Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 2 Julai 2024

ANAK WAYANG

Salam Khalayak..

Sekali sekala layan gambo lame deh...

MARTIAL ARTIST... jaman now huduh aaa... 

Produksi Tahun Akhir USM 2005 - Gendang Kosong - Serunai Malam - Titik Mula Titik akhir - Hanjo Kipas Tangan - dan Lain2.. 

Kelas Lakonan pertama 2002 .. batch kami seramai 20 org jek.. yg lain tu dr masscom perfileman.


Final Year Project 2004 - daku membawakan Watak Utama dalam Teater Bukan Bunuh Diri karya asal Dinsman - non realisme Existennialisme.. peeergh... Menguji kekuatan ingatan hafalan dialog secara solo ...

mesy pocket rehearsal...

meeting full rehearsal...


Then...
The Performances... 


ANAK WAYANG sudah tidur... 

See u then...

Isnin, 1 Julai 2024

IDEA DATANG MENCURAH : CELIK AKAL DI USIA 40an

 Salam Khalayak.


Setlah 3 pos berturutan kemarin, tetiber sangat banyak idea mencurah untuk dilepaskan. Meronta meminta dan merayu. Malangnya keterikatan pada waktu dan cemburunya masa menghalang daku dari terus menerus membuka khabar bicara baru.

Antara idea yang mencurah untuk dilepaskan dari empangan pemikiranku ini adalah: 

Idea Pertama.
Teknik Menghasilkan skrip dengan plot dramatik , gangguan dan rintangan mendebarkan, klimaks yang mengujakan dan menarik hati dan pemikiran audien mengikut genre realisme, nonrealis, tradisional atau muzikal melodrama wateva ...peeergh...

Idea Kedua.
Penerangan , pencerahan dan mendetailisasi tentang elemen-elemen lakon. Detailisasi ini termasuk meneliti makna dan maksud setiap elemen, cara menampal kepada diri pelakon dan seterusnya meneliti peratus penjelmaan watak pada diri pelakon.
 
Idea Ketiga.
Membuat Pendetailan tentang genre-genre teater , ciri-ciri dan pelbagai aspek menarik keterujaan, keterujian dan pemikiran dalam genre tersebut.

Ketiga-tiga idea ini datang seperti kepala air di jeram berliku menerkam menerobos didalam benakku sehingga hangat kepala hotak dan jiwaku demi ketidaksabaran melempiaskan ilmu itu kepada khalayak.

Ada kata , tidak sepatutnya sa-orang guru PSV SPM meladeni hal-hal sebegini, sementelahan hanya seorang guru sahaja melayani kesemua murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sekolah ini. Apalagi di kala ini, meronta-ronta kerja kursus PSV SPM meminta untuk disiapkan secepat mungkin dengan akal anak-anak calon belum sampai setaraf Leonardo da Vinci atau paling kurang seniman Redza Piyadasa.

Namun oleh kerana celik akal membuak-buak dengan ilmu berkurun tersimpan rapi bagai gelegak menunggu limpah, bagai gelas nan penuh dituangi air, umpama kopi ditubir teko dituang ais sebelangga, maka tidak boleh tidak harusnya dilepaskan dilempiaskan dialirkan agar tak pecah empangan mental, tak koyak penahan sukma, tak carik penampan batu geliga dijemala hamba.

Rupanya ini adalah permulaan suatu zaman yang tertangguh.
akan diusai disusun disampaikan ilmu ini agar sama rata memahami, mengandali dan menyertai seirng berpimpin tangan pengetahuan teater di negeri nan bawah bayu ini. InshaAllah.

idea sudah ada , maka kita akan bermula pada sepekan lagi.

mohon mengundur buat ketika ini agar tugas lain akan menuntun mengikut turutan kepentingan terdahulu.

see u alls then.

Salam.

Jumaat, 28 Jun 2024

LEVEL LAKONAN

Salam Khalayak....

Bersabit dengan review dan perkongsian tentang pertandingan teater KPM tu.. ada 1 klausa yang tetiber menjadi idea perkongsian seterusnya... Apa ko bondo eh...,?


That is 'LEVEL LAKONAN'

Banyak kali di sebut dalam entri tersebut tentang level lakonan sekolah, level lakonan daerah, level negeri then level kebangsaan n level donia...🤣🤣🤣🤣

Sebelum kita going through to that 'LEVEL'.. kita pergi kepada intipati elemen lakon yang boleh distandard levelkan.. iaitu: 

Elemen Suara / Vokal
Elemen Bahasa badan (gesture n movement)
Elemen mime n eye focus 

Tiga ni cukup la untuk menerangkan bagaimana menguasai atau tidak level lakonan standard tersebut...

Then rujukan contoh bagi menerangkan level lakonan adalah USIA WATAK dan Pembawaan perwatakan pelakon.

Macam susa ini difahami.. 

_____________________________________________

Sanang bah ini.. mudah sangat diandalkan..

So kita try..

Budak bawa watak orang tua
Orang tua bawa watak budak
Budak bawa watak budak
Orang tua bawa watak orang tua
Budak bawa watak budak umur 3 tahun
Orang tua bawa watak budak umur 3 tahun

Bila daku bagi senarai begini, kita boleh nampak 3 elemen ini bermain2 d minda .. mengikut senarai pelakon dan wataknya... Dengan 3 subjek watak lakonan dan 2 jenis usia pelakon.. sebenarnya kalau mau bagi penerangan kena secara verbal dan pelajar kena tengok muka dan movement daku.. tapi apa boleh buat.. baca saja la..kut kut ada la imaginasi boleh membantu...

So next boleh la buat kajian d rumah sendiri ya.. malas sudah mo mikir.. 🤣🤣🤣🤣 bgini cara buat nota dia👇👇👇

Budak bawa watak orang tua
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

Orang tua bawa watak budak
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

Budak bawa watak budak
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

Orang tua bawa watak orang tua
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

Budak bawa watak budak umur 3 tahun
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

Orang tua bawa watak budak umur 3 tahun
-Suara / Vokal ?
-Bahasa badan (gesture n movement)?
-mime n eye focus ?
-action reaction ?

The conclusion is...

Watak budak 
-Suara / Vokal - keanak-anakan dan lantang
-Bahasa badan (gesture n movement) - cergas pantas 
-mime n eye focus - tiada fokus yang lama
-action reaction - asal ada sikit2

Watak budak umur 3 tahun
-Suara / Vokal - pelat dan lantang
-Bahasa badan (gesture n movement) - uncontrollable
-mime n eye focus - meliar
-action reaction - x kesah kecuali bila dia nak perhatian

Watak orang tua
-Suara / Vokal - perlahan, bergetar ketar
-Bahasa badan (gesture n movement) - ketar-ketar dan slow pace
-mime n eye focus - tumpu dan jauh pandangan
-action reaction - lambat pick up

So berdasarkan intipati tersebut... Kena tick la.. 

Then baru kita masuk LEVELING

LEVEL KELAS 
dia baca ja skrip dan ulang semula ayat tu. Dia pun x paham apa yg dia cakap.

LEVEL SEKOLAH
-Suara / Vokal - suara dia la
-Bahasa badan (gesture n movement) - dia dialah jua
-mime n eye focus - macam dia la
-action reaction - dia dia juga la
Over all tiada penjelmaan sama ada watak budak 3 tahun, atau org tua walaupun sudah mekap la, sudah pakai baju seusia.. bila bercakap masih dia bukan watak di bawa dan bgitu la bagi lain2 elemen.
(90 % diri / 10 % watak)

LEVEL DAERAH
Suara / Vokal - Meniru tapi DIBUAT-BUAT / TIDAK NATURAL
-Bahasa badan (gesture n movement) - DI BUAT- BUAT PAKSA
-mime n eye focus - macam dia la
-action reaction - dia dia juga la
Over all penjelmaan nampak upgrade sikit kepada 60% diri dan 40 % watak , so nampak masih kurang natural dan kadang watak menjadi, kadang kadang hilang.. on off.

LEVEL NEGERI
Suara / Vokal - hampir hampir bukan cara bercakap diri biasa kerana sudah separuh watak dalam diri. 
-Bahasa badan (gesture n movement) - sudah bukan diri, dapat mencipta gesture unik watak.
-mime n eye focus - bukan sudah diri tapi watak di bawa menguasai.
-action reaction - juga hampir bukan diri.
Over all penjelmaan nampak real kepada 20% diri dan 80 % watak so nampak sudah bukan diri dia yang menguasai diri tapi watak menguasai dirinya.

LEVEL KEBANGSAAN
100 % menjelma menjadi watak itu, suara, gaya bahasa, lontaran suara, movement dan gesture audah bukan dia lagi, tapi adalah watak. Secara keseluruhannya dia adalah watak dan watak adalah dia. Kalau nama dia Ali dan wataknya Abu.. maka sudah tidak nampak ke'Ali'anya tapi nampak jelas ke'Abu'annya...

LEVEL MENDONIA
Yang ini , jenis ni tak berlakon d atas pentas dah. Yg ni berlakon atas pentas dunia ja. Org yg bermuka2 depan kita lain depan org lain..lain.. haaaa.... 🤣🤣🤣🤣🤣...
__________________________________________

Persoalan dia... Macam mana kita , juri dan audien boleh kesan peratusan kemenjadian watak tu? Kita bukan kawan, sedare dekat pembawa watak tu..how eh?

Sekilas ikan dilaut boleh nampak jantan betinanya🤣🤣🤣... Not that la...

Kita boleh je kesan dr lontaran skrip, kostum, pembabakan ( scenery ) , sett n backdrop dan lain-lain.. with ...'oooh ni mak dia dah tua, oooohhh ni anak bungsu dia..., ooohh ni bapa dia... Ooohh ni ni ketua kampong.... Dll'

Then ada soalan akan timbul...
'eeeehhhh kenapa ketua kampung x mcm ketua kampung aaa? Mcm dak2 bbnu ja'
Or
'eeh eehh kenapa mak dia x mcm mak org lain, mcm kanak2 riang ja.... ' ... 'oooo mungkin mak dia oku kot'...

So masa menonton , audien x menikmati mcm kita menikmati layar perak,  layar lebar atau kaca talibesen...sebab ini adalah TEATER ..

Teater paling kurang ada 3 kali persembahan.. full dari mula hingga akhir.. then setiap malam persembahan ada part x sama sbb ada penambahan atau pengurangan, yg pasti tujuan tercapai.

Makanya, performance watak juga akan bertambah jitu gitchew... 
-------------------------------------------------------------------

So that is the LEVEL LAKONAN..
Menjadi or Tak menjadi.
Menjelma or tak menjelma.
On or off.
Boleh bawa or tak boleh bawa.
Menjiwai atau tak menjiwai

N i call it as 'PLASTICITY OR PLASTERING'
with means ... Menampal watak pada diri pelakon. Tampal apa? Tampal elemen lakon la spt di atas iaitu vokal, mime, gesture, movement dan lain-lain elemen lakon.

Why tampal? Supaya nampak watak tu melekat kpd diri pelakon. Bila pelakon berjaya melekatkan wataknya maka melekat juga la watak itu dihati penonton.

-ACTING IS BELIEVING-

__________________________________________

Thats all for today . See u then...

FESTIVAL LAKON LAYAR 2024 : PERTANDINGAN TEATER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SABAH Part 2

 


Sambungan kisah semalam...
Ketika embun di rumput sudah kering
ayam tidak berkokok lagi
rumah dah siap
pahat sudah tak berbunyi
alun suara hanya sayup di hujung gegendang
kenangan yang tinggal bersisa
bagai debu ditiup angin
yang buruk dari diri
yang baik kuasa tuhan
Lillahi Ta'ala 
Insha Allah.

___________________________________________________________________________________

Bahagian ini adalah bahagian konklusi. Siapa menang siapa kalah. Macam mana dia boleh menang, macam mana kami boleh kalah. Apa lebih dia, apa kurang kami.

SEMUA TU TAKKAN ku jawab kerana ku bukan JURI. KU hanya penonton tanpa undangan. Bukan juga aktivis yang aktif berkarya. Daku hanya seorang pertapa.

Atau ada juga.. kami sampai pigi negri ni pun labih sudah dari target. Apalagi kalau dapat nombor dan anugerah, Rezeki katanya.

Daku membuat catatan, tanpa melihat kertas penjurian, kerana yang ku inginkan hanya MENONTON, MERASA dan MENIKMATI. Walau bagaimanapun, serba sedikit ku sentuh jua la tanpa menyakitkan dan mempersoalkan kredibiliti juri malah menyokong keputusan juri, walaupun hingga saat ini keputusan masih tak diwar-warkan. 


so we start with OVERALL COMMENTAR

___________________________________________________________________________

1st of all kita kena tau la pemarkahan dan penilaian bukan setakat persembahan , malahan ada 2 elemen lagi dipertandingkan iaitu montaj teaser, dan poster. Walau markahnya sedikit saja, tapi mungkin boleh mengubah kedudukan kalau markah lawan beza 1 atau 2 markah. Sengit la kan.

2nd oleh kerana tuan rumah adalah KK, maka punya banyak pilihan juri iaitu pegawai2 JKKN sendiri , ada juga pensyarah seni kreatif UMS boleh di panggil, dan jumlah JSBN Teater juga teramai di KK. Pemilihan Audotarium JKKN sebagai pusat juga sangat tepat. Oleh sebab KK, kalau ada clash di JKKN, maka masih boleh pigi tempat lain seperti Audotarium Penerangan di Wisma Dang Bandang, Audotarium RTM jalan Lintas, Audotarium UMS, Pentas pusat kebudayaan Penampang dan lain2 tempat.. punya banyak pilihan kan. Yang penting sistem pencahayaan dan bunyi tersedia perfectly. So that is. Kalau daerah lain, x tau apa jadi.. Dewan pentas ada banyak, tapi lighting tu yang susah di adakan.

3rd is PT Kebangsaan dan PT Negeri juga sangat2 mesra dan membantu. Saya yang menyibuk ni, sudah la x bawa pasukan pun rasa thats is my kampongs.. sebab namanya peserta dan guru pengiring berkampung di JKKN Sabah gitew.

THEN THE MAIN THINGS...

Kesemua 7 pasukan tu, daku x kaji pun dari sekolah mana, daerah mana, so kita neutral.
Maka dari 7 pasukan itu, tolak 1 yang ku tak sempat tonton. 1 tu x tau apa genre dia, lakonan dia, scenery dia, walau dlm iklan just bus stop..bus stop mcm mana daku tak tau.. I M SO SORRY... tapi still sebut 7 pasukan yang saya tak tau dr sekolah mana.. k

dari 7 pasukan .. ikut my rank.. rank dulu la aaa..

the best is Tanggang Kasut Bola satu-satunya pasukan deliver dramatically emotional feel moment... perfect padat for 30minutes battlefield. (daku bagi klu, daku x sebut title perfectly, so reader akan rujuk pos sebelumnya keh keh keh keh).

same levels is Hominodun, and the Penyu

next is Esbok 

then the average not low aaaa average.. bukan kalah aaa... the jerit jerit one and the batu belah

that was rank... BUT.. pasukan mana nak d bawa ke Kebangsaan.

I TOLD U TEGAS SINI, INI BUKAN KEPUTUSAN PENGADIL, INI PERASAN KU SAJA. I M NOBODY K. N i never bring a group to kbangsaan once n for all-ways.

3 pasukan pilihan iaitu 

Tanggang Kasut Bola
Hominodun
Anak penyu dipukat.

WHY?

Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu JPN fikirkan. Kita tidak mau la kisah viral baru ni terjadi. Yang tertinggal kapal terbang la, bas rosak tengah jalan, sampai sana disqualified la, bajet jpn abis la,  wateva. 

The Thing is 1st ada masa memperbaiki mutu lakonan, pengarahan, scenography n plot story line, maka ketiga2 nya ada potensi sebab cerita memang konkrit well done.

pilihan hominodun kerana atas alasan kita membawa budaya dan kostum sabah di mata kebangsaan. Yang lain boleh diperbaiki sebab hanya perlu suntik beberapa dramatically changes. 

tapi sama dengan 1st choice iaitu Tanggang tu.. dengan alasan setting dia sangat berat, besar dan macam mana mo bawa naik kapal terbang.. flight dr KK ada direk p JB.. Tuan Rumah kebangsaan tahun ni la. So How. Kecuali di sana ada pilihan buat backdrop guna display LCD projektor. tapi feel dia takkan sama dengan sett mawjud. 

Pilihan ku la. Yang potensi ialah anak penyu. Kerana cerita sudah ada, but ndakan backdrop gitu aje. Perfectly kalau guna display lcd projektor its ok done. Tapi banyak kerja utk membangun kan watak dan dramatiknya. 

Lagi pula kita tak tau standard cerita 13 buah negeri lagi tu.. mana tau ada yg bawa genre komedi, genre absurd futuristik, genre bangsawan, genre gabungan teater tradisional dan moden..... peerrrggh... bayangkanlah. High expectations x salah kan?..
So are we ready..

ada juga suara2 , dapat pigi kebangsaan pun ok sudah ni. 
not that problem. TAPI, kalau kalah pun biarlah kalah melawan dan bermaruah.. Gitchew 😂

__________________________________________________________________________


So, setakat itu sajalah daku mengongsi ilmu.
Kerana sehingga kini daku pun tak tau siapa juara, tapi naib johan tau la sebab dia up d FB,..
x pa la nnt kita update la lepas tgok result. Jangan menidakkan keputusan juri, sebab juri tu ada 3 orang , masing2 dengan ilmu dan pengalaman tersendiri, sedangkan daku hanya ada 1 kepala he he he he he...


Terima kasih khalayak.

see u again next post.. see u all then.