Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 25 Mei 2009

Draf Buku Lakon Bahasa Melayu Pertama di Malaysia

Salam...
Bertemu lagi kita...
Kali ini saya membawakan draf pengenalan seni lakon yang saya buat pada tahun 2004. Sebuah pengenalan yang lengkap dan cukup jelas. Siri ini belum dikeluarkan lagi, tetapi boleh digunakan kepada sesiapa yang mengambil jurusan seni persembahan...juga kepada pelakon-pelakon tempatan yang ingin mendalami ilmu lakon kerana rujukan seni lakon sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu Indonesia.. Baca, dalami dan fahami. Kalau ada sebarang kemusykilan boleh tanya terus melalui shoutmix saya...ok.


Kursus Asas Seni Lakon
Pendahuluan.
Dunia seni lakon “popular”di Malaysia khususnya pada masa kini dibahagikan kepada dua cabang yang secara subjektifnya telah dipisahkan oleh pengamal lakon atau pelakon itu sendiri iaitu lakon teater dan lakon layar. Lakon teater bermaksud lakonan yang dipersembahkan di atas pentas atau sebaliknya, dan ditonton secara langsung oleh penonton pada waktu itu, di situ. Lakon ini meliputi persembahan seperti dramatari, muzikal, monolog dan monodrama, serta adaptasi skrip ke pentas. Contohnya persembahan Muzikal Puteri Hang Li Po (Istana Budaya : 2004), pementasan teater Misi (Istana Budaya : 2004) dan dramatari Spellbound (Actor Studio : 2005)¹.

Manakala lakon layar pula terbahagi kepada dua lagi cabang iaitu lakon tv (television) dan lakon filem. Lakon tv bermaksud satu bentuk persembahan lakonan sama ada secara rakaman atau secara langsung yang disiarkan dan diterima ke kaca tv melalui pemancaran gelombang satelit seperti Astro, Radio Television Malaysia (RTM) dan Sistem Television Malaysia Berhad (TV3)¹. Lakon tv termasuklah rakaman drama bersiri tv seperti Opah, Drama Minggu Ini dan Mahligai Gading¹, program pengacaraan seperti Selamat Pagi Malaysia, Nona dan Saji¹, rakaman komedi bersiri pentas atau studio seperti Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Salam Pantai Timur¹, serta siaran langsung berita tv.

Lakon filem pula bermaksud rakaman kisah kehidupan dalam format filem tertentu seperti 3.5 mm , 5.5 mm atau skrin penuh. Lakon filem mempunyai pelbagai jenis dan genre tetapi dapat di kumpulkan menjadi dua cabang iaitu filem lakon semula kisah kehidupan sebenar atau imiginasi seperti filem Paloh, Sepet, The Matrix dan sebagainya, dan filem dokumentari.
Perbezaan bentuk lakon, antara dua cabang utama dunia seni lakon ‘popular’ di negara ini telah memvariasikan hiburan dan pengajaran. Tetapi seperti yang diketahui umum, variasi hiburan lebih menonjol memperlihatkan penguasaan lakon tersebut. Maka secara umumnya dunia seni lakon merupakan satu persembahan hiburan bagi masyarakat di negara ini.

Tujuan Lakon
Secara khususnya tujuan lakon adalah untuk memperlihatkan sikap atau budaya masyarakat pada waktu tertentu. Contohnya kepercayaan Main Puteri di Kelantan telah menghasilkan bentuk teater Mak Yong. Teater realisme di Malaysia antara tahun 1950an dan 1960an seringkali mengisahkan tentang perbezaan status dikalangan masyarakat Melayu ketika itu, yang memang berlaku selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Selain itu seni lakon itu sendiri ingin menguji sejauh mana kebolehan para pelakon, pemain atau peran dalam membawa peranan atau watak mereka dengan berkesan dan dipercayai penonton. Oleh yang demikian, sutradara atau pengarah lakon terpaksa meninjau dua sudut aplikasi ini iaitu dari sudut budaya dan dari sudut pelakon.
Lazimnya dari sudut budaya, memaksa pengarah untuk mempersembahkan satu kisah hidup makhluk secara berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton. Manakala dari sudut pelakon, pengarah harus meneliti keberkesanan watak dan cara pelakon itu sendiri menangani wataknya sehingga dapat dipercayai serta dekat dengan penonton. Berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton merupakan tujuan utama persembahan seni lakon.

Objektif Kursus
1) Mempersembahkan lakonan yang berkesan, dipercayai dan dekat dengan penonton.
2) Mempersembahkan lakonan bermutu dan bertaraf professional.
3) Mengangkat budaya masyarakat untuk dipertontonkan semula bagi menilai impak sosio budaya dalam masyarakat.
4) Memahami serta memantapkan disiplin seni lakon dalam diri pelakon.
5) Memberi pengajaran kepada para penonton tentang permasalahan sosial dalam masyarakat.
6) Membuka ruang bagi masyarakat untuk memahami fungsi dan pengaruh dunia seni lakon sebagai teladan dan pengajara dalam kehidupan.


Pengenalan Konsep Asas Seni Lakon ; Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara.
Dalam kursus ini , pelatih akan diajar dan dilatih tentang ‘Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara’ secara khusus. ‘Aplikasi Rupa’ bermaksud visualisasi lakon dengan menggunakan elemen lakon yang terdiri daripada ; pergerakan, gestura, mimik muka, aksi reaksi, blocking, level, kontras dan seragam, fokus serta eye contact dan plasticy. ‘Aplikasi Jiwa’ pula bermaksud menjiwai atau berperasaan lakon watak dengan menggunakan elemen seperti ; imaginasi atau pembayangan, imbas kembali-memory recall, mendalami atau menjadikan semula sejarah watak, magic if, kebenaran dalaman-inner truth, psikoanalisis, dan kebenaran “aku adalah watak..” . ‘Aplikasi Suara’ memaksudkan penggunaan suara atau bunyi sebagai visualisasi lakon dengan mengguna elemen seperti ; vokal, ritma, lagu, nada, variasi lidah dan gigi, jenis suara dan tekanan serta dialogue point of attack.
Aplikasi Rupa-Jiwa-Suara ini akan mengambil kira cara penyampaian persembahan melalui kekuatan (energy), tension , keberanian, dan tempo, yang diingini oleh sutradara atau berdasarkan kepada cerita yang ingin dipersembahkan.-(tambahan 2009)Di Malaysia, amat kurang pelakon yang boleh menggunakan ketiga-tiga elemen ini serentak dalam sebuah pementasan, maka jelas menampakkan kecacatan dalam sesebuah lakonan. Itu belum lagi ditambah dengan elemen Tari, yang memerlukan tenaga seperti seorang atlit sukan serta cara pernafasan atas pentas yang cekap dan tidak kelihatan pada mata penonton.

Kajian Naskhah Lakon dan Kajian Watak.
Sebelum membuat sebarang latihan, kajian watak amat diperlukan bagi pelakon untuk mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca atau penonton melalui wataknya. Walau bagaimanapun, sebelum kajian watak dilakukan, wajib bagi pelakon dan semua krew untuk membaca keseluruhan naskhah lakon secara terperinci dan berulang-ulang untuk mendapatkan intipati sebenar cerita yang ingin disampaikan oleh penulis.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira ketika kajian naskhah lakon dibuat ialah (juga rujuk tulisan saya sebelum ini) :

1) Latarbelakang - Penulis
- Sosial - dalam cerita dan keadaan semasa naskhah ditulis.
- Masyarakat – ‘sda’
- Politik – ‘sda’
- Ekonomi – ‘sda’
- Taraf Pendidikan – ‘sda’
- Pengaruh Budaya (adat/agama/semasa) – ‘sda’
2) Tema
3) Watak dan Perwatakan (Latar Belakang, internal, external)- secara kasar
4) Plot (Jenis Klimatik/episodik/pusaran, mise en-scene/france scene)
5) Konflik (Jenis dengan diri/lain)
6) Persoalan
7) Kekaguman (visual/audio/kinetik- yang mungkin)
8) Bahasa
9) Konsep - Visual
- Pementasan
- Pengarahan
- Lakon

Setelah membuat kajian naskhah lakon, dan setelah semua pelakon telah diberi watak masing-masing, maka tibalah masanya bagi pemegang watak tersebut mengkaji watak yang diberikan kepadanya secara khusus, mendalam dan terperinci.

1 ulasan: