Incorporated img

Incorporated img
Karma Kencana Shah

Baca E-Mail Dapat Duit

http://www.emailcashpro.com

Ahad, 14 Julai 2024

SKRIP / NASKHAH LAKON KHAS KEMERDEKAAN 2018

KASIHKU MALAYSIA (genre Realisme serius dan berat) BY KARMA KENCANA SHAH


PARA PELAKON

SJN ISMAIL         HANIF SAHAK

MELUR / FATIMAH KHAIRUNNISA

KOMUNIS / FARHAN DANIEL 

KOP RUDDY ZAHIDI 

SUHANA (POLIS)         SYAHANA ALYA


Pentas dibahagi dua bahagian. Sebelah kiri pentas kelihatan Sjn Ismail berlumuran darah merangkak dari tepi pentas. Sebelum itu, kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu. Sjn Ismail satu-satunya yang terselamat. Di Sebelah kanan pentas, terdapat siluet memaparkan bayang Melur, isteri Sjn Ismail yang di siksa oleh komunis.

Scene 1

Sjn Ismail : (mengengsot sambil menahan kesakitan luka peluru di sana sini, semangat masih membara walau kudrat hampir ke hujungnya) Akan aku pertahankan kedaulatan negara ini…negara tanah tumpahnya darahku ini..walau hingga hujung nyawaku..walau sampai ke titisan darah terakhir.. jangan maruah negara ku tercalar..jangan anak cucuku terabai… Biar aku yang menanggung keperitan ini, biar aku yang menahan kesakitan ini, biar aku …. aku tidak mahu anak bangsaku di kemudian hari menanggung keperitan, kesakitan , kesedihan yang sama kami alami… Allahu Akhbar… (pengsan)

Siluet

Melur : (suara di balik bayang. Terduduk di lantai. Bayang Komunis sedang berdiri di hadapannya) Biar aku mati. Biar aku terkorban. Akan aku bertahan demi anak bangsaku. Siksalah aku. Bunuhlah aku. Selagi darah serikandi mengalir di tubuh ku, tidak akan ku biarkan walau sejengkal maruah bumi tercinta ini kau robek. (bayang muka Melur dipijak dan di tikam berkali-kali)

Muzik mendayu

Scene 2

Suasana sayu menyelubungi. Muzik sayu. Sjn Ismail dipapah oleh Kop Ruddy. Kelihatan Kawasan tanah perkuburan yang masih baru.

Kop Ruddy : Jen, bersabarlah, bertabahlah, ini lah pengorbanan yang harus kita tempuhi untuk mempertahankan bumi kita yang tercinta ini.

Sjn Ismail : Ya Ruddy, aku mengerti. Kesedihan ini terbawa-bawa. Aku rela dengan pemergiannya. aku rela. Aku bangga dengannya Ruddy. Dia tidak mengalah hingga hujung nyawanya Ruddy. 

Melur. Aku berjanji.. walau apa pun yang akan terjadi kelak, akan ku tempuhi sebagaimana kuatnya azam mu menempuhinya. Akan aku besarkan anak-anak kita sebagaimana yang kau mahu. Taat perintah agama.. Tidak gentar untuk melindungi nusa dan bangsa. Maruah tanah ini dijunjung tinggi… Damailah kau di sana Melur. Abang tetap menyayangimu.

Muzik mendayu

Scene 3

(Ruang tamu Sjn Ismail. Kop Ruddy membawa sebungkus pisang goring dan 2 bungkus air)

Kop Ruddy : Petang Jen..

Sjn Ismail ; Haa… Ruddy, apa khabar.. semalam kata nak ke Kuala Kangsar melawat anak?

Kop Ruddy : Tak jadi nak pergi, anak ada hal katanya.. lagi pun saya teringat kat jen.. entahlah macam ada yang tak kena..

Sjn Ismail : Kau ni Ruddy, dari dulu lagi macam tu.. kuat betul firasat kau ni.. 

(kedua-duanya senyap seketika, sambil membaca surat khabar dan minum minuman petang)

Sjn Ismail : Kau tengoklah berita ni ruddy. Tiap hari ku tengok ..baca.. naik meluat pulak nak beli surat khabar ni, tiap hari berita bunuh, tiap hari berita rompak, curi sana sini, tipu sana sini.. tu belum lagi rogol la, buang anak la.. 


Kop Ruddy : Inilah yang kita tak paham ni, bukan negara luar ni.. Malaysia ni.. Dalam Malaysia ni..


Sjn Ismail : Bila Baca berita begini Ruddy, teringat pulak aku.. bagaimana bersusah payahnya kita untuk mendapatkan kemerdekaan.. mendapatkan kebebasan , mendapatkan suasana aman damai … dan… akhirnya…

Kop Ruddy : Sebenarnya saya pun tak paham jen..apa yang difikirkan oleh orang-orang sekarang ni.. rakyatnya begini..pemimpinnya begitu.. walaupun tak semuanya … tapi kerana nila setitik pastinya rosak susu sebelanga jen..

(Masuk  Farhan dan Fatimah)

Farhan: (duduk di hadapan Sjn Ismail) Yah.. apa keputusannya dengan perbincangan kita minggu lepas tu? dah ada kata putus? (menjeling Kop Roddy)

Fatimah : (masih berdiri) Yelah.. kita ni nak ada keputusan yang cepat ni.. kalau boleh selesai sehari dua ni..

(Kop Ruddy mahu bangun. Hal keluarga)

Sjn Ismail : ( memegang tangan Kop Ruddy sambil geleng kepala) Assalamualaikum nak. 

(tiada sahutan)

Sjn Ismail : (nada lembut) Bukankah ayah dah cakapkan hari tu, walau apa yang terjadi , ayah akan kekal dengan keputusan ayah. Tidak akan sekali-kali ayah… menarik balik kata-kata ayah. Biarlah kita tunggu Suhana.

Farhan : Berapa kali Farhan nak terangkan yah? Tanah ni ada nilai besar..sangat besar.. lagi pun ayah boleh tinggal di Kuala Lumpur dengan kami..

Sjn Ismail : Dengan siapa?

(Fatimah dan Farhan saling berpandangan)  

Sjn Ismail : Ruddy, Kau dah lama bersama aku.. kita kawan sejak kecil.. aku minta pendapat.. bersaksikan anak-anakku.. Tanah ini.. tanah pusaka ini.. tempat tumpahnya darah ibu ku untuk melahirkan ku, tempat ku dibesarkan, tempat ini juga ibu mereka ….(terkenang) .. meninggalkan kami.. tempat kecil ini.. ingin mereka jual kepada peniaga hartanah singapura untuk membangunkan pusat peranginan katanya.. harga 10juta dollar singapura katanya.. ditawarkan juga sebuah rumah di Kuala Lumpur.. dan aku di minta untuk berpindah ke Kuala Lumpur.. Apa pendapat kau Ruddy..?

Fatimah : (marah menenking) Kenapa ayah nak minta pendapat orang luar ni yah? ini hal keluarga kita yah?

Sjn Ismail : (Masih bernada lembut) Kenapa Fatimah? kenapa Farhan, ?  ayah tak pernah ajar kamu dengan  sifat kurang ajar begini.. tamak haloba begini.. Apa yang kamu kejarkan? Apa yang tidak cukup?

Farhan : Ayah kena faham.. ayah kena lupakan semuanya yah.. di sini siapa nak jaga ayah? kami semua di Kuala Lumpur? Uncle Ruddy?? Sampai bila yah? kalau Uncle Ruddy dah mati? siapa lagi nak tengok ayah? 

Sjn Ismail : FARHAN? (terduduk, kecewa) Ya Allah..

(Kop Ruddy memangku Sjn Ismail)

Suhana : (luar pintu) Assalamualaikum Ayah... (di dalam rumah) Ya Allah kenapa ni uncle?, Farhan?, Fatimah?

Semua terkedu

Suhana : Ini mesti pasal nak jual tanah pusaka ni kan? 

Farhan : Kau tak payah nak sibuk la..

Fatimah : Dasar anak pungut..

Sjn Ismail : FATIMAH ? 

Suhana : Tak apa ayah.. ayah bertenang.. berehat dulu.. jangan pedulikan mereka berdua tu..

Uncle Ruddy apa khabar? 

Farhan : Kau jangan nak ubah tajuk pulak, Ana.. 

Fatimah : Jangan anggap kau tu pangkat tinggi dalam polis kami takut..

Farhan : Jadi Ayah.. sekarang orang yang ayah tunggu pun dah ada di sini… apa lagi? serahkan sajalah tanah ini kepada saya… lagi pun siapa lagi yang berhak, kalau tidak anak lelaki ayah ni? 

Fatimah : Ya ayah.. tak kan  nak bagi kepada anak pungut ayah ni? 

Sjn Ismail : Su… (su..dah)..

Fatimah : Ayah jangan pulak cakap, yang ayah sudah pindahkan nama milik tanah ni kepada betina tu..

Farhan : Apa hak dia pulak.. saya ni haa waris sah… berbinkan Sarjan Ismail Abu Mutalib..

Fatimah : Apa lagi ayah nak cakap? 

Suhana : Selama ini saya berdiam diri, saya pendam semuanya.. dengan harapan abang dan kakak akan berubah juga nanti. Tapi rupanya sehingga saat ini abang dan kakak tidak…hmmm (mengeluh)..

Sjn Ismail : Nak.. Farhan .. Fatimah… Suhana.. jika benar kamu mahukan tanah ini,, maka tunggulah hingga habis nyawa ayah… 

(Kop Ruddy memimpin Sjn Ismail masuk ke dalam biliknya)

(semua terkedu, terduduk, silent 5 saat)

Suhana : Abang … kakak… (lembut) Kenapa dari dulu abang dengan Kakak tidak pernah suka..tidak pernah terima Ana sebagai ahli keluarga ini? kenapa?

Fatimah : haaa… dah lama aku tunggu soalan kau ni.. kau tau kenapa? tau? ….    AKU MALU.. tau tak malu.. ada anak pungut dalam rumah ni.. semua orang kampung mengata.. Eh Fatimah kau ada adik baru ka? emak kau kan dah meninggal? siapa emak baru kau? kenapa muka komunis? anak pungut… sebenarnya ayah talibarut komunis yang menyebabkan mak kami meninggal.. SIAPA YANG TAK MALU BILA ORANG MENGATA BEGITU? 

Farhan : Aku bukan tidak suka kan kau..tapi aku jijik.. Anak Komunis? Kau tau betapa aku meluat dengan kau? semua apa yang kau nak ayah beri.. semua yang aku minta, semua ada saja soalan? Kenapa kau yang dilebihkan? kenapa bukan aku anak kandungnya?

Suhana : Abang … Kakak… Walaupun kamu berdua berulangkali benci pada ku.. sentiasa memulaukan ku.. aku tak pernah menyalahkan abang dan kakak.. kerana aku sedar siapa diri aku ini.. ANAK PUNGUT.. ANAK KUTIP.. ANAK HARAM .. ANAK KOMUNIS.. 

Aku sangat bersyukur ada ayah seperti Tuan Sarjan Ismail.. Ada abang FARHAN anak sarjan ismail.. Fatimah anak perempuan sarjan Ismail.. aku sangat berterima kasih, dapat menumpang di dalam keluarga kamu.. tiada sedikit dendam pun dalam hati ini.. Aku tidak minta dilahirkan sebagai anak komunis. Tapi kamu sudah tentu berasa sangat bangga menjadi anak Sjn Ismail.. Tuhan tidak pernah membeza-bezakan umatnya..yang membezakan hanyalah iman dan takwa..

Fatimah : Sudah la dengan kau punya ceramah..

Farhan : Polis..heh.. blab la bla…

Suhana :  Ya betul.. AKU ANAK KOMUNIS.. tapi ingat yang komunis itu ibu ayah ku.. bukan aku.. anak komunis inilah yang rela berkorban apabila kakak dan abang menyambung pelajaran.. ayah jual basikal dan motorsikal ayah untuk menampung kamu berdua.. aku hanya berjalan kaki ke sekolah.. sewaktu abang tahun akhir di Cambridge.. anak komunis ini lah yang membantu ayah berjual kuih berjalan kaki ke pekan. Kakak terlantar di hospital kerana kemalangan.. ayah setiap hari melawat kakak dengan hanya berjalan kaki ke hospital.. Dia tidak pernah mengeluh.. Anak komunis ini juga yang Nampak semua pengorbanan ayah.. anak komunis ini.. 

Ya betul, ayah belikan aku basikal lebih dulu dari abang.. tahu kenapa? kerana basikal itu gunanya untuk ke pekan.. motorsikal ayah selalu tiada cukup minyak.. dan anak komunis ini juga yang akan menunaikan permintaan ayah untuk membeli barang.. ayah sedikit pun tidak pernah mahu menganggu abang dan kakak yang mahu mengulangkaji pelajaran.. 

Abang dan Kakak mahu menjual tanah pusaka ini.. demi mendapatkan 10 juta dollar????? apakah 10 juta itu jika dibandingkan dengan kenangan kita di tanah ini.. 

aku masih ingat, disana..di tepi kolam itu.. abang pernah jatuh dan terluka.. ayah dengan kain terlondehnya menyerbu ke arah abang.. mengoyakkan kain pelikatnya untuk membalut luka abang… walaupun aku tahu kainnya itu baru dibelinya di pekan sehari sebelumnya.. Di situ pula.. di pangkin itu.. kakak pernah tertusuk selumbar kayu … ayah berusaha mengeluarkan selumbar itu.. sambil menangis..perkataan maaf tidak putus dari mulutnya.. betapa sayangnya ayah kepada kamu berdua.. ada banyak lagi kenangan yang kita lupakan di sini.. TAKKAN TIADA SATU PUN YANG DAPAT MENYEDARKAN ABANG DAN KAKAK???

(bergenang air mata Farhan dan Fatimah tapi masih bersikeras)

(Sjn Ismail keluar dari biliknya membawa segulung kertas, masih dipapah oleh Kop Ruddy)


Sjn Ismail : (ke arah Farhan) Nah… Ambil lah… jika ini lah yang kamu mahukan.. jika ini lah yang menjadi pertikaian kamu..hingga hilang kepercayaan kamu kepada tuhan.. pudar kesopanan dan kesusilaan kamu… ambil lah.. 

Farhan : (serba salah) …….

Fatimah : (saling berpandangan dengan Farhan)

Suhana : Yah… 

(Slow motion – Sjn Ismail jatuh terbaring. Dalam pangkuan Kop Ruddy)

Sjn Ismail : (terbaring) Aku tidak minta disanjung kerana budi. Tidak minta pangkat kerana jasa. Dendam ku kepada penjajah, kepada jepun, kepada komunis semuanya sudah hilang… pabila melihat negara kita aman , terpelihara.. 

(Suhana, Farhan dan Fatimah duduk mengelilingi Sjn Ismail dan Kop Ruddy)

Sjn Ismail : Anakku.. aku bertahan selama ini kerana kamu… harapanku besar kepada kamu bertiga… ayah tak pernah membezakan kamu.. bagi ayah kamu semua sama sahaja… 

Ingatlah pesanan ayah ini.. benda yang ada jangan persiakan, kerana yang pergi takkan kembali.. benda yang sudah terlepas dari gengaman takan pulang semula kepada kita.. semasa ada memang kita rasa tidak berguna..tapi sesalan di kemudian hari..pastinya tidak berguna… 

Terima kasih Ruddy atas kestiakawananmu.. Aku tak pernah menyesal dengan semua kehendak tuhan.. (Istighfar dan mengucap dengan susah payah)

Farhan, Fatimah dan Suhana : AYAH…

Pentas gelap. Kop Ruddy meletakkan kepala Sjn Ruddy di Atas Bantal Sofa..


Kop Ruddy: TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN, TANAH INI, TANAH TEMPAT KITA BERPIJAK INI ADALAH TANAH KITA. TANAH TUMPAHNYA DARAH KITA. IBU PERTIWI KITA. LELAH MERAIH  KEMERDEKAAN TAKKAN PUDAR,.. DALAM PADA KITA BERGERAK KE HADAPAN KITA HARUS MEMANDANG KEBELAKANG . INGAT DAN KENANG JASA-JASA NEGARAWAN TERULUNG SEPERTI TENGKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, TUN ABDUL RAZAK,TUN ISMAIL, TAN CHEN LOK, TUN SAMBATHAN DAN RAMAI LAGI YANG PATUT DIKENANG. MEREKA INI IALAH YANG TAMPIL BERSAMA BERUSAHA MELAKAR KEMERDEKAAN UNTUK BERUSAHA MENDAPATKAN KEMERDEKAAN DARIPADA EMPAYAR BRITISH  DENGAN PAKATAN DAN PENYELESAIAN TERBAIK SECARA INTELEKTUAL BUKANNYA DENGAN PERTUMPAHAN DARAH TETAPI DENGAN RUNDINGAN DAN RAKYAT MALAYSIA SAMBUTLAH MERDEKA PADA HARI INI DENGAN SEMANGAT SAYANGKAN MALAYSIA. SAYANGI MALAYSIA KITA.

  

______________________________________________________________________________

Skrip ini telah sebenarnya.. aku pun x pasti bila masa ku buat skrip ni. tahun bila.. untuk apa.. rasanya untuk sambutan hari kemerdekaan kot.  tapi hamtam sajalah....upload untuk rujukan ...

Idea asal memang dariku, Karya Harta Intelek ini boleh digunakan semula, digarap semula tapi bagilah credit sekurang-kurangnya kepada hamba sahaya ini. 

Tq alls...

NASKHAH LAKON / SKRIP SKETSA RUKUN NEGARA SMK BEAUFORT 2017

SKETSA RUKUN NEGARA SMK BEAUFORT 2017 (Genre Realisme Komedi by karma kencana shah)

TAJUK : RUKUN NEGARA TONGGAK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA.

PARA PELAKON

CIK NILAM – NUR NILAM SARI RIDWAN

MAMAK ANEEF – MOHD HANIF SAHAK

CHEF HISHAM CHEN – HISYAM JASUIN

PN. AKMALIZA – NORAKMAL AFIQAH ZAFIRAH JAMALUDIN 

PELANGGAN – MOHD FIRDAUS SUME


BABAK 1

(Pentas gelap. Perlahan-lahan suram, kelihatan Pn.Akmaliza  sedang mengemas gerainya. Tak Lama kemudian Mamak Aneef dan Hisham Chen masuk serentak dari arah yang berbeza. 

HISHAM : Haiyya , Manyak Moring woo.. Kasi satu lagu dulula..

(Lagu china)

ANEEF : Ayoyo.. banyak bising la ini worang… Mau potong bawang pun tada senang. wooo..tadapa tadapa…Kasi up ini lagu la…

(Lagu Tamil, sambil menari-nari sambil potong bawang)

PN. AKMALIZA : Tolong…Tolong…Tolong….

(music perlahan kemudian dimatikan)

SERENTAK HISHAM DAN ANEEF : Ada apa adik manis / amoi (Terkejut)

PN. AKMALIZA : Tolong senyap boleh tak..Tolong Perlahankan bunyi lagu2 Kamu tu boleh tak? Terlalu bising tau tak..mengganggu konsentrasi saya tau tak?

ANEEF : Adik manis..yini yabang banyak minta maaf..i m verry2 sorri la..

HISHAM : Ada ganggu ka.. haiya.. saya pun mintak maaf manyak2 loo… tadak perasan woo..

ANEEF : Amma appa.. ini chef tada perasan ka tada perasaan… pagi-pagi ada bising…

HISHAM: Haiya..lu apa pasal.. suka hati wa la… lu punya kelai sana ma… wa punya kelai sini maa… Lu pun ala lagu kuat kuat maa… Paku lulang paku selepih..kata olang dia ala lebih-lebih..

ANEEF : Amma.. U pasang ada kuat.. saya ta mau dengar..jadi sa mau dingar saya punya lagu saja… 

PN. AKMALIZA : Wei Abang-abang ..

SERENTAK ANEEF DAN HISHAM : Ya adik manis / Amoi

PN. AKMALIZA : Dah lah… malas nak layan korang ni… Hah.. gaduh la puas2..

SERENTAK ANEEF DAN HISHAM : lu punya pasai / u punya pasal la (mencebik muka lalu masuk ke dapur masing2)

(Akmaliza mengelap meja serta kerja mengemas depan gerai. menyapu. susun bunga. Mamak Aneef datang membawa kentang untuk dikupas. Mereka berbual.)

ANEEF : Ayoyo adik manis, tada leteh ka? mau abang tolong?

PN. AKMALIZA : Tak payahlah rajin sangat anee. Anee buatlah kerja anee sendiri. Tu, kentang tu ..banyak lagi nak kupas..

ANEEF : Ho.. okeylah okeylah.. (senyap seketika). Dey, Akmaliza   adik manis… saya ada mau tanya, u boleh jawabka?

PN. AKMALIZA : Mau tanya apa anee? jangan main-main. Saya sudah berpunya tau..

ANEEF : Bukan…bukan… bukan itu macam. ini… itu..

PN. AKMALIZA : Ini ..itu…begini…begitu.. dey anee terus terang sajalah..

ANEEF : Ini… itu… U tau ka? kenapa itu orang sana ..(tunjuk gerai hisham)… tada suka sama saya? hari-hari pun ada buat kita tada senang hati? u tau ka?

AKMALIZA : Dey anee.. saya pun mau tanya jugak? apa pasal anee mau tanya sama saya? apa pasal anee tak mau tanya sama dia terus?

ANEEF : Bukan..bukan itu macam.. saya sudah tanya..hari-hari tanya.. dia tada jawab juga.

AKMALIZA : Dey Anee.. anee tanya dia apa macam..? anee tanya masa marahkan? 

ANEEF : he he he (senyum tersipu-sipu)…

NILAM : Saya pun tak tau apa mau cakap? Awak dua orang sudah besar, sudah tua.. pikir sendirilah… tak pun anee pergi jumpa sana, duduk baik-baik, tanya. Mesti mau sabar. mesti mau toleransi.

ANEEF : Ini macam ka…. dudok sana…mau sabra..mau toleransi..

(Hisham tiba-tiba masuk,)

ANEEF : Tada apalah… lain kali kita cerita lagi…

AKMALIZA : Wei anee… saya blum habis cakap la anee…

(ANEEF masuk ke dalam dapur, Hisham duduk sebelah Akmaliza sambil membawa bakul sayur untuk di potong)

HISHAM : Waa… manyak celita sama itu olang sebelahnye? relationship ada manyak lawa aaa..

AKMALIZA: Apa relationship.. saya sudah ada yang punya tau…

HISHAM : Apa celita bagus? Ini olang manyak ati busuk.. saya pun tala tau apa pasal dia tala suka sama i..haiya… lu ala tau ka?

AKMALIZA:  …erk…macam pernah dengar soalan ni?

HISHAM : mana? dalam televisyen ka? drama tv3.. mr pilot I lap u ka?

AKMALIZA : tak adala… mana sempat tgok tv bagai.. rahsia

HISHAM : tak mo kasi tau x pa.. tapi aa… kenapa aa?

AKMALIZA : Saya pun tak tahu la ah cai. U mau tau, u tanya sama dia la.. 

HISHAM : Simpang malaikat 4 puloh 4… saya suda tanya sama dia… dia ta mo cakap..Hari-hari tanya… tak mo juga..

AKMALIZA : U marah-marah masa tanya kan?

HISHAM : Aiya..mana u tau..

AKMALIZA : hari-hari juga saya punya telinga ada dengar… u marah dia, dia marah u.. haiya… saya pun tak tau nak cakap apa? sudah 10 tahun kita berjiran berniaga ni. nasihat sudah. Apa lagi nak saya buat. 

ANEEF : (perli  dari dapur) Adik manis… cakap saya belakang ka.. ada umpat ka? saya dingar tau..

(Di luar)

HISHAM : Tak pa la.. saya masok la ini macam… ada olang cemburukannye…(bergegas masok)

AKMALIZA : WEI… kata nak minta nasihat la…aduhai… (mengeleng kepala lalu masuk ke dalam) 

(pelanggan masuk ke gerai)

ANEEF : Ya abang, mau makan apa..roti ada, nasi ada, kambing ada, mee ada..smua pun ada..

HISHAM : Abang sadoinye  yang dihormati… Selamat datang ke medan selera kami bersaudara… Gerai saya ada menyediakan menu seperti.. Nasi panas… Goreng2an… Mee…. Western Food…Asian Cuisine… Ala Kampong menu…anddddd yang paling spesel…. MEE WANTAN BAKSO BLING2….

ANEEF :  Wei macha… jangan kacau saya punya kastemer la macha.. u tunggu layin worang la macha… ayoyo..suka cari pasal la ini..worang, tada ketamadunan..

HISHAM : Haiya mama aa… Itu atas dahi kastemer aa..tada tulis..INI MAMA ANEEF PUNYA KASTEMER ma…. suka-suka dia mau pilih lah… saya mau kasi choice saja mah…

ANEEF : Saya tau tada tulis juga, tapi kasi can la…

HISHAM : Saya kasi ma..  abang hensome boy, Sulah pilih apa mau makan?

 PELANGGAN : Bagi saya…

ANEEF : Roti telur…wokey roti telur.. saya tau u misti mau telor…wokey siap..

HISHAM : Hei mama… ini abang aa.. blum oder lagi la… ok abang sado ..saya tau u mau itu MEE WANTAN BAKSO BLING2 kan…okey..already done..

PELANGGAN : Bukan..bukan… Saya Mahu…

SERENTAK ANEEF DAN HISHAM : Ya abang 

PELANGGAN : Saya mahu minum saja..

SERENTAK ANEEF DAN HISHAM : Minum….Puan Akmaliza/ tokey air … sini oder

AKMALIZA : (suara dari dalam) siap…

SERENTAK ANEEF DAN HISHAM : lu punya pasai / u punya pasal la (mencebik muka lalu masuk ke dapur masing2)

AKMALIZA : Ye dik.. nak minum apa bang?

PELANGGAN : Bagi saya Air sejuk tak nak ais satu… dengan Kopi O kaw satu..

AKMALIZA : mmmm….. ok… sekejap ye bang.. (masuk ke dalam)

(Nilam masuk)

PELANGGAN : Macam Nilam je ni, Nilam kamu ke ni? wah..dah berubah rupamu sekarang..

CIK NILAM : (serius)  ya, sayalah ni.. firdaus kan? 

(duduk)

PELANGGAN :Nak minum? makan? sini makan dan minumnya best jugakla.. ada umph.. Tapi yang tak bestnya tu….

HISHAM: Welcome sir… Tuan yang dihormati… Selamat datang ke medan selera kami bersaudara… Gerai saya ada menyediakan menu seperti.. Nasi panas… Goreng2an… Mee…. Western Food…Asian Cuisine… Ala Kampong menu…anddddd yang paling spesel…. MEE WANTAN BAKSO BLING2…

ANEEF : Ince jangan ragu-ragu…gerai saiya ada sedia juga… macam2 roti ada.. macam nasi ada, macam2 kari ada,  kambing ada,lumbu ada, yikan ada, sayo ada, macam2 mee ada.. smua pun ada..

HISHAM : Wei… anney… u pigi masok dalam sikalang… manya kacaula ini thambi…tala blaja agama punya olang. Kasi saya dulu la..

ANEEF: Inci jangan takot..ini worang memang ini macam… Dey macha.. Itu atas dahi kastemer aa..tada tulis..INI HISHAM CHEF PUNYA KASTEMER …. suka-suka dia mau pilih lah… saya mau kasi choice saja mah…

HISHAM : U aa… saya manyak sabar woo.. sulalah lamanya…ini macam aa..sula sulah melampau tersangatnye..

ANEEF : Dey..u ingat ..u punya sabar saja ka… saiya punya kesabaran pun ada limit tau.. cit.. hari2 pun mau kacau kita punya kastemer.. u tunggu worang layen la..

HISHAM: olang lain.. ka lain olang ka…Saya lulu latang sevis ma.. apa pasai lu potong line?  

PELANGGAN: Wait…wait..wait… relax… cool down…Tolong ya encik-encik. kami datang sini nak menikmati  makanan dan minuman saja. Bukan nak dengar encik-encik bergaduh berebut and so on. Please respect each other. Mau meniaga ka tak mau ni.

HISHAM : abang …amoi.. jangan marah… ini olang memang manyak busuk hati punya olang.. 

ANEEF : Ini worang yang paling banya hati busuk. 

(mereka mula beraksi melampau batasan )

AKMALIZA : (bergegas keluar dari dapur) Apa hal lagi ni? jangan buat kecoh boleh tak? kastemer first. Buat malu saja korang ni.

HISHAM / ANEEF : Ini orang la.. bikin malu saja..

(Cik Nilam bangun dari tempat duduk dengan muka yang serious. semua terpinga-pinga) 

CIK NILAM : JEMPUT DUDUK SEMUA. 

(tegas dan serius. Semua bagaikan terpukau. Cik Nilam sahaja yang berdiri)

CIK NILAM : Sebelum saya bercakap. saya nak bagitahu ni. Kamu semua telah ku pukau dengan jampi serapah batin pendiam. Semua musti diam. kecuali bila di tanya.

Testing… Kamu tinggal di mana?

SERENTAK : RUMAH

CIK NILAM : (mengeleng kepala)… Negara mana?

SERENTAK : MALAYSIA

CIK NILAM : Mmmmm…. Baiklah.. Sebelum kamu sambung perkelahian kamu tu. Saya tak akan menghalang sebab kami datang nak minum saja.

Kamu tahu apa batu asas perpaduan Negara kita.

SERENTAK : geleng kepala

CIK NILAM : Pernah dengar PRINSIP RUKUN NEGARA?

SERENTAK : geleng kepala

CIK NILAM : (geleng kepala kemudian bersajak)…. 

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Lima prinsip ini membawa kita kepada perpaduan dalam negara kita. Percaya kepada tuhan masing-masing yang menyuruh kita supaya berbaik-baik sesama manusia. Setia kepada raja dan negara dengan menjaga keharmonian dan keamanan. Perlembagaan Malaysia sebagai tunggak undang-undang utama negara Malaysia supaya kita terhindar dari kekacauan. Berbudi pekerti, bersopan santun, memuliakan warga lain tak kira bangsa, menjaga tatasusila.. Inilah inti pati Prinsip Rukun Negara. Susah sangatkah nak ikut.

SERENTAK : (angguk-angguk)

CIK NILAM : Susah ke?

SERENTAK : (geleng-geleng)

CIK NILAM : Boleh Faham? Boleh ikut? Boleh taat? 

SERENTAK : (Angguk-angguk)

CIK NILAM : Kalau kita bertoleransi, tak kurang pun duit di bank. Tak jatuh pun maruah. Malah dipandang tinggi. Dipandang mulia. Disanjung. Apatah lagi kalau kita saling memaafkan. Apatah lagi kalau kita memuliakan orang lain. Mendahulukan orang lain. Menghormati orang lain.

SERENTAK : (angguk-angguk)

CIK NILAM : Suka bergaduh?, suka berperang?, Suka

SERENTAK : (geleng-geleng)

CIK NILAM : Sudah mahu jadi warga negara yang baik?

SERENTAK : (angguk-angguk)

FIRDAUS : Fuh kiri fuh kanan..bukak meterai

ANEEF : (tersentak dari belenggu) Banyak terima kasih la puan…

HISHAM : Telima kasihnye tuan ada baik hati saya sangat suka hati..he he he…

ANEEF : Tuan cakap.. banyak betul.. ini hati ego ada banya… Sekarang pemikiran saya sudah terbuka..

HISHAM : Saya woo..ego tak manyak.. tapi ale malu-malu aaa… Hati ada banya tenang.. 

CIK NILAM :(senyap sahaja. memandang Firdaus)

PELANGGAN / FIRDAUS : Jadi biarlah kita tamatkan semua ini dengan bersalaman. silakan tuan-tuan

(Aneef dan Hisham bersalaman, dan berpelukan)

AKMALIZA : Dari dulu saya dah cakap, rupanya nak guna prinsip rukun negara baru diaorang paham..(geleng-geleng kepala)… tak paham aku diaorang ni.. tapi tahniah la…semoga aman medan selera ni..amiin

HISHAM : Macam hali laya woo.. Saya manyak minta maaf. Saya janji akan tolak ansor.

ANEEF : Saya pun banya minta maaf kalu.. terima kasih kerana sudi memaafi diri ini..

PELANGGAN / FIRDAUS : Jadi semua sudah selesai bukan.. so saya belanja semua hari ini, bagi saya 5 mee wantan bakso bling-bling , 4 roti canai terjun dan 2 air kopi kaw gelas besar..

SERENTAK ( Akmaliza, Hisham, Aneef ) : SIAP TUAN.


-THE END- [estimated durations : 15-20 minutes]


SEKIAN. TERIMA KASIH.


JK KERJA PEMENTASAN

Penerbit : Encik Abd Samat Bin Jumat (Pengetua SMK Beaufort)

Pembantu Penerbitan : Pn Norliah Mustapin (Guru Kelab 1 Malaysia)

Editor : Pn. Nuraini Mahirudin (Pen. Guru Kelab 1 Malaysia)

Pengarah : En. Megat Mohd Affiq Bin Abd Latiff

Skrip : En. Sahirulizan Yusop


KREW

MANEESA SHIELA MOHAMMAD NOOR

RISMA BAHARUDDIN

HAZILAH INSIN

NUR HANI SAHAK

_____________________________________________________________________________



Skrip ini telah memenagi tempat kedua [naib johan] pertandingan sketsa rukunegara peringkat Bahagian Pedalaman Bawah  anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Sabah pada tahun 2017 yang telah diadakan di SMK Gadong, Beaufort pada...lupa dah .... , menang dihati penonton kerana genre komedi tapi kalah tak tau kenapa... mungkin untuk bagi peluang kepada pasukan lain..


Idea asal memang dariku, Karya Harta Intelek ini boleh digunakan semula, digarap semula tapi bagilah credit sekurang-kurangnya kepada hamba sahaya ini. 

Tq alls...

NASKHAH LAKON / SKRIP SKETSA RUKUNEGARA 2016

SKETSA RUKUNEGARA SMK BEAUFORT 2016 (Genre Komedi Realisme by karma kencana shah)

PARA PELAKON
PAK MANSUR 
AYU – ANAK PAK MANSUR
MAK IDA
MANAN – ANAK MAK IDA
MK JULIAH AYUB ISMAIL – KETUA KAMPUNG

(music latar yang agak mendayu, kelihatan setting pentas 2 buah rumah yang berjiran dan dipisahkan oleh pagar mata punai. Pak Mansur sedang menyapu sampah dihalaman rumahnya)

PAK MANSUR: Hah…inilah… kalau ada anak perempuan tapi tak boleh diharap. Patutnya di hari-hari minggu ini dapatlah tengok dia menolong kita ni membersih laman rumah. Ini tak.. dibantainya tido sampai matahari naik ke ubun kepala.. Kalaulah ibumu masih hidup tak tahulah apa nak dikatanya…

(Mak ketua kampong melintasi depan rumah Pak Mansur, sambil membawa beberapa peralatan pancing.)

MK JULIAH: Assalamualaikum Pak Mansur Kereta Kebal. Rajin Pak Mansur. Pagi-pagi dah buat senaman. Apa benda yang dibebelkan tu?

PAK MANSUR: Walaikummussalam Mak Ketua Juliah Ayub Ismail. Takde lah rajin sangat. Dah kalau kita tak buat sape lagi. Nak harap anak buat, hmmm tak Nampak jalannya. Nak ke mana tu Mak Ketua? Lawanya. Wanginya. Nak mengail ikan kat pasar ke?

MK JULIAH: Ish Pak Mansur ni… Kita ni nak pegi mengail kat Tebing tinggi di belakang balai raya lama tu.

PAK MANSUR: Sorang je ke? Nak ABANG temankan?

MK JULIAH: Sorang jelah ni… Kalau berteman takut ikan tak nak makan umpan. (ish..ish.. orang tua ni..) Pak Mansur teruskanlah kerja tu.. Aku pegi dulu.

PAK MANSUR: Hah Yelah.. Hati-hati.. Kalau jatuh, bangun sendiri.
(Pak Mansur meneruskan kerja menyapu daun-daun kering dan ranting patah. Sampah-sampah yang dikumpulkan, dimasukkan ke dalam tong sampah yang diletakkan berhampiran pagar sempadan rumah sebelah.

Tong sampah yang penuh itu terjatuh ke halaman depan jiran tanpa disedari oleh Pak Mansur. Pak Mansur masuk ke dalam rumah.

Mak Ida keluar dengan pakaian jogging. Baru berniat nak keluar jogging, Mak Ida ternampak Laman depan rumahnya berselerak dengan sampah)

MAK IDA: Hamboi…hamboi malaun mana pulak yang dengki dekat kita ni. Semalam kita dah bersihkan laman kita. Hari ni berterabur semula. Ni Nampak gayanya tong sampah orang sebelah ni… Pak Mansur…OOO Pak Mansur Kereta Kebal oooiii… Mari keluar sekejap.
(sunyi sepi)

MAK IDA: Pak Mansur… (lebih kuat dan bertenaga)
(Kelihatan Pak Mansur bergegas keluar dari dalam rumahnya)

MAK IDA: Hah kelua pun orang tua ni.

PAK MANSUR: Ada apanya ni IDA ooi… Tak sempat aku nak menyuap maggi kari berlada.. Nanti kembang magginya tak sedap.

MAK IDA: Hamboi cerita Maggie pulak. Cuba tengok apa benda Engkau dah buat di laman rumah aku ni.

PAK MANSUR: Apa dia? (melihat tong sampah yang tertumpah).. OOO ini.. Jangan-jangan ngko sengaja tumpahkan kot. Nak cari pasal lagilah ni. 

MAK IDA: Apa pasal pulak aku nak tumpahkan sampah kat depan rumah aku ni. Lebih baik aku tabor kat depan umah ngko macam ni..(sambal mengambil segenggam daun kering lalu ditabur ke dalam laman rumah Pak Mansur)

PAK MANSUR: Eh eh ngko ni dah melampau. Tak boleh ke tanya elok-elok. Lebih baik ngko amik ni..(Mengambil segenggam daun kering ).. Hah tabor kat sini lagi baik.(menaburkan daun kering di atas kepala Mak Ida).

(Mak Ida menjerit geram)

(Manan keluar dari rumahnya kerana terdengar bunyi jeritan ibunya)

MANAN: Ada apa ni mak.. Pak Mansur… Ya Allah..(Tanpa usul periksa menolak pak Mansur hingga jatuh terduduk di atas tanah.) Apa kata Pak Mansur mandi pagi ni dengan sampah-sampah ni.

PAK MANSUR: Ya Allah. Apa kena dengan korang dua beranak ni. Why do you make me like this. Langsung tiada kesopanan dan kesusilaan betullah. Keji benar kalian.

MAK IDA: Hah… inilah balasannya kalau buat tak senonoh dengan orang.

MANAN: OOO… mentang-mentang lah saya tak berbapa, mak tak bersuami, senang-senang nak buli kitorang yea. rasain lu.

(AYU yang sedari tadi melihat dari jauh adegan itu, keluar dari pintu rumahnya dengan membawa sebilah parang)
AYU: Woi orang sebelah, Kau buat apa dengan bapak aku tu 
(Mak Ida dan Manan berundur beberapa langkah ke belakang. Ayu cuba membantu Pak Mansur bangkit.)

PAK MANSUR: ooOO.. kau berdua main kasar yea.. Hah kalau kau nak cari pasal… hah… mari masuk .
(Ayu dan Pak Mansur memperlihatkan langkah-langkah silat kuntau)

MAK IDA: OOoo kau nak tunjuk silat kau orang ya. Hah aku pun boleh juga.
(Maka bersilatlah mereka keempat-empatnya. selang beberapa saat kemudian Mak Ketua Juliah melalui kawasan tersebut )

MK JULIAH: Wah… seronoknya jiran tetangga ni. Buat latihan senaman silat bersama-sama agaknya. Jarang –jarang saya lihat perkara sedemikian rupa sebegini di zaman smart phone ni. Nak selfie sikit.
(Selfie. Freeze. Mereka berhenti membuat aksi silat huru hara)

MAK IDA: Hah… secara kebetulan pulak. Macam tahu-tahu pulak kami ni sedang bermasalah.

PAK MANSUR: Awal baliknya Mak Ketua. Banyak pendapatannya.?

MK JULIAH: Hah Mak Ida.. Apa masalahnya ni.. Bukan ke tengah berseronok-seronok. Takde pendapatannya Pak Mansur.. Umpan lupa nak bawak. Hah… jadi apa ke heinya ni.

PAK MANSUR: Begini….

MAK IDA: Pak Mansur ni dah buang tebiat. Adakah patut dicampakkannya sampah-sampah di laman kita.

MK JULIAH: Ish…ish…iyeke…

PAK MANSUR: Mana pulaknya Mak Ketua ooi.. Saya….

MAK IDA: Kalau mak ketua tak percaya, tengoklah buktinya ni…. Kita nak tegur…dimandikan kita dengan sampah ni… Adakah patut..

MK JULIAH: Tak patut… tak patut..

MAK IDA: Memang tak patut…

MK JULIAH:  Yah.. Tak patut sangat… memang tak patut engkorang yang dah tua-tua ni nak bergaduh macam ni. memalukan negara betul. Dan yang paling tak patut.. yang muda bukan nak menyabarkan… join sekali pulak…kalaulah ada sekampong macam kamu ni…alamat kena berlaki lagilah aku ni..

PAK MANSUR: ( menyanyi…) Pilihlah aku jadi temanmu..

MAK IDA: mana ke maunya Mak Ketua tu dengan tua pengotor macam kamu ni…

MK JULIAH: Dah..dah..dah.. Sebenarnya apa yang terjadi ni.. Cer citer..cer citer… Pak Mansur cerita dulu…(mai ida cuba bercakap)  Mak Ida jangan bukak mulut dulu..

PAK MANSUR: …(bercerita dengan aksi tanpa suara sehingga tangannya menunjukkan pintu rumahnya)… begitulah ceritanya…

MK JULIAH: Hah…puas hati kamu Ida? Cer kamu pulak cerita?

MAK IDA: …(seperti Pak Mansur tadi, bercerita dengan aksi tanpa suara sehingga ke bahagian cerita mandi sampah…) itulah yang jadinya Mak Ketua Juliah… patot ke tak patot…

MK JULIAH: ….(berjalan dari ke hulu hilir sambal berfikir. Watak lain mengikut dengan kepala dan mata arah MK Juliah). Ahah… Rumah kamu ni ade kerusi tak… kesian orang-orang tua ni lenguh kaki…
(Ayu dan Manan bergegas masuk ke dalam rumah mengambil kerusi plastik. usai susun kerusi secara diagonal mereka pun duduk.)

MK JULIAH: Kamu pernah dengar tentang RUKUN NEGARA?

AYU: pernah. ada belajar kat sekolah.

PAK MANSUR: Aku kalau rukun iman dan rukun islam taulah.

MAK IDA: Barangkali rukun nikah pun dia tak tahu.

MK JULIAH: Ni nak saya settle ke nak saya hantar kes ke mahkamah ni?
(Pak Mansur dan Mak Ida muncung dan senyap)

MK JULIAH: hah…kamu Manan.. kamu tahu apa tu RUKUN NEGARA..

MANAN: apa pulak kaitan antara sampah depan rumah , Pak Mansur, Mak saya dengan Rukun Negara… setahu saya diorang ni tak de skandal…
(terbeliak biji mata Pak Mansur dan Mak Ida… masing-masing buat muka)

MK JULIAH: Beginilah… Kamu ni percaya tak dengan tuhan?

SERENTAK: Percaya..

MK JULIAH: Ada tuhan suruh bergaduh, bermasam muka, menuduh tanpa usul periksa? ada?

SERENTAK: Tak ada..

MK JULIAH: Kamu tahu tentang kesopanan dan kesusilaan? 
(semua terdiam. tunduk)

MK JULIAH: Sopan..sopan santun.. berlembut lidah? bertatasusila? tak kan tak tahu kot?
(diam lagi)

MK JULIAH: Kedaulatan Undang-undang? ada sape tahu… eh eh macam cikgu sekolah dah saya ni..

AYU: Undang-undang tu macam peraturan la.. mesti diikuti dan dipatuhi. Tak gitu Mak Ketua?

MANAN: Mak Ketua Juliah Ayub Ismail ni dah kenapa plak ni? Tanya benda tah ape-ape ntah.. ni nak settle ke tak ni?

MK JULIAH: hah inilah aku nak cerita ni… Setiap seorang penduduk di Malaysia ni..tak kiralah budak, remaja, dewasa, orang tua ke, waima OKU sekalipun mesti…wajib.. mandatori menghayati prinsip-prinsip RUKUN NEGARA. Kalau tak menghayati dan mengamalkannya… hah inilah jadinya.
(semua angguk-angguk macam faham)

MK JULIAH:  Beginilah… apa kata saya sebut… kamu ikut?

PAK MANSUR: Ikut ke mana Mak Ketua? Saya baru teringat… Mungkin Maggie saya sudah kembang… sudah tiada harapan..

MK JULIAH: Maksud saya, saya sebut… kamu ikut apa yang saya sebutkan… boleh?

SERENTAK: BOLEH MAK KETUA!(dengan penuh semangat)

MK JULIAH: Kepercayaan Kepada Tuhan

SERENTAK: Kepercayaan Kepada Tuhan

MK JULIAH: Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

SERENTAK: Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

MK JULIAH: Keluhuran Perlembagaan

SERENTAK: Keluhuran Perlembagaan

MK JULIAH: Kedaulatan Undang-undang

SERENTAK: Kedaulatan Undang-undang

MK JULIAH: Kesopanan

SERENTAK:…dan Kesusilaan

MK JULIAH:…(terkezut)… (Betulkan baju dan tudung..) hah…itulah 5 Prinsip Rukun Negara Malaysia. Tak bolehlah kita sebut sahaja tanpa menghayatinya secara mendalam. 
Kita percaya kepada tuhan. kita kena akur kepada suruhannya dan larangannya. tak bolehlah buat semberono saja.
Setia kepada raja dan negara. Kita setia dan patuh kepada pemerintah negara kita.
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang melambangkan betapa kita perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam negara kita.. supaya kita hidup dalam aman damai. 
Kesopanan dan kesusilaan. Sopan santun dan bertatasusila. Tanya baik-baik. Jangan buruk sangka. kalau salah dimaafkan. kamu ni kan dah lama berjiran.. takkan tak ada sekelumit pun rasa nak berbaik-baik..tolong menolong ..(improvise jika lupa skrip)

PAK MANSUR: Aku ni dah lama nak berbaik-baik dengan dia ni…tapi tu lah…(sambal mengulit-ulit hujung rambutnya yang beruban itu)

MK JULIAH: Hah kamu Ida?

MAK IDA: mmmmmm…….mmmmmmm…. mmmmm…tu lah… dia tu yang tak pernah minta maaf..

PAK MANSUR: Dah kau yang terus sergah orang…

MAK IDA: Mana tak aku nak sergah… tengok muka awak tu… tak tahan aku… SWEET 
SANGAT…COMEL

PAK MANSUR: Eh yeke… Kalau aku tau dari dulu aku try kamu ni…

MK JULIAH: EH EH EH…. kamu ni, bukan bergaduh ke? tak malu kat anak-anak? 

MANAN: Mana ke maunye saya berbapakkan Pak Mansur ni..

AYU: Macamlah kita nak ber’mak’kan Mak Ida ni… Simpang malaikat 44..

MANAN:  Dah la tua kerepot.. badan kurus.. rambut beruban…dan… dan lain-lain lagi..

AYU: Alah… macam lah mak kau tu cantik sangat… mmmmm… tapi memang cantik pun..

PAK MANSUR: tak pe…biar bapak pakai bedak sejuk supaya muka cerah berseri… jangan risau… mujur ada PAMOGA..

MK JULIAH: Cuba lihat…jika kita didik anak membenci. Menanam kebencian. maka yang kita tuai ada lah buah keegoaan.. cubalah kamu nasihat sikit anak tu.. jangan pulak membebel. Dahlah… saya rasa sekarang ni masalah ni sudah selesai..

MAK IDA: Selesai macam mana pulak ni?

MK JULIAH:….(berbisik dengan AYU dan MANAN)… hah dah selesai… 
(MK JULIAH keluar pentas sambal menyayikan lagu 5 prinsip rukunegara)

AYU dan MANAN tersenyum senyum penuh makna. Sambil mengemas-kemas sampah yang berterabur dan kerusi  disusun elok. PAK MANSUR dan MAK IDA termanggu-manggu membuat muka pelik. Selesai mengemas Ayu bersuara.

AYU: bapak … Mak cik Ida… percaya kepada tuhan tak?

PAK MANSUR dan MAK IDA: Mestilah percaya. absolutely.

MANAN: Kepercayaan kepada tuhan… jadi mak dan pak cik Mansur percaya kepada takdirla ni kan…

AYU: kalau percaya… apa kata…..

MANAN dan AYU: kamu kahwin jelah…

PAK MANSUR dan MAK IDA: BERTUAH PUNYA BUDAK…

(Pak Mansur dan Mak Ida mencapai ranting yang ada di sekitar.. dan mengejar anak masing-masing masuk ke dalam rumah. Pak Mansur dan Mak Ida saling berpandangan sebelum masuk ke dalam rumah.)

Penutup: lagu 5 prinsip rukun negara remake and remixed. Seorang demi seorang keluar pintu rumah membawa sepanduk prinsip-prinsip rukun negara.

[estimated durations : 15-20 minutes]

                                 SEKIAN. TERIMA KASIH.


_______________________________________________________________________________

Skrip ini telah memenagi tempat kedua [naib johan] pertandingan sketsa rukunegara peringkat negeri Sabah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Cawangan Sabah pada tahun 2016 yang telah diadakan di Wisma Dang Bandang pada...lupa dah .... , menang dihati penonton kerana genre komedi tapi kalah sedikit dengan pasukan dari Daerah Kota Belud dek kerana tahap lakonan mereka lagi tinggi sedikit. Balance sebenarnya tapi rezeki mereka dan kalah menang adat pertandingan, tiada kekesalan.



Idea asal memang dariku, Karya Harta Intelek ini boleh digunakan semula, digarap semula tapi bagilah credit sekurang-kurangnya kepada hamba sahaya ini. 

Tq alls...





Selasa, 2 Julai 2024

ANAK WAYANG

Salam Khalayak..

Sekali sekala layan gambo lame deh...

MARTIAL ARTIST... jaman now huduh aaa... 

Produksi Tahun Akhir USM 2005 - Gendang Kosong - Serunai Malam - Titik Mula Titik akhir - Hanjo Kipas Tangan - dan Lain2.. 

Kelas Lakonan pertama 2002 .. batch kami seramai 20 org jek.. yg lain tu dr masscom perfileman.


Final Year Project 2004 - daku membawakan Watak Utama dalam Teater Bukan Bunuh Diri karya asal Dinsman - non realisme Existennialisme.. peeergh... Menguji kekuatan ingatan hafalan dialog secara solo ...

mesy pocket rehearsal...

meeting full rehearsal...


Then...
The Performances... 


ANAK WAYANG sudah tidur... 

See u then...