Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Khamis, 11 September 2014

NEW WORLD OF MINE : Mind and Minded

Salam khalayak

agak lama meninggalkan lantai papan kekunci untuk meneruskan penulisan dalam laman blog ini. Jika ingin memberi selaksa dualaksa alasan ampuh bisa saja. Tapi itu tidak penting. Pada hari ini saya ingin menulis tentang kekosongan. Tiada subjek utama mahupun secara klausanya merepek meghaban. Sesiapa ingin membaca silakan, jika tidak abaikan sahaja kerana ianya pasti membazir masa anda. 

Blog ini sudah ditajuki dengan Sembang Seni atau Bicara Seni dan penulisnya bergelar Karma Kencana. Siapa Karma Kencana? Beliau adalah seorang artis pelbagai cabang seni (multi action actor) tetapi terperangkap dalam kerealitian kehidupan sebagai seorang guru sekolah menengah. Taraf pendidikan beliau adalah Berijazah. Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Major Lakonan dan Pengarahan -Teater dan Minoring Grafik Komunikasi - Computer generated imaging. Tetapi di sekolah, beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual -Major dan Pendidikan Moral -Minor. Jika diteliti Sijil SPM mahupun STPMnya, tiada pernah beliau mengambil mata pelajaran yang diajarinya dari tahun 2007 hingga kini. Malah yang lebih menjengkelkan, tiada satu subjek yang terdapat pada transkrip akademik ijazahnya yang bersangkutan dengan apa yang diajarinya kini. Non. Not Available.

Kekecewaan ini, kekosongan ini, menjadikannya seperti segelas cawan air kosong yang indah gelasnya tetapi tiada seorang pun ingin meminumnya kerana orang lebih tertarik dengan minuman berperisa dan berwarna. Seorang insan yang baru menyedari bakatnya apabila usia sudah menginjak ke persada realiti kehidupan. Meladeni kehidupan seharian dengan senyuman tapi tanpa jiwa. Hanya saja kekosongan itu diisi dengan pengisian kerohanian. Memaksa diri, memujuk diri, mengabdikan diri kepada tuhannya. Yang sebenarnya itulah kehidupan. Lillahi Taala. 

Jadi, .... Maka,......
Apa guna kemahiran, apa guna bakat, apa guna ilmu, apa gunanya jika tidak diguna...?
Qada dan Qadar, Taqdir, sudah tertulis di Luh Mahfuz...
Ini bukan jalanmu, itulah jalan mu.... Terima dan ubah gaya kamu....
mampukah?


SENI
seni itu adalah sesuatu yang halus. Kehidupan ini semuanya berkaitan dengan seni. Seni itu indah jika digabungkan dengan pelbagai prinsip dalam cakra alam . Semuanya kehidupan ini mempunyai seninya. Malah bercabang-cabang. Kadang dalam dan luar cabang itu ada yang bercantum mewujud  satu seni baru. Itulah Keindahan ciptaan Tuhan. Tuhan juga berseni. Cumanya Tuhan itu bukan makhluk. Seni makhluk itu bersempadan dan terhad. Tetapi seni Tuhan itu tiada makhluk yang boleh menanggapinya. Never. 

Seni dan budaya bercantum gabung, kerana manusia itu sendiri mempunyai identifikasinya secara individual sepertimana ketidaksamaan gelung cap jari antara individu. Begitulah perbedaan seni dan budaya dalam kehidupan sama ada dari sudut fizikal cara hidup atau kerohanian pemikiran. 
Pengelasan dan pembahagian malah pengumpulan boleh saja dibuat berdasarkan kesamaan ciri umum yang terdapat pada sesuatu golongan kumpulan, tetapi malar juga terdapat perbedaan dalam ketidakketaraan sama ada disedari mahupun tanda sedar. Uniknya ciptaan tuhan. Tidak mungkin dapat dibandingbeza dengan ciptaan makhluk. 

AKU DAN SENI
Melihat, merasa, membuat andaian dan penilaian tentang seni memang amat payah kadang sehingga tercetus perbalahan, malah mempertahankan sesuatu yang subjektif juga kadang menimbulkan keraguan dalam hati. Seni ini gunanya yang utama ialah untuk kita memahami ciptaan tuhan, memahami kewujudan makhluk, malah lebih lagi untuk manusia itu memahami perbezaan antara segala cabang dalam kehidupan manusia lain supaya agar kita dapat menerima dan mengakui betapa hebat ciptaan Tuhan . 

Memahami kehebatan seni membolehkan seseorang itu cukup waras untuk membuat penilaian dan keputusan sama ada dalam pekerjaan mahupun kehidupannya. Walaupun kadang pilihan terhad, tiada pilihan atau pilihan terlalu banyak. Maka disitulah kita dapat menggunaka kemahiran yang bukan semua individu memiliki penilaian berdasarkan persepsi seni yang luas dan tidak terhad. Malah ada yang sehingga dapat mempengaruhi keputusan orang lain.

Perhubungan antara manusia bolehlah kita namakan sebagai komunikasi. Cara komunikasi ini tidak banyak. Tetapi dengan cara inilah makhluk memahami ciptaan selain dirinya. Komunikasi ada 2 cara. Verbal - bercakap. Non verbal -selain bercakap mengeluarkan suara dan bunyi.

Komunikasi secara verbal bisa saja kita tanggapi secara terus. Faham. Tapi kadang juga kita silap faham, kerana seninya bercakap itu mempunyai maksud terus dan tersembunyi, Tersurat dan tersirat. Disebalik perkataan ada pelbagai maksud penyampaian. Juga memerlukan seni untuk memahaminya.

Komunikasi non verbal lebih mencabar untuk manusia memahaminya. Seninya juga pada tahap luar biasa tingginya. Komunikasi cara ini Tuhan ciptakan secara adil kepada semua makhluk ciptaanNya. Waima makhluk tidak bernyawa sekalipun. Barangsiapa mempunyai keistimewaan memahami seni komunikasi ini maka ternyata istimewanya dan uniknya makhluk itu.

Seni komunikasi adalah ibu kepada segala seni dan punca kepada penyatuan sejagat. Seni ini yang mengikat rungkai-rungkai perbezaan antara makhluk sehingga ianya dapat dikelaskan kepada sesuatu bentuk kumpulan. 

soalanya ialah, Dapatkah kita menggunapakai seni? bukan, mampukah kita menanggapi seni itu untuk digunakan dalam kehidupan seharian? Mampukah kita menghuraikannya? 

Kenapa saya pilih seni. Kerana seni itu sendiri mendekatkan kita dengan Pencipta kita. Siapa pencipta kita? tepuk dada tanya Iman bagi yang beriman.


Renung-renungkan. Bukan sengaja ku menulis pada tahap penulisan tinggi. Sekadar menghuraikan pemahaman memalui perasaan diri yang terasa kecil dengan nikmat pemberian Tuhan. Allahu Akhbar.

Salam jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan