Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Ahad, 14 Julai 2024

NASKHAH LAKON / SKRIP SKETSA RUKUNEGARA 2016

SKETSA RUKUNEGARA SMK BEAUFORT 2016 (Genre Komedi Realisme by karma kencana shah)

PARA PELAKON
PAK MANSUR 
AYU – ANAK PAK MANSUR
MAK IDA
MANAN – ANAK MAK IDA
MK JULIAH AYUB ISMAIL – KETUA KAMPUNG

(music latar yang agak mendayu, kelihatan setting pentas 2 buah rumah yang berjiran dan dipisahkan oleh pagar mata punai. Pak Mansur sedang menyapu sampah dihalaman rumahnya)

PAK MANSUR: Hah…inilah… kalau ada anak perempuan tapi tak boleh diharap. Patutnya di hari-hari minggu ini dapatlah tengok dia menolong kita ni membersih laman rumah. Ini tak.. dibantainya tido sampai matahari naik ke ubun kepala.. Kalaulah ibumu masih hidup tak tahulah apa nak dikatanya…

(Mak ketua kampong melintasi depan rumah Pak Mansur, sambil membawa beberapa peralatan pancing.)

MK JULIAH: Assalamualaikum Pak Mansur Kereta Kebal. Rajin Pak Mansur. Pagi-pagi dah buat senaman. Apa benda yang dibebelkan tu?

PAK MANSUR: Walaikummussalam Mak Ketua Juliah Ayub Ismail. Takde lah rajin sangat. Dah kalau kita tak buat sape lagi. Nak harap anak buat, hmmm tak Nampak jalannya. Nak ke mana tu Mak Ketua? Lawanya. Wanginya. Nak mengail ikan kat pasar ke?

MK JULIAH: Ish Pak Mansur ni… Kita ni nak pegi mengail kat Tebing tinggi di belakang balai raya lama tu.

PAK MANSUR: Sorang je ke? Nak ABANG temankan?

MK JULIAH: Sorang jelah ni… Kalau berteman takut ikan tak nak makan umpan. (ish..ish.. orang tua ni..) Pak Mansur teruskanlah kerja tu.. Aku pegi dulu.

PAK MANSUR: Hah Yelah.. Hati-hati.. Kalau jatuh, bangun sendiri.
(Pak Mansur meneruskan kerja menyapu daun-daun kering dan ranting patah. Sampah-sampah yang dikumpulkan, dimasukkan ke dalam tong sampah yang diletakkan berhampiran pagar sempadan rumah sebelah.

Tong sampah yang penuh itu terjatuh ke halaman depan jiran tanpa disedari oleh Pak Mansur. Pak Mansur masuk ke dalam rumah.

Mak Ida keluar dengan pakaian jogging. Baru berniat nak keluar jogging, Mak Ida ternampak Laman depan rumahnya berselerak dengan sampah)

MAK IDA: Hamboi…hamboi malaun mana pulak yang dengki dekat kita ni. Semalam kita dah bersihkan laman kita. Hari ni berterabur semula. Ni Nampak gayanya tong sampah orang sebelah ni… Pak Mansur…OOO Pak Mansur Kereta Kebal oooiii… Mari keluar sekejap.
(sunyi sepi)

MAK IDA: Pak Mansur… (lebih kuat dan bertenaga)
(Kelihatan Pak Mansur bergegas keluar dari dalam rumahnya)

MAK IDA: Hah kelua pun orang tua ni.

PAK MANSUR: Ada apanya ni IDA ooi… Tak sempat aku nak menyuap maggi kari berlada.. Nanti kembang magginya tak sedap.

MAK IDA: Hamboi cerita Maggie pulak. Cuba tengok apa benda Engkau dah buat di laman rumah aku ni.

PAK MANSUR: Apa dia? (melihat tong sampah yang tertumpah).. OOO ini.. Jangan-jangan ngko sengaja tumpahkan kot. Nak cari pasal lagilah ni. 

MAK IDA: Apa pasal pulak aku nak tumpahkan sampah kat depan rumah aku ni. Lebih baik aku tabor kat depan umah ngko macam ni..(sambal mengambil segenggam daun kering lalu ditabur ke dalam laman rumah Pak Mansur)

PAK MANSUR: Eh eh ngko ni dah melampau. Tak boleh ke tanya elok-elok. Lebih baik ngko amik ni..(Mengambil segenggam daun kering ).. Hah tabor kat sini lagi baik.(menaburkan daun kering di atas kepala Mak Ida).

(Mak Ida menjerit geram)

(Manan keluar dari rumahnya kerana terdengar bunyi jeritan ibunya)

MANAN: Ada apa ni mak.. Pak Mansur… Ya Allah..(Tanpa usul periksa menolak pak Mansur hingga jatuh terduduk di atas tanah.) Apa kata Pak Mansur mandi pagi ni dengan sampah-sampah ni.

PAK MANSUR: Ya Allah. Apa kena dengan korang dua beranak ni. Why do you make me like this. Langsung tiada kesopanan dan kesusilaan betullah. Keji benar kalian.

MAK IDA: Hah… inilah balasannya kalau buat tak senonoh dengan orang.

MANAN: OOO… mentang-mentang lah saya tak berbapa, mak tak bersuami, senang-senang nak buli kitorang yea. rasain lu.

(AYU yang sedari tadi melihat dari jauh adegan itu, keluar dari pintu rumahnya dengan membawa sebilah parang)
AYU: Woi orang sebelah, Kau buat apa dengan bapak aku tu 
(Mak Ida dan Manan berundur beberapa langkah ke belakang. Ayu cuba membantu Pak Mansur bangkit.)

PAK MANSUR: ooOO.. kau berdua main kasar yea.. Hah kalau kau nak cari pasal… hah… mari masuk .
(Ayu dan Pak Mansur memperlihatkan langkah-langkah silat kuntau)

MAK IDA: OOoo kau nak tunjuk silat kau orang ya. Hah aku pun boleh juga.
(Maka bersilatlah mereka keempat-empatnya. selang beberapa saat kemudian Mak Ketua Juliah melalui kawasan tersebut )

MK JULIAH: Wah… seronoknya jiran tetangga ni. Buat latihan senaman silat bersama-sama agaknya. Jarang –jarang saya lihat perkara sedemikian rupa sebegini di zaman smart phone ni. Nak selfie sikit.
(Selfie. Freeze. Mereka berhenti membuat aksi silat huru hara)

MAK IDA: Hah… secara kebetulan pulak. Macam tahu-tahu pulak kami ni sedang bermasalah.

PAK MANSUR: Awal baliknya Mak Ketua. Banyak pendapatannya.?

MK JULIAH: Hah Mak Ida.. Apa masalahnya ni.. Bukan ke tengah berseronok-seronok. Takde pendapatannya Pak Mansur.. Umpan lupa nak bawak. Hah… jadi apa ke heinya ni.

PAK MANSUR: Begini….

MAK IDA: Pak Mansur ni dah buang tebiat. Adakah patut dicampakkannya sampah-sampah di laman kita.

MK JULIAH: Ish…ish…iyeke…

PAK MANSUR: Mana pulaknya Mak Ketua ooi.. Saya….

MAK IDA: Kalau mak ketua tak percaya, tengoklah buktinya ni…. Kita nak tegur…dimandikan kita dengan sampah ni… Adakah patut..

MK JULIAH: Tak patut… tak patut..

MAK IDA: Memang tak patut…

MK JULIAH:  Yah.. Tak patut sangat… memang tak patut engkorang yang dah tua-tua ni nak bergaduh macam ni. memalukan negara betul. Dan yang paling tak patut.. yang muda bukan nak menyabarkan… join sekali pulak…kalaulah ada sekampong macam kamu ni…alamat kena berlaki lagilah aku ni..

PAK MANSUR: ( menyanyi…) Pilihlah aku jadi temanmu..

MAK IDA: mana ke maunya Mak Ketua tu dengan tua pengotor macam kamu ni…

MK JULIAH: Dah..dah..dah.. Sebenarnya apa yang terjadi ni.. Cer citer..cer citer… Pak Mansur cerita dulu…(mai ida cuba bercakap)  Mak Ida jangan bukak mulut dulu..

PAK MANSUR: …(bercerita dengan aksi tanpa suara sehingga tangannya menunjukkan pintu rumahnya)… begitulah ceritanya…

MK JULIAH: Hah…puas hati kamu Ida? Cer kamu pulak cerita?

MAK IDA: …(seperti Pak Mansur tadi, bercerita dengan aksi tanpa suara sehingga ke bahagian cerita mandi sampah…) itulah yang jadinya Mak Ketua Juliah… patot ke tak patot…

MK JULIAH: ….(berjalan dari ke hulu hilir sambal berfikir. Watak lain mengikut dengan kepala dan mata arah MK Juliah). Ahah… Rumah kamu ni ade kerusi tak… kesian orang-orang tua ni lenguh kaki…
(Ayu dan Manan bergegas masuk ke dalam rumah mengambil kerusi plastik. usai susun kerusi secara diagonal mereka pun duduk.)

MK JULIAH: Kamu pernah dengar tentang RUKUN NEGARA?

AYU: pernah. ada belajar kat sekolah.

PAK MANSUR: Aku kalau rukun iman dan rukun islam taulah.

MAK IDA: Barangkali rukun nikah pun dia tak tahu.

MK JULIAH: Ni nak saya settle ke nak saya hantar kes ke mahkamah ni?
(Pak Mansur dan Mak Ida muncung dan senyap)

MK JULIAH: hah…kamu Manan.. kamu tahu apa tu RUKUN NEGARA..

MANAN: apa pulak kaitan antara sampah depan rumah , Pak Mansur, Mak saya dengan Rukun Negara… setahu saya diorang ni tak de skandal…
(terbeliak biji mata Pak Mansur dan Mak Ida… masing-masing buat muka)

MK JULIAH: Beginilah… Kamu ni percaya tak dengan tuhan?

SERENTAK: Percaya..

MK JULIAH: Ada tuhan suruh bergaduh, bermasam muka, menuduh tanpa usul periksa? ada?

SERENTAK: Tak ada..

MK JULIAH: Kamu tahu tentang kesopanan dan kesusilaan? 
(semua terdiam. tunduk)

MK JULIAH: Sopan..sopan santun.. berlembut lidah? bertatasusila? tak kan tak tahu kot?
(diam lagi)

MK JULIAH: Kedaulatan Undang-undang? ada sape tahu… eh eh macam cikgu sekolah dah saya ni..

AYU: Undang-undang tu macam peraturan la.. mesti diikuti dan dipatuhi. Tak gitu Mak Ketua?

MANAN: Mak Ketua Juliah Ayub Ismail ni dah kenapa plak ni? Tanya benda tah ape-ape ntah.. ni nak settle ke tak ni?

MK JULIAH: hah inilah aku nak cerita ni… Setiap seorang penduduk di Malaysia ni..tak kiralah budak, remaja, dewasa, orang tua ke, waima OKU sekalipun mesti…wajib.. mandatori menghayati prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Kalau tak menghayati dan mengamalkannya… hah inilah jadinya.
(semua angguk-angguk macam faham)

MK JULIAH:  Beginilah… apa kata saya sebut… kamu ikut?

PAK MANSUR: Ikut ke mana Mak Ketua? Saya baru teringat… Mungkin Maggie saya sudah kembang… sudah tiada harapan..

MK JULIAH: Maksud saya, saya sebut… kamu ikut apa yang saya sebutkan… boleh?

SERENTAK: BOLEH MAK KETUA!(dengan penuh semangat)

MK JULIAH: Kepercayaan Kepada Tuhan

SERENTAK: Kepercayaan Kepada Tuhan

MK JULIAH: Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

SERENTAK: Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

MK JULIAH: Keluhuran Perlembagaan

SERENTAK: Keluhuran Perlembagaan

MK JULIAH: Kedaulatan Undang-undang

SERENTAK: Kedaulatan Undang-undang

MK JULIAH: Kesopanan

SERENTAK:…dan Kesusilaan

MK JULIAH:…(terkezut)… (Betulkan baju dan tudung..) hah…itulah 5 Prinsip Rukun Negara Malaysia. Tak bolehlah kita sebut sahaja tanpa menghayatinya secara mendalam. 
Kita percaya kepada tuhan. kita kena akur kepada suruhannya dan larangannya. tak bolehlah buat semberono saja.
Setia kepada raja dan negara. Kita setia dan patuh kepada pemerintah negara kita.
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang melambangkan betapa kita perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam negara kita.. supaya kita hidup dalam aman damai. 
Kesopanan dan kesusilaan. Sopan santun dan bertatasusila. Tanya baik-baik. Jangan buruk sangka. kalau salah dimaafkan. kamu ni kan dah lama berjiran.. takkan tak ada sekelumit pun rasa nak berbaik-baik..tolong menolong ..(improvise jika lupa skrip)

PAK MANSUR: Aku ni dah lama nak berbaik-baik dengan dia ni…tapi tu lah…(sambal mengulit-ulit hujung rambutnya yang beruban itu)

MK JULIAH: Hah kamu Ida?

MAK IDA: mmmmmm…….mmmmmmm…. mmmmm…tu lah… dia tu yang tak pernah minta maaf..

PAK MANSUR: Dah kau yang terus sergah orang…

MAK IDA: Mana tak aku nak sergah… tengok muka awak tu… tak tahan aku… SWEET 
SANGAT…COMEL

PAK MANSUR: Eh yeke… Kalau aku tau dari dulu aku try kamu ni…

MK JULIAH: EH EH EH…. kamu ni, bukan bergaduh ke? tak malu kat anak-anak? 

MANAN: Mana ke maunye saya berbapakkan Pak Mansur ni..

AYU: Macamlah kita nak ber’mak’kan Mak Ida ni… Simpang malaikat 44..

MANAN:  Dah la tua kerepot.. badan kurus.. rambut beruban…dan… dan lain-lain lagi..

AYU: Alah… macam lah mak kau tu cantik sangat… mmmmm… tapi memang cantik pun..

PAK MANSUR: tak pe…biar bapak pakai bedak sejuk supaya muka cerah berseri… jangan risau… mujur ada PAMOGA..

MK JULIAH: Cuba lihat…jika kita didik anak membenci. Menanam kebencian. maka yang kita tuai ada lah buah keegoaan.. cubalah kamu nasihat sikit anak tu.. jangan pulak membebel. Dahlah… saya rasa sekarang ni masalah ni sudah selesai..

MAK IDA: Selesai macam mana pulak ni?

MK JULIAH:….(berbisik dengan AYU dan MANAN)… hah dah selesai… 
(MK JULIAH keluar pentas sambal menyayikan lagu 5 prinsip rukunegara)

AYU dan MANAN tersenyum senyum penuh makna. Sambil mengemas-kemas sampah yang berterabur dan kerusi  disusun elok. PAK MANSUR dan MAK IDA termanggu-manggu membuat muka pelik. Selesai mengemas Ayu bersuara.

AYU: bapak … Mak cik Ida… percaya kepada tuhan tak?

PAK MANSUR dan MAK IDA: Mestilah percaya. absolutely.

MANAN: Kepercayaan kepada tuhan… jadi mak dan pak cik Mansur percaya kepada takdirla ni kan…

AYU: kalau percaya… apa kata…..

MANAN dan AYU: kamu kahwin jelah…

PAK MANSUR dan MAK IDA: BERTUAH PUNYA BUDAK…

(Pak Mansur dan Mak Ida mencapai ranting yang ada di sekitar.. dan mengejar anak masing-masing masuk ke dalam rumah. Pak Mansur dan Mak Ida saling berpandangan sebelum masuk ke dalam rumah.)

Penutup: lagu 5 prinsip rukun negara remake and remixed. Seorang demi seorang keluar pintu rumah membawa sepanduk prinsip-prinsip rukun negara.

[estimated durations : 15-20 minutes]

                                 SEKIAN. TERIMA KASIH.


_______________________________________________________________________________

Skrip ini telah memenagi tempat kedua [naib johan] pertandingan sketsa rukunegara peringkat negeri Sabah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Sabah pada tahun 2016 yang telah diadakan di Wisma Dang Bandang pada...lupa dah .... , menang dihati penonton kerana genre komedi tapi kalah sedikit dengan pasukan dari Daerah Kota Belud dek kerana tahap lakonan mereka lagi tinggi sedikit. Balance sebenarnya tapi rezeki mereka dan kalah menang adat pertandingan, tiada kekesalan.



Idea asal memang dariku, Karya Harta Intelek ini boleh digunakan semula, digarap semula tapi bagilah credit sekurang-kurangnya kepada hamba sahaya ini. 

Tq alls...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan