Salam...
Entri sedikit sahaja untuk hari ini...
Ada banyak yang ingin ku kongsikan, terutamanya keputusan pertandingan Tarian dan Teater untuk Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri pahang pada 14 dan 15 Sept lalu yang berlangsung di IKBN, Lanchang Temerloh.
Namun nantilah akan aku hurai dan cerita nanti.
Topik hari ini... masih bersandarkan cerita tarian melayu. GEMALAI... Kegemalaian. apa itu gemalai tari. Untuk menghasilkan kegemalaian perlulah mendapatkan latihan olah tubuh atau body projection yang memakan masa lama dan siksaan setiap kali latihan. Memang agak mustahil jika pelaku atau penari hanya mendapat latihan yang singkat. Setiap jenis tari mempunyai kegemalaiannya masing-masing mengikut kawasan penghuninya. Berbeza. Cuba kita lihat pada tari BallRoom seperti Cha-cha, Waltz, Salsa, Rumba, Samba atau Ballet. Memang ada kelembutannya yang tersendiri yang kadang-kadang kita tidak dapat meniru atau mengikutnya. Salsa memerlukan kekuatan dan kegemalaian yang berpusat dipinggang manakala ballet lebih banyak menumpukan tenaga pada hujung jari kaki.
dalam tarian Melayu, gemalainya diletak pada keseluruhan badan, sama seperti sebahagian tarian cina dan siam. Movement - gesture - posture = bunga tari. Sebagai contoh kecil, kita ambil bahagian pergelangan tangan. Pulasan jari yang membentuk seperti nak ke backhand... macam mana nak cerita... benda ni kena tunjuk atau bergambar baru bleh faham. Takpelah.
Kelembutan - kesopanan - kesantunan - kemalu-maluan = GEMALAI.
_________________ Kenapa ?___________________
Dalam pertandingan yang lepas. Hanya juara yang mengerjakan body projection sehingga wujudnya kegemalaian pada badan budak tadika yang berumur 5 dan 6 tahun. Memang bunga tarinya ada yang tersasar dari syarat, namun jika dilihat secara keseluruhan, salah satu bahagian yang tidak dapat ditandingi oleh pasukan lain ialah KEGEMALAIAN. cantik. Saya, dalam hati saya hanya ingin menonton sebuah persembahan yang canti dan serba lengkap. Mengadili ialah perkara kedua.
Thats is for today... see u soon... salam_________________________
Membicarawarakan asas seni dalam kehidupan dari diri empunya, teater, tari, keguruan, bahasa ibunda, teman2 dan apa pekerjaan. Duluan ku di JENGKA PAHANG, kini ku di BEAUFORT SABAH... Salam Khalayak...
Khamis, 20 September 2012
Jumaat, 14 September 2012
Mengadili Pertandingan Teater Kanak-Kanak
Salam Jumaat...
Hari ini InsyaAllah saya akan mengadili satu siri pertandingan Teater. Pesertanya berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. What do we expect from them...
Penilaian markah yang diberikan kepada saya, menyatakan perlunya untuk menilai dari sudut
1. Pengarahan
2. Lakon / Gerak / Nyanyi
3. Scenografi / Teknikal
3 nilaian yang akan dibahagikan kepada 3 juri...
** Kerisauan saya bukannya tidak berasas. Tetapi memandangkan saya sudah 6 atau 7 tahun tidak bergiat aktif dengan dunia teater. Sementelahan lagi, saya juga, dalam waktu itu juga tiada satu teater yang saya tonton secara live. Mujurnya, kebelakangan ini cuba merefresh ilmu melalui perkongsian ilmu dalam blog ini. Alhamdulillah. Akan saya cuba menilai dengan baik. Namun secara jujurnya, persoalannya, adakah saya tidak akan mengantuk menilai suatu pertandingan yang memakan masa selama 30 minit, dan sebanyak 14 pasukan?? harap-harap keletah anak mungil itu akan mengelitik lubuk hatiku..
__________________________________Mise En Scene________________________________
Jika saya diberi peluang untuk memberikan pendapat tentang bagaimana mahu menilai sesuatu pertandingan, maka saya akan menyatakan 4 perkara yang saya akan nilai pandang ialah
1. Latarhias pentas
2. Cerita / Skrip
3. Lakonan
4. Kostum / make-up / Props
Kenapa? 4 perkara itu memang berbeza. Nanti dulu, ini untuk pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan tadika sahaja. Bukan terbuka ya.
akan saya terangkan kemudian. Nak gi IKBN, Lanchang sekarang kerana pertandingannya dijadualkan jam 2 petang lepas jumaat nanti... InsyaAllah.
Wassalam.__________________________

Rabu, 12 September 2012
Contoh Analisa Skrip
Naskhah Lakon : Kipas Tangan
Dramatis : Yukio Mishima
Konsep Teater : Noh Moden
Pecahan
Adegan.
Plot
Dramatis : Yukio Mishima
Konsep Teater : Noh Moden
Sinopsis
Drama “Kipas Tangan” yang
ditulis oleh Yukio Mishima , mengisahkan
tentang seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30-an, yang menjaga seorang
wanita kurang siuman yang memiliki sebuah kipas tangan . Pada hari itu, berita
mengenai wanita yang kurang siuman itu telah tersiar di suratkhabar. Oleh
kerana tidak ingin Yoshio, iaitu kekasih wanita yang kurang siuman tersebut
menjumpai mereka, Jitsuko iaitu pelukis wanita tersebut, merancang untuk pergi
dari situ. Malangnya Hanako, iaitu wanita yang kurang siuman tersebut berdegil
tidak ingin pergi dari tempat itu. Jitsuko terpaksa akur kerana dia tidak ingin
Hanako melarikan diri darinya. Pada petang hari tersebut, Yoshio datang kerana
terbaca berita tersebut, tetapi pelbagai alasan telah diberi oleh Jitsuko bagi
menghalang Yoshio bertemu dengan Hanako. Kerana desakan yang hebat dari Yoshio
dan Jitsuko telah kehabisan akal, akhirnya Yoshio dapat bertemu dengan Hanako.
Malang bagi Yoshio kerana Hanako yang telah menjadi kurang siuman itu telah
mengatakan bahawa yang datang ke situ bukanlah Yoshio. Malah Hanako menuduh
Jitsuko cuba untuk memperdayakannya, supaya dia akan turut pergi dari tempat
tersebut secepat yang mungkin. Oleh kerana Hanako sudah tidak dapat mengecam
Yoshio, walaupun bukti kipas tangan yang bertukar tangan tersebut telah
ditunjukkan, Jitsuko kembali bertenaga dan menyuruh Yoshio untuk pergi saja
dari situ. Yoshio, dengan perasaan yang amat terharu lantas berlalu dari situ
serta-merta. Kesudahannya, Jitsuko tidak jadi untuk berangkat dari tempat
tersebut dan dia seterusnya dapat memiliki wanita yang kurang siuman itu untuk
selamanya.
Plot dan Mise en scene .
Latar
tempat : Studio
Lukisan, sebuah rumah di Tokyo,
Masa :
Suatu petang , pada musim luruh .
Jenis :
Klimatik – Kerana cerita ini tidak bermula dengan pertemuan antara Hanako Dan
Yoshio, tetapi Yukio
Mishima (penulis) hanya mengambil bahagian akhir cerita
kerana resolusi
bahagian akhirnya adalah yang paling penting bagi menunjukkan
tema yang ingin
diketengahkannya.
Pecahan
Adegan.
1 .
Adegan pertama – Jitsuko berada dalam studionya membaca surat khabar sambil
berjalan
mundar
mandir dan kemudian duduk disebuah bangku sambil bermonolog .
2 .
Adegan kedua - Hanako masuk dan mereka mula berdialog .
kemudian Hanako masuk ke
kamar /
bilik sebelah .
3 .
Adegan ketiga - Jitsuko masih dalam
studionya , kemudian masuk Yushio yang ingin mencari
Hanako .
Terjadi perdebatan .
4 .
Adegan keempat - Hanako muncul dari
bilik sebelah . Hanako Dan Yushio bertemu tetapi
Hanako
tidak mengenali Yushio . Yushio pun pulang dengan hampa .
5 . Adegan kelima - Jitsuko dan Hanako berada dalam studio .
Jitsuko tidak jadi untuk berpindah
kerana
Hanako tidak akan meninggalkannya .
Plot
1 .
Berita mengenai Hanako tersiar di surat khabar.
2 .
Kerana takut ditemui oleh Yoshio, Jitsuko ingin membawa Hanako pergi dari situ.
3.
Hanako tidak ingin pergi.
4.
Yoshio datang dan ingin berjumpa Hanako.
5.
Jitsuko menghalang dengan pelbagai taktik.
6.
Yoshio bersemuka dengan Hanako. Hanako tidak mengakui yang datang itu adalah
Yushio.
7.
Kerana kecewa, Yoshio pergi dari situ. Jitsuko akhirnya bersama Hanako.
Tema .
Tema yang ingin
diketengahkan oleh Yukio Mishima dalam skrip ‘Kipas Tangan’ ini ialah tentang - Perjuangan wanita untuk
memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki.
Perebutan cinta antara lelaki dengan perempuan dan cinta antara perempuan
dengan perempuan dijadikan sebagai bahan perantara dalam drama ini. Yukio ingin
mengetengahkan perspektif ideologi yang menentang kebiasaan masyarakat Jepun
pada tahun-tahun sebelum drama ini di tulis. Pada masa itu, sistem masyarakat
di situ menunjukkan bahawa setiap seorang wanita harus taat kepada seorang
lelaki, sebaliknya lelaki bebas untuk ‘bermain’ dengan ramai wanita. Hal ini
bermakna bahawa seorang anak perempuan harus taat kepada bapanya, manakala
setiap isteri harus taat kepada suaminya. Yukio melihat semua ini semacam tidak
adil bagi kaum wanita. Oleh itu, dia cuba mengkritik suasana ini melalui drama
tersebut. Lantas Yukio, melalui drama ini cuba menyarankan supaya wanita harus
memperjuangkan hak serta hidupnya tanpa kongkongan dan eksploitasi dari kaum
lelaki yang hanya menjadikan wanita sebagai teman ‘permainan’.
Saranan
Yukio melalui drama ini, amat berlainan dengan cerita asal oleh Kanze Motokiyo
Zeami. Kalau Zeami menyatakan bahawa cinta antara lelaki dan perempuan akan
bersatu akhirnya walaupun pelbagai rintangan terpaksa di hadapi sebelumnya,
Yukio sebaliknya menyatakan secara tegas bahawa cinta antara lelaki dan
perempuan tidak semestinya bersatu walaupun mereka berjaya menghadapi pelbagai
rintangan sebelum bertemu semula. Sebaliknya Yukio secara terang-terangan
menyatakan bahawa cinta sesama wanita pasti wujud sekiranya lelaki sudah tidak
dapat dipercayai. Apabila lelaki sudah tidak dapat dipercayai lagi, maka wanita
pastinya akan menuntut hak mereka, seterusnya kaum wanita akan berjuang
untuk memilih corak kehidupannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh kaum lelaki.
Dalam
drama ini, Yukio cuba mengangkat tema melalui watak Jitsuko dan watak Hanako.
Watak Jitsuko mewakili wanita yang matang dan dengan simbolik sebagai pelukis
yang melihat perubahan arus kehidupan sekelilingnya, ingin memperjuangkan cara
hidupnya sendiri dan tidak sekali-kali untuk menerima kaum lelaki yang sudah tidak dapat dipercayai
lagi untuk menentukan hidupnya. Watak Hanako juga sama, walaupun cara yang
dipersembahkan oleh Yukio berlainan dengan watak Jitsuko, tetapi ideologi yang
diangkat oleh Hanako adalah sama. Watak Hanako adalah mewakili wanita malang
yang telah terpedaya oleh kaum lelaki. Melalui cerita ini Yukio mengunakan
alasan janji bertemu kembali dan bertukar-tukar kipas tangan untuk menunjukkan
bahawa Hanako sebagai seorang wanita yang mempercayai lelaki terpaksa menunggu
begitu lama sehingga dia sendiri tidak tahu siapa yang ditungguinya.
Watak dan Perwatakan .
Protaganis
Jitsuko
– Nama sebenarnya ialah Jitsuko Honda ,
seorang pelukis wanita yang berusia akhir 30an
, ayahnya seorang yang kaya di
kota , Oleh kerana dia berasal dari keluarga yang berada,
dia tidak pernah diberikan kasih
sayang oleh ibubapanya , kerana itu dia berasa sepi
semenjak dari zaman kanak- kanaknya
sehinggalah dia dewasa . Seorang yang psiko ,
pendendam dan mudah berasa
kasihan . Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap , dan
masih belajar atas tanggungan
bapanya . Masih bujang ( anak dara tua ) kerana dia tidak
ingin berkahwin . Ada sedikit
perasaan homoseks padanya . Suka mengkhayalkan
sesuatu bentuk kehidupan ilusi untuk dirinya sendiri . Membenci lelaki
. Dia tinggal di
sebuah rumah yang mempunyai sebuah studio lukisan , iaitu
beralamat di nombor 35
jalan X .
-
Objektif utama Jitsuko sebagai watak utama dalam skrip ini ialah untuk
menjadikan Hanako seperti dirinya , iaitu seorang yang terlalu individualistik
dan kesepian sepanjang hidupnya . Jitsuko ingin Hanako menganuti ideolgi
hidupnya yang tidak perlukan kasih sayang dan lelaki dalam hidup . Bagi
mencapai matlamat ini Jitsuko tidak ingin mempertemukan Yushio dengan Hanako
supaya Hanako akan terus tinggal dan hidup bersamanya .
- Watak
Jitsuko adalah watak yang bersifat alegorikal (allegorical) iaitu
lambang atau wakil bagi wanita yang memperjuangkan cara hidupnya sendiri.
Hanako –
Seorang gadis muda bekas geisya di
sebuah restoran di kota, dan kurang
siuman
setelah didera oleh majikannya
ketika dia bekerja di restoran tersebut satu setengah
tahun lalu . Dia amat setia menunggu kekasihnya yang telah
bertukar–tukar kipas
tangan dengannya. Berkulit putih dan agak kecil orangnya , agak
jelita. Pada setiap hari
dia akan menunggu kedatangan
kekasihnya– Yoshio –di sebuah stesen keretapi
berdekatan dengan rumah tempat
dia menginap iaitu rumah Jitsuko .
-
Hanako walaupun kurang siuman tetapi mempunyai objektifnya tersendiri iaitu
akan terus menunggu kedatangan Yoshio . Oleh kerana itu Hanako tidak ingin
keluar dari kota itu untuk mencari Yoshio . Dia juga berharapan agar Yoshio
akan menunaikan janjinya untuk hidup bersamanya . Tetapi akhirnya Hanako telah
menafikan kehadiran Yoshio dan seterusnya menjadi pengikut kepada kehidupan
Jitsuko .
-
Watak Hanako merupakan watak arcetaip (archetypal) kerana dalam drama
ini Hanako digambarkan oleh penulis sebagai wanita kurang siuman yang hanya
menunggu kekasihnya datang, walaupun pada akhirnya dia tidak mengenali
kekasihnya itu.
Antoganis
Yushio
– Seorang pemuda yang berasal dari Tokyo . Pernah berjumpa dengan Hanako 3
tahun lalu
di restoran di mana Hanako
bekerja dahulu dan kemudiannya menjadi kekasih Hanako .
Oleh kerana terlalu sibuk dengan
pekerjaannya, setengah tahun lalu barulah dia mula
menjejaki Hanako . Tetapi
malangnya setelah bertemu semula dengan Hanako ,
kekasihnya itu mengatakan yang
dia bukan Yoshio seperti mana yang dikenalinya dulu ,
lantas dia kecewa dan terkilan ,
lalu berlalu pergi keluar dari rumah Jitsuko itu .
-
Objektif utama Yushio pula ialah ingin bertemu dengan Hanako sebagai menunaikan
janjinya untuk hidup bersama Hanako . Selain itu objektif Yushio ialah untuk
membawa Hanako untuk pergi dari rumah Jitsuko dan tinggal bersamanya sebagai
sepasang suami isteri .
-
Watak Yoshio dalam drama ini juga merupakan watak arcetaip kerana penulisnya
menggambarkan bahawa Yoshio hanya merupakan seorang pemuda yang mencari
kekasihnya, yang akhirnya pergi begitu sahaja kerana kekasihnya tidak mengenali
dirinya.
Konflik .
kehidupan
Modenisme IDEOLOGI kehidupan Tradisional
Jitsuko
(U.S.A) Hanako (Negara Jepun) Yushio (Masyarakat Jepun)
Konflik utama
yang berlaku dalam cerita ‘Kipas Tangan’ ini ialah pertentangan ideologi
kehidupan. Watak Jitsuko membawa ideologi kehidupan moden iaitu
seseorang wanita boleh hidup bebas tanpa bantuan kaum lelaki , tetapi watak
Yoshio pula membawa ideologi kehidupan tradisional iaitu wanita memerlukan
lelaki untuk meneruskan kehidupan. Alasan penulis mudah saja iaitu melalui
cerita ini pertembungan kedua – dua watak yang berbeza ideologi tersebut akan
membuatkan pembaca dan penonton memikirkan bahawa wanita dengan ideologi
kehidupan moden akan menjadi kurang waras dalam membuat fikiran . Buktinya
apabila Hanako yang amat setia menunggu Yoshio akhirnya tidak mengenali Yoshio
itu sendiri . Manakala Jitsuko pula sebagai pembawa ideologi ini sentiasa ingin
melarikan diri supaya dia dan Hanako tidak akan dapat dikesan oleh Yoshio .
Terus terang ialah konflik perebutan antara Jitsuko dan Yoshio yang merebutkan
Hanako .
Melalui drama
ini, Yukio Mishima sebenarnya ingin mengangkat konflik keadaan masyarakat Jepun
selepas perang dunia kedua. Watak Jitsuko mewakili atau melambangkan kekuasaan
Amerika Syarikat dalam membentuk keadaan masyarakat Jepun selepas perang. Wakil
Amerika Syarikat yang mula memasuki Jepun pada tahun 1945 cuba untuk merubah
keadaan ekonomi serta keadaan politik Jepun pada ketika itu. Watak Hanako pula
melambangkan negara Jepun itu sendiri. Hanako digambarkan menunggu selama tiga
tahun dan seterusnya menjadi tidak siuman, sebenarnya melambangkan keadaan
negara Jepun yang ditinggalkan oleh rakyatnya yang memasuki tentera dan pergi
berperang selama tiga tahun dan seterusnya negara Jepun tersebut dibom dengan
bom atom di Nagasaki dan Hiroshima yang menyebabkan beribu-ribu orang Jepun
mati dan tanah di kawasan tersebut musnah. Watak Yushio yang meninggalkan
Hanako selama tiga tahun pula melambangkan tentera-tentera Jepun yang
meniggalkan tanah air mereka untuk berperang selama tiga tahun. Semangat dan
budaya Jepun yang dilambangkan melalui ikon kipas tangan tersebut akhirnya
hanya menjadi suatu perhiasan sahaja kerana Hanako dan Yushio tidak dapat
bersatu. Pada tahun 1950 Jepun telah mendapat kemerdekaan dan pada tahun 1951
masyarakat Jepun mula mengundi serta pada tahun tersebut juga terdapat tiga
orang ahli senat wanita yang terpilih ke parlimen Jepun. Pada tahun 1952, iaitu
pada tahun cerita ini disiarkan di sebuah akhbar tempatan Jepun, Wakil Amerika
Syarikat telah keluar dari Jepun setelah berjaya membentuk dan menyusun semula
sosial, ekonomi dan politik negara Jepun.
Jumaat, 7 September 2012
REVIEW SYARAT PERTANDINGAN TARIAN POTENSI KEMAS 2012
Salam...
Jangan tanya dari mana saya dapat bahan bercetak ini....
Ini adalah copy sayarat pertandingan dan peraturan am Pertandingan Tarian Tradisional 'Rakyat' sempena hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Pahang Tahun 2012.
Perlu dijelaskan di sini, iaitu mungkin ada peserta yang layak ke peringkat negeri tetapi belum pasti kerana masih tidak dapat copy sebenar syarat seperti yang saya post sebelum ini. Atau mungkin juga syarat ini akan bertukar semasa peringkat Kebangsaan nanti.
Tapi buat setakat ini, yang disahkan hanya syarat yang seperti tersebut.
Review
1. Syarat pertandingan..
1.1 hingga 1.5 rasanya tiada masalah untuk difahami kerana amat jelas.
1.6, bab muzik iringan, adalah dipersetujui bahawa muzik yang diterima pakai ialah muzik yang instrumental sahaja iaitu tanpa sebarang suara manusia...ok? walaupu suara latar yang berbunyi - haaaaaaaa, hooooo, haiii... dsbg.
1.7, bab salinan cd. Hanya 1 cd yang perlu dihantar ke urusetia teknikal. 1 salinan lagi perlu di pegang oleh wakil peserta. Dan wakil pasukan hendaklah menunggu disamping juruteknik yang memainkan lagu bagi mengelakkan sabotaj. Ingat, salinan cd itu jika tercalar sedikit pun, akan merencatkan persembahan dan mengambil masa pasukan lain..
2.Kriteria
2.1 amat jelas tentang umur iaitu 4-6 tahun.
2.2, bab jantina.
Adalah dipersetujui (sebenarnya memang pun kesemestinya) penari yang dibenarkan ialah lelaki sahaja atau perempuan sahaja atau pasangan lelaki dan perempuan sahaja. Perlu di ingat bahawa jawatankuasa menolak sebarang gantian pasangan iaitu, perempuan sebagai lelaki atau lelaki sebagai perempuan, sama ada dari segi pakaian, make up atau pasangan tari. Faham? pendek kata tak boleh perempuan mengambil tempat sebagai lelaki, pakai songkok la, baju melayu la... walaupun perempuan itu berambut pendek. ok?
3. Corak pertandingan
3.1. TARIAN TRADISIONAL RAKYAT . Gabungan 3 tarian (Zapin, inang dan joget) atau 1 tarian sahaja sama ada Zapin sahaja, Inang sahaja atau Joget sahaja. Mengikut masa minima iaitu 7 minit dan maxima 15 minit.
sebenarnya aku tak berapa setuju bab ni, kalau 1 tarian sahaja hanya memakan masa 6 minit lebih sikit, itu pun lagu ghazal untuk tarian zapin. Tapi ya, lagu itu boleh dikerat potong dan disambung bagi panjang. panjang mana pun boleh. Tapi bosanlah asyik bunga yang sama ja dalam 7 minit. buatnya pola lantai ada 2 atau 3 ja..haaa... tidola pengadil. lagi pun tak adil bagi pasukan yang membuat rampaian 3 tarian. so macam mana org kebangsaan???
Adalah dipersetujui juga bahawa jika Tarian zapin dipersembahkan adalah dibenarkan sebagai rampaian zapin (campur zapin melayu asli, pekajang, parit mastar, bunian dsbg), atau jika joget (campur joget lambak, joget asli, joget jawa dsbg) dan jika inan ( campur inang cina, inang asli, inang renek dsbg) - tapi itu untuk peringkat negeri Pahang sahaja, peringkat kebangsaan tak tau lagi. namun dilarang sama sekali menggunakan bunga tari KONTEMPORARI.
3.2. tarian etnik sabah sarawak untuk pasukan dari sabah sarawak je - ini untuk peringkat kebangsaan sahaja.
4. Penilaian Markah... Baca sendiri, semua dah cukup complete..
Ingat... Tarian Tradisi Raykat, bermakna tak perlu vogue tapi manampakkan busana orang kebanyakkan pada satu masa dulu. Baju kusam, warna pudar, ala-ala kampung, aksesori tak banyak. Props kalau ada dan digunakan sepenuhnya bukan sekadar hiasan. make up tak perlu menyerlah macam artis, sekadar menampakkan muka jangan pucat dan nampak berseri. Thats all.. nak lagi??
Cara masuk ke pentas sopan, cara keluar sopan. sudi atau minta lalula. Hayunan tangan penari sama, langkah sama, pasangan serasi, pandangan mata pasangan ada aksi reaksi, gesture dan lentur tubuh. Gerakan selari dengan rentak. jangan membuntuti pengadil atau penonton (kalau sebahagian tak pe) - buat 45/ 35 degree...pola lantai atau ubah kedudukan tempat penari lebih dari 5 pola lantai. Thats all... lagi?? yang penting SENYUM... jangan sudah sehingga keluar pentas. Kalau rampian, jangan ada gap antara lagu.
Tang lagu tu tadi tinggal... hanya 1 lagu sahaja dibenarkan jika memilih untuk 1 tarian. Tidak boleh 1 tarian sehingga 2 3 lagu... memang rentak sama contohnya joget, tapi tak boleh gabung joget serampang laut dengan joget pucuk pisang dengan joget mak enon dll. 1 Tarian 1 lagu... lagu masuk lain daripada lagu tarian juga akan ditolak markah. Ingat. Jika Rampaian maka 3 lagu mesti... tak boleh kurang jadi 3 atau lebih jadi 4 termasuk muzik keluar atau masuk..
oklah jika ada soalan lain ... sila komen kat bawah... dan sinopsis tarian tidak perlu disediakan. memudahkan sikit. Jika nak buat, kami terima juga... hamboi macam kau je jadi pengadil.... Ok... harap fahamlah... ni semua untuk peringkat negeri sahaja, jika peringkat kebangsaan mungkin ada sedikit perubahan.
Terima kasih.
Salam....
Jangan Marah kalau benda ini adalah rahsia. Saya nak biar tahun ni lebih adil. Hak sama rata. Pemenangnya layak. ....
rujuk...:
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/contoh-syarat-pertandingan-tarian.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/details-review-tatacara-permarkahan.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/03/pertandingan-bakat-hari-potensi-tabika.html
http://bicaraseni.blogspot.com/2010/05/pertandingan-tarian-hari-potensi-tabika.html

Rabu, 5 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)