Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Selasa, 10 Ogos 2010

HAFAL DAN HAFAZ

Semalam malam aku terfikir fikir topik apa yang akan ku hidangkan kepada pembaca... terstuck gitu lama. Gode2 la blog sekolah seni, blog teater, facebook dan lain2. Dan ada lah 2 topik yang aku dapati sesuai kepada pelajar2 sekolah seni dan mahasiswa teater iaitu ; menghafal skrip & persediaan membuat produksi pertama tahun akhir.

Maka saya pilih tajuk yang memerlukan masa yang pendek untuk dihuraikan iaitu "Menghafal Skrip".

Menghafal dan menghafaz. Bagaimana. Kalau ikutkan pelaku teater ini bukanlah kategori PMR 9A atau SPM 10 A1. Nak menghafal buku sastera, sejarah atau rumus matematik bukan punya payah. Belajar 2 atau 3 tahun, belum tentu dapat hafal semua. La ni suruh hafal skrip pulak. Dah la kena hafal, kena beraksi lagi, kena letak feeling lagi dan sebagainya. Kalaulah skrip itu, kita lakonkan sebagai watak tambahan dengan 1 atau 2 ayat je tak pe lah... la ni skrip 1 jam dan berlakon sorang2... ada berani kamu? yang penting bagaimana menangani skrip dan skill menghafal skrip supaya kita mudah untuk berlakon dengan erti kata sebenarnya.

Bagaimana? Skills?

Pertama, bila saya ditawarkan skrip naskhah lakon pentas (panjang nye), semua ditentukan dengan bacaan dan emosi pertama yang menarik dalam skrip tersebut. Yang pentingnya sama ada konfliknya kukuh atau tidak, konfliknya jelas atau tidak dan seterusnya peleraiannya (katarsis) dramatik atau tidak. Seterusnya buatlah kajian naskhah lakon yang detail (jika berminat dan terima watak tersebut, jika tidak berminat terpulanglah ngko yek).

Menghafal ada 3 cara. Ini cara saya kerana ada banyak cara sebenarnya.

1. Jika berlakon seorang (monolog, watak seorang, konflik diri, puisirama etc), hafal dengan cara setiap ayat diikuti dengan pergerakan aksi sama ada sebesar besar pergerakan (exaggerated/movement) atau sekecil2 pergerakan (mini gesture). Latihan hafalan jika secara perseorangan cuba elakkan berlakon depan cermin, pergilah berlari2 di padang sambil melafaz dialog, atau memasak di dapur sambil melafaz dialog atau apa sahaja pekerjaan sama ada dilihat orang atau tidak. Hal ini terbukti bahawa, apabila kita manusia menghafal sambil bergerak, kita akan mampu menghafal lebih banyak dari yang kita sangkakan. Menghafal dengan cara duduk setempat adalah 1 langkah atau cara yang kurang tepat. Rasionalnya, apabila kita ingin mengingat semula dialog atau hafalan tersebut, kita boleh rujuk kepada aksi, pergerakan atau keadaan sekeliling kita semasa latihan. 'Jangan menghafal ketika mengantuk'. Contoh skrip 'Bukan Bunuh Diri' Dinsman.

2. Jika berlakon secara duo (berpasangan), di mana watak cuma ada 2 orang sahaja dan masa lakonan lebih sejam, cara latihan dialognya berbeza dari 1 di atas. Menghafal dengan watak sedemikian haruslah bersama pasangan. Jika pasangan tidak ada, bolehlah diganti dengan orang lain. Caranya yang paling praktikal ialah guna kata kunci atau aksi pasangan sebagai kata kunci untuk mengingati dialog kita. Jangan cari kata kunci yang payah nak ingat. Tapi Jangan risau kerana apabila berlakon ini, janganlah terikat kepada skrip 100%. Cubalah Improvise berdasarkan kefahaman tentang jalan cerita dari skrip tersebut. Saya masih ingat antara skrip yang ada 2 orang pelakon ialah 'waiting for godot'.

3. Jika berlakon lebih daripada 2 orang watak. lagi senang. ikutlah macam 2 di atas. Biasanya yang bikin rosak program ialah apabila kita atau orang sebelum kita lupa dialog. Dia lupa, kita pun lupa. Habislah. Solusinya, improvisela dengan dialog yang hampir sama makna, atau buat aksi yang tidak disangka2 yang menambah kepada kedramatikkan drama tersebut (itu pun jika pelakon itu bijak). Saya teringat pula tentang drama 'Mayat' Hatta Azad Khan dan 'Atap Genting Atap Rembia (Rumbia)'.

Setelah menghafal skrip. Jangan pula hafal skrip tetapi tiada perasaan yang disuntikkan, sepertinya burung tiong yang hanya menghafal tetapi tiada perasaan. Pesan guru saya ialah "Dialog itu dikira sebagai 1 movement, jadi janganlah ditindankan movement itu dengan movement yang lain" - bermaksud apabila melafazkan dialog janganlah membuat aksi besar (boleh jika gesture sahaja) - Janet Pillai. (pembetulan - persembahan teater itu dipenuhi dengan 'sign and symbol', maka dialog itu pun dikira sebagai 1 simbol atau tanda, juga setiap movement dan gesture itu pun dikira 1 simbol atau tanda, jadinya janganlah ditindankan antara 1 simbol dengan 1 simbol yang lain. / maksudnya bukan movement seperti kenyataan sebelumnya, tetapi simbol... sori yek)


Satu Enigma lakon, sebelum saya tamatkan bicaraseni saya kali ini ialah, ; "alah dia berlakon je tu". Stigmata yang begitu biasa saya lihat hasil rakaman siri drama komsas sekolah menengah terbitan KPM + TVP = EduWebTV. yang berlakon itu pelajar, sementelahan pula zaman itu belum ada Sekolah Seni Malaysia, maka janganlah berharap tinggi sangat tentang kualiti persembahan tersebut. Komen saya tentang Drama2 Komsas ialah, Kalaulah kita sebagai guru atau orang dewasa pun tak berminat menonton rakaman tersebut (sebab dialog yang berjela2), apatah lagi pelajar2 kita. Drama Komsas yang skripnya memang hebat seperti 'Kerusi', Jangan Bunuh Rama2', Puteri Li Po, dan sebagainya (MP KomSas BM tingkatan 1,2,3,4,5 dan MP Kesusasteraan Melayu tingkatan 4,5 dan 6) tidak langsung menarik minat pelajar masa kini yang terpengaruh dengan kesan khas cgi. Ini, Dahlah CGI tiada, Dialog berjela2, Lakonan - make up orang tua tapi pergerakan seperti orang muda/pelajar, shoot tidak menarik - kurang variasi,.... hmmmmm apo nak dikatakan.

Yang penting...Saya pun bukan bagus sangat. Saya tak akan terima tawaran, sama ada berlakon, mengarah, mengkareograf jika masa yang diberi kurang dari 3 bulan. Itu adalah masa minima saya.

Setakat itulah sahaja perkongsian untuk kali ini... Cara hafalan itu adalah hasil pengalaman saya berlakon dalam drama solo 'Bukan Bunuh Diri - Dinsman' yang berdurasi 1 jam tepat pada tahun 2004.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan