Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 12 Februari 2015

2015 and the new ERA

Salam khalayak.
Lama juga menyepi sejak post terakhir pada bulan September lalu.
Kini saya telah bertugas di kondisi baru dan sekolah baru. Juga cabaran baru di SMK BEAUFORT. oleh kerana di pekan ini terdapat 3 SMK Beaufort maka boleh lah SMK Beaufort 1 menjadi rujukan.

Sekolah unik dan legend ini. Di sini aku belajar sepanjang tingkatan 6 aka Form six.. pada tahun 2000-2001. Kini aku kembali menabur bakti di tempat asal ku sebenar-benarnya. Bukanlah pula SMK Membakut II itu tidak bagus atau kurang serba serbi. Cuma Belut Pasti Pulang Ke Lumpur.

Sekolah unik ini agak bergelombang dengan pelbagai masalah dari insfratuktur sehinggalah kakitangan. Ombak kuat. namun kita harus mengharunginya dengan berlapang dada.

Sekolah unik ini mempunyai lebih 3 aliran 1 sessi iaitu :

Aliran Perdana - KRK, B.Arab, PAV Masakan, Muzik, Biasa (Menengah rendah) - Sains tulen, ekonomi, sastera, biasa-biasa, basic 6 mp teras (Menengah atas)
Aliran Tingkatan 6 aka Pra U - Sains Tulen, Kemanusiaan, Sastera
Aliran Pendidikan Khas .
Seramai 800 orang pelajar dengan 2 blok bangunan. huh...

Masalah utama ialah wiring x cukup kuasa dan air tak cukup tekanan. Betul-betul tekanan.

___________________________________________________________________________

SEMBANG SENI....

       Saya hanya guru seni visual tapi bukan artis seni visual tetapi saya artis seni persembahan tapi bukan guru seni persembahan. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Adanya kelas tetap dalam jadual, Mata Pelajaran Seni Muzik membuatkan aku kembali segar. Walaupun masih menyembunyikan diri. Maka aku mengambil keputusan untuk menyertai Bengkel Koreografi Tugu Budaya yang selama 2 tahun aku terlepas disebabkan masalah peribadi. Lagi pula di sekolah ini juga terdapat satu kelab Seni tari yang berdiri sendiri, bukan di bawah kelab seni budaya. Masalahnya aku kena berbahagi pula dengan kelab seni visual kerana kesian cg lama tu sorang2 jek control . Lagi satu apabila disuruh melatih budak hoki...kerana jurulatih hoki lama tu bekas guru aku juga, juga bekas jurulatih hoki aku juga..so tak dapat lari.... ATLIT atau ARTIS.

Mujur aku dah ada bilik office sendiri, malas nak duduk bilik guru berhawa dingin. Disini, disebelah studio kurang-kurang dapatlah aku berkarya.. paling2 malas boleh tido...he heh.he... tak amanah langsung...

So... tengoklah...adakah tahun ini merupakan letupan atau letusan pemula jiwa seni membakar kembali. Jika banyak aktiviti seni maka banyak jugak la penulisan di sini.

_________________________________________________________________________

Blog ini ku bangunkan bermula tahun 2009. Sekarang 2015. Sudah agak-agak 6 tahun. APA SETERUSNYA????......................




2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam