Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 2 Mac 2010

Orang-orang Bukit

Para Pelakon
Pendaki Bukit
Pembuat Bukit
Pengikut (Pengikut Wirawan Bukit)
Suara (Wirawan Bukit)

Prolog
Terdengar lagu ghazal diikuti dengan lagu bukit. Seorang wanita muda dan seorang wanita tua... bersahut-sahutan..

Di sana
Nun di atas kemuncak sana
Hampir biru umpama langit
Katanya punya empunya cerita
Bukit itu bukan bukit sembarang
Bukit itu bukit keramat
Barang siapa punya
Walau segengam tanahnya
Akan punya kuasalah dia
Apatah lagi
Yang beraja di atasnya
Maka
Akan punyai kuasa
Mengubah alam dan isinya...
Itulah katanya yang empunya cerita..
_______________________________________

(lagu bukit)
Dulu... ada sebuah bukit keramat
Kini... hanya tinggal wira keramat
Selamanya... hanya tinggal sebuah bukit
Tak berpenghuni.. yang cuba didaki
Untuk menjadi sakti..
_______________________________________
Lagu bukit berulang-ulang sehingga terdengar satu bunyi tembakan di udara... Diam

Lampu pada Pengikut menyala

Pengikut : Di atas bukit sana, ada seorang wirawan... Aku juga punya cita-cita menjadi wirawan... Andainya aku jadi wirawan, akan ku bina...binaan-binaan itu ini begitu begini... akan ku buat...buat-buat itu ini begitu begini... seperti yang kamu pinta...

Lampu pada Pendaki menyala, lampu pada Pengikut padam
Pendaki : Aku... Telah ku cuba mendaki bukit ini dan itu. Dari usia mudaku sehingga usia tuaku hampir habis. Tinggi benar bukit-bukit itu... mungkin kerana ku menapak dengan kaki ini. Bukan seperti mereka... Menapak dengan kertas-kertas kecil berwarna... atau dengan tali-temali yang menjulur turun dari kepuncakan bukit itu. Tapi.. akan kuteruskan jua pendakian ini. Sekurang-kurangnya matiku nanti..tinggal namaku..pendakiwan.

Lampu pada Pembuat menyala, lampu pada Pendaki padam
Pembuat : Bukit itu terlalu tinggi...tinggi amat. Aku akan buat bukit baru... Di depan sana. Bukit yang itu aka kuruntuh, dan tanah temanahnya akan kujadikan tapak bukit baruku itu. Di depan sana...Bukit baru itu akan ada seorang wirawan baru...

Semua lampu menyala
Pengikut wirawan sedang mendengar-dengar
Pendaki bukit sedang melihat-lihat
Pembuat bukit sedang menghidu-hidu

Pengikut : di mana ada suara-suaranya
Pendaki : di mana ada kelibat-kelibatnya
Pembuat : di mana ada bau-baunya
Semua : Tunggu...

Suara :(dari puncak bukit) wahai orang-orang nun di bawah bukit sana. Cuaca di atas sini, sangat panas, sehingga mencair isi otakku. Tapi... juga sangat sejuk...kerana ramai bidadari menanti.
Kamu tak perlu naik kemari. Akan aku berikan yang kamu pinta dengan tiupan nafasku. Kamu cuma perlu melontar apa yang kamu punyai...kepada ku.

Gelap
Lampu spot ke audiens
Seorang wanita muda di celah audiens bersyair

Dengarlah orang satu cerita
Cerita bukit di sini sana
Wira sejati duduk bertakhta
Tak akan turun walau seketika

Ramai jelata menanti tiba
Wira disanjung di depan mata
Riang gembira pilu dan hiba
Andainya dapat bersua muka

Lampu spot ke audiens lain
Seorang wanita tua, juga duduk di celah audiens.. bergurindam

Satu pantas satu lambat
Mendaki bukit tak pernah dapat

Satu kaki satu tangan
Ingin bersuami dengan wirawan

Aku dah tua kau masih muda
Aku dah janda kau masih dara

Di mana mahu di situ jalan
Di mana aku di situ wirawan ...(ketawa)

Diam, gelap
_______________________________________________
Lampu pentas terang. Lampu atau kostum berlainan warna.

Pengikut : apa lagi yang kamu mahu. Wirawan dah beri kamu tanah percuma, ladang percuma, air berbayar, api berbayar, gas berbeli, angin tiup sendiri. Apa lagi yang kurangnya...?

Pendaki : Bukan ada yang kurang...leret-meleret bukan cara kami. Cuma kami nak...

Pembuat : Ya... kami nak kebebasan!

Pengikut : Kenapa ? Apa kamu belum bebas lagi ?

Pendaki : Ya benar... kami bebas, bebas bercanda di kaki-kaki bukit ini. Tapi kami juga ingin merasa bersuka-sukaan di atas puncak bukit sana. Menyanyi selagu, menari seirama, melangkah setapak...

Pembuat : aku bersama orang-orangku tetap akan meruntuhkan bukit itu.. akan kuruntuh...

Pengikut : ceh.. Jika berani, langkah sempadanku ini. Kita lihat siapa berwibawa.

Pendaki : Punah... Punah... kita semasyarakat, sebahasa, sesaudara, satu-satunya berbangsa satu... Jangan punah ranahkan bukit itu. Cair bukit banjirlah lembah...

Pembuat : Aku Cuma ingin orang di atas bukit sana adil... aku sangat ingin banyak-banyak... Banyak sekali...

Pendaki & Pengikut : Banyak...? Banyak apa...?
___________________________ To Be Created_________________

3 ulasan:

  1. sila smbung jika ada idea yang menarik... subjeknya politik 3 negara (3 parti) di Malaysia. Kritik secara halus, bukan mengondem mana-mana negara.. thanks

    BalasPadam