As salam khalayak...
Hari in adalah hari akhir persekolahan 2013. Kerja tertunggak telah habis ku sapu, kecuali kes khas pelbagai E-?? dalam sistem pendidikan zaman sekarang yang asyik hang je. Bukan masanya nak mengadu hal pendidikan sekarang ni.
Pada beberapa minggu lalu. dek kerana kes tembak menembak, kematian ahli keluarga dan bermacam lagi... terdetik satu skrip filem dalam hatiku. Ku peramkan jua agar lebih kemenjadiannya. Sudah ku halusi jalan ceritanya, namun otak tua ku tidak dapat untuk menulis skrip waima novel tentang ceritanya secara panjang lebar... al maklumlah aku bukan sepertinya RAM Ramlee Awang Murshid atau Tun Sri Lanang Moden. Walau bagaimanapun sebelum cerita ini basi hanya dalam benakku, kugagahi juga untuk mencuri sedikit waktu pada hari ini untuk menulis tentang REY.... sambil tunggu Sekolah Seni Sabah akan di buka.... he he he...
REYDZUAN - THE LAST BREATHING ADRENALIN
(waa//... macam cite omputih la plak)
Siluet filem untuk permulaan cerita. Hanya gambar-gambar kenangan tentang pemilik nama dari zaman kelahirannya , tumbesarannya, remajanya, pendidikannya, gila persatuannya, pelbagai kelab seni beladiri dengan pencapaian kelas pertama. Gambar menunjukkan dia seorang yang poyo dan aktif. Sehinggalah gambar hari perkahwinan dan hari menimangnya anak pertama, kedua dan ketiga. Dengan iringan lagu nyanyian syahdu mengikut latar zaman dalam gambar. Rey berbadan kurus dan nampak aktif pada zaman-zaman lalu.
Bermula kedramatikan.
5 sekeluarga bersiap untuk perjalanan percutian dimana-mana, pada bila-bila masa. Masukkan barang dalam kereta apa-apa jenis MPV. Shoot paling cantik jer, paling comel jer sekeluarga masuk dalam kereta. Memulakan perjalanan dengan Basmallah. Tiada shoot pada kesemua watak secara keseluruhan badan. Hanya part of body seperti tangan, kaki, belakang badan . Dalam perjalanan pun tidak nampak fully character body... hanya suara dan part of body sambil menyanyi lagu gembira.
Perjalanan malam memang menyunyikan (sunyi). Semua ahli keluarga tertidur kecuali pemandu. Shoot pada mulut Rey yang sedang menyanyikan lagu 60-an. So klasikal.
Tiba-tiba.
Dua buah kereta jenis datsun berwarna hitam dan perang tua macam dah modified meluncur laju dengan bunyi berderam-deram. berlumba. Menggegar suasana malam. Kemudian sunyi kembali.
Pelik. Malam baru jam 10. Seperti tiada kenderaan lain bergerak di jalan raya tersebut.
Lokaliti: Lebuh Raya Pantai Timur arah ke Kelantan Terengganu dari Kuala Lumpur. sekarang berada di Bentong. Tujuan nak pergi melawat Kelantan dan Terengganu.
PAM KTANG SCREET....!
Kereta dilanggar dari belakang. Kereta Honda accord 1978, tanpa lampu, melanggar belakang kereta Rey. Kereta MPV yang enak-enak dipandu 100kmj tersasar hampir terlanggar pengadang jalan. Isteri dan anak Rey terkejut king kong. Rey menarik nafas dengan merah muka dan menarik brek tangan. Tanpa berfikir panjang, keluar meluru. Isterinya hanya sempat menyebut "Bang....".
Shoot pada kaki yang keluar dari kereta amat bergaya. Dengan impak gegaran kereta. Keluar manusia bersaiz 100kg dengan perut yang boroi. ITULAH REYDZUAN.
Pemandu kereta Honda itu sudah keluar dari kereta.
'Ni apa cerita ni. Bawa keta tak dak lampu. Langgar belakang ni? apa ni?' masih dalam 60% kemarahan. Masih boleh berfikir Rey.
Mamat poyo berambut gondrong pemandu kereta buruk tu hanya senyum. Tidak lama selepas seyuman itu dilontarkan. Terdengar bunyi teriakan dari dalam keretanya Rey.
Berpaling saja Rey ke arah keretanya, didapatinya isterinya dan anaknya telah pun ditarik keluar dari dalam keretanya. 'Wei apa ni?' jerit Rey.
...................2 buah keta tu dah tunggu kat situ. Ada seramai 10 orang yang mengepung Rey. Dalam 10 minit peristiwa ini berlaku. Keluarga Rey di tarik ke hutan berhampiran. Berlaku pergelutan. Kerana badan Rey yang agak besar dan mudah lelah, dengan penumbuknya yang perlahan dan kekuatan penumbuk hanya seberat 20-30 kilo saja. Masih sempat melihat ahli keluarganya di tembak satu persatu di depan matanya. dan akhirnya dia pun ditembak di kepalanya juga. keadaan gelap. REY MATI.........
......2 bulan selepas itu, mata terbuka. Milik siapa? Rey masih hidup. Dalam hospital. Dengan ahli keluarga sudah mengelilinginya. """"Suri, Anas, Safi, Ani???"" terpacul perlahan dari bibirnya... dia kembali tidur.
......2 bulan selepas dia terjaga. Kelihatan lelaki yang gemuk, berambut panjang dengan baju yang compang camping, baju hijau hospital. Mundar mandir mencari makanan dalam tong sampah. Kadang menangis, ketawa, membuat lawak acah-acah dengan ilusinya. sekitar pusat metropolitan Kuala Lumpur. Pudu Raya. Apabila ada Jabatan Kebajikan membuat operasi dia selalu terlepas kerana dia berlari sekuat-kuat hatinya.
.......Suatu hari di suatu lorong di Petaling Street, sekumpulan beberapa orang sedang minum2 makan2 dan ketawa2. Macam orang kaya. Rey pun berada di situ. Terlihatnya pada tangan salah seorang mamat tu suatu tanda yang macam pernah lihat. Dipandangnya lagi... lama kelamaan semakin dia dekat dan seperti ingin mencium tangan orang itu (dengan niat mengamati tanda tatu tersebut). Dan di dapatinya sekumpulan itu mempunyai tatu yang sama , cuma tempatnya tidak sama. Ada yang di leher, belakang tapak tangan, di bahu kerana seorang pakai singlet dan di tengkuk. Dan seorang itu seperti pernah dilihat. Rambut gondrong seperti herman tino dan hafiz af. Tiba-tiba dia berlari pergi.... sambil memegang kepalanya.. berlari ke bawah stesen LRT Hang Tuah... Baring di situ sambil menangis.
Flash back.... Pertemuan pertama dengan suri yang sama universiti. Masa menyambut Anas, anak pertamanya... Bermesra dengan anak-anaknya Safi dan Ani... Semua itu berlegar-legar dalam kenangan.
Gelap. Peristiwa Malam itu berulang semula dalam ingatannya.... sehinggalah dia menutup mata.... AAAAAAAAhhhhhhhhhh........ dia membuka matanya. melihat pada dirinya. dan bertanya... kenapa aku begini...
-BEGITULAH CERITANYA-
ada lagi. lepas itu, dia mula membina badannya menjadi seorang lelaki lain dengan tujuan membalas dendam. mencari dari internet tentang lambang tatu tersebut. Membuat rangkaian underground perisikan. Masa yang paling seronok dilihat ialah masa Rey Menjalani latihan fitness. dari seorang yang gemuk berubah menjadi seorang yang amat berbeza. Berketul dan fleksibel badannya. Mementingkan kelajuan pergerakan dan kekuatan momentum setiap serangan. Mengembalikan semula apa yang sudah hilang dari dirinya. Matanya yang amat ganas.
--- selang beberapa bulan, seorang demi seorang ahli kumpulan gondrong itu mati dalam keadaan yang ngeri. Lidah dan kemaluannya dipotong.
-SELEPAS ITU-.....
Selesaikan sendiri cerita ini... ini adalah sebuah Filem Hebat buatan Malaysia.
__________________________________________________________________ Salam khalayak.. Selamat membaca... Lulus FINAS ke filem ni... 18PL___________________
Selamat Bercuti....Semua Guru di Malaysia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan