Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 7 Julai 2009

Kakiseni playscript comp


Baru ni ada e-mail dari grup kakiseni. Pertandingan menulis skrip drama bermasa 10 minit plus minus 2 minit. Dah ada subjek dan idea, digabung dengan konsep teater dan teori tentang cara menulis skrip. lebih kurang macam di atas nilah. tapi yang itu cerita tentang orang dapur. Tengah masak. Konflik berlaku masa diorang masak. Diakhir cerita atau drama, dalam masa 10 minit, adanya katarsis dan pada masa yang sama akan terhidang 2 atau 3 jenis masakan. so simple play. tapi aku tak hantar untuk pertandingan yang ni. aku buat lain. tajuk... The Puppets of the Puppeters. tapi tak boleh ceritalah. rahsia. Aku ada banyak subjek nak buat drama tapi malas nak buat. Ni pun tengah memeramkan drama tadi tu. tentang apa? nantilah.
Ada banyak subjek saya kata tadi antaranya...tentang politik sekarang, ekonomi, perubatan, kes jenayah dan juvana, bidang pendidikan, kewangan dan pelbagai lagi. Mudahnya. Buat konflik, kemudian jadikan watak. Watak tu biarlah secara simbolik saja jangan pula terus guna nama orang. mungkin burung ke, orang gila tengah borak di kedai kopi ke, budak 7 tahun tengah pasang pampers sendiri di parlimen ke... segalanya mungkin berdasarkan pilihan si penulis. tapi tetap simbolik....

Selasa, 23 Jun 2009

Analisa Skrip

Salam...

Dah agak lama juga sejak saya mengirim pos terakhir saya. Jadinya saya ingin memasukkan pos baru. Notanya tak terlalu berat, kerana nota ini biasa bagi pelajar-pelajar sekolah yang belajar KOMSAS(Komponen Sastera) dalam Bahasa Melayu (Saya lebih suka gunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Malaysia- sebab- Malaysia negara pelbagai bangsa jadi Bahasa Malaysia sama dengan Bahasa Pelbagai Bangsa bukan lingua franca- pandangan sahaja). Cuma dalam menganalisa skrip cara sastera dengan cara pementasan berlainan sedikit.

Analisis Skrip Untuk Pementasan
antara perkara-perkara yang harus diteliti apabila proses menganalisa naskhah lakon dibuat antaranya yang paling penting ialah:

1. Sinopsis (atau Ringkasan cerita)
Sinopsis cerita ialah ringkasan cerita yang memberitahu secara ringas tentang watak yang terlibat, tentang konflik yang berlaku secara kasar serta keputusan bagi permasalahan yang berlaku. Tapi bagi sesetengah cerita atau skrip, permasalahan ini biasanya tidak berpenghujung. akan diterangkan dalam bahagian Konflik. Sinopsis sepatutnya ditulis dalam satu atau 2 perenggan sahaja. Jangan lebih.

2. Tema
Ramai yang keliru antara tema, tema utama, dan persoalan. Bagi sesetengah orang, mereka cuba membuat kajian analisa secara rigid. Memang perlu, namun dalam item tema ini, kita perlu khususkan kepada satu idealisme penulis yang konkrit. Konkrit di sini bermakna tema harus berkait dengan analisa luar skrip iaitu tentang tahun skrip ditulis, isu pada tahun itu, dan sebagainya (kaitkan dengan analisa luar skrip termasuk latar belakang penulis) . Tema ini harus dikaitkan pula dengan plot.nanti dulu. Tema tersebut kadang-kadang susah untuk dicari seperti dalam skrip-skrip absurd atau teater fitrah. Jadinya semestinya kita melihat kepada plot cerita.

Dan bagi saya, tema dan persoalan janganlah dipisahkan. Kerana item tersebut merupakan kaitan yang tak mungkin dipisahkan.

3. Plot
Apa itu plot. apakah plot sama dengan scenceografi ? Plot ialah jalan cerita. Daripada satu babak kepada babak yang lain. Atau lebih kepada pengembangan cerita. Daripada konflik asas kepada konflik khusus kepada jawapan konflik tersebut. Yang terlibat ialah watak-watak serta adegan-adegan yang bersambungan. Ada sesetengah cerita plotnya berlingkar. Seperti contoh, mula cerita semasa anak, babak kedua usia tua, babak ketiga semasa remaja, babak keempat setelah mati. Penganalisa mesti membuat kajian plot yang tidak konsisten ini, juga untuk mengujia kecekapan seseorang pembaca. Plot terjenis kepada klimatik, episodik dan pusaran. Plot klimatik ialah plot jenis biasa iaitu bermula dengan keadaan yang tenang,kemudian masuk konflik atau gangguan, cerita berkembang, meningkat kepada klimaks seterusnya anti klimaks (bukan semua cerita ada anti klimaks). Plot episodik seperti yang saya katakan tadi, sekejap babak ini, kemudian babak itu, kadang-kadang babak 1 dengan babak 2 tidak berkaitan langsung. Tetapi kaitannya terbongkar pada akhir cerita. Mesti. Ada klimaks disitu. Plot Pusaran atau rounded plot berbeza, cerita dengan plot ini berjalan dengan permulaan yang tenang atau dah tegang. berjalan dengan konflik dan diakhiri dengan cerita atau ketegangan dan persoalan seperti permulaan cerita. Begitulah secara ringkas.

4. Watak dan perwatakan
'Ni lagi berat nak dihuraikan. sebab masa saya suntuk. cuma boleh buat entri kat sekolah je.Ada streamyx'.
Bagi mengkaji watak serta perwatakan, perlu lihat entri saya sebelum ini berkaitan kajian latar belakang penulis. Analisa watak dan perwatakan sama seperti analisa latar belakang penulis. Bahagikan 3 bahagian. a) ciri fizikal, b) ciri cara berfikir dan budaya hidup, c) sejarah hidup . Ciri-ciri ini mesti diterjemahkan sedetail-detail terperinci yang mungkin. Boleh berdasarkan penerangan dalam skrip atau cara-cara ayat dialog dalam skrip ni ucapkan. Begitulah secara ringkas.

seterusnya akan diterangkan kemudian. Antaranya:

5. Konflik
Dalam sesebuah cerita, yang paling penting ialah konflik iaitu isu pertentangan yang konkrit dan kukuh. Unsur ini, terdiri dari 2 jenis iaitu konflik dengan atau dalam diri dan konflik luar atau dengan orang lain atau makhluk lain atau tuhan. Konflik ini biasanya disusun secara berperingkat-peringkat oleh penulis, sama ada penulis cerita atau skrip. Dan sememangnya watak atau item yang membawa konflik ini tidak dijelmakan secara terus tetapi lebih kepada simbolik yang membawa makna-makna terentu atau pelbagai makna. So konflik is the main pengerak bagi sesuatu cerita. ada konflik ada cerita, tanpa konflik cerita menjadi flat atau membosankan.

6. Konsep

7. Bahasa

8. Unsur Kekaguman

Rabu, 17 Jun 2009

My Email

Untuk Keterangan Lanjut... Saya Ada 2 email



1. Zulian_Shah82@yahoo.com

2. Shahseniusm@gmail.com

Jumaat, 29 Mei 2009

Draf ini sebenarnya aku buat selepas tingkatan 6. Masih kuat pengaruh semasa belajar Bahasa Melayu peringkat Pra-Universiti dulu. Dedikasi kepada guru yang posting di Sabah... Belajar jangan kena klentong dek budak....


Bahasa Melayu Sabah .

* Pelajar dinasihatkan supaya mendalami pelajaran Bahasa Melayu sukatan Pra Universiti atau tahap STPM terlebih dahulu untuk memahami tentang linguistik Bahasa Melayu Sabah .

Bahagian Pertama .
- Bahagian pertama membincangkan tentang struktur perkataan dalam Bahasa Melayu Sabah secara luaran sahaja iaitu tentang asimilasinya dari bentuk Bahasa Melayu Baku .
- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan pelbagai dan huruf Vokal ‘ e ’ , dalam perkataan Melayu Baku akan menjadi gabungan Konsonan pelbagai dan Vokal ‘ a ’ atau ‘ i ’ .

contoh ; Konsonan + Vokal ‘ e ’ = Konsonan + Vokal ‘ a ’
‘ Be-sar ’ menjadi ‘ Ba-sar ’
‘ Ce-pat ’ menjadi ‘ Ca-pat ’
‘ Ke-ring ’ menjadi ‘ Ka-ring ’

contoh ; Konsonan + Vokal ‘e’ = Konsonan + Vokal ‘i’
‘ Tem-bak ’ menjadi ‘Tim-bak ’
‘ Ke-cil ’ menjadi ‘ Ki-cil ’ / ‘ Ki-ci ’
‘ Per-gi ’ menjadi ‘ Pi-gi ’

- Perkataan yang mempunyai suku kata yang menggabungkan huruf Konsonan dengan Vokal ‘ o ’ pula akan menjadi ‘ u ’ . Ini terjadi kerana faktor penguguran dan penambahan huruf dalam perkataan untuk lebih mudah difahami dan disebut .
contoh ; Konsonan + Vokal ‘ o ’ = Konsonan + Vokal ‘ u ’
‘ Go-sok ’ menjadi ‘ Gu-suk ’
‘ Bo-leh ’ menjadi ‘ Bu-lih ’
‘Te-ngok ’ menjadi ‘ Ti-ngu ’
‘ O-rang ’ menjadi ‘ U-rang ’

- Konsonan ‘f ’ akan menjelma menjadi Konsonan ‘p’
contoh ; ‘f ’ = ‘p’
‘ Fi-lem ’ menjadi ‘ Pi-lim ’
‘ Fi-kir ’ menjadi ‘ Pi-kir ’
‘Ak-tif ’ menjadi ‘Ak-tip ’

- Konsonan ‘h’ pula akan digugurkan dalam setiap perkatan yang bermula dengan huruf ini .
contoh : ‘ h ’ = ø
‘ Hilang ’ menjadi ‘ Ilang ’
‘ Haram ’ menjadi ‘ Aram ’
‘ Hasut ’ menjadi ‘ Asut ’

- Konsonan ‘ z ’ yang berada di depan perkataan pula akan berubah menjadi ‘ j ’.
contoh : ‘ z…’ = ‘ …j ’
‘ Za – hir ’ menjadi ‘ Ja – hir ’
‘ Za – kat ’ menjadi ‘ Ja – kat ’
‘ Azi – zah ’ menjadi ‘ Aji – Jah ’

Bahagian Kedua .
- Bahagian kedua ini lebih kepada pengenalan perkamusan , iaitu perkataan yang tidak ada dalam dalam kamus DBP tetapi amat popular disebut di Sabah . Juga terbahagi kepada dua unsur iaitu perkataan dan maknanya .


Perkataan - Makna
Acut -Rotan
Asu -Anjing
Aki -Datuk
Ambuyat -Sagu Rumbia
Amput -Bersenggama / hubungan seks
Ampus -Lelah
Ampai -Letak
Ancak -Turun– naik / Lancap
Andang -Memang
Bangas -Basi
Balan – balan Hantu penanggal
Bata -Bekal makanan / batu
Bida -Hodoh / Buruk
Bilang -Kata / Cakap / Ucap
Biut -Senget
Bubut -Kejar
Bubus -Bocor
Budu -Penyakit telinga berair
Bekarih -Mampu / Rajin
Babau -Bisu
Buyuk -Tipu
Buyun -Gila
Dalak -Ikan Haruan
Dugal -Gastrik
Giuk -Ulat
Gerigitan -Geram
Hindik -Himpit
Ina’ -Nenek
Inut( Berinut ) -Ansur / Beransur
Injak -Pijak
Inda -Tidak
Indada -Tiada
Jajal -Nakal
Jakun -Kehairanan
Kanapatan -Didapati / dikesan
Kapisan -Pengsan
Kapsit -Penipuan
Kajap-kajap -Berkelip – kelip
Karuk -Ikan Puyuh
Kasi -Beri / mujarab
Kuntau -Berlawan / bergaduh
Luki -Kedekut
Luagan -Lagoon / Tasik berpaya
Langis -Habis
Licak -Becak / Lembut
Lontong -Santau (murut Tenom)
Lugai-lugai -Sehelai sepinggang / Tergantung-tergantung
Limpas -Lalu
Limpang -Baring
Malar -Tetap / Sentiasa
Marak -Nyala
Matai -Mati
Pugai -Pukau
Palui -Bodoh
Pantat -Punggung
Radu -Redah
Rambat -Jala
Sasah -Cuci
Sasar -Ke tepi / minggir
Sandi -Sengsara / Teruk / perbuatan melampau
Santit -Bitas / Ilmu menghilangkan kemaluan
Sarut -Suara serak
Sia( menyia ) -supaya tak kempunan
Siuk -Seronok
Sikut -Dukung di belakang
Sigup -Rokok / Tembakau
Simbat -Ambil kesempatan
Siring -Tepi
Siruk -Hisap / Menyudu
Sisir -Sikat
Subuk -Intai
Sumandak -Anak dara / Perawan
Sumpak -Sumbing/senget (rambut)
Sulap -Pondok kecil
Tabak -Tikam
Tapuk -Sembunyi
Temaha -Tamak
Tekiding -Raga disikut diperbuat dari rotan (wakid)
Tumbuakar -Hantu air
Tungup -Tertiarap
Tungap -Telan
Tunu -Bakar
Tuyung -Tuang
Teranah -Duduk diam
Tampas -Bertingkat – tingkat
Telagas -Tidak memakai baju
Usai -Kemas


- Peminjaman dari bahasa asing terutamanya dari Bahasa Inggeris biasanya amat terhad pengunaannya tetapi masih juga digunakan .
Contoh :

Perkataan- Makna
Skul / Iskul-School (sekolah )
Buuk-Book ( buku )
E-put-Airport ( lapangan terbang )
Pilta-Filter ( penapis )
Prebet-Private ( swasta )
Kies ( kes )-Cash ( tunai )
Staring-Starring ( Hero dlm sesebuah cerita )
Esbuk / Aisbuk-Ice box (peti ais)
Sinsu-Chain Saw (gergaji berantai)
Sigirit-Cigarette (rokok)


Bahagian Ketiga .
- Bahagian ketiga membincangkan tentang cara penyebutan sesuatu huruf dalam konteks Melayu Sabah .
(masih belum disusun)

** ‘A’ juga disebut dengan cara hentian glottis ( ă )


Bahagian Keempat
** Pengunaan perkataan ‘bah’ , sebenarnya bukanlah digunakan secara sewenang-wenangnya tetapi bertempat dan mengikut situasi . Perhatikan contoh situasi berikut
1 . “ Bah , ke mana kau Awang ? ”
2 . “ Bah ? Kenapa ? ”
3 . “ Bah ! ” – bermaksud ‘ya’ atau untuk menegur seseorang ( salam cara Sabah )
4 . “ Indada bah ! ”
5 . “ Bah , macam mana juga ? ”
6 . “ Bah , Jaga kau . ”
7 . “ Inda juga bah tu . ”

* Perkataan ‘bah’ , mempunyai perbezaan cara penekanan sebutan untuk menunjukkan situasi atau perasaan yang berbeza . Ini bukan bermakna hanya keadaan seperti beberapa contoh di atas sahaja perkataan ini dapat diguna , tetapi terdapat banyak lagi situasi yang boleh menggunakan perkataan ‘bah’ tersebut .



Bahagian Kelima .
** Bahagian ini membincangkan tentang konsep pembinaan ayat dalam perbualan seharian dalam bentuk yang paling asas .

Hukum M-D / D-M ( asas )
** Hukum M-D ( menerangkan – diterangkan ) biasanya digunakan dalam situasi harian para penutur bahasa ini . contoh ayat asas yang menunjukkannya ialah seperti berikut :
Contoh 1 :
Ayat baku ; Ali suka main bola .
Ayat tuturan ; Si Ali suka main bola . ( ucap = Si Ali suka main bula )
Contoh 2 :
Ayat baku ; Pasukan Sabah telah merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut .
Ayat tuturan ; Kejuaraan telah dirangkul oleh Pasukan Sabah dalam pertandingan
tersebut . ( ucap = Jadi juara sudah pasukan Sabah dalam pertandingan itu )


Bahagian Keenam .
( * haraf maaf , bahagian ini masih dalam kajian awal )

Pengimbuhan. ( asas )
** Pengimbuhan dalam Bahasa Melayu Sabah sama seperti yang terdapat dalam pengimbuhan dalam Bahasa Melayu baku ( standard ) .

1 . Imbuhan – “MeN…”
2 . Imbuhan – “PeN…”
3 . Imbuhan – “BeR…”
4 . Imbuhan – “Ter…”
5 . Imbuhan – “Ke…”
6 . Imbuhan – “…An”
7 . Imbuhan – “Di …”

Khamis, 28 Mei 2009

Cerpen : Merantau Dari Sabah

Salam..
Cerpen ini ditulis pada tahun 2002. Tiada penambahan sehingga tahun 2009 ini. Ini adalah koleksi peribadiku, serta pengalaman sebenar aku ketika mula-mula sampai di Tanah Besar ini. Ku dedikasikan kepada kawan-kawanku yang pernah belajar bersama ku di SMK Beaufort dan SMJK St Paul Beaufort dulu. Aku tak menghantar karya ini kerana aku tak tahu nak hantar untuk publish di mana. Maka dengan adanya teknologi blog yang aku baru nak main-main ni, sekurang-kurangnya ada pembaca yang terbuka mindanya tentang bahasa-bahasa baru yang baru diketahui cara komunikasinya. Kepada pengkaji bahasa, semoga terkesima dengan ayat-ayat ku... Terima Kasih kerana membaca..

Tajuk : Merantau Dari Sabah .
Penulis : Sahirulizan Bin Yusop
Nama Pena : Abg Shah82 / Karma Kencana
Alamat : H07 / 338 Desasiswa Fajar Bakti , USM , 11800 , Pulau Pinang .(2002)
E-mail : Zulian _Shah82@ Yahoo.Com

25 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Aku masih terpikir adakah urang yang mau menulis dalam bahasa melayu sabah . Diurang bilang inda bulih pasal nanti Professor bahasa marah . Antah , diurang sudah buat kajian ka balum . . Aku ari ni terima surat tawaran masuk univisti . Barangkali aku bulih buat kajian , supaya urang Semenanjung bulih belajar Bahasa Melayu Sabah yang bukan susah mau belajar , cuma kami capat cakap saja . Ati aku pun berbunga-bunga mau pigi Semenanjung . Ada banyak urusan mau diurus isuk .

26 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni aku panat mengurus kemasukan ka univisti . Lagi tiga ari aku terabang naik kapal terabang . Aku ni gayat , macam manalah tu . Diurang bilang , saudara aku yang parnah pigi semananjung , jangan dipecaya urang di sana , semuanya kapsit . Tapi kapsit lagi yayasan di tampat aku yang inda bagi bantuan untuk urang miskin yang mau belajar macam aku ni . Tapi kalau ada urang dalam , bulih juga sanang- sanang dapat biasiswa atau pinjaman . Ari ni juga aku jumpa Dato Timbalan Ketua Mantri , minta sumbangan ikhlas untuk tambang kapal terabang . AlhamduliLlah , dia bagi RM 300 , save budget sikit . Aku jumpa beliau di KK ( Kota Kinabalu ) , jadi lapas tu tarus mambali tiket kapal terabang – Air Asia – murah . Lapas tu aku tarus balik Buput . Kami panggil Buput pasal sabutan Inggerisnya susah di sabut – Beaufort .

27 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Ari ni pun sibuk juga , tapi sibuk di rumah saja pasal Mama aku suruh buat kenduri . Aku bilang inda payahlah , tapi taulah urang tua , sayang anak , lagi pun sekali sekala , dia bilang . Jamputan , semua jiran yang dakat sama saudara mara yang dakat juga . Semua datang bagi nasihat untuk aku balajar rajin – rajin . “ Bawa balik ijazah bukan bawa balik bini kalau sudah abis belajar ” Pakcik aku cakap . Aku Cuma sanyum saja . Malamnya , aku kamas barang yang mau dibawa . Sambil – sambil becerita sama Mama Abah aku . Macam ada rasa kasian mau kasi tinggal diurang . Tapi aku sudah bekaras mau pigi juga . Mama aku bilang , karja dulu , kalau ada rizki barulah pigi sambung balajar . Abah aku pula cakap – selagi ada peluang pigilah belajar , nanti sudah tua susah , banyak yang mau dipikir .

28 Mei 2002 , Beaufort , Sabah .
Pagi ini aku bangun awal . Tugas aku yang tarakhir untuk minta sain di Pejabat Daerah . Lapas minta sain , pigi jumpa kawan-kawan . Macam–macam perasaan ada – sadih , gambira , kasian . Bukannya apa , kawan aku yang lain pun ada yang masuk univisti juga, tapi inda jauh , di UMS saja . Aku dapat yang jauh pula . Tapi inda apa . Lagi jauh lagi mencabar . Lagi mencabar lagi banyak pengalaman . Aku sentiasa pikir , semakin kita susah semakin itulah kita akan rasa sadar pasal hidup dan kita akan bersabar dengan dugaan itu . Lapas jumpa kawan , pigi iskul ( school ) lama , pigi jumpa cikgu lama . Cakap selamat jalan dan jumpa lagi .

29 Mei 2002 , Kota Kinabalu , Sabah
Ari ni , paginya aku rasa semacam saja . Macam ada kupu – kupu dalam parut ku . Aku bangun awal . Tulung Mama aku masak . Tengah hari ni kami makan sama – sama . Makan sekeluarga bah . Patangnya kami sekeluarga betulak dari rumah ka KK . Perjalanan dua jam saja dari Buput ka KK . Kami singgah di rumah Macik aku di Luyang , dakat Bukit Padang . Kg Baru , bukannya taman bahagia tu . Pukul 12 tangah malam kami pigi e-put (airport) . Jam dua aku sudah masuk dalam flight , sebelum tu biasalah , besalam – salaman sama keluarga .

30 Mei 2002 , Kuala Lumpur .
Ari ni mimang banyak kejadian yang tarjadi . Dari aku belapas sampai aku sampai di univisti ni . Bukannya kajutan budaya tapi kajutan suasana . Dari dalam kapal terabang banyak perkara baru aku terbelajar . Mula – mula aku eksen macam sudah biasa naik kapal terabang . Tingu dia punya pramugari , indalah telampau lawa batul , mikap macam anak patung . Inda juga aku takut masa dalam kapal terabang , pasal ada samangat bakubar – kubar pigi tanah baru . Di dalam kapal terabang tu juga aku inda dapat tidur , bising bunyi injinnya . Talinga aku pun macam tasumbat dan tarpaksa pula talan liur balik–balik . Sengsara batul . Perjalanan dua jam setangah saja . Selamat juga aku sampai dalam pukul lima labih di Subang .
E-put Subang bukan basar batul juga . Kici saja . Masa tu peralihan masa pun aku inda sadar . Di Sabah jam lima subuh sudah , di sini baru macam pukul ampat . Jadi aku tunggulah sampai subuh . Aku ada nampak cikgu yang aku kanal dari Buput juga , tapi aku inda tagur pasal aku takut dia inda kanal sama aku . Jadi aku pun buat buduh saja . Tunggu sampai tarang – taarang tanah . Aku cuba meninjau di luar pintu utama . Ada limosin e-put , tapi aku rasa mahal . Sebanarnya aku mau pigi Pudu Raya , naik bas pigi Pulau Pinang . Aku ti-ngu ada teksi mirah kuning kasi turun penumpang , bila aku tahan , tiksi tu indalah pula mau beranti . Aku pikir barangkali pasal aku malu–malu mau tahan itu tiksi barangkali . Jadi jam tujuh tu aku nekad tahan sabuah tiksi di dapan pintu utama . Tahan kamudian masuk tarus . Aku minta pemandu tu bawa aku pigi Pudu Raya . Cehhhhh…..macam hebat . Sekali pemandu tu kasi tau aku – “ Encik , sebenarnye di sini tempat untuk turunkan penumpang je . Tempat nak naik teksi kat depan sane ” . Aku pun pura- puralah macam Mr Bean – “ Oh ye ke ? sorry ” – abis cerita .
Dalam perjalanan pigi Pudu Raya !!! Wuiyooooo , dalam ati aku cakap , Kuala Lumpur ni macam New York yang dalam wayang gambar saja . Muka rileks ja tapi dalam ati kagum sekagum kagumnya . E-leleh . Itu barulah dia . Takajut basar . Punya main luas Kuala Lumpur ni . Sampai di Pudu Raya , ramai urang . Mimang ramai tahap dewa . Aku pun cuba cari kaunter bas ka utara . Cari punya cari , indada , abis sudah . Baru aku ingat waktu ni suti iskul pula rupanya . Terpaksa pikir , macam mana mau pigi Pulau Pinang pula ni . Jadi aku buat keputusan , pigi balik ka e-put . Naik kapal terabang pigi Pulau Pinang . Aku pun tahan tiksi pigi e-put .
Sampai di e-put , aku pun tunggulah . Masih awal lagi . Kaunter buka jam sambilan . Bila buka kaunter MAS aku pun bali saja tikit standby pasal murah . Aku pun tunggulah macam urang gila . Mula – mula ada flight jam sablas labih , tapi panuh , tunggu lagi . Tengari tu aku makan di e-put tu . Makanan dia sudahlah sikit , mahal lagi tu . Batul - batul cekik darah , karit , temaha . Lapas tu aku tunggu lagi . Jam tiga ada flight lagi . Panuh lagi . Rasanya macam mau ku amuk saja e-put ni . Tapi sabar saja . Tunggu punya tunggu , jam anam ada flight lagi . Kali ni barulah aku dapat naik . Syukur AlhamduliLlah .

30 Mei 2002 , Pulau Pinang .

Pukul tujuh labih aku sampai di e-put Bayan Lapas , Pulau Pinang . Siwa limosin pasal mau dakat maghrib sudah . Dalam limosin tu ( airport limousine ) , aku ti-ngu keliling kaadaan Pulau ni macam mana . Macam familiar saja . indada bija dangan KK bah . Sampai aku di tampat tujuan , tarus aku pigi talipun upis pasal mau tanya mana upis disasiswa – U lain panggil kolej kediaman . Lapas selasai semuanya , aku pun tinggal di disasiswa yang diurang bagi . Aku dapat bilik semantara yang has untuk ampat urang , tapi aku tinggal di sini satu urang saja . Jadi aku tidur buka lampu . Panat bejalan ari ni .

1 Jun 2002 , USM , Pulau Pinang .
Ari ni aku mendaftar masuk desa . Diurang cakap pakai kamas – kamas . Tapi aku tau identiti univisti ni bibas . Bibas tapi ada hadnya . Tapi bagi aku pula , urang seni macam aku ni , kami memperjuangkan kebibasan dan kebanaran . Dalam seni tiada hipokrit , yang ada cuma metafora saja . Ada lagi yang lain , tapi aku balum belajar lagi . Masa mendaftar tu , ramai urang antar anaknya . Macam – macam rupa , macam macam bahasa . Aku inda telampau kisah . Mimang adat dunia . Lapas mendaftar disa , aku ambil kunci , dapat bilik baru dan pindah . Kamas bilik sikit lapas tu sambung tidur . Isuk aku tau mula minggu suai kanal . Mesti teruk , perasaan ku . Ari ni aku cari makan di Sungai Dua saja pasal kafe balum buka .


* * * *

“ Saye dah bace cerpen jenis diari awak ni . Not bad . Tapi awak sure ke nak hantar kat news paper ? Ade ke orang nak bace , dengan bahase yang macam bahase pasar je ni . ”

“ Aku tak kisahlah tu semua , janji aku dapat perkenalkan bahasa kami untuk semua bangsa melayu di Malaysia ni . Kenapa , kau kurang yakin ? Aku kira ikut nasiblah kalau disiarkan atau tidak . Yang pentingnya aku dah cuba membawa bahasa aku di khalayak umum . ”

“ Wow , how marvelous ? Macam mane awak boleh yakin betul ni , wak . Sebelum ni ade ke orang jadikan bahase pasar untuk news paper . How crazy are you ? ”

“ Sebab tak de orang buatlah aku buat . Orang Kelantan yang memuja negeri dan bahasa diorang , tak de pun buat macam ni . Samalah macam orang Kedah , Perlis , Negeri Sembilan , Perak , Pahang dan Terengganu , yang tiada bahasa mereka dalam bentuk penulisan . Kalau dari Sarawak mungkin ada , sebab aku pernah baca sikit . Ini tak de pun bahasa kenegerian yang publish . Macam mana kita nak faham bahasa diorang . Bayangkan kalau orang Kelantan sebut ‘jeng’ , kau faham ke ? ”

“ ‘Jeng’ tu ape ? Ntah tak faham Saye .”

“ Tu lah kau , sombong bodoh . Kau tanyalah sendiri , aku tak nak bagi tahu .”

“ Tapi pakar bahase Melayu tak marah ke ? Nanti die kate , bukan bahase standad la , bukan baku la . Ntah ape lagi .”

“ Tak de lah macam tu sekali . Sebagai penulis , kita bebas menulis dalam bentuk apa sekalipun . Yang pentingnya ialah , memberikan sesuatu pengetahuan baru untuk pembaca . Betul tak ? ”

“ Suke hati engkolah . Nanti ade orang kate awak merosak bahase Melayu , baru awak tahu .”

“ Hek eleh . Macam lah bahasa dia tu betul sangat . Saye , saye . Bukan saye .. saya – S A Y A – saya .”

“ Jangan kau marah bah , geng . Aramai-ti bah .”

* * * *