Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Isnin, 27 Februari 2012

JAWAPAN KEPADA SD

pertanyaan kategori tarian
Inbox
x

Sejarah Dunia duniasejarah@gmail.com


to me
salam..saya ingin mohon bantuan encik..saya ingin tahu inang renek boleh di pertandingkan
bawah kategori A (Rampaian) atau Kategori B (rakyat/etnik)
saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih
KarmaKencana Shah

to Sejarah
salam. tima kasih krn tanya.
sbnarnya 2 2 pun boleh.. cuma perlu faham konsep rampaian dan kreatif. rampaian ialah
gabungan 3 atau lebih tarian yg bsambungan. jadi boleh tp kena gabung dgm tarian lain.
jika tarian kreatif. hanya tarian itu shj.dlm kes tuan, tarian inang renek lah.
tarian kreatif (kategori B) pun ada 2 jenis. kreatif tradisi & kontem.
 jika kontem kita bole ubah sikit bunga tari dr yg asal atau tambah bunga tari yg sesuai.
jika kreatif tradisi, scara totalnya adlh mgikut terma tradisi. x bleh tambah bunga tari mahupun
curi step. kcuali ada penerangan dlm syarat ptandingan.
harap bleh faham..
oh.lupa. contoh kreatif tradisi jika kita buat tarian endang yg asalnya duduk,
tp kita ubah jd berdiri dan bgerak. tambah step pd kaki.
ok? tima kasih.

Khamis, 2 Februari 2012

PENGENALAN KEPADA TEATER (THEATRE INTRODUCTION)

Tajuk : Teater ; satu pengenalan konsep
Tingkatan : 1 Seni
Masa : 1 jam 20 minit


____Isi Pelajaran (dalam bentuk penerangan oleh guru)____

Apakah teater? Apa itu teater? Bagaimana teater? kenapa teater? adakah sama teater dengan drama? Theatre?

"Teater ialah Satu Bentuk Seni Persembahan yang menggabungkan 3 elemen utama yang sangat penting iaitu Penonton - Pelakon - Cerita. Ada juga gabungan elemen tambahan lain, tetapi jika tidak ada pun, Persembahan teater masih boleh diadakan. Elemen lain seperti Bunyi - Kostum - Cahaya - Kekaguman - Tempat.

3 elemen tersebut, Penonton - Pelakon - dan Cerita adalah ibarat kita menanak nasi. Kita menanak nasi kena ada 4 perkara iaitu beras-air-periuk-dan api. Jika kurang salah satu tak kan jadi. Begitulah adanya.(guru improvise dengan huraian).

PENONTON
PENONTON ATAU AUDIEN ialah mereka , sama ada individu (seorang) atau khalayak (lebih dari seorang) yang mononton persembahan itu. Kita sedia maklum bahawa setiap individu itu mempunyai idealogi, pengalaman serta memori yang sedia ada membuatkan mereka mentafsir pelakon dan cerita itu sebagai berlainan daripada individu lain. Memang ada antara mereka yang sama tafsirannya bahkan sama setuju tentang pandangan mereka terhadap pelakon dan cerita, tapi masih saja mereka individu yang lain.

PELAKON
PELAKON atau PERAN adalah seorang individu juga, tetapi yang membawa cerita kepada penonton. Dia memegang watak (karakter) dan peranan berdasarkan cerita. Pelakon ini boleh saja secara solo (seorang), duo (dua orang) dan sebagainya.

CERITA
CERITA ialah satu subjek yang ingin diketengahkan oleh PELAKON untuk menarik perhatian PENONTON. Cerita ini juga dikenali sebagai drama dan boleh saja didapati atau diadaptasi dari naskhah lakon (skrip), senario, keadaan sekeliling, keadaan semasa dan sumber sebagainya supaya audien menarik audien sama ada sengaja atau tidak.

TEATER boleh berlaku di mana-mana...jika di pasar, pelakonnya ialah peniaga atau penjual, manakala penontonnya ialah pembeli, sementara ceritanya ialah tentang jualannya, harganya, diskaunnya dan sebagainya. Kadang-kadang penonton juga boleh termasuk sebagai pelakon. Begitu juga di dalam pasaraya, taman bunga, kelas sekolah dan sebagainya. Yang penting 3 elemen utama itu wujud bersama-sama.

Faham pelajar?

GERAK KERJA
1. Guru menyediakan beberapa senario, kemudian memanggil seorang pelajar atau beberapa orang pelajar untuk menjadi pelakon berdasarkan senario tersebut. Manakala guru dan pelajar lain menjadi penonton.

Latihan tambahan
1. Mencari jenis-jenis teater di Malaysia. (untuk persediaan pelajaran akan datang)

----------------------__________________-----------------

REFLEKSI
semua pelajar faham tentang isi pelajaran pada hari ini. Semua pelajar dapat mengaplikasi konsep teater berdasarkan gerak kerja dan senario yang diberi.

---------------------------------------------------------------------end for today-----

Selasa, 10 Januari 2012

Improvisasi : acting elements

19 APRIL, 2009

IMPROVISASI TEATER

NOTA IMPROVISASI

Konsep Improvisasi
Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 ) menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau menjelaskan;

‘’ In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.’’



Bagi Way, dalam konteks pendidikan, drama boleh dibangunkan melalui aktiviti
improvisasi berdasarkan pelbagai sumber tertentu sama ada idea asli oleh pelajar dan guru ataupun kandungan kurikulum mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Ruth Beall Heining( 1993 : 184 ) pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan melalui sesuatu situasi yang dirancang, sebagaimana yang dijelaskan;

” This means that it is created sponteneusly, as the students respond to the dramatic situations they involved. Improvisation is one way to achieve a more natural delivery of dialogue than recitation 0f memories script”.

Improvisasi dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan lebih bersahaja. Melalui improvisasi juga, kanak-kanak digalakkan untuk menghubungkaitkan pengalaman sedia ada mereka di luar bilik darjah untuk diadaptasikan dalam situasi yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Antara aktiviti drama yang boleh dilaksanakan ialah pantomin dan permainan teater.

Pensyarah di Jabatan Australia Selatan pula menghuraikan improvisasi sebagai aktiviti drama yang terhasil melalui proses yang tidak formal, yang dilakukan secara berkumpulan.

Aktiviti ini biasanya dilaksanakan berdasarkan sesuatu idea, tema, atau rangka plot. Latihan begini dapat membina sensitiviti dan imiginasi kanak-kanak yang tinggi. Mereka boleh dibimbing untuk memahami isu semasa atau isu sosial, perwatakan, skrip dan pandangan orang lain secara terbuka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mencari penyelesaian masalah serta membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu konflik. Aktiviti sedemikian akan dapat melatih kanak-kanak ke arah menghasilkan suatu pementasan yang lengkap.


David A. Male ( 1973 : 30 ) pula menjelaskan bahawa selain berkait rapat dengan latihan verbal, improvisasi juga melibatkan aktiviti pergerakkan sebagaimana huraiannya;

” improvisation has both physical and vocal aspects which should not be thought of apart, but for convenience are discussed separately. Improvisation is response in physical and verbal terms initiated by desire to achive an action, express some thought or idea or indicate a mood.

….. improvisation may be thought of as expression in term of invention, exploration and experimentation. In all three cases there is free unfettered approach which is restlessly inquisitive, never content with the first solution , but constantly devising deeper and more searching possibilities.’’

Berdasarkan semua pendapat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa improvisasi merupakan suatu aktiviti drama yang dihasilkan secara spontan yang menggalakkan daya imiginasi, kreativiti dan inovasi seseorang berdasarkan sesuatu ransangan yang disediakan oleh pembimbing ( guru atau fasilitator yang mengendalikan aktiviti). Improvisasi juga merupakan satu teknik drama yang menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan secara terkawal dan mewujudkan pemikiran yang bercapah terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dalam realiti kehidupan mereka.

Improvisasi dan Kreativiti

Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah:
- Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar
- Berdasarkan props ( peralatan/ objek )
- Improvisasi berdasarkan dialog
- Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan
- Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu
- Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.


JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

i- Permainan Bebas ( Free Play )
- Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah
- Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
- Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.
- Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
- Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan )
- Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.
- Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
- Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan.
- Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.


iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
- Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita.
- Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.)
- Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.
- Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanak-kanak berinteraksi.

iv- Main Peranan ( Role Play )
- Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya.
- Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
- Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti :
i- nama penuh watak
ii- umur
iii- latar belakang keluarga
iv- pekerjaan
v- sikap dan tingkah laku
vi- hobi atau minat
vii- keadaan kesihatan dan
viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan

- untuk itu juga mereka digalakkan untuk;
i- menulis diskripsi watak
ii- melukis potret
iii- membuat kad pengenalan, buku bank, tanda nama, dan seumpamanya
iv- membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

- Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.
- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.
- Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
- Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini.
- Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik.
- Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara untuk diselarikan dengan isu baharu.
- Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut.
- Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut.

Hah...hah... hah...huuh...huuh... MASIH BERNAFAS

Selamat tahun baru 2012... masa silih berganti, setiap detik terus berlalu dan akhirnya tahun baru sudah datang, dan tanpa disedari sudah bertambah tua satu tahun lagi... tahun sudah, tak seberapa rancaknya membuat artikel dalam blog ni, dek tugasan yang mencengkam. harap2 tahun ni bolehlah meluang masa sedikit sebanyak membantu khalayak memahami ilmu baru...

SELAMAT , SYUKUR, DAN SEJAHTERA...SALAM, AS SALAAM.

Rabu, 7 September 2011

TEATER DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH MALAYSIA

Educations Theatre or theatre in educations : Malaysia school educations curriculum.

Assalamualaikum warrahmatullah...

Memang dah lama saya tak memblog . Walau apapun pada seminggu ini, rasanya ada semangat dan ruang sedikit untuk bertutakan (brunei) . Niat di hati sebenarnya ingin menyambung pengajian ke aras Masters ji, dengan tajuk Teater dalam pendidikan di Malaysia. Namun mencari bahan secara online adalah amat terhad. Dan mengikut pengalaman dan pemerhatian serta bertanya seorang dua guru ( kan cikgu kat sekolah, kena bergurau tanyalah), maka jawapannya adalah lebih kurang kurang memberangsangkan.

Soalannya mudah. -Dulu masa darjah satu cikgu belajar apa? masa sekolah dulu ada tak berteater, atau membuat persembahan dengan belajar secara formal dalam kelas? Kurikulum dulu macam mana ek?

Jawapannya antaranya ialahnya>>> dulu belajar sama saja, cuma instrumentnya lain, cikgunya lain, nama MP pun lain. Teater lakon-lakon ni masa petang adalah, untuk persembahan hari guru. Tapi itupun ikutlah, kalau ada cikgu yg pandai atau berminat, dialah yg mengontrol semua, kalau tiada cikgunya tiadalah lakon-lakon semua ni. Kurikulum dulu tengokla..berubah-ubah ikut zaman, dari Penyata Razak hinggalah KSSR.

Kalau gitulah jawapannya...huh... nak cari data yang sebenarnya bagaimana. Inilah ceritaku secara kesimpulannya. Ini cuma pandangan atas pemerhatian bukan dari statistik atau kajian lanjutan.

_______________________________***___________________________

Persoalan yang ingin saya utarakan ialah : teater dalam pendidikan atau pendidikan dalam teater atau teater pendidikan atau pendidikan teater.

1. teater dalam pendidikan. Saya lebih suka hanya menggunakan satu klausa iaitu teater (bukan drama dan teater). Maksudnya adanya mata pelajaran teater dalam proses atau kurikulum P&P dalam bilik darjah.
2. Pendidikan dalam teater. Bermaksud dalam mata pelajaran atau kursus teater, adanya unsur-unsur didaktik atau pengajaran.
3. teater pendidikan pula bermaksud, persembahan atau penghasilan teater itu adalah untuk mendidik semata-mata.
4. pendidikan teater maknanya, mata pelajaran atau kursus mempelajari teater itu sendiri.

Walau apapun , saya lebih tertarik kepada soalan (banyak betul persoalannya), wajarkah Drama dan teater sebagai satu mata pelajaran umum di sekolah-sekolah. sudah semestinya kurang wajar. apalah belajar berlakon, menghafal skrip, touching2 lelaki dan perempuan, buang masa.

pendapat saya, tiada satu mata pelajaran pun yang lengkap yang merangkumi JERIS dalam FPM (Falsafah Pendidikan Malaysia). KECUALI MP TEATER DAN DRAMA.

kita lihat. !! MP Sains dan Matematik (Bio, Kimia, Fizik, matematik dan sebagainya) - adakah pelajar menggunakan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. cuba berikan peratusannya.
MP kemanusiaan (Geografi, Agama, Ekonomi,Moral, Sejarah, Pendidikan Seni dan sebagainya waima Pendidikan Jasmani) - berikan peratusan setiap cabang JERIS.
Begitu juga MP bidang Bahasa dan Vokasional.

Ringkasnya -
Jasmani (Fizikal) - Berlakon, bergerak melakukan sambil...
Emosi - Menggayakan perasaan sambil...
Rohani - Meluahkan kepercayaan sambil...
Intelek - bijak meluahkan skrip dan menghafalnya sambil...
Sosial - menjalin perhubungan dengan penonton dan rakan lakon, sensitif terhadap ayat dan sebagainya...

ada pernah anda melihat pelajar menjawab soalan algebra sambil menari?
ada pernah anda melihat pelajar mengukur bearing sambil meluahkan perasaan ?
ada pernah anda melihat pelajar membetulkan ayat majmuk sambil menunjukkan kepercayaanya kepada apa yang diperkatakannya.?

Ada ku kisah..?

_______________^^^^___________________

Pembangunan Teater dan Drama dalam Pendidikan Di Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, itupun setelah wujudnya sekolah seni di JB dan KChing, barulah bidang ini memberikan impak mini (kepada pelajar yang mengambil jurusan itu insitu sahaja), bukan kepada semua pelajar yang juga ingin merasa berada dalam bidang tersebut secara keseluruhannya. Jika adapun di antara sekolah-sekolah yang mempunyai kelab teaternya sendiri, kekangan kepakaran, kurangnya pengalaman, beratnya untuk menonton waima satu persembahan teater setahun didalam sekolah tidak disangkal lagi. Yang menjadi pengubat kepada pelajar dan guru yang berminat mini tentang teater ini hanyalah merealisasikannya dengan membuat pentomin mini yang bercelaru kadang kreatif juga. Juga menonton pertandingan teater kanak-kanak tadika anjuran KEMAS 2 tahun sekali atau pertandingan bercerita bercerita kanak-kanak tadika dan prasekolah saban tahun.

Jadi apa fungsi 'Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah(kalau ada bertanding). Nothing but just menghabiskan duit sahaja. Kalau setakat pertandingan begitu, memang sah-sah di-conquer oleh Sekolah Seni tiap tahun. Jadi budak sekolah lain di Luar Bandar, Pinggir Bandar hatta Bandar, terlebih lagi Pedalaman ada peluang lagi atau kempunan lagi?

Dulu Cikgu Nordin Hassan S.N. berdasarkan biografinya. Melatih dan mengajar pelajarnya tentang teater dan drama (walaupun bukan secara formal di dalam kelas). Alangkah beruntungnya pelajar tersebut. Sekarang juga masih begitu, ada cikgu expert barulah ada pelajar yang berpeluang mempelajari teater (dan drama), jika tidak, hanya belajar KOMSAS yang hanya perlu di baca, hafal isi penting dan jawab soalan peperiksaan.

Kesimpulannya,
Teater dan drama adalah satu instrumen P&P yang amat praktikal jika digunakan untuk mengajar waima sebagai crossing subjek, namun berapa ramai guru yang dapat mempraktikkannya. Oleh itu, sepatutnya ada satu MP yang betul-betul wajib dipelajari selain Pendidikan Jasmani dan Kesihatan(yang selalu sokmo dicuri untuk MP peperiksaan), bukan mengajar tentang sejarah yang rigid tetapi sebagai terapi fizikal kepada pelajar untuk melepaskan stress membaca, mengira, menghafal, menjawab dan segala me... Tetapi seelok-eloknya biarlah termasuk susur galur budaya berteater itu sendiri. Barulah mereka tahu jati diri Malaysia (Bukan Melayu sahaja)...

Baiklah...sampai itu sajalah aku meghaban hari ni... Apa kes, fikir sendiri...