Setelah masuk USM, maka aku belajarlah apa-apa yang patut, dengan pensyarah yang patut. Tapi tak seberapa usahanya. Dan dapat la PNGK yang melayakkkan aku dapat segulung ijazah dengan kepujian.

Sebelum menggenggam gulung ijazah... habis masa belajar, masih ada beberapa bulan sebelum graduation day... aku bekerja dengan beberapa cina memasang ducting air cond. benda aluminium yang kena ketuk buat empat segi, semi bulat dan sebagainya. Pasang pula dengan mendongak, pasang kat siling. Aku ni dah la gayat. setakat tingkat 1 boleh la.. dah naik tingkat 2, 3, 4... dan seterusnya... 1 bulan ketar lutut wooo. dan akhirnya dah alah bisa tegal biasa.

Graduate bulan ogos 2005, berenti kerja bulan Januari 2006 kerana masuk KPLI. mohon juga KPLI, walaupun tengah-tengah tu ada juga mohon kat JKKN melalui SPA sebagai Pegawai Budaya. Masa dalam KPLI, dah tandatangan surat biru, baru dapat temuduga SPA. ku lepaskan juga la.. KPLI. So Teaching is my real carrier. Allah SWT dah tulis dalam loh mahfuz bahawa aku ini adalah lebih baik dan sesuai jadi GURU dari jadi seniman. Rezeki ku di sini.Terimalah. lagipun makcik aku 3 orang jadi cikgu. so tak salah.

Saya suka mengajar sekolah rendah kerana bakat dan kemahiran yang aku ada. tapi aku lebih suka memilih sekolah menengah kerana pelajar ini senang ku bawa dan latih jika ada sesuatu pertandingan berkaitan seni persembahan. Rasanyalah. Maka aku tanda SM dalam borang KPLI. Alhamdulillah percubaan kali pertama isi borang dan temuduga melayakkan aku Masuk kursus ni. masa temuduga tu aku berlakon je. Dont so tension la... sedangkan orang lain 2 3 kali percubaan tak lepas lagi... Thank you Allah. Subhanallah.

Berkursus selama 1 tahun di IPIK, Cheras. dengan elaun rm1300 sebulan. sewa rumah mulanya dibelakang plaza phoenix kmudian berpindah ke kawasan perumahan belakang IPIK. belum ada lesen kereta, motorsikal punya lesen pun tak ada. Kenderaan pun tiada. Nah kau... teruskan hidup. Isteri tinggal di Jengka. terpaksalah menyusahkan orang. Masa nilah aku kenal Low Yatt, Bukit Bintang, Times Square, dan sebagainya di KL. Si TOYO pulak rajin bawa kami ke kampung baru waktu malam. kemudian setahun pun berlalu...

Masa untuk posting. Aku minta Labuan. sebabnya, boleh balik kampung selalu. lagi elaunnya lain. dan somethinglah... akhirnya kerana alamat surat menyuratku di Jengka, maka Jengka la akhirnya. and The Legendary School Of Jengka.... ini lah tempat ku. Bukan sekolah kluster, bukan sekolah bestari. bukan sekolah seni. cuma harian biasa....

InsyaAllah....

I M Still Alive : SENIMAN

Salam... Dah Ramadhan dah. Tahun berganti, hari bersilih ganti... dan akhirnya 2012 dah nak habis bulan julai... But still nothing i wanna add on my blog.. i got so many thing to talk about, but its realy busy years.. selama ini aku hanya bercerita tentang seni persembahan, tapi kali ini rasanya sentang seni kehidupan... Ya Allah... Aku masih berpaut pada ihsan kasih-Mu..

Life as a teacher, who know? or just main teka-teka... ayoo its a simple job lah... pergi pagi balik tengahari, ajar budak-budak, masuk kelas, borak dengan rakan sekerja... no tension,... wa wa wa kau nok.. lets me story mory thats job... nak kutuk, kutuk la... but why i didnt talk about it at FB.. thats not enough i think... Can i started... suka suki ko je started....

aku kalau nak kata tak suka jadi cikgu, mungkin... sebab CIKGU tu bukan cita-cita atau impian aku... aku tak ada cita-cita sebelum masuk 6 atas. Kemudiannya aku tiba-tiba ada cita-cita setelah dapat men-trace bakat dan bidang dalam diri... walaupun so late.. but still not so late.. aku pilih...MENJADI PENGARAH FILEM.

maka belajarlah aku dengan sepenuh hati. masuk asrama walaupun rumah aku cuma 3km dari sekolah. tetapi rumah aku tak ada karen. masa orang cuti semester, aku dok lagi kat asrama. sesorang. Warden membenarkan .bayangkan tinggal seorang kat asrama putera smk b'fort. makan magie jer. seminggu. dua minggu. Berkat usaha yang masih tak seberapa rasanya, maka dengan keputusan STPM boleh lah memohon UNIVERSITI. Course yang aku cari, 1stly ialah bidang Pengarahan... apa-apa pun, di mana pun.. kecuali pengarah syarikat. Maka aku dapatlah kursus Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) di USM, Penang.

Aku ingatkan mengarah filem, rupanya mengarah TEATER. waaaaaa.... Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai dapat makan perkasam tersebut.

Isnin, 16 April 2012

Selasa, 10 April 2012

SPM Standard : Seni Teater









SPM Standard : Soalan Kerja Kursus Seni Tari




____________________________________________________________________________





Isnin, 27 Februari 2012

JAWAPAN KEPADA SD

pertanyaan kategori tarian
Inbox
x

Sejarah Dunia duniasejarah@gmail.com


to me
salam..saya ingin mohon bantuan encik..saya ingin tahu inang renek boleh di pertandingkan
bawah kategori A (Rampaian) atau Kategori B (rakyat/etnik)
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih
KarmaKencana Shah

to Sejarah
salam. tima kasih krn tanya.
sbnarnya 2 2 pun boleh.. cuma perlu faham konsep rampaian dan kreatif. rampaian ialah
gabungan 3 atau lebih tarian yg bsambungan. jadi boleh tp kena gabung dgm tarian lain.
jika tarian kreatif. hanya tarian itu shj.dlm kes tuan, tarian inang renek lah.
tarian kreatif (kategori B) pun ada 2 jenis. kreatif tradisi & kontem.
 jika kontem kita bole ubah sikit bunga tari dr yg asal atau tambah bunga tari yg sesuai.
jika kreatif tradisi, scara totalnya adlh mgikut terma tradisi. x bleh tambah bunga tari mahupun
curi step. kcuali ada penerangan dlm syarat ptandingan.
harap bleh faham..
oh.lupa. contoh kreatif tradisi jika kita buat tarian endang yg asalnya duduk,
tp kita ubah jd berdiri dan bgerak. tambah step pd kaki.
ok? tima kasih.