Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 25 Februari 2013

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN (ZAPIN) SUKAN WARGA FELDA 2012 II

Salam khalayak...

Ini adalah kesinambungan cerita pasal pertandingan yang tersebut...

________________________________________________________________________

REVIEW : PASUKAN BERTANDING

Harap fahamlah wahai peserta. Memang kami cuba mengadili dengan cara- yang terbaik yang akan menang.. Berdasarkan pengalaman pahit maung yang pernah kami tempuhi dalam bidang ini. Sebab itu kami tunggu sampai habis acara penyampaian hadiah. Tapi ada juga yang tak puas hati.

Coba lihat borang markah..Standard Kebangsaan... bandingkan dengan syarat, mesti tahu ada somethings wrongs. Markah busana hanya 10 peratus sahaja dan tatarias make-up juga 10 peratus. Memang tak boleh upkan jika bahagian teknik tarian (40%) dan persembahan (30%) kurang menyerlah.

Saya tak akan review satu persatu pasukan, sekadar secara keseluruhan.

1. Ada kumpulan yang pesertanya tak ngam iaitu.. syarat menetapkan adanya GABUNGAN peneroka, penerokawati, anak cucu peneroka atau staf felda dalam satu pasukan. Syarat ini tiada dalam kertas syarat, tapi telah diberitahu oleh pegawai Felda awal dulu lagi.

2. Namun ada beberapa pasukan yang bagus tetapi hanya mempunyai peserta dari 1 peringkat sahaja iaitu seperti ; semua pelajar sekolah (anak peneroka sahaja) atau hanya ada gabungan staf / anak/ beliawanis sahaja. Maka kami mengambil keputusan untuk memandang berat syarat ini terlebih dahulu sebelum memandang perkara lain (atas arahan pegawai felda wilayah). Jika pasukan itu bijak sedikit, mereka sebenarnya boleh mencari peserta dari felda berdekatan dalam 1 wilayah. Contohnya, peserta pasukan dari jengka 12 boleh ambil anak peneroka (belia/beliawanis) dari jengka 13, peneroka/penerokawati dari jengka 9, staf dari bandar pusat - sebagai contohnya sahaja.

3. Seterusnya ialah teknik tari iaitu cara masuk/ taksim/ ragam asas/ ragam tari/ wainab/ cara keluar. Walaupun ada 1 atau 2 ragam tari dari zapin yang berlainan, kami tak akan potong markah kerana tiada dalam syarat. Tak cukup ragam maka tiadalah markah tinggi diberikan.

4. Mereka bertanya, Kenapa kami tak menang sedangkan kami dah cukup syarat?. Inilah mendenye.. Mai nak kabo..

5. Pola lantai pula, ada pasukan yang hanya masuk kemudian menari dengan 2 pola lantai. Ada juga pola lantainya banyak tapi stage balancingnya berat sebelah. Ada juga yang semuanya membuntuti pengadil, jika sebahagian ke arah depan dan sebahagian lagi membuntuti pengadil tak pelah.

6. Disiplin - ada pasukan, senyum pun tak ada. Yang mengira kumat-kamit mulutnya pun ada. Yang beri arahan apa nak buat lepas ni pun ada.

Sebenarnya saya sendiri pun kurang puas hati dengan pemenangnya. Bukan saya sahaja, tapi juri lain juga begitu, tapi apakan daya, syarat telah menetapkan begitu.

Mereka telah menang sebahagian dari syarat utama. Saya bagi pihak juri mohon ampun. Penat lelah susah payah para peserta menyediakan ahli, pakaian, make-up dan juru make-up. Sebenarnya yang ditempat ke-2 itu boleh jadi juara jika syarat utama itu dipenuhi kerana memang zapin Melayu aslinya original, cukup ragam taksim wainab segala. tapi ada anak, beliawanis dan staf sahaja...

Bukan nak cakap, Juara itu so kontem kreatif, busana tidak sesuai dengan pertandingan, tapi jika untuk persembahan memang vogue. Siap ada opening bagai. Lagu modern Noraniza Idris. Bukan lagu ghazal tapi lagu zapin moden remix. Tapi syarat utama dipenuhi. Terpaksalah bawa mereka ke peringkat Kebangsaan.

Apa lag???

Begitulah kenapa anda tidak menang. Mungkin salah kami juri, mungkin salah pasukan, yang penting semangat mencuba. Bukanlah Felda Wilayah Jengka itu teruk sangat. Kita mampu bertanding tetapi masalah syarat tak berapa nak ngam jah.. Oklah setakat ni jah.. Next

___________________________________________________________________________

Begitulah post entrinya... post ini ada dua bahagian. 3 malam tak dapat tidur kerana jadi pengadil. seminggu cerita tak habis... see ya next timeo... Salam Khalayak...



1 ulasan:

  1. salam saudara saya dah baca apa yang dicatatkan ....dari apa yang saya fahami sesuatu penganjuran pertandingan seperti ini pihak penganjur hanya salin dan beri sahaja kepada peserta pertandingan tetapi tidak mengkaji kemampuan setiap apa yang aloan dlaksanakan dan penganjur sendiri pun sebagai urus setia pertandingan tidak faham dan tahun perihal pertandingan tersebut hanya laksankan tanpa menyelidik dan mengkaji seni tari zapin.... ole itu saya berharap kepada semua penganjur dapat merujuk mana mana pihak yang arif dan mahir dalam seni budaya sebagai rujukan membuat syart pertandingan.

    BalasPadam