Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 21 Mac 2013

AKU DAN APA PEKERJAAN : THE I M STORYZ

Salam Khalayak....

Dipada kesempatan ini aku mengaminkan doa untuk anggota keselamatan aka perajurit yang terkorban mahupun yang tercedera dan juga yang masih berada dalam wilayah panas di pantai timur Sabah. Semoga keselamatan mereka di pelihara-Nya. Dan permudahkanlah penyelesaian konflik ini. Amin.

Pada hari ini entry ku bertadjuk : aku dan apa pekerjaan??? ...
Telah banyak pekerjaan sampingan yang aku pernah buat dulunya..Dimulakan dengan Bismillah...

Pada usia hijauku, kira-kira usia 5,6 atau 7 tahun aku telah mula kenal erti bertani. Kerana aku tidak bertadika. Nenek dan atuk ku aka nenek laki, selalu membawa kami adik beradik sepupu sepapat ke kebun sayur di belakang rumah mereka. Mengajar cara tanam semai baja. Kemudian bila berhasil, dijual pula kepada jiran sekawasan tempat tinggal kami. Duluan kami bermastautin di hadapan pejabat SESB Beaufort (dulu Lembaga Letrik Sabah aka LLS). Menumpang tanah tauke Bee Hong. Kemudian setelah itu, ada beberapa kali menjual kueh mueh kerepek pisang di sekolah buat duit belanja. 

Selain bertani, kami juga kerap kali mengikut nenek laki dan perempuan, memasang dan mengangkat bubu yang di pasang nun jauh di tengah tanah tauke Bee Hong, di celah-celah ladang getah hinggalah ke paya batu ( yang sekarang menjadi taman perumahan Seri Arjuna dan Panglima. Berjalan Kaki.

Semasa masuk tingkatan 1, kami di arah berpindah dari kawasan rumah yang dipinjam dengan alasan tapak tersebut akan dimajukan. Maka kami semua dalam kelompok keluarga telah berpindah secara berasingan. Neneks kami telah berpindah ke Selagon, Babu pindah ke Limbawang dan Kukut. Dan Orang rumah depan pindah ke Padas Damit. Dan kami pula berpindah masuk ke dalam ladang getah atas bukit, ikut jalan kuarters SESB tapi masuk dalam lagi 2 km. Dan ibuku telah menjadi penoreh getah, sementara ayahku terus berkerja sebagai buruh binaan membuat rumah, banglo, paiping, kubur cina, pagar rumah, partition dsbg dalam konteks tukang.

pada masa inilah, setiap kali cuti, hujung minggu, kami akan mengikuti ibu kami untuk mengumpul sekerap getah untuk dijual. Dapatlah sikit income. Tidak lama setelah itu, lebih kurang pertengahan tahun semasa tingkatan 1 itu, kami sekali lagi berpindah. Kali ini ke kampung Melati arah CNF kini. Tidak lama selepas itu kami berpindah lagi ke kampung Melati sebelah kiri (jambatan). 

Semasa cuti selepas PMR, buat pertama kali berkerja dengan bukan ahli keluarga sendiri (walaupun bakal abang ipar). Kerjanya, memproses ayam sembelihan. Tauke atau boss akan sembelih ayam. Kami pegang, dah mati celop ayam dalam air panas kemdian cabutlah bulunya. Dah cabut bulu, potong dadanya keluarkan saluran pernafasan kemdian seluk buntut ayam keluarkan isi perut dan segala organ dalaman. Dah dapat ayam bulat. Siap...Juallah.Itulah kerja selama sebulan di lokalitinya di bawah sebuah bangunan terbiar (lokasinya di bangunan CNF sekarang). Kemudian dapat result PMR dan bersekolah lagi.

Semasa bulan puasa di tahun-tahun seterusnya atau sebelumnya, aku menolong ibuku menjual sayap ayam panggang, ikan tongkol aka langkunis panggang, udang panggang dan ikan-ikan lain panggang dan buntut ayam panggang akan tungking ayam di pasar ramadhan. 

Selepas menghabiskan peperiksaan SPM 1999. Masa untuk tunggu result. 3 bulan woo...
Sebulan aku berkerja di 'Kedai Saya', dari jam 6 petang ke 10 malam. Jadi pembantu kedai ja. Dapat gaji lebih kurang rm200, aku pun berenti dan chow ke Kota Kinabalu aka KK. Kerja pula dengan SKS aka security guard di Centre Point. Berdiri selama 8 jam + OT 4 Jam di Palm Square... Pengalaman paling hebat. Mulanya tinggal di Luyang rumah babu ku, kemudian berpindah ke asrama di Asia City. Berpindah kerana 1 peristiwa. Iaitu : Aku masuk kerja jam 7 pagi, kerja 8 jam, habis kerja jam 3, kemudian OT lagi 4 jam, maka jam  7 baru habis kerja. Sedangkan bas jam 7.30 ke luyang sudah tiada. Maka aku pun berjalan kaki dari centre point ke luyang, sesat ke luyang penampang lagi kemudian u-turn ke luyang bukit padang 3 ke atau 4 jam baru sampai rumah... huh.. jam 11 baru sampai rumah babu ku.. nasib baikla masa di depan dewan cina tu adala 1 lori yang sanggup berhenti menumpangkan aku... kalau tak mungkin jam 12 baru sampai rumah... esoknya aku terus masuk asrama. Mujur cuti kerja mingguan.

2 bulan kemudian aku berhenti, kerana tak tahan. Gaji tak seberapa. Cukup untuk makan sendiri saja. Dapat pula sambung tingkatan 6. Walaupun dah janji dengan kawan-kawan yang aku tak nak sambung belajar, nak kerja saja, tapi entah hati ku tertarik juga untuk meneruskan pelajaran kerana keputusan SPM ku, keputusannya tidak disangka2, tidak pernah kucapai, ibu bapaku pun tak sangka, cikgu aku pun tak sangka. Kerana aku antara pelajar low profile, bukan bertaraf target di SM St Paul Beaufort.

Masa tingkatan 6, aku menjadi antara pelajar bintang, Popular. Mungkin kerana baju dan seluar putih tu menampakkan karisma pelajar senior mengkali. Pengerusi Persatuan Tingkatan 6, Pengerusi Persatuan Silat, dan sebagainya. di SMK Beaufort. Setelah habis mengambil STPM tahun 2001.. Aku duduk rumah. Dengan duit biasiswa yang terkumpul, aku beli sebuah basikal. Aku punya. Kemudian aku pun mahu berkerja, jadi pergilah jadi chakung aka kuli dengan tukang bangsa Filipine aka pilak di projek pembinaan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.. Boleh tahanlah selama sehingga result keluar dan sehingga ada 1 panggilan memeranjatkan dari UPU. Temuduga masuk U - Universiti. Sehingga 2 minggu sebelum mendaftar ke Penang barulah aku berhenti kerja jadi buruh binaan tersebut..

Aku pun masuk U. Semasa cuti panjang Tahun 1 nak masuk tahun 2. aku balik kampung juga. Sempat juga menyertai pekerjaan bapaku di SMK Majakir Papar. Membersihkan dan membaikpulih Tangki Septik Sedut di sekolah tersebut. Bayangkan masuk ke loji takungan jamban sedalam 2 tingkat bangunan.. Kemudian masuk U semula. Semasa Praktikal di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Cawangan Negeri Sabah, Masa tu cuti antara tahun 2 dan 3. Aku ditugaskan membantu mengendalikan beberapa events seperti Citrawarna 2004 - Membawa pasukan Sabah ke Bukit Jalil, Juga menjadi salah seorang penari Citrawarna. Balik dari Citrawarna, mengurus Rumah Terbuka ntah aku lupa, yang kami berpusat di ShangRi La Hotel, dekat Padang Merdeka. Juga Bersama sama mengiringi Nam Ron dan Zakaria Ariffin untuk mengadili beberapa pasukan yang bertanding sebagai wakil Sabah ke Festival Teater Kebangsaan Tahun 2004. 

Begitulah cherita aku dan apa pekerjaan selama aku masih muda-muuudaaaa dulu.....

Salam Khalayak. TQ Pelayar.
..........................................................................................