Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Sabtu, 9 Disember 2023

MENGUPAS SYARAT DAN PEMARKAHAN PERTANDINGAN TARIAN MALAYSIA


 Rujukan borang pemarkahan dan syarat๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡






Jumaat, 8 Disember 2023

BERMULA SEMULA AS STARTING BACK WELCOME BACK AND I AM BACK

 

Half of family member

Salam Khalayak...

harapan agar dalam keadaan sehat sejahtera setelah sekian lama tidak ke udara. Banyak platform yang sepatutnya boleh dipilih, namun amat kesayangan blog ini kerana terdapat banyak kenang-kenangan memori ilmiah dan pengajaran yang terdapat di dalamnya.

Semenjak 2009 sehingga kini 2023.. melangkau 14 tahun usia coret-coretan ilmuan. Dalam 14 tahun ini pelbagai perubahan teknologi terutamanya media sosial.. buku-buku sudah tidak di baca. Filem sudah tidak perlu ke pawagam. Astro sudah kurang releven.. dan pembayaran pun kini cashless... SMS langsung BBNU tak kenal.. alangkah ....

TUJUAN
Daku menghasilkan tingkap-tingkap memori dalam blog ini agar ingatan semakin kukuh dan pengetahuan bertambah selari dengan perubahan masa dan perubahan teknologi.

3 topik utama dalam blog ini adalah tentang
TARI
TEATER
KEGURUAN

dan InshaAllah selepas ini.. kita akan menambah kepada beberapa topik lagi seperti
PENDIDIKAN SENI VISUAL 
PENGUCAPAN AWAM
dan sebagainya... 

harapanku agar segala perkongsian percuma ini menjadi asbab keberkatan hidup kami..

sila mendoakan. 
dan sekiranya ada persoalan.. sila hubungi saya d messenger FB Karma Kencana Shah.

Jumpa lagi di POS Santai Sembang Seni seterusnya.

Khamis, 7 Disember 2023

DEC 2023 DENYUT NADI BERMULA SEMULA

 Salam khalayak...


I m back... 

Wpun blog dah x releven... Sape nak bacew.. kini ada FB.. IG.. tik tok.. dan pelbagai media... 


Xpa.. sini kita kongsi ilmu.. bukan minta like.. sekadar berkongsi.. 


Salam kembali.. 


Maaf jika mesej anda tidak di balas tidak di jawab tidak di lihat.. 


Ku koma semula dari 2019 hingga kini..


2023 baru bangkit dari abu..phoenix bangkit dari abu....


See you soon ....

Ahad, 21 Julai 2019

4 Years COMMA

Salam khalayak..

akhirnya tergerak jua hati ingin menulis semula.. setelah hanyut di laut bergelora dalam lautan tak berketepian.. seperti mati hidup kembali..

WHY..
Why now?
Why stop?

jika mahu menjawab.. sudah tentu terlalu banyak alasannya.. so jangan ditanya mengapa dan kenapa..

__________________________________________________________

KOMA

Kali terakhir menulis di blog ini adalah pada tahun 2016. Setelah itu nadi bergerak perlahan. Degup juga terhenti henti denyutnya. Mujur masih tetap bertahan mencari haluan yang lebih utuh. Masih banyak suratan belum dibicara. Yang tersirat juga masih tak terluah.

Namun.. Nyawa masih utuh ditubuh.. semangat kembali membugar. pemikiran semakin matang. Lama menyepi merenung diri. Sudah terjumpa membina jiwa. Kini kembali membelai kata. Kata juang jiwa merdeka. Merdeka dijajah lapang rasa merekah didada merelai minda kusut.

Sebelum bangkit semula. Lena sehari dua..

jumpa lagi khalayak..

10 tahun 2009-2019

jangan siakan platform ini...

Karma Kencana Shah

Selasa, 14 Jun 2016

BEKABO (berkhabar)

Salam khalayak...
suda lama juga..bukan sudah lama, mungkin kena pakai perkataan memang sudah terlalu lama inda menulis dalam naskhah online ini. hari ni pun indada mood kali juga hari ini, tapi ku gagahi jua kuno.

Sejarah tinggal kenangan.
Tahun ini kami mengikuti suatu siri pertandingan yang di kenali sebagai Sketsa Rukun Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di bawah aktiviti tahunan Kelab 1Malaysia Sekolah. Berkolaborasi dengan Cikgu Megat Mohd Affiq, sebagai teraju utamanya. dia sapu dari pengarahan hingga setting dan persembahan. Aku setakat tolong-tolong buat skrip saja. Beroleh jua tempat kedua peringkat Negeri Sabah . Walaupun seperti biasa, kontroversi tetap ada bila bertanding pertandingan dengan penilaia subjektif. Kalah sikit dengan SMK Usukan tempat menteri komunikasi. But we lose fair. Cerita kami hebat, tapi lakonan mereka mantop. Nak tengok salinan? mintak kat penerangan la.

Tari
Tari tahun ni semakin lembap sikit. Hanya mengajar semasa perjumpaan kelab seni tari. Sebenarnya agak mengada-ngada juga nak melatih sebab namaku tiada dalam senarai ajk Kelab Seni Tari.. hahahaha... namaku no 2 di kelab Pendidikan seni visual gito... Minta izin dengan Bossku...Cg Asmat Pangis.. beliau pun ex-USM juga tapi senior BFA grafik komunikasi.

Kenangan yang berlalu.Biarkanlah atau pedoman.
Selang seminggu usai menyertai pertandingan sketsa. Sekali lagi si Megat ajak aku berkolaborasi dalam pertandingan Drama KOMSAS... ajakan dari tahun lepas. Last year tersingkir awal. maybe mungkin belum berpengalaman, Dia pun busy dengan bicara berirama, nasyid dan sebagainya..cikgu muzik yang berdedikasi la katakan. Tahun ni, dapat pergi hingga ke peringkat Negeri Sabah tahun 2016.

Hampeh dan Hampa
Semasa proses menyaring skrip drama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 teks Drama Komsas Bahasa Melayu KBSM. panjang jolokannya. Tidak ada satu pun teks yang menepati konsep 'PLOTTING' yang teguh dan konkrit dalam teks-teks tersebut. Genre perjuangan dan satira sahaja yang ada. Memang susah nak pilih. Ada teks yang terlalu pendek jika dipentaskan. Ada yang terlalu panjang, payah nak di potong-potong skrip dan babaknya.

Rupa-rupanya.
Setelah mengharungi saat-saat pertandingan, rupanya teks-teks tersebut hanya batu loncatan sahaja, kreativiti untuk pementasan yang diutamakan. Saya tertanya-tanya, Apakah dengan ubahsuaian itu, tema dan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulisnya dapat diketengahkan atau paling kurang mendapat keizinan penulis.????????? Kerana yang menang itu, betul-betul 'BEYOND YOUR IMAGINATIONS'.

Kursus dan bengkel.
Semasa proses latihan, tahun ini saya rasa teruja sikit sebab dapat buat bengkel lakonan yang dah lama saya idam-idamkan nak buat. Bak kata pepatah pepitih, menurun ilmu. Walaupun kehadzirannya sukup-sukup makan. Buat permulaan.

NEXT LEVEL.
Saya dah kata dengan Megat. Ko jangan pindah selagi kita tak ke Kebangsaan. Walaupun kalah. Namun kami terbelajar sesuatu dan banyak suatu. Terjumpa pulak junior ex-USM, walaupun dia lebih tua dari ku. Abg Ramajah Mijar selaku hakim pertandingan. Orang Kota Belud ni. Cikgu juga. So i know what i wanna do for next year.

Problemo..
Memang banyak masalah. Kos ongkos yang utama. Setting. Make up tatarias. Busana kostum. Lighting. sound effect, para pelakon kena cari, vokal pelakon, tempat pentas... dsbg kena ambil kira...

SO...
Itulah coretan sepanjang semester pertama tahun 2016 ini... ada call plak.. so GTG.. KBAI